Thursday, December 15, 2011

Cinta itu Beautiful

Lyna berlari pantas menuju ke Rock Corner.Dia ingin segera mendapatkan tiket ke concert kumpulan korea terkenal iaitu Beast.Dia begitu meminati kumpulan itu kerana mereka berbakat dalam nyanyian dan tarian.Dan yang paling diminatinya adalah Yoseob,salah seorang ahli kumpulan tersebut.

"Hello..err tiket concert Beast ada lagi tak?"tanya Lyna pantas ketika kakinya berada di hadapan counter.Dia sudah tidak mempedulikan keadaan di sekeliling.

"Bahagian mana ek?" tanya lelaki cina di counter itu

"Err...VIP" balas Lyna

"Alamak amoi sorry la.You lambat 3 minit la.Itu lelaki baru angkat tiket VIP yang last.Kalau you cepat sikit mesti dapat punya" kata lelaki cina itu sambil menunjuk ke arah lelaki yang baru berlalu.

"Eh yeke? Thank you ek" kata Lyna sambil kakinya melangkah pantas mengejar lelaki tersebut.

"Bang..kejap bang" panggil Lyna.Lelaki di hadapannya memberhentikan langkah lalu berpaling

"Ya dik.Kenapa?" sahut lelaki itu.Lyna tergamam.Rupa lelaki itu iras-iras wajah Yoseob,ahli Beast yang diminatinya itu.Mata Lyna tidak berkelip memandang lelaki itu

"Dik..adik ok tak ni?"tanya lelaki itu sambil mengibas-ngibas tangannya di hadapan Lyna.Lyna tersedar lalu menarik sengih.

"He he sorry bang.Er..nak tanya abang ek beli tiket VIP concert Beast kat Rock Corner tadi?" tanya Lyna sambil tersengih.Malunya.

"A'ah kenapa ek dik?"tanya lelaki itu kembali

"Ouh takde.Nak tanya kot2 abang nak jual ke tiket tu? Saya nak beli.Mahal sikit pun tak pe" kata Lyna dengan penuh harapan.'Demi Yoseobku'

"Alamak..sorry la dik.Tak boleh la.Lagipun tiket ni adik abang punya.Dia suruh belikan.Entah ape ape la budak ni.Concert tak berfaedah pun nak pegi.Merepek je.Baik duduk rumah baca buku ke ape ke"rungut lelaki itu

"Biasa la tu bang.Minat masing-masing.Selagi pelajaran dia tak terganggu..biarlah.Eh takpelah kalau abang tak jual.Sorry ganggu"kata Lyna sambil cepat2 berlalu pergi.Lelaki itu hanya memandang langkah Lyna,kehairanan.

***

"Uwaaaaa!! Nak jumpa Yoseob!! Mana nak cari tiket ni.Semua dah habis.Menyesal tak beli awal-awal aritu" bebel Lyna kepada rakan-rakannya.

"Ala..sabar2.Eh jom pegi Kpop Hitz Talent Show nak? Mana tau dapat tiket Beast free"ajak Dayah

"Kat mana?"tanya Lyna pantas.

"Hmm..kat Times Square rasanya.Jom la"

"Bila2?"

"Sabtu ni"

"Hmm..ok lah"kata Lyna.'Yoseob' sobs sobs

***

"Wah!! Ramainya orang.Rimas2"kata Nurul.Dia sememangnya tidak begitu menggemari tempat yang sesak dengan manusia.Eh sesak dengan binatang pun tak suka.

"Eh jom lah ke depan tengok orang perform.Eh ada Jehan Miskin laa"kata Lyna pantas menarik tangan rakan-rakannya ke hadapan.

Mereka begitu teruja melihat telatah-telatah peserta yang menyertai pertandingan itu.Ada yang memang berbakat dan ada yang tidak.Celoteh daripada Jehan Miskin juga membuatkan mereka tidak kering gusi ketawa.

"I have 2 tickets to Beast concert in Malaysia.Who want the ticket?" tanya Jehan Miskin.Lyna menjerit dengan penuh semangat.Jehan meletakkan mic dihadapan Lyna dan bertanyakan soalan

"What is the stage name for Kwon Ji Yong?" Lyna tergamam sebentar sebelum menjawab

"G-dragon! G-dragon!"

"Yes.That's the correct answer.Boleh ke depan"kata Jehan

"Eh macam mana nak masuk ni? Tak kan nak panjat kot?"tanya Lyna sambil menunjuk ke arah penghadang di hadapannya.

"Hmm..lalu lah tepi2 sana"kata Jehan.Lyna pantas berlari menuju ke stage.Nurul yang berada di sebelahnya sudah menjerit kuat.Dayah,Yasmin dan Shima masih lagi tidak perasan yang Lyna menjawab soalan dengan betul.Terdapat dua orang yang berada di situ.Lyna mula gementar

"Ok now..I want you to perform Nobody by Wonder Girls.Sape yang dapat jeritan paling kuat,dia lah yang akan membawa pulang tiket Beast ini" kata Jehan.Lyna sudah mula gelabah.Dia memang tidak tahu sangat lagu itu.Akhirnya dia menari mengikut suka hatinya.

Nurul,Dayah,Yasmin dan Shima menjerit paling kuat.Mereka juga memaksa semua orang untuk menjerit untuk Lyna.Dan akhirnya tiket Beast dapat Lyna miliki.Lyna menjerit kegembiraan kerana dapat pergi ke concert artis pujaannya itu.

Seorang lelaki datang dan memanggil Lyna.Lyna berpaling dan terkejut.Yoseob.

"Hai dik..ingat abang lagi? Tahniah menang tiket tu.Adik memang minat ek Kpop ni?"tanya lelaki itu.Lelaki yang sama membeli tiket di Rock Corner tempoh hari.Lyna tergamam sekali lagi melihat lelaki itu.Nurul di sebelah menyiku lengan Lyna.Lyna tersedar dan menarik sengih

"Err...yup.Minat sangat.Lagi2 kumpulan Beast ni"kata Lyna

"Ouh..ok lah abang kena pegi ni.Enjoy the concert"kata lelaki itu lalu pergi.Lyna tersenyum sendirian.Kacaknyaa macam Yoseob.

***

'Nak pakai baju mana ni? Tudung fesyen ape ni?' Lyna berfikir di hadapan almari pakaiannya.Dia bingung memikirkan baju yang perlu dipakai untuk ke concert artis pujaannya itu.Setelah berfikir seketika,dia mencapai salah satu baju di almarinya dan mencari tudung yang sepadan

'Biarlah nak pakai apa2 pun.Kat sana kan gelap.Bukan nampak pun baju apa' bisik hati Lyna.Dia cepat2 bersiap kerana concert itu akan bermula pada jam 8.30 malam dan dia akan bergegas pergi selepas solat maghrib nanti.

