Sunday, March 29, 2009

Cinta beg putih(Part 31)

8 tahun kemudian,

Faz berjalan keluar daripada pejabatnya iaitu Nelly Architecture Firms di Seoul,Korea.Sudah 2 tahun dia bekerja di syarikat itu setelah menamatkan pelajarannya di salah sebuah universiti di Korea.Dia sudah berjaya melupakan bayangan arwah Rizal dari ingatannya tapi nama Rizal itu akan sentiasa terpahat di hatinya.Phonenya berbunyi menandakan ade mesej masuk.Faz mengambil phonenye itu di dalam beg tangannya.Dia membaca mesej tersebut.Dia tersenyum.Mesej daripada rakannya Eliana dibalasnya.Eliana ingin datang ke Korea dan memintanya menjadi tourist guide.Faz menyimpan kembali phonenya itu.

Dia berjalan kaki ke rumahnya yang hanya beberapa km sahaja daripada pejabatnya.Faz teringat ketika kematian Rizal,Eliana sentiasa berada di sisinya menenangkanya.Sekarang juga begitu.Puteri sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya.Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.Hanya Daz sahaja yang masih single sepertinya.Daz tu kalau tanya bila dia nak kawin mesti dia akan berkata 'tunggu Ryo masuk meminang.Faz tersenyum sendiri memikirkan kawan-kawannya itu sehingga tidak sedar dia sudah berada di hadapan rumahnya.

Nami Island,

Faz tersenyum melihat gelagat Eliana yang agak teruja untuk ke Nami Island.Nami Island kebiasaannya dikunjungi oleh pasangan-pasangan kekasih yang berdating buat pertama kalinya.Di sini jugalah dimana pengambaran drama bersiri 'Winter Sonata' yang popular di Korea dilakukan.Hinggakan terdapat satu galeri dimana terdapat gambar-gambar pelakon Winter Sonata itu.

Faz memandang ke arah Puteri,Daz dan Atieqah.Puteri dan Atieqah sedang berbual bersama suami masing2.Daz pula sedang berborak bersama Eliana.Faz hairan dengan sikap Daz itu.Dulu jika diajak ke Nami Island pasti dia akan menolak tapi kali ni laju je mahu ikut.

"Oiitt Faz...da2 la tu termenung.Jom dok kat luar.Sini panas la.Aku nak rase angin laut lak.Dok dalam ni tak nampak sangat pemandangan laut."kata Daz

"Oii..ko gilak ke ape?Ni musim sejuk la.Winter Time.Gila kau nak dok kat luar.Beku la weii!!"bantah Faz

"Takdenye nak beku.Jom la.Sekali seumur hidup je ni"

"Yela tu.Ok la jom."Mereka berdiri di luar feri itu sambil menikmati udara sejuk.

"Weii da nak sampai la.Jom masuk.Kita cepat2 keluar"kata Eliana.Mereka berjalan bertiga di Nami Island itu.Puteri dan Atieqah sudah hilang bersama pasangan masing-masing.

"Wei jom pegi kat Winter Sonata First Kiss ni nak?? Aku nak tengok ade ape kat sana.Jom"kata Daz sambil mengenyitkan matanya kepada Eliana.Eliana tersengih.Dia tahu rancangan Daz itu.Eliana menarik tangan Faz agar berjalan laju sikit.

"Waa!! takde bende best pn.Eh Faz cube tengok belakang kau.Ade ape tu?"kata Daz separuh menjerit.Faz cepat-cepat memusingkan kepalanya ke belakang.Tiba-tiba bibirnya tersentuh bibir seorang lelaki.Dia tercium bibir seorang lelaki.Faz terkejut.Cepat-cepat dia undur ke belakang dan meminta maaf kepada lelaki itu.Faz mengangkat mukanya memandang lelaki itu.Dia terkejut.Hakimi!.Faz cepat-cepat berpusing dan ingin berlalu pergi namun alangkah terkejutnya dia apabila Daz dan Eliana sudah tiada di situ.'Kureng punye kawan.'kata Faz dalam hati.

