Thursday, December 15, 2011

Cinta itu Beautiful

Lyna berlari pantas menuju ke Rock Corner.Dia ingin segera mendapatkan tiket ke concert kumpulan korea terkenal iaitu Beast.Dia begitu meminati kumpulan itu kerana mereka berbakat dalam nyanyian dan tarian.Dan yang paling diminatinya adalah Yoseob,salah seorang ahli kumpulan tersebut.

"Hello..err tiket concert Beast ada lagi tak?"tanya Lyna pantas ketika kakinya berada di hadapan counter.Dia sudah tidak mempedulikan keadaan di sekeliling.

"Bahagian mana ek?" tanya lelaki cina di counter itu

"Err...VIP" balas Lyna

"Alamak amoi sorry la.You lambat 3 minit la.Itu lelaki baru angkat tiket VIP yang last.Kalau you cepat sikit mesti dapat punya" kata lelaki cina itu sambil menunjuk ke arah lelaki yang baru berlalu.

"Eh yeke? Thank you ek" kata Lyna sambil kakinya melangkah pantas mengejar lelaki tersebut.

"Bang..kejap bang" panggil Lyna.Lelaki di hadapannya memberhentikan langkah lalu berpaling

"Ya dik.Kenapa?" sahut lelaki itu.Lyna tergamam.Rupa lelaki itu iras-iras wajah Yoseob,ahli Beast yang diminatinya itu.Mata Lyna tidak berkelip memandang lelaki itu

"Dik..adik ok tak ni?"tanya lelaki itu sambil mengibas-ngibas tangannya di hadapan Lyna.Lyna tersedar lalu menarik sengih.

"He he sorry bang.Er..nak tanya abang ek beli tiket VIP concert Beast kat Rock Corner tadi?" tanya Lyna sambil tersengih.Malunya.

"A'ah kenapa ek dik?"tanya lelaki itu kembali

"Ouh takde.Nak tanya kot2 abang nak jual ke tiket tu? Saya nak beli.Mahal sikit pun tak pe" kata Lyna dengan penuh harapan.'Demi Yoseobku'

"Alamak..sorry la dik.Tak boleh la.Lagipun tiket ni adik abang punya.Dia suruh belikan.Entah ape ape la budak ni.Concert tak berfaedah pun nak pegi.Merepek je.Baik duduk rumah baca buku ke ape ke"rungut lelaki itu

"Biasa la tu bang.Minat masing-masing.Selagi pelajaran dia tak terganggu..biarlah.Eh takpelah kalau abang tak jual.Sorry ganggu"kata Lyna sambil cepat2 berlalu pergi.Lelaki itu hanya memandang langkah Lyna,kehairanan.

***

"Uwaaaaa!! Nak jumpa Yoseob!! Mana nak cari tiket ni.Semua dah habis.Menyesal tak beli awal-awal aritu" bebel Lyna kepada rakan-rakannya.

"Ala..sabar2.Eh jom pegi Kpop Hitz Talent Show nak? Mana tau dapat tiket Beast free"ajak Dayah

"Kat mana?"tanya Lyna pantas.

"Hmm..kat Times Square rasanya.Jom la"

"Bila2?"

"Sabtu ni"

"Hmm..ok lah"kata Lyna.'Yoseob' sobs sobs

***

"Wah!! Ramainya orang.Rimas2"kata Nurul.Dia sememangnya tidak begitu menggemari tempat yang sesak dengan manusia.Eh sesak dengan binatang pun tak suka.

"Eh jom lah ke depan tengok orang perform.Eh ada Jehan Miskin laa"kata Lyna pantas menarik tangan rakan-rakannya ke hadapan.

Mereka begitu teruja melihat telatah-telatah peserta yang menyertai pertandingan itu.Ada yang memang berbakat dan ada yang tidak.Celoteh daripada Jehan Miskin juga membuatkan mereka tidak kering gusi ketawa.

"I have 2 tickets to Beast concert in Malaysia.Who want the ticket?" tanya Jehan Miskin.Lyna menjerit dengan penuh semangat.Jehan meletakkan mic dihadapan Lyna dan bertanyakan soalan

"What is the stage name for Kwon Ji Yong?" Lyna tergamam sebentar sebelum menjawab

"G-dragon! G-dragon!"