"Hello Shima,awak dah siap ke? Kita dah on the way nak amik awak ni " kata Lyna sambil memegang erat phonenya.Keychain yang terdapat gambar Yoseob bergoyang perlahan akibat gerakan phone itu.

"Dah2..awak dah dekat mana?" tanya Shima kembali

"Lagi 10 minit macam tu sampai la.Ok bye" kata Lyna sambil mematikan talian.Dia menatap sebentar gambar Yoseob di phonenya sebelum kembali meneruskan pemanduan.

***

"OMO! Ramainyaa orang.Gila lah" Lyna tergamam melihat begitu ramai orang di situ.Dia cepat2 mencari pintu masuk kerana dia sudah terlewat.Setelah mengambil tempat duduknya,Lyna tersenyum melihat stage yang begitu hampir dengan tempat duduknya.Jika Yoseob menghulurkan tangan,pasti dapat dicapainya.Tiba-tiba dia terdengar deheman di sebelahnya.Lyna memusingkan kepalanya dan terus tergamam.

"Hai dik.Tak sangka kerusi kita sebelah2 kan?" kata lelaki yang iras Yoseob itu.Lyna masih lagi tergamam.

"Dik? Ok tak ni? Setiap kali jumpa abang mesti tergamam.Kenapa ek? Handsome sangat ke abang ni?"tanya lelaki itu sambil ketawa.Lyna tersedar dan menarik sengih.

"Err..hai.Abang buat apa kat sini? Kata concert tak berfaedah tapi datang juga?"tanya Lyna kembali

"Abang datang dengan adik abang ni.Mana boleh biar budak kecik sorang ni keluar pegi concert dengan kawan-kawan.Lisa ni kenalkan..err sapa nama awak ek?"tanya lelaki itu

"Ish apa lah abang ni nak kenalkan orang tapi dia sendiri tak kenal orang tu.Apa lah" kata Lisa tak puas hati

"Takpa..saya Lyna.Lisa umur berape ek?"

"15 tahun"balas Lisa sambil tersenyum

"Oh muda lagi.Akak 20 tahun.Lisa minat kpop jugak ke?"tanya Lyna ramah

"Yup,minat sangat.Paling minat Beast ni lah.Then minat Big Bang,Boyfriend and semua lahhh" kata Lisa,excited.

"Ehemmmmmmm"

"He he sorry bang lupa pula kat abang.Eh kak Lyna dah berkenalan ke dengan abang Lisa ni.Dia ni kerek kot.Dah la menyibuk nak ikut orang pegi concert"rungut Lisa

"Amboii budak kecik merungut nampak.Abang tak kasi pegi concert dah lepas ni kang.Awak jangan layan dia ni Lyna.Eh lupa pula nak kenalkan diri.Nama saya Yusoff.Umur 26 tahun.

"Oh..eh concert dah start laa" jerit Lyna.Dia teruja melihat Yoseob yang begitu hampir dengannya.Tarian mereka semua sudah dihafalnya.Yusoff memandang saja gelagat Lyna.Geli hati melihat telatah Lyna yang menjerit-jerit itu.

"Err..Lyna"panggil Yusoff sambil mencuit bahu Lyna ketika lagu perlahan sedang dimainkan.

"Ape?"sahut Lyna perlahan.Dia sedang menghayati lagu yang berkumandang itu

"Sapa yang dekat tengah tu.Yang muka macam baby face tu?"tanya Yusoff

"Yang mana satu?"tanya Lyna lagi.Meminta kepastian.Yusoff menundingkan jarinya menunjuk ke arah Yoseob yang sedang menyanyi itu.

"Oh yang tu Yoseob.Yang saya minat laa.Handsome kan dia?"tanya Lyna

"A'ah handsome tapi saya lagi handsome" kata Yusoff sambil tergelak kecil.Lyna menjelingnya.

"Err..tapi kan kenapa muka dia ada iras2 saya ek? Ke saya sorang je yang perasan? Agaknya sebab ni la awak asyik tergamam bila tengok saya kan?"tanya Yusoff.Lyna terdiam mendengar pertanyaan Yusoff itu.Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan.Semuanya benar belaka.

"Eh lagu ni saya suka laaa" Lyna menjerit kegembiraan ketika lagu Beautiful dimainkan.Dia turut ikut menyanyi lagu itu.Yusoff mendengar lagu itu.Best juga lagu ni ek?

***

"Kak Lynaaaaaaaa..." Lyna menjauhkan phonenya daripada telinga.Mau pecah gegendang telinganya kalau dibiarkan.

"Ya Lisa sayang.Nak apa?"tanya Lyna sambil membetulkan kedudukan phonenya di telinga.

"Ehemm sayang Lisa sorang je ke? Saya tak sayang?" Suara lain kedengaran.Lisa tergamam.Eh suara siapa ni?

"Ish abang ni sibuk laa.Orang nak cakap dengan Kak Lyna ni.Pegi main jauh-jauh la.Tak tolong kang" Kedengaran suara Lisa memarahi Yusoff di talian.Lyna tersenyum mendengar pertelingkahan dua beradik ini

"Kak Lyna...kak Lyna free tak weekend ni?"tanya Lisa

"Hmm..free kot.Kenapa ek?" tanya Lyna

"Err..takde.Ingat nak ajak Kak Lyna keluar.Dah lama kot tak jumpa.Last sekali last year.Lepas tu asyik chatting je.Abang Yusoff gak best selalu jumpa Kak Lyna.Mentang2 la tempat kerja dekat dengan Universiti Kak Lyna.Jealousnyaaa.Selalu bila Lisa nak ikut mesti ada je alasan dia tak bagi.Tah pape je " bebel Lisa.Lyna tergelak mendengar bebelan Lisa.Tak sangka Lisa kuat membebel seperti dirinya

"Lisa..last year tu berapa bulan lepas je kot.Baru lagi jumpa kan.Mana ada abang Yusoff selalu jumpa akak.Time free je kitorang jumpa.Tu pun kawan akak temankan.Yela tak elokkan keluar berdua je lelaki perempuan ni.Hmm..ok lah weekend ni akak jumpa Lisa ek?" balas Lyna

"Yey!! Thanks Kak Lyna.Jumpa kat Sunway Pyramid tak sabtu ni.Pukul 2 petang.Jangan lambat.Byee"kata Lisa pantas sambil mematikan talian.Lyna tersenyum mengingatkan gelagat Lisa itu.

***

"Lisa biar betul nak makan kat sini? Kenapa macam takde orang je ni?"tanya Lyna.Dia memandang sekeliling kawasan restoren itu.Lengang.Tiada seorang manusia pun di dalamnya.Terdapat seorang pelayan tersenyum memandang mereka.Lisa menarik tangan Lyna menuju ke satu kawasan yang penuh dengan belon yang bertulis 'I love you'.Lyna kehairanan.Tiba-tiba terdapat satu skrin di hadapannya.Satu video dimainkan.Lyna tergamam.

