Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Cinta itu Beautiful

Lyna berlari pantas menuju ke Rock Corner.Dia ingin segera mendapatkan tiket ke concert kumpulan korea terkenal iaitu Beast.Dia begitu meminati kumpulan itu kerana mereka berbakat dalam nyanyian dan tarian.Dan yang paling diminatinya adalah Yoseob,salah seorang ahli kumpulan tersebut.

"Hello..err tiket concert Beast ada lagi tak?"tanya Lyna pantas ketika kakinya berada di hadapan counter.Dia sudah tidak mempedulikan keadaan di sekeliling.

"Bahagian mana ek?" tanya lelaki cina di counter itu

"Err...VIP" balas Lyna

"Alamak amoi sorry la.You lambat 3 minit la.Itu lelaki baru angkat tiket VIP yang last.Kalau you cepat sikit mesti dapat punya" kata lelaki cina itu sambil menunjuk ke arah lelaki yang baru berlalu.

"Eh yeke? Thank you ek" kata Lyna sambil kakinya melangkah pantas mengejar lelaki tersebut.

"Bang..kejap bang" panggil Lyna.Lelaki di hadapannya memberhentikan langkah lalu berpaling

"Ya dik.Kenapa?" sahut lelaki itu.Lyna tergamam.Rupa lelaki itu iras-iras wajah Yoseob,ahli Beast yang diminatinya itu.Mata Lyna tidak berkelip memandang lelaki itu

"Dik..adik ok tak ni?"tanya lelaki itu sambil mengibas-ngibas tangannya di hadapan Lyna.Lyna tersedar lalu menarik sengih.

"He he sorry bang.Er..nak tanya abang ek beli tiket VIP concert Beast kat Rock Corner tadi?" tanya Lyna sambil tersengih.Malunya.

"A'ah kenapa ek dik?"tanya lelaki itu kembali

"Ouh takde.Nak tanya kot2 abang nak jual ke tiket tu? Saya nak beli.Mahal sikit pun tak pe" kata Lyna dengan penuh harapan.'Demi Yoseobku'

"Alamak..sorry la dik.Tak boleh la.Lagipun tiket ni adik abang punya.Dia suruh belikan.Entah ape ape la budak ni.Concert tak berfaedah pun nak pegi.Merepek je.Baik duduk rumah baca buku ke ape ke"rungut lelaki itu

"Biasa la tu bang.Minat masing-masing.Selagi pelajaran dia tak terganggu..biarlah.Eh takpelah kalau abang tak jual.Sorry ganggu"kata Lyna sambil cepat2 berlalu pergi.Lelaki itu hanya memandang langkah Lyna,kehairanan.

***

"Uwaaaaa!! Nak jumpa Yoseob!! Mana nak cari tiket ni.Semua dah habis.Menyesal tak beli awal-awal aritu" bebel Lyna kepada rakan-rakannya.

"Ala..sabar2.Eh jom pegi Kpop Hitz Talent Show nak? Mana tau dapat tiket Beast free"ajak Dayah

"Kat mana?"tanya Lyna pantas.

"Hmm..kat Times Square rasanya.Jom la"

"Bila2?"

"Sabtu ni"

"Hmm..ok lah"kata Lyna.'Yoseob' sobs sobs

***

"Wah!! Ramainya orang.Rimas2"kata Nurul.Dia sememangnya tidak begitu menggemari tempat yang sesak dengan manusia.Eh sesak dengan binatang pun tak suka.

"Eh jom lah ke depan tengok orang perform.Eh ada Jehan Miskin laa"kata Lyna pantas menarik tangan rakan-rakannya ke hadapan.

Mereka begitu teruja melihat telatah-telatah peserta yang menyertai pertandingan itu.Ada yang memang berbakat dan ada yang tidak.Celoteh daripada Jehan Miskin juga membuatkan mereka tidak kering gusi ketawa.

"I have 2 tickets to Beast concert in Malaysia.Who want the ticket?" tanya Jehan Miskin.Lyna menjerit dengan penuh semangat.Jehan meletakkan mic dihadapan Lyna dan bertanyakan soalan

"What is the stage name for Kwon Ji Yong?" Lyna tergamam sebentar sebelum menjawab

"G-dragon! G-dragon!"

"Yes.That's the correct answer.Boleh ke depan"kata Jehan

"Eh macam mana nak masuk ni? Tak kan nak panjat kot?"tanya Lyna sambil menunjuk ke arah penghadang di hadapannya.

"Hmm..lalu lah tepi2 sana"kata Jehan.Lyna pantas berlari menuju ke stage.Nurul yang berada di sebelahnya sudah menjerit kuat.Dayah,Yasmin dan Shima masih lagi tidak perasan yang Lyna menjawab soalan dengan betul.Terdapat dua orang yang berada di situ.Lyna mula gementar

"Ok now..I want you to perform Nobody by Wonder Girls.Sape yang dapat jeritan paling kuat,dia lah yang akan membawa pulang tiket Beast ini" kata Jehan.Lyna sudah mula gelabah.Dia memang tidak tahu sangat lagu itu.Akhirnya dia menari mengikut suka hatinya.

Nurul,Dayah,Yasmin dan Shima menjerit paling kuat.Mereka juga memaksa semua orang untuk menjerit untuk Lyna.Dan akhirnya tiket Beast dapat Lyna miliki.Lyna menjerit kegembiraan kerana dapat pergi ke concert artis pujaannya itu.

Seorang lelaki datang dan memanggil Lyna.Lyna berpaling dan terkejut.Yoseob.

"Hai dik..ingat abang lagi? Tahniah menang tiket tu.Adik memang minat ek Kpop ni?"tanya lelaki itu.Lelaki yang sama membeli tiket di Rock Corner tempoh hari.Lyna tergamam sekali lagi melihat lelaki itu.Nurul di sebelah menyiku lengan Lyna.Lyna tersedar dan menarik sengih

"Err...yup.Minat sangat.Lagi2 kumpulan Beast ni"kata Lyna

"Ouh..ok lah abang kena pegi ni.Enjoy the concert"kata lelaki itu lalu pergi.Lyna tersenyum sendirian.Kacaknyaa macam Yoseob.

***

'Nak pakai baju mana ni? Tudung fesyen ape ni?' Lyna berfikir di hadapan almari pakaiannya.Dia bingung memikirkan baju yang perlu dipakai untuk ke concert artis pujaannya itu.Setelah berfikir seketika,dia mencapai salah satu baju di almarinya dan mencari tudung yang sepadan

'Biarlah nak pakai apa2 pun.Kat sana kan gelap.Bukan nampak pun baju apa' bisik hati Lyna.Dia cepat2 bersiap kerana concert itu akan bermula pada jam 8.30 malam dan dia akan bergegas pergi selepas solat maghrib nanti.

"Hello Shima,awak dah siap ke? Kita dah on the way nak amik awak ni " kata Lyna sambil memegang erat phonenya.Keychain yang terdapat gambar Yoseob bergoyang perlahan akibat gerakan phone itu.

"Dah2..awak dah dekat mana?" tanya Shima kembali

"Lagi 10 minit macam tu sampai la.Ok bye" kata Lyna sambil mematikan talian.Dia menatap sebentar gambar Yoseob di phonenya sebelum kembali meneruskan pemanduan.

***

"OMO! Ramainyaa orang.Gila lah" Lyna tergamam melihat begitu ramai orang di situ.Dia cepat2 mencari pintu masuk kerana dia sudah terlewat.Setelah mengambil tempat duduknya,Lyna tersenyum melihat stage yang begitu hampir dengan tempat duduknya.Jika Yoseob menghulurkan tangan,pasti dapat dicapainya.Tiba-tiba dia terdengar deheman di sebelahnya.Lyna memusingkan kepalanya dan terus tergamam.

"Hai dik.Tak sangka kerusi kita sebelah2 kan?" kata lelaki yang iras Yoseob itu.Lyna masih lagi tergamam.

"Dik? Ok tak ni? Setiap kali jumpa abang mesti tergamam.Kenapa ek? Handsome sangat ke abang ni?"tanya lelaki itu sambil ketawa.Lyna tersedar dan menarik sengih.