"Yes.That's the correct answer.Boleh ke depan"kata Jehan

"Eh macam mana nak masuk ni? Tak kan nak panjat kot?"tanya Lyna sambil menunjuk ke arah penghadang di hadapannya.

"Hmm..lalu lah tepi2 sana"kata Jehan.Lyna pantas berlari menuju ke stage.Nurul yang berada di sebelahnya sudah menjerit kuat.Dayah,Yasmin dan Shima masih lagi tidak perasan yang Lyna menjawab soalan dengan betul.Terdapat dua orang yang berada di situ.Lyna mula gementar

"Ok now..I want you to perform Nobody by Wonder Girls.Sape yang dapat jeritan paling kuat,dia lah yang akan membawa pulang tiket Beast ini" kata Jehan.Lyna sudah mula gelabah.Dia memang tidak tahu sangat lagu itu.Akhirnya dia menari mengikut suka hatinya.

Nurul,Dayah,Yasmin dan Shima menjerit paling kuat.Mereka juga memaksa semua orang untuk menjerit untuk Lyna.Dan akhirnya tiket Beast dapat Lyna miliki.Lyna menjerit kegembiraan kerana dapat pergi ke concert artis pujaannya itu.

Seorang lelaki datang dan memanggil Lyna.Lyna berpaling dan terkejut.Yoseob.

"Hai dik..ingat abang lagi? Tahniah menang tiket tu.Adik memang minat ek Kpop ni?"tanya lelaki itu.Lelaki yang sama membeli tiket di Rock Corner tempoh hari.Lyna tergamam sekali lagi melihat lelaki itu.Nurul di sebelah menyiku lengan Lyna.Lyna tersedar dan menarik sengih

"Err...yup.Minat sangat.Lagi2 kumpulan Beast ni"kata Lyna

"Ouh..ok lah abang kena pegi ni.Enjoy the concert"kata lelaki itu lalu pergi.Lyna tersenyum sendirian.Kacaknyaa macam Yoseob.

***

'Nak pakai baju mana ni? Tudung fesyen ape ni?' Lyna berfikir di hadapan almari pakaiannya.Dia bingung memikirkan baju yang perlu dipakai untuk ke concert artis pujaannya itu.Setelah berfikir seketika,dia mencapai salah satu baju di almarinya dan mencari tudung yang sepadan

'Biarlah nak pakai apa2 pun.Kat sana kan gelap.Bukan nampak pun baju apa' bisik hati Lyna.Dia cepat2 bersiap kerana concert itu akan bermula pada jam 8.30 malam dan dia akan bergegas pergi selepas solat maghrib nanti.

"Hello Shima,awak dah siap ke? Kita dah on the way nak amik awak ni " kata Lyna sambil memegang erat phonenya.Keychain yang terdapat gambar Yoseob bergoyang perlahan akibat gerakan phone itu.

"Dah2..awak dah dekat mana?" tanya Shima kembali

"Lagi 10 minit macam tu sampai la.Ok bye" kata Lyna sambil mematikan talian.Dia menatap sebentar gambar Yoseob di phonenya sebelum kembali meneruskan pemanduan.

***

"OMO! Ramainyaa orang.Gila lah" Lyna tergamam melihat begitu ramai orang di situ.Dia cepat2 mencari pintu masuk kerana dia sudah terlewat.Setelah mengambil tempat duduknya,Lyna tersenyum melihat stage yang begitu hampir dengan tempat duduknya.Jika Yoseob menghulurkan tangan,pasti dapat dicapainya.Tiba-tiba dia terdengar deheman di sebelahnya.Lyna memusingkan kepalanya dan terus tergamam.

"Hai dik.Tak sangka kerusi kita sebelah2 kan?" kata lelaki yang iras Yoseob itu.Lyna masih lagi tergamam.

"Dik? Ok tak ni? Setiap kali jumpa abang mesti tergamam.Kenapa ek? Handsome sangat ke abang ni?"tanya lelaki itu sambil ketawa.Lyna tersedar dan menarik sengih.