"Hai Lyna.Kenal saya tak? Saya Yoseob eh tak Yusoff.Muka saya ada macam Yoseob tak? Saya baru ubah fesyen rambut ni nak bagi sama macam dia.Awak suka tak.Hmm..sebenarnya tujuan saya buat video ni sebab..hmm..malulah nak cakap.Hmm saya saranghae love cinta you aishiteru awak.Eh asal macam berterabur je ayat ni.Tak kisah la.Harap awak faham la ek? Hmm saya nak nyanyikan satu lagu untuk awak.Dengar ek? Sorry suara saya tak sesedap suara Yoseob awak tu.Tapi boleh lah.Hmm lagu ni khas untuk awak.Terimalah Beautiful.Lynaa saranghaee~~"

Video itu kemudian memaparkan gelagat Yusoff yang cuba menari.Lyna tergelak melihat tarian Yusoff yang agak lawak itu.Lisa di belakangnya sudah menepuk dahi beberapa kali melihat gelagat abangnya itu.Suara Yusoff kedengaran

Beautiful my girl
My beautiful my girl and I
So beautiful my girl

Ha ha girl
This is my confession
Drop that beat

Lyna tergamam mendengarnya.

Oh listen to my heart
Listen to my heart
Even though no words can describe you

Nothing better than you
If someone offfers me the world
You you you you
I can’t trade it for you

Lyna terharu mendengar nyanyian Yusoff yang sedikit sumbang itu.Air matanya menitis.Setelah menghabiskan lagunya.Yusoff pergi mendapatkan seorang wanita yang berada di belakang.Mereka berjalan ke arah Lyna.Lyna tergamam.

"Oh ni lah ek Lynanya? Amboii kemain Yusoff ni.Siap menari2 bagai.Lyna mak cik sebenarnya ada hajat.Anak mak cik ni dah suka sangat kat Lyna.Dia nak mak cik melamar Lyna untuk jadi isteri dia.Lyna setuju tak?" kata ibu Yusoff,Puan Liyana.Lyna terdiam memandang ibu Yusoff di hadapannya.Dia kemudian memandang ke arah Lisa yang tersengih.

"Err..tapi mak cik tak macam cepat sangat ke? Saya baru kenal Yusoff ni" tanya Lyna

"Tak pe awak.Nanti lepas kahwin boleh kenal lagi.Cinta lepas kahwin kan lagi beautiful" celah Yusoff.Lyna menjelingnya sekilas.Dia memandang kembali pada ibu Yusoff di hadapannya.

"Saya tak kisah mak cik.Tapi saya ada mak dengan ayah.Kalau diorang setuju..saya ok je" kata Lyna perlahan.

"Memang diorang setuju pun.Kami dah hantar pun rombongan meminang semalam.Tapi keputusan baru dapat hari ni " kata Puan Liyana.

Lyna tersenyum malu memandang Yusoff yang sudah tersengih itu.Tidak disangka lelaki yang ditegurnya ketika ingin mendapatkan tiket Beast bakal menjadi suaminya walaupun mereka tidak begitu mengenali.Tapi cinta lepas kahwin kan lebih beautiful.

P/s: Cerpen ni spontan.Idea takde tapi sebab boring sangat so taip je la.Macam rushing sangat kan? Tu la akibatnya bila nak cepat siap.Cerita pun jadi macam lajuuu jee macam nak kejar keretapi.Byee and enjoyy

Wednesday, December 14, 2011

E-novel The One

Hello Bloggiee,

Aku baru post cerita The One tu.Cerita tu pasal sorang kawan aku ni.Kiranya based on true story la.Tapi takde lah 100% cerita betul.Aku suka hati je buat.Tapi nanti ada part2 dalam novel tu memang kisah benar.Tak rancang pun nak buat cerita ni sebab selalu aku buat draft cerita pasal lain tapi tah tetiba semalam rasa nak tulis pasal ni.Oh part 1 baru pengenalan watak ya.Tapi hero takde lagi la.

Haha gila post aku ni.Dah post part 1 baru nak tulis post ni patut sebelum kan? pape je la.Enjoy tauu.Kalau ade pape yang kurang komen je


Nota Cipanzi: Serius tak tau nak buat tajuk ape utk novel ni.Main buat je tajuk The one tu sebab aku ada terfikir satu lagu yang sesuai utk ending cerita ni.Byeeee

Wednesday, November 30, 2011

Bye SPM




Aku mengerling ke arah jam.3 minit lagi.Aku memandang ke sekeliling.Semua sedang tekun membelek kertas soalan.Ada juga yang telah keluar terlebih awal.Pengawas peperiksaan berjalan ke hulu ke hilir memandang sekiranya ada pelajar yang inginkan helaian tambahan ataupun benang.

Aku memandang kembali ke pentas.Ketua pengawas memandang ke arah jam di dinding.Tangannya memegang microphone.Mic di on kan.The moment bila suara ketua pengawas menyatakan

"Masa dah tamat.Letakkan pen anda.Semak angka giliran dan kad pengenalan.Pengawas boleh kutip sekarang"

Hatiku melonjak kegembiraan.Kakiku digoyang tidak sabar.Dewan mula riuh.Suara ketua pengawas meminta calon-calon diam tidak diendahkan.Semua kelihatan begitu teruja.Pengawas berhenti di mejaku.Aku menghulur laju kertas jawapan sambil menarik sengih.Pengawas itu tersenyum padaku.

Kedengaran suara ketua pengawas yang berkata sesuatu tidak aku endahkan.Di fikiran ku mula terbayang novel yang memanggil-manggil untuk dibaca,Running Man,drama korea and yang penting sekali Twitter.
Suara calon-calon lain memekik kegembiraan tidak aku endahkan.

Kakiku melangkah laju keluar dari dewan peperiksaan setelah dibenarkan.Terdapat ramai rakanku yang berbincang mengenai experiment Bio yang dirasakan begitu susah itu.Aku tidak hiraukan lagi.Bagiku yang lepas itu lepas.Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan mula menaip sesuatu di Twitter.

Akhirnyaa tamat sudah persekolahanku pada tahun ini.Aku mula berasa rindu akan sekolahku.Banyak kenangan manis dan pahit di sini.Guru-guruku terima kasih kerana telah banyak mengajarku.Aku berharap agar aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM ini.Doakan aku ek?




P/S: Bye SPM!!!!