"Err..hai.Abang buat apa kat sini? Kata concert tak berfaedah tapi datang juga?"tanya Lyna kembali

"Abang datang dengan adik abang ni.Mana boleh biar budak kecik sorang ni keluar pegi concert dengan kawan-kawan.Lisa ni kenalkan..err sapa nama awak ek?"tanya lelaki itu

"Ish apa lah abang ni nak kenalkan orang tapi dia sendiri tak kenal orang tu.Apa lah" kata Lisa tak puas hati

"Takpa..saya Lyna.Lisa umur berape ek?"

"15 tahun"balas Lisa sambil tersenyum

"Oh muda lagi.Akak 20 tahun.Lisa minat kpop jugak ke?"tanya Lyna ramah

"Yup,minat sangat.Paling minat Beast ni lah.Then minat Big Bang,Boyfriend and semua lahhh" kata Lisa,excited.

"Ehemmmmmmm"

"He he sorry bang lupa pula kat abang.Eh kak Lyna dah berkenalan ke dengan abang Lisa ni.Dia ni kerek kot.Dah la menyibuk nak ikut orang pegi concert"rungut Lisa

"Amboii budak kecik merungut nampak.Abang tak kasi pegi concert dah lepas ni kang.Awak jangan layan dia ni Lyna.Eh lupa pula nak kenalkan diri.Nama saya Yusoff.Umur 26 tahun.

"Oh..eh concert dah start laa" jerit Lyna.Dia teruja melihat Yoseob yang begitu hampir dengannya.Tarian mereka semua sudah dihafalnya.Yusoff memandang saja gelagat Lyna.Geli hati melihat telatah Lyna yang menjerit-jerit itu.

"Err..Lyna"panggil Yusoff sambil mencuit bahu Lyna ketika lagu perlahan sedang dimainkan.

"Ape?"sahut Lyna perlahan.Dia sedang menghayati lagu yang berkumandang itu

"Sapa yang dekat tengah tu.Yang muka macam baby face tu?"tanya Yusoff

"Yang mana satu?"tanya Lyna lagi.Meminta kepastian.Yusoff menundingkan jarinya menunjuk ke arah Yoseob yang sedang menyanyi itu.

"Oh yang tu Yoseob.Yang saya minat laa.Handsome kan dia?"tanya Lyna

"A'ah handsome tapi saya lagi handsome" kata Yusoff sambil tergelak kecil.Lyna menjelingnya.

"Err..tapi kan kenapa muka dia ada iras2 saya ek? Ke saya sorang je yang perasan? Agaknya sebab ni la awak asyik tergamam bila tengok saya kan?"tanya Yusoff.Lyna terdiam mendengar pertanyaan Yusoff itu.Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan.Semuanya benar belaka.

"Eh lagu ni saya suka laaa" Lyna menjerit kegembiraan ketika lagu Beautiful dimainkan.Dia turut ikut menyanyi lagu itu.Yusoff mendengar lagu itu.Best juga lagu ni ek?

***

"Kak Lynaaaaaaaa..." Lyna menjauhkan phonenya daripada telinga.Mau pecah gegendang telinganya kalau dibiarkan.

"Ya Lisa sayang.Nak apa?"tanya Lyna sambil membetulkan kedudukan phonenya di telinga.

"Ehemm sayang Lisa sorang je ke? Saya tak sayang?" Suara lain kedengaran.Lisa tergamam.Eh suara siapa ni?

"Ish abang ni sibuk laa.Orang nak cakap dengan Kak Lyna ni.Pegi main jauh-jauh la.Tak tolong kang" Kedengaran suara Lisa memarahi Yusoff di talian.Lyna tersenyum mendengar pertelingkahan dua beradik ini

"Kak Lyna...kak Lyna free tak weekend ni?"tanya Lisa

"Hmm..free kot.Kenapa ek?" tanya Lyna

"Err..takde.Ingat nak ajak Kak Lyna keluar.Dah lama kot tak jumpa.Last sekali last year.Lepas tu asyik chatting je.Abang Yusoff gak best selalu jumpa Kak Lyna.Mentang2 la tempat kerja dekat dengan Universiti Kak Lyna.Jealousnyaaa.Selalu bila Lisa nak ikut mesti ada je alasan dia tak bagi.Tah pape je " bebel Lisa.Lyna tergelak mendengar bebelan Lisa.Tak sangka Lisa kuat membebel seperti dirinya

"Lisa..last year tu berapa bulan lepas je kot.Baru lagi jumpa kan.Mana ada abang Yusoff selalu jumpa akak.Time free je kitorang jumpa.Tu pun kawan akak temankan.Yela tak elokkan keluar berdua je lelaki perempuan ni.Hmm..ok lah weekend ni akak jumpa Lisa ek?" balas Lyna

"Yey!! Thanks Kak Lyna.Jumpa kat Sunway Pyramid tak sabtu ni.Pukul 2 petang.Jangan lambat.Byee"kata Lisa pantas sambil mematikan talian.Lyna tersenyum mengingatkan gelagat Lisa itu.

***

"Lisa biar betul nak makan kat sini? Kenapa macam takde orang je ni?"tanya Lyna.Dia memandang sekeliling kawasan restoren itu.Lengang.Tiada seorang manusia pun di dalamnya.Terdapat seorang pelayan tersenyum memandang mereka.Lisa menarik tangan Lyna menuju ke satu kawasan yang penuh dengan belon yang bertulis 'I love you'.Lyna kehairanan.Tiba-tiba terdapat satu skrin di hadapannya.Satu video dimainkan.Lyna tergamam.

"Hai Lyna.Kenal saya tak? Saya Yoseob eh tak Yusoff.Muka saya ada macam Yoseob tak? Saya baru ubah fesyen rambut ni nak bagi sama macam dia.Awak suka tak.Hmm..sebenarnya tujuan saya buat video ni sebab..hmm..malulah nak cakap.Hmm saya saranghae love cinta you aishiteru awak.Eh asal macam berterabur je ayat ni.Tak kisah la.Harap awak faham la ek? Hmm saya nak nyanyikan satu lagu untuk awak.Dengar ek? Sorry suara saya tak sesedap suara Yoseob awak tu.Tapi boleh lah.Hmm lagu ni khas untuk awak.Terimalah Beautiful.Lynaa saranghaee~~"

Video itu kemudian memaparkan gelagat Yusoff yang cuba menari.Lyna tergelak melihat tarian Yusoff yang agak lawak itu.Lisa di belakangnya sudah menepuk dahi beberapa kali melihat gelagat abangnya itu.Suara Yusoff kedengaran

Beautiful my girl
My beautiful my girl and I
So beautiful my girl

Ha ha girl
This is my confession
Drop that beat

Lyna tergamam mendengarnya.

Oh listen to my heart
Listen to my heart
Even though no words can describe you

Nothing better than you
If someone offfers me the world
You you you you
I can’t trade it for you

Lyna terharu mendengar nyanyian Yusoff yang sedikit sumbang itu.Air matanya menitis.Setelah menghabiskan lagunya.Yusoff pergi mendapatkan seorang wanita yang berada di belakang.Mereka berjalan ke arah Lyna.Lyna tergamam.

"Oh ni lah ek Lynanya? Amboii kemain Yusoff ni.Siap menari2 bagai.Lyna mak cik sebenarnya ada hajat.Anak mak cik ni dah suka sangat kat Lyna.Dia nak mak cik melamar Lyna untuk jadi isteri dia.Lyna setuju tak?" kata ibu Yusoff,Puan Liyana.Lyna terdiam memandang ibu Yusoff di hadapannya.Dia kemudian memandang ke arah Lisa yang tersengih.

"Err..tapi mak cik tak macam cepat sangat ke? Saya baru kenal Yusoff ni" tanya Lyna

"Tak pe awak.Nanti lepas kahwin boleh kenal lagi.Cinta lepas kahwin kan lagi beautiful" celah Yusoff.Lyna menjelingnya sekilas.Dia memandang kembali pada ibu Yusoff di hadapannya.

"Saya tak kisah mak cik.Tapi saya ada mak dengan ayah.Kalau diorang setuju..saya ok je" kata Lyna perlahan.

"Memang diorang setuju pun.Kami dah hantar pun rombongan meminang semalam.Tapi keputusan baru dapat hari ni " kata Puan Liyana.