"Fazrina Fauzi?"tegur Hakimi.Faz memandang kembali ke arah Hakimi dan dia tersenyum tawar.

"Yup.Hakimi kan ni?"

"Awak ingat lagi saya? Saya ingat awak da lupakan saya."

"Mana bleh lupe.Awak buat ape kat sini?"

"Takde wat pape saje jalan-jalan"

"Sorang?"

"Yup.Sorang."Faz kehairanan.Pelik tol mamat ni.GIla ke ape jalan sorang-sorang dalam sejuk ni.

"Eh Faz jom g kat kafe sana.Sejuk la kat sini."ajak Hakimi.Faz mengangguk dan mereka berjalan ke kafe tersebut.

"So..camne awak sekarang Faz? I mean kehidupan awak sekarang?"tanya Hakimi ketika mengacau coffee yang dibelinya tadi.Faz menyisip perlahan hot chocolatenye.

"Biasa je.Cam orang lain la.Kerja kerja kerja."kata Faz sambil tersenyum

"Oh.Awak kerja kat Korea ek?Tak teringin nak balik Malaysia?"

"Yup kat Korea.Mane tau ni? Malaysia? teringin gak tapi tah la tunggu dulu la.Awak la kerja pe sekarang? Kat mane?"tanya Faz pula

"Hmm?Saya kerja kat Malaysia la.Doktor kat Hospital Ampang Putri"

"Ouh.Doktor la ye.Doktor hensem.Mesti ramai jururawat kat hospital tu terpikat ngan awak kan"kata Faz sambil tersenyum.

"Mungkin.Tapi diorang jela terpikat ngan saya.Saya terpikat ngan awak je"balas Hakimi sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun.Dada Faz berdebar tiba-tiba

"Ish ade2 je la awak ni.Eh jom naik basikal.Da lame tak main basikal"ajak Faz

"Cam budak-budak la awak ni"

"Biar la.Awak tak nak naik sudah.Biar saya naik sorang"kata Faz sambil berlalu.Hakimi hanya tersenyum.

Saturday, March 28, 2009

Cinta beg putih(Part 30)

Faz cuba menumpukan perhatiannya di dalam kelas Pn.Nadia tetapi dia tidak boleh.Hatinya tiba-tiba berdebar.Dia tidak tahu mengapa.Dia merasakan sesuatu telah berlaku.Akhirnya kelas Pn.Nadia berakhir.Faz mengemas barang-barangnya.Tiba-tiba lagu 'Laskar Pelangi' berkumandang.Faz memandang ke skrin telefonnya.Fizlan.Dia menekan butang hijau dan menjawab panggilan itu.

"Hello.Assalammualaikum"Faz memberi salam

"Waalaikumussalam.Wei Faz kau kat mane?"tanya Fizlan

"Hmm..aku cam biasa la.Ade kelas.Kenapa kau call?Nak belanja makan ke?"

"Banyak la kau punye belanja makan.Wei kau datang hospital sekarang."

"Hospital? Kenapa?"

"Jangan banyak tanya la datang je.Eliana ade situ? Pass phone ni kat dia.Aku nak ckp something ngan dia jap"

"Kau nak ngorat dia ke?haha ok2."Faz memberi phonenye kepada Eliana dan terus mengemas kembali barangnya.Dia memandang sekilas ke arah Eliana.Muke Eliana berkerut-kerut mendengar apa yang Fizlan katakan.'Apaper je la budak dua ekor ni borakkan.'Eliana sudah menamatkan perbualannya.DIa memberikan kembali phone Faz itu.Mukenya serius semacam.

"Oii Faz jom g hospital"

"Kenapa serius sangat ni? sape sakit?"

"Jangan banyak tanya la.Jom je."Faz kehairanan namun dia tidak membantah.Dia mengekori langkah Eliana ke hospital.