Sunday, November 20, 2011

SPM





*sapu habuk*

Hello Bloggie!! OMO lama gila tak bukak blog ni.Rindunyaaaa nak taip taip ni.Sorry...aku busy sangat-sangat sekarang ni.Maklumlah tengah SPM.Alhamdulillah 4 paper dah selamat dijawab.tinggal lagi 5 paper.30 nov ni boleh la menjerit kuat2 sebab dah habis.HAHAHAHA

SPM boleh la....soalan ada yang susah ada yang senang.Subjek Sejarah first time rasa senang sebab dia banyak tanya pendapat.Ok laa.Tapi result nanti tak tau la camne.Math pulak...OMO!! Membunuh kot soalan dia.Susah sangat.Rasa nak tumbuk2 je muka orang buat soalan tu.Takut ok.Macam mana la result nanti.

Hmm...tu je la nak cakap.Nanti abis SPM, Insyaallah aku membebel banyak2 kat blog ni.

Byeeeeeee

Sunday, June 26, 2011

Kpop Hitz Talent Show.



Hello.
Korang penah dengar tak sal talent show yang astro hitz buat? Aku baru tau sal menda ni.Seriously malas nak amik tau kalau benda contest2 ni tapi since my friend dok kecoh2 cite dia pegi tengok mende ni kat Wangsa Walk aritu,terus aku cam nak tengok walaupun tak semangat sangat.

So yesterday after balik daripada rumah anak2 yatim..Me,Min,Shima,Dayah pegi la Times Square.My mum hantar kat stesen monorail Titiwangsa.Tapi gila kot...monorail rosak ke ape aritu so lambat sampai.Dah naik monorail tu sekali dia stop kat Bukit Bintang then staff2 situ suruh kitorang turun..naik monorail lagi satu.WTH la kan,da la tunggu hampir setengah jam..tinggal satu stesen je lagi pun.

Then sampai Times Square terus pegi kat main entrance.Tengok ramai gila kot orang.Fine la kan.Selit2 sikit dapat la dok depan walaupun tak depan sangat ok la kan.Then call Amalyna tanya dia kat mana semua.Pastu lepas call dengar Jehan Miskin pot pet kat depan tu..bla bla bla..aku boring je..minah tiga ekor tu semangat ok.Then Amalyna sampai...sempat tengok 2,3 orang buat performance pastu boring sebab tah pape je diorang ni.Kalau yang menari ok la kan..cool je..tp yang nyanyi tu...perghhhhhhh terukk

Aku ajak la diorang blah...semua tak nak..ok la kan..nasib Amalyna nak blah skali.Masuk dalam pusing2.Pegi kedai auntie yang jual barang korea tu.Masuk situ memang menggugat iman betul laaaaaaa.Semua nak.At last aku beli rantai FTI yang cam MV I Hope tu and purse Big Bang.Tu pun habis nak dekat RM 60.Pastu singgah Tutti Frutti jap.Amik Chocolate and Strawberry then bubuh topping buah.Aku da cuak gila sebab bekas tu cam berat je skali kena RM 11.50.Selamattt.

Pastu call diorang tanya nak makan tak..semua cam tak nak..mende la kan.Aku and Amalyna pun pegi la Marrybrown.Dah la first time gi situ.Aku pun saja la order Kiddy Meals sebab nak air Milo je.Pastu akak cashier tu cakap free gift dah habis la...ok la fine..tak kesah la kann.Sementara tunggu makanan sampai,kitorang bukak la MV I Hope nak pastikan rantai tu sama ke tak.Sama gila kott...terus happy melampau.Part Lawak masa orang tu hantar makanan la.Dia pandang je muka kitorang then tanya banyak kali...betul ke order ni.Pelik ke weh? HAHAHA

Lepas makan..pegi balik kat tempat show tu.Serious aku ngan Amalyna boring gle.Berdiri pun belakang2.Skali Jehan tanya sape nak tiket Beast? Terus laju kitorang ke depan.Semangat jeeee.Part menang tiket memang semangat.

Then Jehan tanya Siapa minat Big Bang kat sini? Harus la ramai angkat tangan.Then dia tanya Apakah nama timangan bagi Kwon Ji Yong.Then Amalyna angkat tangan cepat2.Jehan da la dekat ngan kitorang terus bagi mic kat Amalyna.Then Amalyna cakap la G-Dragon G-Dragon.

Jehan : Ok betul.Boleh ke depan
Amalyna: Err..camne nak masuk? Tak kan nak panjat kot
Jehan: Hmm..lalu la kat tepi sana

Then terus Amalyna lari pegi depan.Aku da jerit2 excited.Diorang semua cam tak prasan lagi Amalyna yang dapat.Then Amalyna gi depan..blur..tak tau nak pegi mana.Then ok la.Ada tiga orang semua.Amalyna,sorang akak melayu tu and ade sorang cina ni.Then Jehan suruh diorang perform lagu Nobody.Sapa dapat jeritan paling banyak dia menang.Ok la kan.





Then akak melayu ni perform..semua jerit biasa2 je.Cina tu pulak perform..kawan2 dia semua jerit kuat gila.Then Amalyna perform comel gila.Dia da la tak ingat lyric..so dia nyanyi slow gilaaaa..then menari siap kenyit mata lagi.Aku da jerit kuat gilaaa kot.Siap lompat2 lagi.Hilang terus keayuanku.Then Jehan nak bagi Cina tu menang dah.Kitorang cam tak fair la kan..sebab kawan2 cina tu contestant..so diorang kat depan..jadi Jehan dengar cam kuat la kan.So Jehan kata buat lagi sekali.Kali ni dia akan dengar dari hujung ke hujung.Ok la kann.

Part akak tu semua cam senyap je.Malu jeee akak tu.Then part cina tu belah kiri je paling kuat bunyi.Aku dah jahat gila..tak kasi orang jerit.Then bila part Amalyna terus aku jerit kuat gilaa...siap lompat2 lagi.Dan akhirnyaaa...........jeng jeng jeng........the winner goes to....

AMALYNA!!!

Aku jerit melompat kot.Happy gila.Then Jehan bengong ckp tiket tu hilang.Padahal kitorang nampak dia bagi kat cameraman tu.Lepas Amalyna dapat tiket tu...cina tadi tu tah pape kot mintak satu tiket kat Amalyna.Gaya dia cam desperate gila.Tapi memang tak la kan nak bagi diaaa.Then Amalyna keluar je...terus aku lari pegi kat dia..sampai terlanggar satu couple ni...abis terlepas pegangan tangan dia.Kejam ok.