Lyna tersenyum malu memandang Yusoff yang sudah tersengih itu.Tidak disangka lelaki yang ditegurnya ketika ingin mendapatkan tiket Beast bakal menjadi suaminya walaupun mereka tidak begitu mengenali.Tapi cinta lepas kahwin kan lebih beautiful.

P/s: Cerpen ni spontan.Idea takde tapi sebab boring sangat so taip je la.Macam rushing sangat kan? Tu la akibatnya bila nak cepat siap.Cerita pun jadi macam lajuuu jee macam nak kejar keretapi.Byee and enjoyy

Sunday, September 5, 2010

Missing You

Hongki berlari dengan lajunya.Dia sudah terlewat.Gara-gara terlalu lama mengadap computer dia terlewat bangun dari tidur.Hanya apabila Jae Jin menelefon untuk bertanyakan di mana dia berada,kelam kabut dia bangun hingga terjatuh handphonenya.

Setibanya di Mcdonalds,Hongki mencari kelibat rakan-rakannya itu.

'Itu pun diorang' bisik hati kecil Hongki sambil berjalan laju ke arah rakan-rakannya tanpa memandang keadaan sekeliling.Matanya hanya tertumpu di hadapan.Tiba-tiba...

"Oh mak kau terbalik balik" latah Hongki sambil membuat gaya seperti orang sedang bersilat.Dia kemudian berdehem kecil dan memandang perempuan yang jatuh terduduk di hadapannya.Terdapat gelas air yang berisi air coke di atas kepala perempuan itu.Hongki menundukkan badan untuk membantu.

"Err...sorry cik.Cik tak ape-ape ke?"tanya Hongki sambil mengambil gelas di atas kepala perempuan itu.Perempuan itu memandang tajam kepada Hongki dan kemudian berdiri tegak.Hongki turut berdiri apabila perempuan itu berdiri.Senyuman terukir di bibirnya namun senyuman itu hilang apabila dia merasakan pipinya kebas akibat ditampar.

"Kau buta ke? Lain kali jalan tu pakai mata.Ni tak main redah je.Tengok baju aku ni habis kotor.Badan aku pun dah bau coke.Woi kenapa kau senyum-senyum ni.Gila ke ape?"marah Hyuna.

"Err..hah?! Tak ade ape cuma awak nampak cute bila marah" kata Hongki sambil tersenyum.

"Gila.Dah la malas aku nak layan orang gila macam kau ni"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki tersenyum-senyum dan kemudian berjalan ke arah kawannya yang sedang memerhati daripada tadi

"Oii geng! Wassupp" kata Hongki sambil bersalam dengan kawan-kawannya dan mengambil tempat di sebelah Min Hwan.

"Kau lambat Hongki.Mana kau pergi? Berjanggut kitorang tunggu kau" tanya Jonghun

"Erk..ada janggut kah? Mana? Tak ada pun" kata Hongki sambil membelek-belek muka Jonghun

"Aku dah cukur tadi.Eh tadi apa jadi? Kesian perempuan tu kau langgar.Aku tengok muka dia nak nangis dah" tanya Jonghun.

"Entah la aku tak perasan tadi dia tu yang terlanggar.Eh tapi dia tu comel gak kan?"tanya Hongki

"Memang dia comel pun.Ramai peminat tu.Orang macam kita ni dia tak pandang la"kata Seunghyun

"Eh kau kena ke dia tu?" tanya Hongki pelik.

"Mestilah kenal.Itukan Hyuna.Dia tu popular kot kat universiti kita ni.Eh dah la jom bincang lagu apa kita nak nyanyi masa prom night nanti" kata Seunghyun menutup perbincangan yang tidak berkaitan.

***

Hongki tersenyum apabila melihat Hyuna sedang leka menelaah buku.Hongki membetulkan rambutnya dan mengeluarkan spek daripada kocek bajunya.Dia memakai spek itu.Puas dengan penampilannya yang ala-ala nerd itu,dia mengatur langkah ke arah Hyuna.

"Ehemm"Hongki berdehem kecil.Hyuna mengangkat muka memandang ke arah Hongki.Hongki melemparkan senyuman namun dibalas dengan jelingan tajam daripada Hyuna.

"Err..boleh saya duduk sini? Tempat lain dah penuh la"tanya Hongki.Hyuna memandang ke arah sekeliling dan menganggukkan kepalanya.Dia kembali kepada buku di hadapannya itu.

"Hmm..Hi..nama saya Hongki.Lee Hongki and awak?"tanya Hongki sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.Hyuna memandang ke arah Hongki dan menyambut salam Hongki itu

"I'm Hyuna"kata Hyuna sambil memegang erat tangan Hongki.Hongki menarik senyum plastik apabila merasakan tangannya sedikit sakit.Hyuna tersenyum kemenangan dan melepaskan tangannya.

"Hmm..saya nak minta maaf sebab terlanggar awak kat Mcdonalds aritu.Hope awak dapat maafkan saya"kata Hongki sambil tersenyum.Hyuna memandang Hongki dan senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat" kata Hyuna.

"Syarat? Apa dia?"tanya Hongki.Hyuna tersenyum dan memberitahu syarat-syarat yang perlu Hongki lakukan.Hongki tarik senyum hambar.

"Saya akan lakukan" kata Hongki lemah.

"Bagus.Kalau macam tu kau boleh mula esok.Ni no phone and address aku.Apa-apa hal kau contact je aku.Dah la aku nak balik.Byee"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki menggaru-garukan kepalanya.

***

"WHAT??!! PEMBANTU RUMAH??!!!!! "jerit keempat-empat kawannya itu.Hongki mengurut-ngurut dadanya perlahan tanda terkejut dengan jeritan yang tidak disangka-sangka itu.

"Kau gila ke Hongki? Kau jangan buat gila.Kalau mak kau tau nanti.Mati kau" kata Jae Jin

"Agak la doe.Kau tu reti ke kemas rumah? Nak buat air pun kau panggil bibik kau.Kau jangan main gila doe" kata Min Hwan pula.Seunghyun dan Jonghun hanya mendiamkan diri.Dah masak dengan perangai Hongki yang keras kepala itu.

"Rilex ar.Tak de mendenye.Bukan rugi pun.Untung kot"kata Hongki sambil tersengih-sengih

"Banyak la kau punya untung.Aku rasa rugi banyak ada la.Cuba kau cerita sikit dengan aku apa untung kau jadi pembantu rumah ni"tanya Min Hwan

"Ada laaaaaa.Eh dah la jom practice"kata Hongki sambil membetul-betulkan kedudukan mic.

***

"Sekarang aku nak kau cuci toilet kat bilik bibik aku tu" kata Hyuna sambil tersenyum.Dia memandang ke arah Hongki yang sudah berpeluh itu.

"Erk..bilik air bibik pun nak suruh saya cuci? Biar betul? Abis tugas bibik kau tu apa?"tanya Hongki tidak percaya

"Eh kau banyak bunyi lak.Kan kau dah janji nak jadi pembantu rumah aku selama 2 minggu.So buat je la.Lagipun bibik aku tak ade sekarang.Aku dah hantar dia pegi bercuti.Dah buat kerja tu.Siap yang ni kau boleh pergi rehat kat bilik kau" kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki hanya memandang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia menyiapkan kerjanya secepat mungkin.

"Hongkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" jeritan Hyuna memecah kesunyian rumah itu.Hongki mengangkat mukanya.

'Apa lagi la tu'bisik hati kecil Hongki sambil berlari ke arah jeritan Hyuna itu


***

Hongki merebahkan badannya di atas tilam yang empuk itu.Dia kepenatan.Sejak daripada dia tiba 4 hari lepas,bermacam-macam kerja yang dilakukan.Kadang-kala bilik difikirkan macam orang tawanan pula.Yang paling hazab sekali bila dia selesai mengemas baju-baju di almari Hyuna dan dia keluar dari bilik itu tidak sampai satu jam pun dia telah dipanggil oleh Hyuna dan dimarahi kerana tidak mengemas bajunya.Dia hanya tersenyum hambar apabila melihat baju yang dilipatnya bersepah.

Hongki mencapai kertas di atas mejanya itu.Dia mula menyanyi perlahan.Tanpa disedari Hyuna berdiri di muka pintu memerhatikannya.