"Err..hai.Abang buat apa kat sini? Kata concert tak berfaedah tapi datang juga?"tanya Lyna kembali

"Abang datang dengan adik abang ni.Mana boleh biar budak kecik sorang ni keluar pegi concert dengan kawan-kawan.Lisa ni kenalkan..err sapa nama awak ek?"tanya lelaki itu

"Ish apa lah abang ni nak kenalkan orang tapi dia sendiri tak kenal orang tu.Apa lah" kata Lisa tak puas hati

"Takpa..saya Lyna.Lisa umur berape ek?"

"15 tahun"balas Lisa sambil tersenyum

"Oh muda lagi.Akak 20 tahun.Lisa minat kpop jugak ke?"tanya Lyna ramah

"Yup,minat sangat.Paling minat Beast ni lah.Then minat Big Bang,Boyfriend and semua lahhh" kata Lisa,excited.

"Ehemmmmmmm"

"He he sorry bang lupa pula kat abang.Eh kak Lyna dah berkenalan ke dengan abang Lisa ni.Dia ni kerek kot.Dah la menyibuk nak ikut orang pegi concert"rungut Lisa

"Amboii budak kecik merungut nampak.Abang tak kasi pegi concert dah lepas ni kang.Awak jangan layan dia ni Lyna.Eh lupa pula nak kenalkan diri.Nama saya Yusoff.Umur 26 tahun.

"Oh..eh concert dah start laa" jerit Lyna.Dia teruja melihat Yoseob yang begitu hampir dengannya.Tarian mereka semua sudah dihafalnya.Yusoff memandang saja gelagat Lyna.Geli hati melihat telatah Lyna yang menjerit-jerit itu.

"Err..Lyna"panggil Yusoff sambil mencuit bahu Lyna ketika lagu perlahan sedang dimainkan.

"Ape?"sahut Lyna perlahan.Dia sedang menghayati lagu yang berkumandang itu

"Sapa yang dekat tengah tu.Yang muka macam baby face tu?"tanya Yusoff

"Yang mana satu?"tanya Lyna lagi.Meminta kepastian.Yusoff menundingkan jarinya menunjuk ke arah Yoseob yang sedang menyanyi itu.

"Oh yang tu Yoseob.Yang saya minat laa.Handsome kan dia?"tanya Lyna

"A'ah handsome tapi saya lagi handsome" kata Yusoff sambil tergelak kecil.Lyna menjelingnya.

"Err..tapi kan kenapa muka dia ada iras2 saya ek? Ke saya sorang je yang perasan? Agaknya sebab ni la awak asyik tergamam bila tengok saya kan?"tanya Yusoff.Lyna terdiam mendengar pertanyaan Yusoff itu.Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan.Semuanya benar belaka.

"Eh lagu ni saya suka laaa" Lyna menjerit kegembiraan ketika lagu Beautiful dimainkan.Dia turut ikut menyanyi lagu itu.Yusoff mendengar lagu itu.Best juga lagu ni ek?

***

"Kak Lynaaaaaaaa..." Lyna menjauhkan phonenya daripada telinga.Mau pecah gegendang telinganya kalau dibiarkan.

"Ya Lisa sayang.Nak apa?"tanya Lyna sambil membetulkan kedudukan phonenya di telinga.

"Ehemm sayang Lisa sorang je ke? Saya tak sayang?" Suara lain kedengaran.Lisa tergamam.Eh suara siapa ni?

"Ish abang ni sibuk laa.Orang nak cakap dengan Kak Lyna ni.Pegi main jauh-jauh la.Tak tolong kang" Kedengaran suara Lisa memarahi Yusoff di talian.Lyna tersenyum mendengar pertelingkahan dua beradik ini

"Kak Lyna...kak Lyna free tak weekend ni?"tanya Lisa

"Hmm..free kot.Kenapa ek?" tanya Lyna

"Err..takde.Ingat nak ajak Kak Lyna keluar.Dah lama kot tak jumpa.Last sekali last year.Lepas tu asyik chatting je.Abang Yusoff gak best selalu jumpa Kak Lyna.Mentang2 la tempat kerja dekat dengan Universiti Kak Lyna.Jealousnyaaa.Selalu bila Lisa nak ikut mesti ada je alasan dia tak bagi.Tah pape je " bebel Lisa.Lyna tergelak mendengar bebelan Lisa.Tak sangka Lisa kuat membebel seperti dirinya