Hospital,


"Hello.Wei Fizlan kau katne ni?"tanya Eliana.Dia memegang erat phonenye itu.Faz hanya memandang daripada belakang.

"Hah?! Tingkat 3? ok2 aku cari nanti"Eliana berjalan laju ke lif yg berdekatan.Faz hanya memandang pelik.Dia hanya membisu.'mesti ade sesuatu berlaku ni'.Mereka akhirnya sampai ke sebuah bilik.Kelihatan beberapa orang sedang membaca yasin termasuk la Auntie Ros.Faz terlihat seseorang berada di atas katil dan mukanya ditutup dengan selimut.Hati Faz tergerak untuk melihat siapakah yang terbaring itu.Saat terpandangkan Fazrina,Auntie Ros menghentikan bacaannya.Dia berjalan ke arah Faz sambil tersenyum tawar.Dia menarik Faz keluar dari bilik itu.Faz hanya mengekori.Dia tidak tahu apa-apa.Auntie Ros memegang erat tangan Faz dan tiba-tiba wanita itu menangis.Faz terpaku.

"Err..auntie? kenape ni? Auntie ok ke?"tanya Faz

"Hmm..tak de ape-ape la Faz auntie ok je.cuma.."

"Cuma ape auntie?"

"Auntie harap Faz bersabar la dengan apa yang auntie akan katakan ini"

"Cakap je la auntie."

"Hmm..sebenarnya..Rizal dah pergi meninggalkan kita.Dia dilanggar lori ketika hendak menyelamatkan seorang kanak-kanak.Auntie tak sangka dia pergi secepat itu.Auntie tau dia akan meninggalkan kita semua akibat tumor otak yang dialaminya tapi tak sangka dia 'pergi' disebabkan ingin menyelamatkan nyawa seorang budak kecil."cerita Auntie Ros panjang lebar.Faz tergamam.Otaknya tidak boleh berfungsi.Rizal?Mati?Tumor otak?Selamatkan budak?Pandangan Faz tiba-tiba berubah menjadi gelap.Dia tidak tahu apa yang terjadi seterusnya.Dia berdoa agar ini semua hanya mimpi.

***********************************************************************************

Faz membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang sekeliling.'kat mane aq ni?'.Tiba-tiba pintu bilik dibuka.Faz memandang ke arah pintu itu.Auntie Ros.Auntie Ros berjalan ke arah Faz dan duduk di sebelahnya.

"Faz da ok ke?"tanya Auntie Ros.Faz memandang ke arah auntie Ros.

"Auntie..Rizal mane??"

"Faz bawak bersabar ni semua dugaan Allah."Faz menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia menangis teresak-esak.

"Auntie..Rizal da dikebumikan belum?Saya nak tengok dia"pinta Faz.Auntie Ros tersenyum dan mengangguk.Dia bangun dan memimpin Faz ke bawah.Di bawah terdapat ramai orang sedang membaca yasin.Auntie Ros memimpin Faz ke tengah dimana Rizal terbaring kaku di situ.Faz terduduk di sebelah Rizal.Dia memandang ke arah Rizal.Air mata mengalir perlahan-lahan.Dia berpaling memandang ke arah Auntie Ros dan dia pengsan sekali lagi.

**********************************************************************************

Sejak kematian Rizal,perangai Faz terus berubah.Dia menjadi seorang yang pendiam.Ibu dan Ayahnya sudah tidak tahu apa yang ingin dilakukan bagi membuat Faz menjadi seperti sediakala.Ibu Faz teringat akan kawan-kawan lama anaknya itu.Mungkin mereka dapat membantu.Tetapi kebanyakan rakan lama Faz berada di luar negara menyambung pelajaran.

Faz termenung di meja studynya sambil membelek album gambarnya dengan arwah Rizal.Dia tidak sangka begitu cepat Rizal meninggalkannya.Rasa macam baru semalam mereka berkenalan.Pintu biliknya diketuk bertalu-talu.Faz terkejut.Dia cepat-cepat mengesat air matanya.Dia tidak mahu ibunya perasan dier sedang menangis.