"Siapa yang jahat tu? Aku ke?"tanya Hyuna.Dia melangkah perlahan dan melabuhkan punggunnya di sebelah Hongki.

"Eh tak ada la.Ni lagu je.A..aw..awak bb..uat apa kat sini?"tanya Hongki pelik.Sejak dia sampai ke rumah ni belum sekali pun Hyuna bercakap lembut dengannya.Tapi hari ni..hmm petanda baikkah?

"Aku tak boleh ada kat sini ke?"tanya Hyuna

"Eh tak ada lah saya tak kisah.Lagipun ni kan rumah awak.So apa yang membuatkan awak ada kat sini" tanya Hongki sambil menggulung kertas di tangan

"Hmm..nothing.Aku boring dok sorang.Ni yang aku datang kat kau ni.Nak borak-borak.Oh ya aku nak cakap sorry sebab perangai aku teruk sikit.So friend?"tanya Hyuna sambil menghulurkan tangannya.Hongki teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu.Namun kemudian dia tersenyum dan menyambutnya

"Friend"kata Hongki sambil menggenggam erat tangan Hyuna.Akhirnya kedua-duanya tergelak apabila Hyuna menyedari Hongki membalas dendam dengan menggenggam erat tangannya.Dia menggosok-gosok tangannya perlahan.

***

Sedar tak sedar sudah dua minggu masa berlalu.Hubungan Hongki dan Hyuna semakin erat.Hyuna sering mengikuti Hongki berlatih untuk persembahan prom night.Di mana ada Hongki pasti ada Hyuna sehingga rakan-rakan yang lain menggelar mereka double H.

Hyuna mendail no telefon HongKi namun tiada jawapan.Sudah naik kebas jarinya mendail namun hanya masuk peti pesanan suara.Dia akhirnya keluar ke taman untuk menenangkan fikiran.

Namun setibanya di taman,dia berjalan ke arah tasik dan hampir terlanggar pasangan kekasih yang sedang berbual mesra.Hyuna meminta maaf dan mengangkat mukanya.Dia terkedu.Hongki.Hongki memandang lama ke arah Hyuna.Terdapat kejutan di wajahnya.Hyuna tersenyum sinis lalu berlari pergi.Hongki memandang ke arah wanita di sebelahnya dan wanita itu menganggukkan kepalanya.Hongki terus berlari mengejar langkah Hyuna.Dia mencapai tangan Hyuna dan kelihatan Hyuna sedang menangis.

"Hyuna let me explain first.There is nothing between me and her.She is my.."kata-kata Hongki terputus apabila Hyuna menutup mulutnya.

"Enough Hongki.No need to explain.Sorry.I have to go"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki yang tergamam hanya memandang dari jauh.Dia terasa hendak menangis.

"It's ok abang.Kalau ada jodoh dia akan kembali"kata Yuri sambil menggosok perlahan bahu abangnya itu.Hongki tersenyum hambar.

***

Sudah 3 bulan Hongki tidak melihat kelibat Hyuna.Namun daripada apa yang dia dengar Hyuna telah menyambung pelajaran ke luar negara.Hongki hanya mampu berdoa agar jodohnya dengan Hyuna ada.Hongki dan rakan-rakan yang lain sedang sibuk berlatih untuk prom night yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi.Dia mengharapkan kehadiran Hyuna di malam itu.Namun dia tahu itu tidak mungkin berlaku.

"Hongki kau ok ke?"tanya Seunghyun apabila melihat nyanyian Hongki semakin teruk.

"Aku ok je.cuma tah la.Sorry guys aku nak balik.Aku rasa tak sedap badan lak.Jumpa nanti" kata Hongki sambil mengambil beg sandangnya dan berlalu pergi.

"Wei aku rasa kita kena buat sesuatu la.Tak kan nak biarkan Hongki macam tu"kata Jonghun memecah kebisuan

"Agak ar.Tapi nak buat camne?"tanya Min Hwan

"Aku tau" jerit Seunghyun.Dia membisikkan rancangannya pada rakan-rakannya.Mereka mengangguk-angguk kan kepalanya da tersenyum.

"OK!!Caya lah kau Seunghyun" kata Jae Jin sambil menepuk-nepuk bahu Seunghyun

"Well..You know me"kata Seunghyun berlagak.Mereka ketawa serentak.

***

"Wei korang semua dah siap ke? Cepat la lepas ni turn kita perform"kata Hongki sambil melihatkan ke arah jamnya.

"Kejap ek.Aku nak pegi jumpa someone jap"kata Seunghyun.Seunghyun berlari ke arah orang yang menguruskan acara itu dan membisikkan sesuatu.Orang itu menganggukan kepalanya tanda bersetuju.Settle satu kes.

"Sekarang dijemput kumpulan yang tidak asing lagi pada kita iaitu FT Island"kata pengacara majlis.

Mereka masuk ke tengah pentas dan mengambil tempat masing-masing.Hongki mengetuk-ngetuk mic perlahan dan mula bersuara.

"Lagu yang akan kami bawa kali ini bertajuk 'Missing You' and lagu ini untuk seseorang yang sentiasa berada di hati saya dan untuk anda semua.Hope anda terhibur"kata Hongki dan nyanyiannya mula kedengaran.

"I’m missing you, Missing you jook·do·rok geu·ri·oon·sa·ram~~" dan tiba-tiba satu cahaya terpancar terus ke arah seseorang.Hongki yang memandang ke arah cahaya itu dan terkejut.Kelihatan Hyuna sedang berdiri dan kelihatan begitu menawan dalam dress merahnya.Hongki memandang ke arah Seunghyun.Seunghyun menganggukan kepalanya.Jae Jin mencapai tangan Hongki dan meletakkan sesuatu di situ.Hongki memandang ke arah kawannya yang lain dan tersenyum

Sambil menyanyi Hongki turun daripada pentas dan berjalan ke arah Hyuna.Dia memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Hyuna.Semua yang hadir memandang ke arah mereka tanpa bunyi.

"Won’t you return to me again? I’m missing you~~" nyanyian Hongki pun berakhir.Hongki memandang ke arah Hyuna dan melutut di hadapan Hyuna sambil menghulurkan sebuah kotak kecil

"Will you marry me? and jadi ibu kepada anak-anak saya?"lamar Hongki.Hyuna tergamam.Dewan meriah dengan jeritan yang memintanya bersetuju.

"Say Yes...Say Yes" jerit mereka yang hadir.Hyuna memandang ke arah Hongki dan tersenyum.Dia mengambil kotak itu dan..

"Yes" Hongki bangun dan memeluk Hyuna erat.Semua yang hadir menjerit melihat adegan yang tidak disangka-sangka.Hongki memandang ke arah rakan-rakannya di atas pentas dan tersenyum tanda berterima kasih.

Sunday, July 4, 2010

Cukup Indah

Langkah Alisya dilajukan.Matanya sesekali mengerling pada jam di tangan.Dia sudah terlewat dari masa yang dijanjikan.Pasti Siti sudah menunggunya.Kafeteria sudah nampak di hadapan matanya.Tanpa melihat ke arah kiri dan kanan Alisya pantas terus melintas.Sebuah kereta yang tiba-tiba muncul terus menekan brek dan betul-betul berhenti di hadapan Alisya.Alisya yang terkejut melihat kereta itu terus mematikan langkahnya.Kaku.Matanya terus memandang ke arah kereta yang hanya beberapa inci di hadapannya.Pemandu dari kereta itu keluar.

"Awak ok ke?" tanya pemandu kereta tersebut.Alisya memandang pemuda itu dan menganggukkan kepalanya.Dia kemudian terus berlalu meninggalkan pemuda itu.

"Fuhh..muka je comel tapi sombong" pemuda itu mengomel lalu masuk ke dalam keretanya dan memandu pergi.Alisya berpusing dan memandang ke arah kereta yang semakin tidak kelihatan itu sambil mengurut dadanya.

'Selamat aku hidup lagi' kata Alisya dalam hati.Alisya memandang ke arah Siti yang melambaikan tangan ke arahnya.Tanpa membuang masa dia duduk di sebelah Siti.