Sampai kat Amalyna je terus peluk dia..then jerit2.Abis semua orang pandang.Maluuuu gilaaaa....Tangan kitorang menggeletar gila tengok tiket Beast tu.VIP seat ok.Then masuk dalam bangunan still tak caya lagi.Pastu ada satu laki ni tah pape kot.Berdehem sebelah kitorang then cakap

"Ehemm...sakit tau tekak jerit untuk Amalyna tadi"

Nak jugakk..Aku pun cakap la thanks sebab jerit tadi.HAHA tah pape je.Then habis tu jalan2 jap and balik.Sampai rumah penat gilaa...online kejap.Then janji ngan mangga nak gossip sekali tertido lak sebab penat sangat.Sorryyy mangga...nanti kita gossip ok. HAHA

Sumpah panjang gila entry aku kali ni.Tapi fun gila kot semalam.Lagi best daripada pegi showcase U-Kiss aritu.Tak leh imagine kalau Big Bang or FTI datang..mesti lagi excited.

Bye!!!!!


Nota Cipanzi : Hope muka aku takde keluar tv la kan.Malu je kalau keluar.HAHA

Thursday, June 23, 2011

Apa dah jadi?


Hello,

Aku pun tak tau apa fungsi blog ni sekarang.
Like seriously kot..aku tanya gak diri aku ni
apa guna ko buat blog doe? Dah la malas nak
update.Ok memang la dulu aku buat blog ni
sebab nak letak cerita2 aku.I mean novel/cerpen
but now..banyak benda merepek kot aku tulis.
Mungkinkah kecelaruan identiti? apakaitankah?
HAHA.

Ok serious.Aku bukan takda idea nak buat
novel lagi.Just that..I don't have enough time.
Busy memanjanggg.Da la semalam,arini,esok
ada photoshoot untuk school leaver.Then ahad ada
aktiviti kebajikan.Then tuisyenn manjanggg.
Nak hang out ngan kawan pun takde masa.

MAYBE abis SPM la kot aku tulis balik novel/cerpen.
MAYBE ok..aku tak janji sebab aku da plan macam2
aktiviti lps SPM.Draft untuk cerita da banyak gila kot buat.
Tapi dok tersimpan je dalam beg.Yela tulis atas kertas kann.
I kuno skit ok...tak reti la nak simpann dalam komputer.
Padahalllllll.....HAHAHAH

So Sorry la sape yang follow blog ni untuk baca novel/cerpen
aku tu (yang tak berapa nak best tu.) tapi takde yang terbaru.
Asyik2 update sal kisah hidup and menda merepek je.Sorry again.
Kepada sesape yang selalu bukak just nak baca novel/cerpen aku tu
cube datang balik tahun depan.Tak pun korang tengok la..Kalau aku tulis
cerpen: title kat tajuk tu maknanya cerpen baru laa.Kalau novel aku akan tulis
part-part.OK! So takde la korang penat2 nak selongkar kot2 ada cerita baru
(Bajet ramai je baca blog ni.)

That's all.Sorry and thank you.




Nota Cipanzi: Korang faham ke apa yang aku tulis kat atas tu? Aku baca balik..aku pun tak faham.Biaq pi la.

Wednesday, June 22, 2011

I Type I Delete



Hello,
Lama tak tulis kat blog ni.
Againnnnn BUSY.
Lame excuse.
HAHA

So..what's happening?
Is there anything interesting to share?
Nahhh...I have nothing to say here
I don't know what to say.
I keep typing and then I delete it

Oh yaa ...I have something interesting
to tell about.Ok not very interesting
but..whatever.

Tadi kan kat sekolah aku and pengawas lain
kena marah kot ngan pak guard.I mean pengawas
yang jaga gate la.Pehal tah pak guard tu.Period agaknya.
Tetiba nak marah kitorang..cakap kitorang tak bertugas,
tak amik nama orang datang lambat sampai dia pulak yang
kena amik.Hellooooooo...ko pagar mana sekarang..
kitorang jaga pagar lain.Mana nak tauu.Lagipun seriously tak
penah tengok buku kuning yang ko tunjuk tu.Then siap nak
ugut2 nak bagitau Pn.R.Ok fineee..bagitauu laaaaaa.
Then dia tanya..pengawas tugas sampai kul brape?
Kitorang cakap la 7.50...then dia cakap Pn.R cakap
pengawas tugas sampai kul 8.Alamak pak cik asal kitorang
tak tau ek pengawas tugas sampai kul 8? Memang dari dulu lagi
sampai 7.50 jee.Ingat kitorang guard jugak ke nak jaga pagar lama2.
Kitorang pun mau belajar jugakkkk..

Oh Lupaaa...kitorang gi sekolah untuk main2 and jaga pagar je.
Tak yah belajar.Haishhh daripada rasa best bertugas terus da tak best
bila ada orang camni.



Nota Cipanzi: Mungkin pak guard tu bosan takde kawan sebab pengawas blah awal.lalalala~~

Tuesday, June 7, 2011

5D Experience

Helloooooooo!

Sekarang ni cuti sekolah dua minggu.Tapi aku still tak update blog.Yelaa..aritu seminggu aku dok kat Kuantan so susah sikit mau update blog.Sebenarnya sebelum gi kuantan tu aku ade pegi Tasik Kenyir.Best situ.Tapi nanti2 la cerita.

Now aku nak cerita pasal 5D experience at Berjaya Megamall Kuantan Pahang.Sape2 yang ada datang Kuantan tu..patut try la masuk tempat ni.Best gila kot.Tempat dia ni cam cinema la.Korang boleh pilih nak cerita apa.Seorang harga dia RM 15. Agak mahal tapi fun sangat.

Bila korang dah pilih cerita..dia akan bagi spek.Ala2 3Dnya spek tu.Or mmg 3D nye spek kot.Tah tak amik tau.Then korang akan duduk atas kerusi.Aku nasihatkan kalau nak duduk tu..pilih kerusi depan..jangan amik kerusi tengah kalau taknak malu macam aku.Asal malu? Sebab dalam tu ada camera ok.Then orang luar leh tengok apa yang berlaku kat dalam tu.Malu ok!. Kalau korang tak malu amik la kerusi tengah tu.lalala.

Now the adventure begin.Kat depan korang akan ada screen yang akan memaparkan cerita yang korang amik tu.Cam aku..aku pilih Roller Coaster.So dapat la rasa cam naik roller coaster.Screen tu akan paparkan track roller coaster and kerusi korang akan bergerak-gerak cam naik roller coaster laaa.Then rasa angin semua best la.Pastu ada menda ape tah kat kaki tu main pukul2.Sakit ok.Aku sampai angkat kaki.Malu je.Bila keluar auntie aku cakap..takut sangat ke sampai angkat kaki.malu ok ramai orang tgk aku angkat kaki kat screen tu.HAHA.

Then kat dalam tu jugak dia ada sembur2 air.Abis basah baju.Then dia spray buih ape tah.Ala menda budak sekarang suka main tu.Snow spray ke ape tah.Lebih kurang la.Damn kot.Basah rambut aku.Aku rasa betul2 menda tu kena kat kepala.