"Masuk"kata Faz memberi kebenaran orang yang mengetuk pintunya itu masuk.Faz berpusing dan memandang ke pintu biliknya.Dia terkejut.

"SUPRISE!!"kata Daz,Puteri,Atieqah,Liza dan Kay serentak.

"Oiit korang!!! Bila sampai Malaysia??"tanya Faz terkejut.

"Baru je.Mak kau paksa kitorang balik.DIa cakap kau sedang dalam kesedihan.Kitorang pun tumpang sedih gak.Sorry."

"Ha ha ape la wat cite sedih la kat sini.SO Daz camne Jepun best??"

"Ok je Jepun.Ramai mamat hensem"

"Eleh Korea lagi best.Ade Rain"kata Puteri tidak mahu mengaku kalah.

"Ala..mane2 pun best la.Puteri cerita la pasal Korea.Ish kite minat tol la Korea ni.Dulu kite ngan Rizal rancang kalo kawin nak g honeymoon kat Korea tapi tu la dia...."

"Faz sabar ok.Jangan cite la kalau awak sedih.Kitorang faham"kata Liza sambil menggosok belakang Faz.Menenangkannya.Faz tersenyum.

"Wei Faz ape kate awak ikut kita sambung study kat Korea?Sekurang-kurangnya awak leh happy skit"

"Hmm..tengok la.Nanti kita fikirkan.Tapi kesian Auntie Ros kan.Tinggal seorang je anak dia.Uncle Zakuan tu pun asyik busy je ngan kerja.Mesti Auntie Ros sunyi.Tapi tengok la dulu.Nanti kite fikirkan.Eh jom main PS2.Bosan la"

"Pe la kau ni.Umo da 20 still main PS2 lagi."ejek Kay.

"Eh..Suka hati la.."mereka tergelak bersama-sama.En Fauzi dan Pn Azizah tersenyum melihat kegembiran anaknya itu.

Thursday, March 19, 2009

Cinta beg putih(Part 29)

Sudah beribu kali Fazrina mendial no Rizal.Namun tiada siapa yang menjawab.Dia akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Rizal.Dan kini dia sudah berada di hadapan rumah Rizal.Faz menekan loceng rumah itu dan menunggu beberapa ketika.Pintu rumah itu dikuak dari dalam.Seorang wanita terjenguk-jenguk ke luar.Terpandangkan Faz di depan pagar,bibir wanita itu mengukir senyuman nipis.Dia keluar menuju ke pagar dan membuka pintu pagar itu.

"Hmm kamu Fazrina.Auntie ingat sape la tadi.Kenape datang tak bagitau ni? Kalau tak boleh auntie sediakan makanan kegemaran Fazrina."kata Auntie Ros.Faz menyalami tangan Auntie Ros dan mengekori wanita itu ke dalam rumah.

"Eh takpela auntie.Saya saje je datang nak melawat auntie.Da lama tak berborak ngan auntie.Auntie sihat?"tanya Faz sambil matanya memandang ke sekeliling rumah mencari kelibat Rizal.Kalo ade.

"Hmm..camni la auntie.Da tua-tua ni banyak penyakit yang datang.Eh
kamu pegi la naik atas tengok Rizal tu.Da seminggu dia demam.Tak tau sebab ape."

"Hah?! Rizal demam? Teruk ke auntie? Saya nak tengok dia.Eh tak pe ke saya masuk bilik dier tu? Macam tak manis je anak dara masuk bilik anak teruna."

"Ha ha macam tak biasa.Masuk je la.Auntie ade kat sini.Tak pe jangan risau.Eh auntie nak pegi buat air jap.Kamu tau kan mana bilik Rizal?Takkan sesat punye la."kata Auntie Ros mengusik Faz.Faz berjalan menuju ke bilik Rizal.Setibanya dier di hadapan pintu yang bertulis 'Ini bilik Rizal(dan Fazrina satu hari nnti).Kawasan larangan.Penceroboh akan didenda',Faz mengetuk pintu itu perlahan.Kedengaran satu suara menyuruhnya masuk.