"Woi kau ok tak? Sikit lagi kau nak kena langgar tadi.Itu lah lain kali kalau nak lintas jalan pandang dulu kiri kanan,ni tak main redah je.Nasib tak ada apa-apa kalau tak apa aku nak jawab ngan family ko nanti? Mau diorang bunuh aku karang sebab tak menjaga anak kesayangan diorang dengan baik.Oitt aku cakap dengan kau ni.Boleh pulak kau buat muka macam tu kan? Dah la kau lambat setengah jam.Penat aku tunggu.Ni mesti kau lepak kat perpustakaan kan? Kau ni tak payah la rajin sangat.Sekali sekala kau kena keluar enjoy juga.Tengok macam aku ni,rajin je ke...."

"Wow! Stop-stop.penat aku dengar mengalahkan mak aku lak.Dah kau tunggu sini jap aku nak pegi beli makanan.Aku lapar."Kata Alisya lalu bangun tanpa menghiraukan cebikan Siti.Tanpa disedari sepasang mata asyik memandang perlakuan mereka berdua sambil tersenyum.

****


Alisya leka membaca buku di tangannya.Bum.Buku diletakkan di atas meja.Kerusi di hadapannya di tarik.Alisya mengangkat mukanya memandang seseorang di hadapannya.

"Err..boleh saya duduk sini? Tak ada orang kan?" tanya seorang lelaki yang memakai baju T merah berjalur putih.

"Hmm..duduk lah.Tempat awam" kata Alisya sambil meneruskan kembali bacaannya yang terhenti.

"Err..saya Aliff Zakwan panggil je Aliff and awak?"tanya Aliff sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.Alisya memandang ke arah Aliff dan kemudian ke arah tangan Aliff yang sudah bersedia untuk bersalaman

"Nur Alisya Qistina.Panggil Alisya.Oh sorry bukan muhrim" balas Alisya sambil tersenyum.Aliff menjatuhkan tangannya sambil tersengih.Wee~~ malunya.

"Awak dah makan? Jom saya belanja awak?"ajak Aliff

"Hmm hari ni hari khamis" kata Alisya.Aliff terpinga-pinga.Kenapa kalau hari ni hari khamis?

"So?" tanya Aliff

"Orang selalu puasa sunat hari apa?"

"Err...Isnin dengan Khamis.Ok saya faham.Awak puasa" wee~~ terkena lagi aku.Alisya meneruskan bacaannya kembali tanpa menghiraukan Aliff yang sedang asyik memandangnya.

"Awak.." panggil Aliff.Alisya sudah tenggelam dengan dunianya.Tidak menghiraukan Aliff.Aliff bengang.Dia mengambil pemadam lalu membalingnya ke arah Alisya.Alisya hampir melompat akibat terkejut.Dia memandang tajam ke arah Aliff.Aliff hanya sengih mengurangkan rasa bersalah.Alisya menutup buku yang dibacanya.Dia kemudian berjalan ke luar tanpa menghiraukan Aliff.

"Alisha tunggu jap.Awak nak pergi mana?"tanya Aliff sambil menyaingi langkah Alisya.Alisya memandang ke arah Aliff seketika.

"Cuba tengok jam awak.Dah pukul berapa sekarang?"

"5.00"

"Awak dah solat Asar belum?"

"Err..belum"

"So? Nak tunggu apa lagi? Pergi la solat.Daripada awak dok mengikut je saya baik awak pergi solat.Lagi banyak pahala" kata Alisya sambil berlalu pergi tanpa memandang ke arah Aliff.

'Aduhhhhhhh setepekk kena'bisik hati Aliff sambil menepuk dahinya.Dia terbayang wajah manis dan selamba Alisya itu.Dia tersenyum sendirian.

"Woi bro,amende kau ni senyum sorang-sorang" tiba-tiba Saiful datang sambil menepuk perlahan belakang Aliff.

"Kau ni buat terkejut aku je la.Dah la tak bagi salam"

"Apa hal kau ni?Selalu aku buat camni kau tak marah pun.Asal tiba-tiba je? Ni mesti ada apa-apa ni.Meh story-mory sikit ngan aku ni" Saiful cuba mengorek rahsia.

"Kau da solat asar belum?"tanya Aliff

"Err..belum" sengih Saiful

"Habis kau tunggu apa lagi? Tak kan nak tunggu orang sembahyangkan kau pulak" sindir Aliff

"Aduhhhh setepek kena.Kau ni pun.Jom teman aku sembahyang.Aku tau kau pun belum sembahyang" kata Saiful sambil beriringan jalan menuju ke surau.

****

"Wei Sya sabtu ni jom keluar tengok wayang? Aku dah lama tak tengok wayang."ajak Siti

"Hmm..boleh gak.Nak tengok cerita apa?" tanya Alisya

"Lagenda Budak Setan jomm"

"Boring la cite cinta-cinta ni"

"Ala boleh la.Bukan selalu pun"

"Aku Malas.Aku Tak Suka.Kita tengok Toy Story 3 je la.Kau kan suka cite tu" kata Alisya

"Hmm..yela.Nanti aku ajak orang lain teman aku.Kau kan tak suka.Siapa la aku ni kan.Huhu" kata Siti sambil membuat muka sedih

"Ceh emo plak.Gedik doe kau.Malas aku nak layan.Jom aku belanja kau Mcd.Aku dah lapar gila ni"

"Wah! kau nak belanja.Tak jadi la nak merajuk.Hehe" kata Siti sambil tersengih.

Sedang mereka asyik makan,seorang lelaki datang menghampiri mereka lalu mengambil tempat di sebelah Alisya.

"Heyyaaa.Ingat saya lagi?"tanya lelaki itu.Alisya memandang ke arah lelaki itu.Cuba mengingati sesuatu.Dia menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

"Aliiff kan?" Tanya Alisya meminta kepastian.

"Yup.Eh awak tak puasa ke arini? Arini kan hari Isnin?"tanya Aliff sambil memandang ke arah Alisya yang sedang mengunyah kentang goreng.

"Hari ni tak sebab saya tak larat.Eh jap ek"kata Alisya sambil mengambil phone daripada handbagnya.Dia memandang skrin di phonenya itu dan tersenyum.

"Assalammualaikum dear" Alisya memberi salam

"opps sorry lupa.Give me 10 minutes ok dear.I know.Ya ya stop it.Yes darling.Could you stop 'membebel' macam mak nenek.Okie bye."kata Alisya lalu mematikan talian.Dia memandang ke arah Siti dan Aliff.

"Sorry Aliff.I have to go.See you next time.Siti kau nak balik sendiri or nak ikut aku?"tanya Alisya

"Aku ikut kau la.Kau nak pegi mana?"tanya Siti

"Jumpa buah hati.Jom"kata Alisya sambil tersenyum

"Ok bye Aliff" kata Alisya lalu mula melangkah pergi.

"Alisya wait!" panggil Aliff lalu mengejar Alisya

"Yes.Anything?"tanya ALisya pelik.

"Err..nak your phone number boleh?"pinta Aliff

"Kalau saya cakap tak boleh?" duga ALisya

"Kalau tak boleh tak pe la.Saya pergi dulu" Kata Aliff lalu melangkah pergi.Alisya tersenyum.Dia mengambil kertas di dalam handbagnya dan menulis sesuatu.Dia kemudian berjalan pantas ke arah Aliff dan meletakkan sesuatu di poket baju Aliff.Aliff tergamam.Dia memandang ke arah Alisya yang sudah berlalu pergi.Dia mengeluarkan kertas dari poket bajunya.'0124544499-Alisya'.Aliff tersenyum.


****

"Everyday I just can't control.Every night the loneliness my love(So beast in the cube)" Lagu Shock kedengaran.Alisya memandang ke skrin phonenya.'Siapo dio la ni' bisik hati kecilnya.Dia menekan butang hijau.

"Hello ini Salon Chi Keboom Keboom.Miss Pinky Lover di sini.Siapa di sana?"kata Alisya sambil membuat suara gedik.

"Err..ni bukan no Nur Alisya Qistina ke?"tanya Aliff teragak-agak.Ciss.Dia bagi no tipukah?