Tapi memang fun laaaa.But aku still rasa kat Korea punya lagi best.Maybe tempat ni kecik je,cam korea tu besar..rasa lagi thrill la.Ni biasa2 je.Budak kecik umur 5 tahun pun boleh masuk.Kalau korang nak enjoy2 ngan family boleh laaa..Patut pegi.Maybe yang cerita hantu punya seram kot.Aku tak try.Maybe lain kali.Sape pegi tu try laa...

Tempat dia kat Berjaya Megamall Kuantan.Tingkat atas sekali.Dekat dengan cinema.Depan tempat bowling.Ni gambar dia.Aku google je sebab aku takde amik gambar.Malas.HAHA


Hah dalam tu la.Tempat tu kecik je.Dia cakap maximum 4 orang je masuk.Tapi aku nampak ada dua kerusi kosong lagi kat belakang tu.Dia tulis repair.Maybe kalau da siap repair 6 orang boleh masuk la kot.So ape tunggu lagi.Pegi la serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..



Nota Cipanzi: Maharaja Lawak minggu ni kat Kuantan kan? Sape yang pergi tu..sebelum masuk ML pegi la masuk sini dulu.Jangan lepaskan peluang.HAHA

Wednesday, May 25, 2011

Greatest Marriage Proposal



OMO!! Just love the video.The way he propose is superb,cool,fantastic and so on.

I wonder how my future husband will propose me? Hee~~ so gatal.

Sambung study balik.Bye

Nota Cipanzi: Bestnyee kalau ada orang suprise2 kan camtu.lalalala~~

Sunday, May 8, 2011

Bulan Lima Mother


Hello,

Tau tak da masuk bulan lima sekarang? And aku baru tersedar yang SPM da semakin hampir.OHEMGEEE! Terus gelabah nak baca buku.Aiyoo...mesti ramai kan yang macam tu.Bila da nak exam baru la gelabah cari buku.Haishhhhhh.....Lepas tu mula la stress bila segala benda yang baca tak masuk otak.Masa tu rasa nak hentak2 je kepala kat dinding.OK macam tu la perasaan saya sekarang.OMG....sudah terhantuk baru terngadah..Nasi sudah menjadi bubur...tak guna nak menyesal.What can I do now is.....STUDY la bungukss..takkan nak pegi menari zapin lak.

Aduhhhhhhh.And and next week is mid term exam.OK...double stress.After exam....HOLIDAY!!! Ok tak payah nak cuti sangat la kannnnn...kena study.Sedar diri nak SPM tahun ni.HAHA

And tahun ni adalah sangat tekanan sebab terlampau banyak godaan yang datang.First cam ramai la artis korea nak datang Malaysia tahun ni and sah2 la my mum tak kasi pegi.Second....banyakkkk novel baruuuuuuuuuuuuuuu and tahun ni tak pegi pun pesta buku antarabangsa.Selalu tak pernah missed ok.

Sebab tahun ni agak pokai sikit.Yela asyik2 korea je...mane tak pokai.Then dok beli komik.OK Tyra anda patut stopkannya sekarang and pilih samaada nak Korea or Novel.

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cannot buat keputusan laa.Susahnyaaa...=(

Sekian.


Nota Cipanzi: Da pukul 1.17.Happy Mother's Day Umi!! ♥



Nota Cipanzi 2: Korang kenal tak vlogger nama matluthfi? Dia penah buat video mother's day yang best thn lepas.Yang ni






And tahun ni ade dia ade buat video sal mother's day gak.And best ok.(Vid dier mne pnh x best)




Selamat Menonton!

Wednesday, May 4, 2011

Malaysian Kpop

Sape ade dengar sal group gula gula? Or group 24:7?

Aku rasa diorang tu comel la.Sebab diorang berani mencuba sesuatu yg baru.

Bagus2..majukan industri muzik tanahair ni ek.

Usaha yang bagus apa..and lagi senang nak masuk sebab bawak nama kpop.

Orang skung kan kpop memanjang.Mesti ramai yang akan suka dengan group2 ni.

Satu usaha yang bagus untuk cepat diminati.

Muke pun handsome2..badan tough...yang perempuan lak..hot gila..peha gebu..muka cantik.Bagus2.

-.-"

Nak tengok gambar diorang? Nak tau pasal diorang?

Klik Sini

Ok enough with that thing.Macam aku tweet aritu..aku takkan blog pasal ni..Malas nak taip panjang2.Google kan ade.Pegi la google sendiri.*gelak jahat*

Arini kawe nok story sikit ape yang cikgu Bio kawe kecek(cakap) ke kawe.

"Kamu kalau tak minat nak jadi doktor tak payah jadi.As I told you before..jadi doktor ni bukan senang ok.Macam saya jadi cikgu..kalau ajar salah,pelajar tak mati..tapi doktor kalau tersalah operate or check..pesakit boleh mati.Kalau takde minat jadi doktor and terpaksa jadi doktor sebab parents suruh..susah la.Sebab ape..doktor yang tak minat nak jadi doktor..dia tak enjoy buat kerja dia..dia kerja kerana terpaksa..sebab tu banyak buat silap.

Sebagai contoh la..Saya ada pegi satu klinik kat area ******..klinik ***** tak silap saya.Saya tunggu nak jumpa doktor..then bila masuk..doktor tu tak senyum pun.Just angguk and tanya sakit ape.Saya cakap la saya sakit kepala.Doktor tu angguk and tulis then suruh saya amik ubat dekat luar.Saya tanya la..tak payah check pape ke? Blood pressure ke suhu ke? Then bila saya tanya baru dia nak buat.Saya pandang la sekeliling nak tengok doktor ni kelulusan daripada U mane..then saya nampak satu sijil daripada U**.

Itu yang saya nak nasihatkan..kalau ada parents kamu yang suruh kamu jadi doktor tapi kamu tak minat..baik kamu fikir balik.Kamu pun pernah kan alami situasi camni.Tunggu punya lama kat klinik tapi jumpa doktor tak sampai 5 minit pun.

So fikir2 kan betul ke pilihan yang kamu nak buat tu.Mungkin juga sekarang tak minat..tak bila da belajar medic tetiba minat tu datang.Ada juga orang macam tu.So kena fikir baik2 la sebelum buat keputusan."



Itulah apa yang dikatakan oleh cikgu bio aku.Punya la panjang lebar.Cikgu ni suka bagi nasihat yang berguna yang sangat2 aku hargainya.

Penat da tangan aku.

Sekian.