Faz melangkah masuk ke bilik itu.'Hmm..bilik orang laki..bersepah cam kandang lembu.'desis hati kecil Faz.Faz terlihat sesusuk tubuh terbaring di atas katil.(Eh tubuh sesusuk ke? taram aja la...ngee~~.)Faz berjalan ke katil itu dan berdiri betul-betul di sebelah tubuh itu.Rizal.

"Ehem-ehem"Faz berdehem dengan agak kuatnya.Rizal berpaling memandang siapakah yang berdehem itu.Rizal memandang ke arah Fazrina.Dia tersenyum.Terlupa segala sengketa di Midvalley dulu.

"Hai Faz.U okey ke?"tanya Rizal sambil memegang erat tangan Faz seperti tidak mahu melepaskannya.

"Ha ha lawak la u ni.u yang demam bukan i.yang u tanye i ok ke tak ni apsal? terencat ke hapa?patut i la tye u"

"ye tak ye gak kan.apela i ni.hmm Faz I nak mintak something daripada U leh tak?"

"Apenye?"

"Hmm..kalo I mati..Please jangan sedih sangat tau and carilah pengganti I yang U rase sesuai untuk U.Kalo U tak reti pilih U suruh mak I pilihkan.Please janji ngan I jangan sedih kalau I mati.Kalo nak nangis tu boleh tapi janganlah lama sangat and lagi satu..U...nampak......BURUK SANGAT KALAU NANGIS.!ha ha ha"

"Rizal!! ape cite pasal mati2 ni?I tak suka la"

"Ok2 sayang I gurau je.Ala jangan la marah.Eh Faz I teringin nak pegi taman tasik ngan U.Da lama kite tak pegi.Jom temankan I."

"Rizal U kan tak baik lagi.Esok la kita pegi OK?"kata Faz.Rizal sudah memuncungkan bibir macam kanak-kanak yang dilarang tom tom bak.Rizal memalingkan mukenya.'aduss orang tua merajuk camne nak pujuk ni?'hati kecil Faz berbisik.

"Rizal.Jangan la marah I.Hmm..I janji esok petang I bawak U pegi taman tasik ye.Please Rizal"pujuk Faz.Rizal tersenyum seraya menggangguk.Dia kemudian mencapai gitar kapoknya.

"Faz I nak nyanyikan satu lagu untuk U.Khas untuk U.I tau U ske gile lagu ni"kata Rizal sambil perlahan-lahan memetik gitar kapoknya itu.

Intro : G Bm A


G D
Deras hati ku berdetar
Bm A
Di langit aku terlihatkanmu
G D
Terang malam.... teman kita
Bm A
Dengan angin meniup sayu

G Bm A

G D
Ku petik gitar akustik ini
Bm A
Dengan harapan dia mendengar
G D
Melodi indah yang ku cipta
Bm A
Hanya untuk luahkan rinduku padanya


Korus :

G
Dan aku terus...
A D
Menyanyi lagu ini untukmu
Bm G
Walau berjuta mendengar
A D
Lagu ini hanya untukmu

A G
Arah hidup kita
A D
Digambar bintang di angkasa
Bm G
Berkelip melukis cinta
A D
Terciptalah lagu kita

F# Bm G Gm
Aaaaaaa woooo
F# Bm G A
Aaaaaaa woooo

G D
Melodi indah yang ku cipta
Bm A
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

** Repeat Korus


Bm A


G Gm D
Terciptalah ...lagu kita


Faz terkedu mendengar nyanyi Rizal itu.Dengan petikan gitarnya.Sangat romantik.Entah mengapa dier merasakan seperti ini kali terakhir dia akan bertemu dengan Rizal.Hatinya berdebar-debar kencang sekali.Rizal memegang tangan Faz erat sekali.Dia kemudian mencium tangan Faz berkali-kali seperti tidak mahu melepaskannya.Dia kemudian mencapai gitar kapoknya yang diletakkan di tepi katil ketika habis menyanyi tadi.Dia kemudian memberi gitar itu kepada Faz.