"Lisa..last year tu berapa bulan lepas je kot.Baru lagi jumpa kan.Mana ada abang Yusoff selalu jumpa akak.Time free je kitorang jumpa.Tu pun kawan akak temankan.Yela tak elokkan keluar berdua je lelaki perempuan ni.Hmm..ok lah weekend ni akak jumpa Lisa ek?" balas Lyna

"Yey!! Thanks Kak Lyna.Jumpa kat Sunway Pyramid tak sabtu ni.Pukul 2 petang.Jangan lambat.Byee"kata Lisa pantas sambil mematikan talian.Lyna tersenyum mengingatkan gelagat Lisa itu.

***

"Lisa biar betul nak makan kat sini? Kenapa macam takde orang je ni?"tanya Lyna.Dia memandang sekeliling kawasan restoren itu.Lengang.Tiada seorang manusia pun di dalamnya.Terdapat seorang pelayan tersenyum memandang mereka.Lisa menarik tangan Lyna menuju ke satu kawasan yang penuh dengan belon yang bertulis 'I love you'.Lyna kehairanan.Tiba-tiba terdapat satu skrin di hadapannya.Satu video dimainkan.Lyna tergamam.

"Hai Lyna.Kenal saya tak? Saya Yoseob eh tak Yusoff.Muka saya ada macam Yoseob tak? Saya baru ubah fesyen rambut ni nak bagi sama macam dia.Awak suka tak.Hmm..sebenarnya tujuan saya buat video ni sebab..hmm..malulah nak cakap.Hmm saya saranghae love cinta you aishiteru awak.Eh asal macam berterabur je ayat ni.Tak kisah la.Harap awak faham la ek? Hmm saya nak nyanyikan satu lagu untuk awak.Dengar ek? Sorry suara saya tak sesedap suara Yoseob awak tu.Tapi boleh lah.Hmm lagu ni khas untuk awak.Terimalah Beautiful.Lynaa saranghaee~~"

Video itu kemudian memaparkan gelagat Yusoff yang cuba menari.Lyna tergelak melihat tarian Yusoff yang agak lawak itu.Lisa di belakangnya sudah menepuk dahi beberapa kali melihat gelagat abangnya itu.Suara Yusoff kedengaran

Beautiful my girl
My beautiful my girl and I
So beautiful my girl

Ha ha girl
This is my confession
Drop that beat

Lyna tergamam mendengarnya.

Oh listen to my heart
Listen to my heart
Even though no words can describe you

Nothing better than you
If someone offfers me the world
You you you you
I can’t trade it for you

Lyna terharu mendengar nyanyian Yusoff yang sedikit sumbang itu.Air matanya menitis.Setelah menghabiskan lagunya.Yusoff pergi mendapatkan seorang wanita yang berada di belakang.Mereka berjalan ke arah Lyna.Lyna tergamam.

"Oh ni lah ek Lynanya? Amboii kemain Yusoff ni.Siap menari2 bagai.Lyna mak cik sebenarnya ada hajat.Anak mak cik ni dah suka sangat kat Lyna.Dia nak mak cik melamar Lyna untuk jadi isteri dia.Lyna setuju tak?" kata ibu Yusoff,Puan Liyana.Lyna terdiam memandang ibu Yusoff di hadapannya.Dia kemudian memandang ke arah Lisa yang tersengih.

"Err..tapi mak cik tak macam cepat sangat ke? Saya baru kenal Yusoff ni" tanya Lyna

"Tak pe awak.Nanti lepas kahwin boleh kenal lagi.Cinta lepas kahwin kan lagi beautiful" celah Yusoff.Lyna menjelingnya sekilas.Dia memandang kembali pada ibu Yusoff di hadapannya.

"Saya tak kisah mak cik.Tapi saya ada mak dengan ayah.Kalau diorang setuju..saya ok je" kata Lyna perlahan.

"Memang diorang setuju pun.Kami dah hantar pun rombongan meminang semalam.Tapi keputusan baru dapat hari ni " kata Puan Liyana.