Nota Cipanzi : Gula gula debut 5 mei ni? Sama2 kita nantikan

Nota Cipanzi 2: Ohemgee...baru tau pasal ni time tengah cari gambar tadi



For more info..klik SINI

GO Malaysia Pop! -.-"

Info Lain: SAKSIKAN MAX 247 ,AESAR MUSTAFA,ADAM V.I.P,ONE NATION EMCEES, BLACK DAN RAMAI LAGI PADA 5 MEI 2011.DI MATIC JALAN AMPANG.JAM1.30 PTG



Sunday, May 1, 2011

Bieber under attack from flying eggs


Ohemgeee!!

Bieber kena attack time buat concert dekat Australia.Dia kena baling dengan 6 biji telur kot.Kesiannyeeeeeeee...

Kenapa 6 je? baling la lebih2 skit.oppsss...sorry fan2 bieber...jangan marah..gurau jee.

Ni info sal kejadian tu

US pop sensation Justin Bieber has come under attack, from flying eggs.
The teen superstar was performing at Sydney's Acer Arena on Friday night, when six of eggs were launched from the crowd.
It would seem though that thousands of die-hard screaming fans were not enough to deter the egg-thrower.
A helper quickly cleaned up the mess, before the show went on.


Credit to Sky News.For more info click here 

Sekian.


Nota Cipanzi: Tiket Bieber murah sangat agaknya..tu yang anti fan ramai serbu.Cam kat M'sia tiket mahal.Kalau tak  bukan setakat telur orang baling...heeeee bye.

Monday, April 25, 2011

Fish..come to momma.



Sorry.
Semalam aku agak emosi sikit.
Buat entry pun dalam keadaan marah
Tah ape la aku tulis.Syaitan dok kat sebelah dok bisik2.
HAHAHHA

Ok lupakan kisah semalam.Biaq pi la.La ni cheq nak habaq yang cheq dah ade pengalaman memancing.Yey!!
Ok foine.Cheq tau korang mesti cakap

"Eleh..baru memancing sekali da kecoh..gua memancing banyak kali tak kecoh pun"

Yola..kalau takde yang pertama..takde la yang seterusnya.Yang pernah memancing tu mesti excited gak kan masa pertama kali pegi fishing? Kan kan? Tipu kalau tak excited.

Aku time memancing tu...aku lek je..wat cool.Dapat ikan terus melompat tengok ikan ape dapat.Sekali ikan buntal daaaa...terpaksa lepaskan.Second time tu time baling pancing..oppsss terpegi ketepi lak.Abis tali tu tersangkut dengan tali pemancing lain.Sorry bang.

Then buat lagi skali..dapat la ikan gelama.Umm nyummy nyummy.Terus excited nak bergambar.

Buat lagi sekali..dapat lak ikan kecik..mende tah nama dier.Comel je kecik.Then pancing lagi tak dapat da.Then buat last one sebelum balik coz da lewat malam.Pun tak dapat juga.Kecewa2.

So apa yang aku nak katakan...memancing itu sangat fun.

Walaupun bukan aku yang pancing tapi pak cik aku...tapi fun sebab jadi tukang tengok sambil nyanyi lagu big momma dengan harapan ikan akan datang.



Sekian


Nota Cipanzi: Aku tak pasti kenapa gaya aku tulis macam pelik.Cam nak buat karangan pun ade.

Sunday, April 24, 2011

Awasi remaja fanatik Kpop???


                                                                   credit to redstar

Sape ade bace Berita Harian arini? Berita sal kpop.Sumpah best gle kot.Sila la bace kalau sesape yang ade tu.


BERITA HARIAN MEMANG TERBAEKKKKKKKKKKKK!!!!



Confirm japgi aku beli Berita Harian hari2.

Sape takde Berita Harian boleh bukak link ni

http://img850.imageshack.us/f/page1vw.jpg/

http://img14.imageshack.us/f/page2ya.jpg/

Thanks pada yang kongsi link ni kat Redstarnya Facebook.Dapat gak aku bacee.

Tetiba rasa nak bunuh diri sebab Jonghun tak balas tweet aku dekat Twittter..(nak tiru org korea yg suka bunuh diri)

Serius doe..banyak gle duit aku habis sebab kpop ni.(DUIT AKU KE DUIT KO?)

Artis tempatan tak sepopular artis korea dah? Err..apa kata ko pegi kurangkan ko punya kontroversi yang merepek2 tu.Tak payah la nak cari publisiti murahan artis tempatan.

And and apsal kpop? Tak nak wat artikel pasal Justin Bieber ke?.Dier popular gle kot and Lady Gaga...lagi la ramai peminat.

Belieber go! (I'm not a fan of Justin Bieber)

Sekian.


Nota Cipanzi: Jangan saman aku lak.Aku spm pun tak abis lagi.Kalau nak ikutkan marah..tu kat fb redstar penuh orang marah...tp marah diorang logik ok.Byeeeeeeeeee

Friday, April 1, 2011

Tidur sambil menulis.



Yay! esok last exammmmmmmmmm!!!.Ceh gaya cam da abis SPM je.Tadi exam chemistry and add math susah kot.I Hate Chemistry.

Tadi dapat je soalan chemis terus ngantuk.Pehal tah.Then buat objektif.Bukak je soalan subjektif blank terus otak.Err..amende ni?

Letak kepala atas meja..tangan konon nak menulis la skali zzzzzzzzzzz

"Masa tinggal lagi 15 minit"

Pap! Tersedar daripada tidur yang lena.Tengok jam nak dekat pukul satu dah.What the......

Tangan kebas abis sebab kepala tindih tangan.Terus laju2 bace soalan and buat.Tu pun banyak tinggal sebab tak reti.Hee~~

Kawan aku cakap...nampak sangat kot aku tidur...dengan tangan konon nak menulis padahal tidur.

Ok malunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee dah la meja aku keliling tu lelaki...nasib tidur tak nampak muka kalau tak mesti

double malunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

HAHAHA OK Bye!



Nota Cipanzi: Agak2 kalau bakal mak mentua tengok..ada potensi tak nak kena reject jadi menantu? HAHAHHA gatalnyeewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.

Wednesday, March 30, 2011

VidVidVid




Sumpah boring gle.Bukak youtube segala jenis benda search nak bagi hilang boring.Sumpah dah lama gilee tak tengok video ni..Italian man who went to Malta.

Lawak ok video ni.Tapi sape yang tak minat lawak2 bodoh/lucah ni..jangan la tengok.



Ok ni lagi satu video best gak.Sumpah cam ok..aku benci mende2 camni sbb aku jelez dengan orang terer2 camni...

Weh mane belajar?? Ajar la aku gakkkkk!! HAHA

Ok ni video daripada orang Melayu lak.Sape penah tengok video ni..turun tangann..



Suka suka suka cara penyampaian dier.Plus dier comel.Ok jangan gatal.Fine aku lambat cakap sal video ni.Sajeeeeeeeeewwwwwwwwwwww..