"Faz..U jaga gitar ni elok2 tau.Ni la satu-satunya nyawa I."Faz memegang gitar itu perlahan-lahan.Di badan gitar itu terdapat bermacam jenis tandatangan.Faz kembali memandang Rizal.

"Err..kenapa U bagi I gitar ni?"

"I rase I akan mati je.Tu yang I bagi U.I tau U boleh jaga bende alah ni.Dia ibarat isteri I.I sayang gila kat gitar ni.Ha ha pe I merepek ni.Jangan layan I..demam2 pun leh merepek lagi.Sayang U nangis ke?Ya-ALLAH buruknya muke U bila nangis."kata Rizal sambil mencubit perlahan pipi Faz.

"Rizal!!!!!!!" Rizal tergelak terbahak-bahak.Auntie Ros yang berada di belakang pintu sejak dari tadi mengesat air matanya perlahan-lahan.Dia reda' kalau itu sudah ditakdirkan.

Saturday, March 14, 2009

Cinta beg putih(Part 28)

Faz duduk mengadap laptopnya di meja study.Dia perlu menyiapkan assignment yang diberi oleh Pn.Nazurah kepadanya.Sedang asyik dier menyiapkannya roomatenye,Eliana masuk.Faz memandang sekilas kepada Eliana dan kemudian terus menyambung kembali kerjanya.

"Wei Faz kau tak bosan ke hah?! asyik wat assingment je.JOm la keluar jalan-jalan"tegur Eliana

"Aku malas la Lia.Lagi pun assignment ni banyak sangat.Lain kali la kita keluar.Ok?"balas Faz tanpa memandang Eliana.

"Kau ni kan Faz..kalo aku ajak banyak je alasan.Kalau Rizal ajak laju je.Sedih aku camni tau"

"Ala Lia.Jangan la merajuk.Ok2 petang kang kita keluar gi Midvalley.Ok? Puas hati?"

"Ok.camtu la kawan.Sayang kau.Wei aku nak tido jap.Kul 2.30 kang kejut aku tau."

"Ok.Kau ni membuta je keje patutla badan kau makin berisi.Camne la Azman leh tahan ngan kau."

"Oit mulut tu bebaik skit.sekeh kang.nak? hahah.Da la tido lu."kata Eliana sambil merebahkan diri ke atas katil dan zzz.Faz hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dan kembali menyambung kerjanya.

Midvalley

"Wei Lia penat la.Dari tadi kau pusing kedai sama.Belinya tak"rungut Faz.Kakinya sudah lenguh mengekori Eliana yang berjalan tak ingat dunia.

"Ala kau ni Faz baru jalan sikit da penat.Ok2 ni last.Kita g MPH jap then kita gi Pizza Hut.Ok?"

"Pizza Hut? mne bleh.boikot2."

"Eleh kau..gilerwekk tol..bukan hari tu kau gi makan pizza dengan Rizal ke? tak boikot pun.."

"Uitt mane tau ni? Kau skodeng ke ape?"

"Bukan skodeng.tertengok.Ha ha tak de la..bukan kau bagitau ke?"

"Oh yeke? ha ha lupe2.Eh jom la kate nak gi MPH..aku pun nak cari novel baru ni.Da lama tak membaca novel."

"Ye la tau la busy dengan Rizal.Sampai lupa segala-galanya"

"Ish kau ni Lia.Tau la Rizal tu cousin kau.Tak payah la nak perli2 aku je.Aku mengadu kat mak sedara kau kang kau buli aku"

"Kau ni kuat mengadu la.Tau la kau kamceng ngan mak sedara aku skung.hahah dah la wat drama lak.Jom la"

MPH,Midvalley

"Eh wei Faz.Cube kau tgk pasangan tu.Kesian la pompuan tu.Dari tadi dia try cakap ngan mamat tu tapi mamat tu buat dunno je."