"Tak dengar ke bang I cakap tadi?Penat ok mulut I ni.You ni siapa ek?"tanya Alisya masih dalam mood bergurau

"Ouh sorry la ek.Saya Aliff.Saya ingat ni no kawan saya.Sorry."kata Aliff.'Err alamak! Aliff la.Mampus kau Sya.Main-main lagi'Alisya mengetap bibirnya.

"Aliff..Sorry saya gurau je tadi.Ni saya Alisya"

"Lorr..awak ni main-main la Alisya.Mati-mati saya ingat awak bagi no tipu.Tak baik tau"

"Sorry la ek.Saya boring.Tu yang saya main-main"Alisya meminta maaf.Mereka mula berbual-bual sehingga larut malam.Satu perasaan lain menjalar di dalam hati masing-masing.Apakah ia?

*****

Alisya sedang asyik berlari sesekali matanya memandang sekeliling.Dia akhirnya memberhentikan langkahnya di hadapan Siti yang setia menunggu di bangku berhampiran.

"Fuhh lega rasanya.Dah lama aku tak jogging"kata Alisya sambil membuat senaman ringkas.

"Tu la kau,asyik study je.Lemak dalam badan kau tu pun da makin bertambah.Aku tengok pun gerun sebab kau nampak sedikit chubby" kata Siti

"Yeke? Alamak.Kalau macamni tiap-tiap minggu la kau kena temankan aku jogging."kata Alisya.Tiba-tiba seorang pemuda datang ke arah mereka.

"Hai sayang.Baru habis jogging ke?"tanya Zairi.Siti memandang hairan.Alisya tersenyum

"Eh abang.Abang buat apa kat sini? sorang je ke? Eh kenalkan ni kawan Sya.Nama dia Siti.Siti kenalkan ni Zairi.Zairi memandang Siti sambil tersenyum.

"Abang datang dengan kawan.Tu kat sana diorang.Ok la dear,abang pergi dulu.Malam ni abang call ok.bye"Kata Zairi sambil mengusap kepala Alisya.Alisya tersenyum memandang Zairi yang baru sahaja berlalu itu.

"Oitt Sya,siapa Zairi tu? Kau tak penah cerita kat aku pun.Boyfriend kau ek? Abis Aliff kau nak campak mana?"tanya Siti cuba mengorek rahsia.

"Ala aku dengan Aliff tu kawan je ok.Zairi ni lain.Dia special sikit.Hehe"

"Special yang macam mana tu? Cuba story sikit dengan kawan baik kau yang comel ini"kata Siti sambil membuat muka comel

"Comelkah kau? Aku rasa aku lagi comel.Eh nak muntah pula rasa.Perasannyaa"kata Alisya sambil membuat gaya orang nak muntah

"Eh kau yang perasan.Aku tak.Aku memang tau aku comel.Dah ok stop.Geli tekak pula"kata Siti sambil ketawa.Alisya hanya tersenyum memandang kawannya itu

"Eh Sya kau ni saja kan bagi aku hilang tumpuan.Baik kau cerita cepat apa hubungan kau dengan Zairi tu?"tanya Siti

"Tak de hubungan"

"Tipu.Mesti adanya"

"Kalau tak ade kau bagi aku RM10"

"Ciss dosa."

"HA HA aku memain je la.Eh jom la blah.Tiba-tiba rasa lapar pulak.Makan nasi lemak jom"ajak Alisya sambil memegang perutnya.

"Kau makan je tau.Bukan ke baru lepas jogging tadi.Tak kan nak makan nasi lemak kot.Penat je la kau jogging tadi.Bukan berkurang lemak,makin bertambah ada lah"

"Yo la mak cik Siti.Tak kesah la makan apa-apa pun.Yang penting makan.Lapar banget ni"kata Alisya sambil membuat muka kesian.Mengundang tawa Siti.

****

Alisya ketawa mendengar cerita yang disampaikan Zairi kepadanya.Tanpa sedar sepasang mata memandang tajam perlakuan mereka berdua.Perasaan sakit yang menyucuk dirasai pemilik mata itu.Dia akhirnya bangun dan berlalu dari situ.Tidak sanggup melihat kemesraan Alisya dan Zairi.

"Apalah abang ni.Tak baik ok buli kawan macam tu.Ada ke patut abang isi beg kawan abang tu dengan air.Kesian dia ok" kata Alisya sambil menekan perutnya yang sakit akibat terlampau banyak ketawa

"Ala bukan apa pun.Tu masa zaman abang muda-muda dulu ok" balas Zairi

"Muda-muda?Abis sekarang ni abang zaman apa? Zaman tua-tua?" usik Alisya sambil terus tertawa.Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang sejuk menimpa kepalanya.Terus terhenti ketawanya.Dia mengangkat mukanya.Seorang wanita yang agak cantik berdiri di hadapannya sambil memegang gelas yang kosong.

"Lisa,apa you buat ni?" tanya Zairi lalu bangun dan menarik tangan Lisa itu

"Kenapa stop? Ketawa la lagi.Amacam? Best tak mandi Milo ais ni? Nak lagi? Berani ya kau perempuan nak rampas boyfriend aku.Sedar la diri kau tu sikit"kata Lisa sambil memandang tajam ke arah Alisya.Zairi menolak sedikit tubuh Lisa ke belakang.Dia membetulkan tudung yang dipakai oleh Alisya.

"Dah Lisa.Tak ada siapa yang rampas siapa sekarang.You ni memang dah melampau.Mulai hari ini kita putus.Jangan contact I lagi dah.Jom Sya.Abang hantar Sya balik" Kata Zairi memeluk bahu Alisya.Membantunya berjalan.Alisya masih lagi tergamam.Apabila melintasi Lisa,Alisya memberhentikan langkahnya dan berbisik.

"Jangan jatuhkan maruah seorang perempuan hanya kerana seorang lelaki.And one more thing siasat dulu sebelum serang.Kan dah tak pasal-pasal putus.Byeee" bisik Alisya sinis.Dia memegang tangan Zairi dan berlalu pergi.Lisa tergamam mendengar bicara Alisya itu.Semua yang berada di kafeteria itu memandang ke arahnya.Dia berlalu pergi.Perasaan malu mula dirasainya.

****

"Siti"panggil Alisya.Siti mengangkat keningnya.Alisya hanya diam.

"Amende kau? panggil aku tapi diam pula.Cakap je la" tanya Siti geram

"Kau tau tak Aliff pergi mana?" Alisya memandang Siti.

"Mana la aku tau.Kenapa tiba-tiba tanya ni?" tanya Siti pelik

"Saja tanya.Tak boleh ke?" tanya Alisya balik sambil mengetuk-ngetuk pen di tangan.

"Bukan lah tak boleh tapi pelik la?" balas Siti

"Apa yang peliknya.Aku tanya kau tau tak Aliff pergi mana.Tu je" kata Alisya

"Mestilah aku pelik.Aku tak pernah-pernah borak dengan Aliff.Tetiba je kau tanya aku.Aku ingat kau lagi tau.Apsal wei?Cerita la dengan aku"

"Tak de apa la.Eh kau dengan Johan pe cite? Bila mau kahwin? Kau pun dah lama dengan dia kan?"tanya Alisya tukar topik.

"ciss.Pandai kau tukar topikkan.Aku dengan dia macam tu juga la.Dia pun sibuk dengan kerja dia.Kahwin tu tak tahu lagi.Tapi dia ada cakap,dia tunggu aku habis belajar dulu baru fikir pasal kahwin.2 tahun lagi"terang Siti

"Wah!! tak sabarnya aku nak tunggu korang kawin.Aku jadi pengapit boleh?" pinta Alisya

"Mestilah kau kena jadi pengapit.Eh kita cakap pasal lain tadi.Apesal tiba-tiba masuk pasal aku ni? Pandai kau mengelat kan.Cepat cerita.Kalau tak kau tak boleh jadi pengapit aku" ugut Siti.

"Huarghh!! Mengantuknya.Dah pukul 11.30 la.Aku tidur dulu la esok ada kelas" kata Alisya lalu baring di katilnya dan menutup mata.

"Syaaa!!" jerit Siti sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

****

Alisya melangkah masuk ke perpustakaan.Dia lihat Aliff sedang membaca di situ.Alisya tersenyum.Kakinya melangkah ke arah Aliff.Kerusi di hadapan Aliff ditarik dan dia duduk.Tiada reaksi di pihak Aliff.Alisya berdehem sedikit.ALiff mengangkat mukanya seketika dan kembali meneruskan bacaaan.Alisya pelik.