Lyna tersenyum malu memandang Yusoff yang sudah tersengih itu.Tidak disangka lelaki yang ditegurnya ketika ingin mendapatkan tiket Beast bakal menjadi suaminya walaupun mereka tidak begitu mengenali.Tapi cinta lepas kahwin kan lebih beautiful.

P/s: Cerpen ni spontan.Idea takde tapi sebab boring sangat so taip je la.Macam rushing sangat kan? Tu la akibatnya bila nak cepat siap.Cerita pun jadi macam lajuuu jee macam nak kejar keretapi.Byee and enjoyy

Wednesday, December 14, 2011

E-novel The One

Hello Bloggiee,

Aku baru post cerita The One tu.Cerita tu pasal sorang kawan aku ni.Kiranya based on true story la.Tapi takde lah 100% cerita betul.Aku suka hati je buat.Tapi nanti ada part2 dalam novel tu memang kisah benar.Tak rancang pun nak buat cerita ni sebab selalu aku buat draft cerita pasal lain tapi tah tetiba semalam rasa nak tulis pasal ni.Oh part 1 baru pengenalan watak ya.Tapi hero takde lagi la.

Haha gila post aku ni.Dah post part 1 baru nak tulis post ni patut sebelum kan? pape je la.Enjoy tauu.Kalau ade pape yang kurang komen je


Nota Cipanzi: Serius tak tau nak buat tajuk ape utk novel ni.Main buat je tajuk The one tu sebab aku ada terfikir satu lagu yang sesuai utk ending cerita ni.Byeeee

The One (part 1)

Yasmin berjalan perlahan menuju ke kantin di mana rakannya sedang menunggu.Dia melihat rakannya sudah pun menjamu selera.Dia mengeluh memikirkan yang hanya dia seorang tercampak berlainan blok dengan rakan-rakannya.

"Oitt makan tak tunggu kite pun.Ape punya kawan la ni" kata Yasmin sambil mengambil tempat di sebelah 'kembarnya',Shima.Yasmin dan Shima seringkali bersama dan susah untuk berpisah.Ke mana Yasmin pergi pasti ada Shima di sebelahnya.

"Awak lambat sangat kot.Lama kitorang tunggu kot.Kenapa lambat?"tanya Lyna sambil mengunyah roti.

"Biasalah tadi subject account kot.Cikgu Lee tu memang selalu lambat bagi keluar.Ada je dia membebel.Tak faham kite" kata Yasmin

"Cikgu Lee tu memang.Merepek banyak daripada mengajar.Eh Dayah,Nurul mana? Tak turun rehat ke?"tanya Lyna

"Dia bertugas la.Dia kan pengawas berdedikasi la sangat kan.Nanti kejap lagi muncul la muka dia tu" kata Dayah.

"Hah tu pun minah sorang tu.Memang berdedikasi pengawas sorang ni.Rehat tak habis lagi dah muncul" bebel Lyna.Lyna memang seperti mak dalam kalangan rakannya kerana dia sering membebel.

"Apa2 mengumpat la tu.Macam tak tau jee" kata Nurul sambil mengambil tempat di sebelah Lyna

"Perasann sapa nak mengumpat awak? Bukan best pun.Kitorang tengah cakap pasal Super Junior la.Diorang kan nak datang Malaysia 3 bulan lagi"kata Yasmin

"Tak ek? Ok2.Eh Min awak jadi pegi kan lawatan pegi rumah anak yatim 2 minggu lagi? Awak dah order t-shirt?"tanya Nurul,memandang ke arah Yasmin

"Hmm pegi tapi t-shirt tak order lagi.Balik sekolah karang la.Ada meeting kan harini?"tanya Yasmin.Dia,Nurul dan Dayah merupakah ahli kelab kebajikan namun Dayah tidak dapat mengikuti lawatan itu.Lyna dan Shima pula merupakan ahli kelab pencinta alam.

"A'ah laa ade meeting.Lupa pulak.Ok2 eh loceng dah bunyi la.Pegi masuk kelas cepat.Pengawas nak rehat pula ni.Lapar"arah Nurul kepada rakan-rakannya

"Ish pengawas sorang ni.Memang berdedikasi sungguh.Time makan laju jee"bebel Lyna sambil bangun.Nurul hanya menarik sengih sambil menjelirkan lidahnyaa. =P