"Kau ni Lia suke sangat masuk campur hal orang.Biar la diorang tu."balas Faz tanpa mempedulikan pasangan di hadapan mereka itu.

"Tapi kan Faz cam kenal kot mamat tu.Eh dia pandang sini la.Eh Faz..abang kesayangan kau la.Rizal..minah sebelah tu bukan kawan kau ke?"

"Mana?!!" Faz mengangkat muka memandang pasangan di hadapannya.Rizal dan Balqis.Ape diorang wat kat sini.Faz memandang tangan Balqis yang memegang erat tangan Rizal.Tanpa berkata apa-apa Faz terus berlari keluar dari kedai buku itu.Rizal tergamam.Balqis tersenyum suka.Eliana berjalan ke arah cousinnya dan menampar pipi cousinnya itu dan kemudian dia berlari mengejar Faz.

Faz terduduk di salah satu bangku di bangunan itu.Banyak mata memandang ke arahnya.Namun dia tidak peduli.Dia tidak sangka Balqis sejahat itu.Selama ini dia percaya gila kat Balqis.Masa mula-mula terlihat Balqis dan Rizal tadi dia tidak la rasa apa-apa namun setelah melihat senyuman sinis Balqis dia mula curiga lalu dia berlari keluar.Setelah bertenang dia hendak masuk kembali ke kedai itu namun handphonenya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk.Dia membuka mesej itu dan melihat nama pengirim.Balqis.Dia membaca mesej itu perlahan-lahan..

'Best kan apa kau nampak tadi?Macam tu la aku rasa apabila kau rampas Rizal daripada aku dulu.Tapi takpe aku lepaskan kau kali ni sebab kau baik dengan aku.Tapi aku harap lepas ni kita bukan kawan lagi.Kau amik la balik Rizal kau ni.Aku buat macam tu sbb nak kau tau perasaan aku bila kau rampas Rizal daripada aku.Kalau ikutkan aku nak buat lebih lagi biar kau menderita tapi tak pe la.Aku maafkan kau kali ni.Oh ye lupa nak bagitau..aku ade bagitau Rizal kisah cinta kau ngan Hakimi.Siap ade gambar kau ngan Hakimi lagi.So sweet.Kau ngan Hakimi memang sepadan.Tapi jangan harap kau boleh amik Hakimi balik.Oh lagi satu aku ade tambah2 sikit kisah cinta kau tu biar nampak lagi romantis.Oh sweet.Harap korang tak ape2 ek.N utk pengetahuan kau Rizal tu kuat cemburu.So hati2.Good luck.'

Faz terus menangis.Dia tak sangka Rizal pernah bercouple dengan Balqis sebelum dia berpindah ke sekolah itu dulu.Dia rela melepaskan Rizal jika itu yang Balqis mahu.Faz menangis lagi sehingga la Eliana datang menenangkannya.

Rizal memandang Faz dari jauh.Hatinya masih panas apabila mendengar cerita Balqis tadi.Dia tau Balqis sengaja mahu mengapi-apikannya supaya membenci Faz.Namun hatinya tidak boleh menerima hakikat bahawa Faz milik orang lain ketika bercouple dengannya dulu.




P/s: Sorry kalo tak best.Saya tak reti la nak buat cerita yang kejam2.Sorry sesangat.Kalo sesape de idea yang kejam leh la mengkomen saya ye.Thank You.

Sunday, March 8, 2009

Tangguh.

Sorry.Maaf.Saya tidak dapat mengupdate cbp kerana terdapat beberapa perkara yang tak dpt dielakkan.Saya akan update dengan segera jika ada kesempatan.Maaf byk2.Thank You.