"Hai Aliff" tegur Alisya

"Hmm"kata Aliff sambil menganggukkan kepalanya

"Dah lama tak borak dengan awak.Awak sihat?"tanya Alisya.Aliff menganggukkan kepalanya lagi tanpa memandang ke arah Alisya.Alisya semakin pelik namun dia tidak berputus asa.

"Kenapa awak dah lama tak contact saya?"tanya Alisya lagi.Aliff memandang ke arah Alisya lalu menutup bukunya.Dia mengemaskan barangannya lalu bangun.Sebelum pergi dia sempat berkata sesuatu.

"Awak kan dah ada boyfriend.Mesra lagi tu.Buat apa nak cari saya lagi.Pergi la dekat boyfriend awak tu.Wah! masa saya nak salam awak aritu konon awak cakap bukan muhrim kan tapi aritu berpeluk-peluk lagi dengan boyfriend awak tu.Perempuan jenis apa awak ni?" kata Aliff lalu pergi.Alisya tergamam.Air matanya tiba-tiba menitis.
'Sampai hati awak cakap saya macam ni kan Aliff'.Alisya cepat-cepat mengesat air matanya apabila terlihat kelibat Zairi di hadapannya.Zairi menghampirinya.

"Eh Sya kenapa ni?"tanya Zairi apabila melihat Alisya mengesat matanya

"Tak ada apa-apa la bang.Habuk masuk mata" kata Alisya sambil tersenyum.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Zairi risau.

"Sya jangan nak tipu abang ok.Walaupun abang baru 8 bulan kenal Sya tapi abang tahu Sya menipu abang kan.Baik cerita dengan abang" kata Zairi serius.

"Erm tak ada apa-apa.Cuma..."kata Alisya tergantung

"Cuma apa?"Zairi tidak sabar.Alisya menceritakan segala-galanya kepada Zairi sambil menangis.

"Pasal hal tu Sya jangan bimbang.Biar abang je yang uruskan.Dah jangan nangis.Tak comel da sayang abang ni bila nangis" kata Zairi sambil mengesat pipi Alisya.Alisya tersenyum tawar.

****

Alisya termenung di dalam bilik.Siti masuk perlahan-lahan ke dalam bilik dan menyergah Alisya yang asyik mengelamun itu.Terlompat Alisya dibuatnya.Alisya memandang tajam ke arah Siti yang sedang ketawa itu.Dia mencubit lengan Siti membuatkan Siti menjerit.

"Ok dah stop berhenti.Aku surrender" kata Siti dengan tawa yang masih bersisa.

"Padan muka.Terkejutkan aku lagi"balas Alisya sambil menjelirkan lidah

"Bukan selalu pun.Aku tengok kau termenung je.Tu yang aku kacau.Apsal kau termenung tadi? Macam ada masalah besar je.Story la dengan aku"

"Tak ada apa lah.Tak ada benda yang nak diceritakan"

"Jangan nak mentipu ok.Baik cerita kalau tak aku merajuk"

"Yela-yela aku cerita.Kau ni macam budak-budak nak merajuk" kata Alisya.Dia menceritakan perkara yang berlaku di perpustakaan tadi kepada Siti.Siti hanya mendengar tanpa menyampuk.Hanya apabila Alisya selesai bercerita barulah Siti bersuara.

"Sebenarnya kan apa perasaan kau pada Aliff" tanya Siti

"Entah la.Aku rasa aku dah anggap dia lebih pada kawan.Bila bersama dia hati aku ni dup dap dup dap.Apakah itu?"tanya Alisya kembali.

"Sah kau dah jatuh cinta.Ecece.Sekarang aku nak tanya.Apa pula hubungan kau dengan Zairi.Jujur kali ni.Jangan nak mengelat lagi"kata Siti.

"Zairi tu sebenarnya...."

****

"Sya meh turun bawah jap" jerit Puan Zaimah.

"Kejap mak.Bagi Sya 10 minit" kata Alisya sambil menutup laptop kesayangannya itu.Dia kemudian memandang ke cermin bagi membetulkan penampilannya lalu berjalan turun.Di pertengahan tangga,dia terdengar suara seperti orang sedang berbual.Mak Senah yang kebetulan lalu dipanggilnya.

"Mak Senah sini jap" panggil Alisya.Mak Senah mara ke hadapan.

"Ada apa?"

"Ada tetamu ke?"

"A'ah kawan mama kamu.Yang kamu pakai macam ni kenapa?"

"Err mana saya tahu.kejap saya naik atas tukar baju" kata Alisya lalu berlari masuk ke bilik untuk menukar baju dan memakai tudung.Setelah berpuas hati dengan penampilannya Alisya turun ke bawah lalu menyelinap masuk ke dapur.Dia lihat ibunya sedang memotong agar-agar.

"Siapa kat luar tu mama?"tanya Alisya sambil mengambil sepotong agar-agar lalu dimasukkan ke mulutnya

"Kawan mama.Hish budak ni.Tak sopan.Ada ke ambil macam tu je.Nah amik ni.Tolong mama bawa ke depan.Mama nak bawa air ni."kata Puan Zaimah sambil mengangkat dulang yang sudah siap diletakkan teko kopi dan cawan.Alisya berjalan perlahan-lahan di belakang Puan Zaimah.Dia lihat di hadapannya terdapat sepasang suami isteri sedang berbual dengan ayahnya.Di sebelah itu terdapat seorang pemuda sedang asyik bermain dengan telefon bimbitnya dan seorang remaja perempuan yang sedang buat muka boring.

"Amboi rancaknya berborak Ina.Apa yang dibincangkan tu" tanya Puan Zaimah kepada rakannya Zalina.Dia kemudiannya meletakkan teko air dan cawan di atas meja.Alisya turut meletakkan pinggan agar-agar dan kuih yang disediakan oleh ibunya

"Tak ada apa yang penting pun Mah.Saja je kitorang ni borak kosong.Eh tu ke Alisya? Wah! dah besar kan dia sekarang" kata Puan Zalina.Alisya memandang ke arah Puan Zalina dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Dia kemudian bersalaman dengan remaja perempuan di sebelahnya itu.

"Ini la dia Alisya.Dulu kau datang dia kecik je lagi.Alisya ni la kawan mama.Auntie Zalina.Yang sebelah tu Uncle Syam.Hah tu anak diorang.Zairi dan Zamira"kata Puan Zaimah.Alisya hanya tersenyum.

"Ala korang berborak la.Bukan orang asing pun.Korang ni sebenarnya kira macam adik beradik la juga"kata Puan Zalina.'Adik beradik?Sejak zaman bila tah?'kata Alisya dalam hati.

"Yup.Korang memang adik beradik.Adik beradik sesusuan.Dulu time mama lahirkan Alisya,badan mama lemah sangat sampai tak boleh nak bagi susu dekat Sya.Nasib ade Auntie Zalina ni kalau tak mesti Sya mati kelaparan.Time tu Zairi baru dua bulan rasanya kan?"cerita Puan Zaimah.'Ouh adik beradik.Bestnya ada adik dengan abang sekali gus'

"Umi kiranya Alisya ni adik abang juga la? Haish dah lah ada adik manja tak bertempat ni nak tambah sorang lagi? Kesian abang macam ni.Tak larat den nak melayannya" gurau Zairi.Semua yang berada di situ tertawa.

"Hmm..Sya rasa kan sya macam penah nampak je abang.Tapi dimana ya?"tanya Alisya sambil memikirkan sesuatu.Mereka bertiga baru selesai menikmati makan malam dan sedang bersantai di luar.Meninggalkan ibu bapa mereka yang masih rancak berborak di ruang makan.

"Ala abang kan satu kolej dengan Sya.Mesti la Sya penah nampak abang.Abang kan jejaka paling hot kat kolej tu"kata Zairi dengan riaknya.

"Eeei perasannya abang ni.Kak Sya jangan layan abang Airi ni.Dia tu kalau perasan memang no 1 la" Kata Mira sambil mencebikkan bibir.

