Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Wednesday, May 25, 2011
Greatest Marriage Proposal
OMO!! Just love the video.The way he propose is superb,cool,fantastic and so on.
I wonder how my future husband will propose me? Hee~~ so gatal.
Sambung study balik.Bye
Nota Cipanzi: Bestnyee kalau ada orang suprise2 kan camtu.lalalala~~
Sunday, February 27, 2011
Confirm dia jodoh saya.
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Sumber : iluvislam
Nota Cipanzi : serius tak tau nak tulis ape dah.exam baru abis and exam seterusnya bakal menjelma.ok da rasa tekanannnn.sabar2..next year pegi enjoy puas2.HAHA
Monday, October 18, 2010
Bear Bear
Sape pompuan kat sini? angkat tangan cepat! eh awak lelaki kan kenapa angkat tangan jugak.=D.Aku nak cerita pasal bear aku la arini.Aku tau mesti semua pompuan ada bear kat kat rumah.Tak kisah la sape bagi pun.Boyfriend ke,scandal ke,peminat rahsia ke,mak ke,ayah ke,abang ke,kakak ke,adik ke,kawan ke,ke ke ke.=D.
Bestkan kalau ade boyfriend.Mesti nanti dier bagi barang best2.Dah Tyra apsal ayat ko arini cam desperate glee nak boyfriend ni.Ni semua kawan aku punya pasal.Gi bukak cte sal ni.Sepak ko kang.Ceh bajet gengster nak sepak orang.Kat blog berani la tapi bile jumpe mesti terus kecut tu.Hee~~ malu2.
Eh sambung balik cite bear2 tadi.Ada bear ni best kot.Tiap kali aku nak tido malam mesti peluk
=D.Aku teringin nak ada banyak bear2.Then letak atas katil penuh2.Bila bangun pagi esok semua da tido bawah katil.Hee~~.Agaknya kalau aku kahwin
Amboiii kau Tyraa! Kecik2 da gatal.SPM pun tak lepas dah cite pasal kahwin.Geli tekak aku baca.Hee~ ~ sorryy naik lorry ok.=D
Oh ni lah gambar bear2 aku.Tengok.Comel tak. CAKAP COMEL CEPATT!!. opps ter-caps lock pulak.Hee~ ~
ni bear2 gemuk.panggil muk bear.eh ni bukan aku punya ni.sapa punya ni baik ngaku cepatt! kang aku curi nangis lakkk!
ni takde nama lagi sebab baru beli kelmarin.tapi sebab dier cam cool ngan music2 mungkin nak panggil dier mumu.eh tak best lak.any idea?
ni paling sayang.nama dier cik ko.kengkadang panggil cik lala.ikut mood aku.ni yang paling lama dengan aku.dia sabar dengan perangai aku.kitorang serasi bersama.tengok tido pun bersama.tak pe fizo aku bagi kebenaran =D
kot2 la korang tak nampak dengan jelas gambar tadi.takpe aku siap tunjuk lagi.cik lala ni ade anak.aku anggap dier cam anak sendiri.jelas tak gambar ni?
Kalau korang tak nampak lagi,aku nasihatkan korang pergilah ke kedai spek yang berhampiran.test mata korang tu.kot2 ade rabun ayam ke.baik check.
yang ikhlas lagi comel
si comel Tyra
Nota cipanzi: Sila muntah sekarang.HAHA =D
Sunday, October 10, 2010
Tak Sihatt!
Arini aku tak berapa sihat.Tekak sakit je.Rasa cam ade pasir melekat kat tekak.Then selsema lak.Badan panas glee ok...39 C.Tapi kepala tak sakit.Agak pelik la.Ouh
tangan adalah sangat sakit.Tak tahu kenapa.Rasa nak cabut je tangan ni.Campak jauh2.Sakit gleee ok! Tak tahannnnnnnnnnnnnnn
Nota Cipanzi: Tadi tengok kat tv3 siaran langsung perkahwinan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr. Halina Yunos.Sangat besttt ok! I loike!.HAHA
Friday, September 24, 2010
Fairytale
Aku adalah sangat yakin yang semua orang wanita mengidamkan perkahwinan yang sebegini.Fuhhh best kott.Aku pun nak kalau boleh.Tapi mesti mahal kannn.Agak2 berapa ratus ribu habis ek? HAHA
Thursday, September 2, 2010
Kahwin?

Ok aku tak ade idea sebenarnya.tak tau nak tulis ape tapi tangan ni gatal je nak menaip.haip2.HA HA.aku kan bile fikir-fikir balik ape tujuan sebenar aku ber blog ek? dulu sebab aku nak letak cerpen/novel aku.tapi sekarang tah cam da lama tak buat cerita.sumpahhh doee idea banyakk gile.
Aku ingat aku nak hantar cerpen kat e-pop la.cite sal artis korea.amacam? ok tak.hmmmm
oh2 tadi ade cite lawak glee kat sekolah.sumpah cam bile ingat balik rasa nak gelak guling-guling.cam tak nak caya lak.HA HA.
Ok cite dier camni.tadi time rehat cam biasa la lepak kelas Lyna and Shima dengan Hid and Min then Min bagitau la.ehemm
Min: Korang nak tau ark? Mak kte suruh kte kawin dengan imam kat rumah kte tu!
Lain2: What?! HA HA (semua bantai gelak)
Daz: Abis la lepas ni Yasmin.No more korea2 la.Byee Lucifer
Hid: A'ah bye onew
Daz: Imam tu hensem tak? Umo berapa?
Min: Tah mak kte cakap putih2.Umo dier 23
Daz: Ok la tu 23
Lyna: Eeii tak ok la.jarak jauh glee
Daz: OK la 7 tahun je pun beza.Abis la Yasmin.Tak leh la pegi korea nanti.Pegi Mekah
je la.HA HA
Min: Itulah jap gi dengar lagu nasyid je la kte.Tak de la lagu korea
Semua tergelak.lawak ok mak Min.Min SPM pun tak lepas lagi.Aduhhh~~
P/s : Cuti sekolah hampir tiba!! YAHOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





w.jpg)