Ni lagi satu best gak..matluthfi



Comel Cool kan dier.Lawak lawak lawak.

Dua2 aku suka...inianwarhadi and matluthfi terbaekkkk plus comel.
Enough with your ke'gatal'an Tyra.Hee~ ~


Eh esok exam add math and chemistry!

Aku lupaaa( gayaa nazmi raja lawak) Aku lupaa!!


Study duluuuuuuuuuuuuuuuu....


Nota Cipanzi: Dasyattttt sekolah aku ni...asyik exam je.Fine SPM tahun niii...

Thursday, March 24, 2011

spesial.


Aku tengah fikir apa itu spesial? Adakah spe yang sial? Kenapa tak tulis special? or kalau nk bm tulis la istimewa ke?

Ok tu je.bye.


Nota Cipanzi: cikgu fizik kat tuisyen slalu ckp 'use your brain.don't you have one?'

Monday, March 21, 2011

Kak Limah oii




Sekarang ni fenomena kak limah telah melanda dalam kalangan masyarakat.Jika anda pergi ke mana-mana,pasti kedengaran ayat2 yang diambil daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.Contohnya:

'Cecite cecite'

'Kita bako..kita bako'



'Angkat tangan macam sayeee'

dan sebagainyaaa...

Korang perasan tak mende ni? ke aku sorang je yang perasan.Tapi memang serius lawak cerita tu.Tengok ulang2 pun tak boring.Sape tak tengok lagi tu baik pegi tengok.

Eh korang perasan tak...kat facebook ade Kak Limah fc.Serius aku baru tau kot.Very ketinggalan zaman ok.

Tapi lawak kot bace yang GiantPolar ni buat.




Ok sakit perut gelak yang part tsamina mina eh eh tu..So sape yang belum tengok cerita tu.Sila pegi tengok sekarang (ada ke yang belum tengok?)


Nota Cipanzi: Kat youtube pun ade cerita ni..tapi baik pegi beli cd..selain dapat memajukan industri filem tempatan...dapat jugak tengok ulang2..and boleh tunjuk kat anak cucu nanti.oppss.HAHA

Tuesday, March 15, 2011

Gambar Lucah?


Tadi kat tuisyen time sejarah..lepas salin nota cikgu and buat latihan..aku dok balas mesej kawan..

then tetiba cikgu tanya aku..

"tiga badan pemerintahan iaitu badan...." sambil pandang aku..

Aku tengah taip mesej terus blur? Badan ape?

Then Dayah tolak tangan aku then tunjuk kertas soalan tu..tetiba cikgu cakap

"Aku suruh kamu bagi jawapan bukan tengok gambar lucah"

Siot...budak lelaki semua bersorak...

Then aku jeling cikgu tu..terus dia cakap

"Ok saya tipu je tu..dier tengah ber-sms"

Ok tau takut...=)

Maaf cikgu...tak sengaja main sms tadi.

Tetiba tangan automatik pegi taip mesej bila cikgu dok cite sal Tsunami and sal kampung siput sedut tu.hee~ ~


Ok Bye..


Nota Cipanzi : Saya budak baik tumpukan perhatian masa belajar.Tadi je terbalas mesej.hee~ ~

Sunday, March 13, 2011

Beautiful Night



Addicted to this song.

Love the MV

They are so handsome

They are talented

They can dance awesomely






Who are they?

They are.....................



Yeah! Big Bang is back on 25.2.2011 with their 4th Mini Album


Check out their youtube channel now on...err oppa what's your youtube channel?



Thanks.It's www.youtube.com/bigbang

Nota Cipanzi : Mode Big Bang membuak-buak dalam diri.heee~~ bye.

Saturday, March 12, 2011

Earthquake and Tsunami in Japan

Hai! Apa khabar? Oh2 korang ada dengar berita tak sal earthquake kat Japan? teruk kan.Tadi aku on je twitter dalam kul dua lebih waktu Malaysia...kecoh dok cerita sal mende ni.Mula2 aku pelik gila...siap Disneyland Tokyo trending.Pehal tah.Baca2 rupanya Tsumawi..eh2 salah Tsunami.Memang trending list worldwide penuh la dengan trending sal Jepun.Yang first #prayforjapan.




Tengok la video tu.Betapa teruknya.











Gempa bumi ini berukuran 8.9 Skala Ritcher and negara-negara lain alert jugak tau...coz pukul berapa tah tadi aku tengok news cakap Hawaii pun da dilanda Tsunami.And and kemungkinan Malaysia pun akan kena.So banyak2 berdoa..minta perlindungan daripada Allah.

Oh google pun ade keluarkan alert sal mende ni.Kalo korang bukak page google korang akan perasan.


klik untuk tumbesaran

Sorry la gambar tu cam ngek skit.Malas nak edit2.Apa kata korang pegi bukak google tgk sendiri.Malas aku.HAHA

So people...please #prayforjapan #prayforasia #prayforworld . Ianya bukan hanya trending...tapi minta dengan Allah betul2..



Thank You.



Nota Cipanzi : Tak payah sibuk2 nak tau artis yang korang minat tu selamat ke tak.Kesah la kan jugak sal orang2 yang bukan artis kat Jepun sana.Diorang pun manusia jugak ok. =)

Sunday, March 6, 2011

my boyfriend's birthday.

Hai!Hai!Hari ini aku sangat sangat sangat excited sebab hari ini adalah birthday my boyfriend
iaitu Choi Jonghun.Dia ni sangat popular tau.Tak caya? Pegi google sekarang.Mesti keluar detail
and gambar dia.Tgk betapa popularnya boyfriend aku tu.

Birthday dia adalah pada 7 March 1990.Muda kan dier.Dia tu sgt hensem,pandai main gitar,pandai
buat lagu,pandai tulis lirik and semuanya pandai la.Oppa I Love You So Much.hee~ tergedik pula.
Kalo korang nk tau detail sal diei google je la.Ouh2 dia ni sgt syg akan binatang.Dia ade 2 ekor
kura-kura.Auww kita mmg sehati dan sejiwa.Ok pnt la taip lyn je la gmbr ni.































Ok enough nanti korang jatuh cinta pulak kat bf aku ni kalau tgk lama2.hee~~ Jangan nak rampas.Kalau nak rampas amik snyp2...jangan sampai aku tau..seee betapa baiknya aku kann.HAHA.Baik memang baik...ko tengok ape aku buat nanti...merana jap gi.muahahahahahha <------------(gelak setan).Takde lah aku memang baik...lalalalala ~ ~ ~ ~


Nota Cipanzi : Sape ade twitter tu meh follow aku.Kita borak2 kat twitter. ouh2 jom trend #JonghunnieDay
                       hee~~ okie byeeeeeeee.