"Eh betul apa.Mira jelez la tu dengan abang.Ala Sya tak kan Sya tak ingat sapa yang nak langgar Sya aritu"

"Ouh abang ke yang tu? Ish abang bawa kereta laju terlebih.Kalau Sya kena langgar kan susah.Kurang sorang adik abang" Kata Alisya

"Tak pe nanti adik abang tambah la.Kalau Mira kahwin nanti abang boleh dapat adik lain.Lelaki lagi tu.Tunggu la 2 3 bulan lagi mesti dapatnya abang adik lain.Mira ni tak lama je lagi?"

"Iya ke Mira? Wah! hebat.Tak sabarnya Kak Sya nak makan nasi minyak."

"Kak Sya dengar la cakap abang tu.Suka kenakan Mira.Tak suka la" Kata Mira sambil mencebikkan bibir mengundang tawa Zairi dan Alisya

****

"Ouh macam tu ceritanya.Jadi kiranya kau dengan Alisya ni pangkat adik dengan abang la"tanya Aliff selepas Zairi selesai bercerita.Aliff dan Zairi merupakan kawan sebilik.

"Yup.Sya tu ada aku.Kalau aku pegang dia tak dosa la.Sebab kitorang ni adik beradik sesusuan"terang Zairi

"Ciss penat je aku cemburu.Kau bukannya nak bagitau awal-awal"marah Aliff

"Dah kau tak tanya.Lagi pun mana aku tahu kau suka dekat Sya.Patut la sejak kebelakangan ni kau dingin je dengan aku.Cemburu rupanya"gelak Zairi

"Kau tak baik gelakkan aku.Eh boleh tak kau tolong aku sikit?"tanya Aliff meminta pertolongan

"Tolong ape?"pantas Zairi bertanya.Aliff berbisik sesuatu ke telinga Zairi.Zairi mengangguk-anggukkan kepalanya.Dia kemudian mengangkat ibu jarinya tanda bersetuju.Aliff tersenyum.

****

"Abang nak bawa Sya pegi mana ni? Bagitahu la"tanya Alisya.Dari tadi soalan yang sama keluar dari mulutnya namun tidak di endahkan oleh Zairi.Pada mulanya ketika Zairi mengajaknya keluar dia tidak mahu ikut dengan alasan sudah malam.Namun didesak oleh Siti dan Mira yang kebetulan berada di rumahnya.Akhirnya dengan berat hati dia mengikut.Alisya memandang ke arah sebuah restoren apabila kereta diberhentikan.Kosong.Tak ada pelanggan.Alisya memandang hairan ke arah Zairi.Zairi buat muka selamba.

"Jom"kata Zairi lalu keluar daripada kereta.Alisya turut melangkah keluar.Dia mengikut langkah Zairi ke restoren yang agak mewah tapi tidak mempunyai pelanggan itu.Di pintu masuk,terdapat 4 orang pelayan menyambut mereka.Mereka semua tersenyum sambil memandang ke arah Alisya.Salah seorangnya membawa mereka ke sebuah meja yang dihiasi dengan kuntuman bunga.Alisya duduk di kerusi itu.

"Sya tunggu sini kejap.Abang nak ke toilet jap"kata Zairi lalu berlalu pergi.Alisya memandang sekeliling.Tak ada orang.Perasaan takut mula menguasai.Tiba-tiba lampu terpadam.Keadaan gelap gelita.Satu cahaya memancar ke satu sudut.Alisya memandang ke arah cahaya itu.Dia lihat seorang pemuda sedang memegang mic.Dia cuba mengecam wajah pemuda itu.Aliff.Aliff memandang ke arah Alisya dan suaranya mula kedengaran.

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Aliff melangkah perlahan ke arah Alisya yang sedang tergamam.Dia memegang bunga ditangan.Dia memberhentikan langkahnya di hadapan Alisya.


Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai...

Aliff memandang lama muka Alisya sambil tersenyum.Dia kemudian melutut di hadapan Alisya lalu menghulurkan bunga

"Will you be my girl?" tanya Aliff penuh mengharap.Alisya tergamam.Tidak tahu apa yang patut di jawabnya

"Say yes! Kak Sya say yes!!" jerit Mira dari belakang.ALisya terkejut.Dia berpusing ke belakang.Dia lihat seluruh ahli keluarganya termasuk keluarga Zairi berada di belakang.Dia berpaling semula memandang muka Aliff.

"And your answer..?"tanya Aliff.

"NO!!" kata Alisya.Semua yang berada di siti tergamam

"But why?"tanya Aliff kecewa.

"Couple haram" kata ALisya sambil tersenyum.Aliff turut tersenyum

"Ok then.Saya tukar.Will you marry me?" tanya Aliff sambil menghulurkan cincin yang diambil dari poket seluarnya.

"Are you serious? Cepatnya awak ubah fikiran.Siap ada cincin bagai and sejak bila awak cintakan saya ni?"tanya Alisya pelik

"Saya tahu.Thanks to Siti sebab bagitau saya yang awak tak suka couple-couple ni.Saya mula suka kat awak sejak melihat awak berbual dengan Siti selepas awak hampir dilanggar Zairi tu.Awak cukup indah masa tu.Macam bidadari.Sejak tu saya mula mendekati awak"terang Aliff.Alisya tergamam.Tak sangka.

"So your answer please." Aliff mula tidak sabar.ALisya memandang ke arah familynya.Mereka semua mengangguk sambil mengangkat ibu jari tanda setuju.

"Yes" kata Alisya sambil tersenyum.ALiff tersenyum lalu bangun dan memeluk Zairi.Tak kan la nak peluk Alisya pula.Haram.

****

5 tahun kemudian

"Mama tadikan kat sekolah,cikgu ejek adik.Adik tak suka cikgu tu mama" adu Azli kepada Alisya

"Cikgu ejek? Dia kata apa sayang?"tanya Alisya pelik.Tak kan la cikgu nak ejek budak kecil kot.

"Dia kata adik ni handsome.Jahat kan cikgu tu mama"kata Azli.Alisya yang mendengar tertawa.

"Laa..bagus la dia kata adik handsome.Anak mama ni kan memang handsome"kata Alisya dengan tawa yang masih bersisa.Dia menggosok-gosok kepala Azli.

"Mana ada la.Adik comel la.Papa cakap papa yang handsome.Adik comel and mama cantik.Papa cakap handsome tu untuk papa je.Papa cakap cikgu tu saja ejek adik"kata Azli.Alisya memandang ke arah suaminya.Aliff buat muka tak bersalah.

"Apa abang ni ajar budak kecil yang bukan-bukan.Ajaran sesat pula tu.Siap salahkan cikgu bagai.Apa la abang ni" kata Alisya sambil mencubit lengan ALiff.ALiff hanya tersengih.

"Betul apa.Abang memang handsome kan.Kalau tak mesti sayang tak kawin dengan abang"balas Aliff

"Ok enough.Nak muntah.Geli je dengar.Adik jom tolong mama buat kek" ajak Alisya sambil menarik tangan Azli

"Adik jom dok dengan papa.Kita tengok cerita Otromen.Budak laki mana boleh masak.Nanti jadi perempuan" usik Aliff.Azli berdiri statik di antara papa dan mamanya.Tidak tahu mahu mengikut yang mana.Dia akhirnya duduk di atas lantai dan mula menangis.ALisya memandang tajam ke arah Aliff

"Abang ni kenapa.Tengok adik da nangis.Jom sayang.Jangan layan papa ni.Mengada je lebih"pujuk ALisya lalu membawa Azli ke daput.Aliff tersengih.Dia mengikut langkah ALisya.

"Ala sayang.Sorry ok.Abang janji tak buat lagi.Ok adik jom papa pun nak tolong buat kek juga"kata Aliff.Azli tersengih memandang papanya

"Abang pun nak jadi perempuan jugak ke?"usik Alisya.Tawa Aliff mula kedengaran.Alisya tersenyum.Azli yang tidak tahu apa-apa hanya memandang hairan.Tiba-tiba lagu nyanyi Alif Satar kedengaran di corong radio.Cukup Indah.

"Eh lagu favourite mama la" jerit Azli.Alisya berpandangan dengan Aliff.Senyuman terukir di bibir masing-masing.Cukup indah.