Saturday, January 31, 2009

Maaf.

maaf kerana cinta beg putih tidak dapat disambung pada minggu ini kerana saya tidak berape sihat.diharap pembaca dapat bersabar.Pada minggu hadapan saya akan menyambung cinta beg putih part 23 & 24.harap maklum

p/s:ehem kpd kawan2 skolaku.korang sabar je la.aq nak tmbh watak snowcap la plak.lelaki misteri.hahahah

Saturday, January 24, 2009

Cinta beg putih(Part 22)

"Faz mane kawan-kawan awak tu?"tanya Balqis.Mereka kini berada di KLCC.Ibu Faz sudah berlalu pergi selepas meninggalkan mereka di hadapan pintu utama KLCC dan akan menjemput kembali pada pukul 5 petang.

"Entah la diorang ni.Lembab macam labi-labi.Eh jap ek"kata Faz sambil menjawab panggilan yang diterimanya.

"Oitt Daz kau katne?"

"Kitorang ade ni hah.jumpa kau jalan straight nampak budak yang tengah berkumpul ramai-ramai kitorang la tu and lagi satu kitorang bukan lembab cam labi-labi tau kitorang lembab cam sipot babi je."kata Daz memberi penerangan sambil tergelak.

"Ish dengar je korang.Telinga tajam je.OK2 da nampak da."kata Faz sambil memutuskan panggilan.

"Jom Balqis diorang kat depan tu je"kata Faz sambil berjalan ke arah kengkawannya tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang daripada belakang menyebabkan dia hampir terjatuh selamat ade tangan yang menyambutnye.

"Err awak tak apa-apa ke? sorry.Saya nak cepat tadi.SOrry ek"kata suara itu.Faz memandang ke arah suara itu.DIa tergamam.Hakimi.

"Ehemm.waa!!! romantik seh korang"tegur Daz tiba tiba.Faz cepat-cepat sedar.Dia pura-pura membetulkan tudungnya.

"Hai Daz.Waa!! kau makin gemuk la sekarang.Kay kau pun makin cantik la.Liza,Puteri,Atieqah and Kiki pun makin lawa la sekarang.EH lupe lak kenalkan ni kawan baru aku.Balqis.Balqis ni la kawan-kawan saya.Yang mulut tak reti diam tu Daz.Yang tu Kay,Liza,Puteri,Atieqah dan yang tu Kiki."kata Faz memperkenalkan kawan-kawannya

"Ola Balqis.OUh ye mamat yang terlanggar Faz tadi tu Hakimi.Kawan Faz gak.EH Faz sape mamat yang kau bawak tu?? Tak nak kenalkan ke?"tanya Daz

"Hah??!! mamat mane plak ni??"tanya Faz

"HEk eleh.Buat2 tak tau lak.TU belakang kau tu."kata Daz.Faz memusingkan kepalanya ke belakang.Dia terkejut apabila melihat Rizal dan Fizlan tersengih di belakangnya

"Oitt ape korang buat kat sini?Mane tau saya ngan Balqis ade kat sini?"tanya Faz terkejut.

"Bukan aritu awak ajak saya ke Faz?"kata Rizal sambil mengenyitkan matanya

"Eh bila pulak.Eh jap2 awak curi dengar perbualan saya dengan Balqis ek?? eee geramnya"kata Faz marah

"Ala sayang rilex la jangan la marah.Tak cantik tau bila sayang marah-marah ni"kata Fizlan menyampuk diikuti suara Rizal ketawa.

"OItt da2.Jom la tengok wayang.Da lambat ni.Rizal ngan Fizlan jom la join kitorang sekali.Lagi ramai lagi bagus"kata Daz

"Eh mana awak tau nama kitorang ni??"tanya Rizal dan Fizlan serentak

"I know everything about you guys."kata Daz sambil tergelak.

"Wei apa kata kita pergi makan dulu.Kita lapar la.Hakimi ngan Faz pegi beli tiket wayang dulu la.Nanti jumpa kitorang kat A&W."cadang Kay tiba-tiba

"Bagus2.TOl gak tu.OK Faz ngan Hakimi pegi beli tiket wayang"kata Daz menyokong cadangan Kay

"Err..mana boleh camtu.Kang kesian lak Balqis sorang2 takde kawan"kata Faz tidak setuju

"Takde2.Balqis ok je.kann Balqis?"tanya Daz dan Balqis hanya menggangguk.

"Hmm..OK la saya ngan Faz pegi beli tiket wayang.Korang nak tengok cite ape?"tanya Hakimi

"Cite pape la.Korang pilih kitorang tengok je"

"Ok jom Faz."kata Hakimi dan dia berlalu pergi diikuti Faz daripada belakang.


TGV,KLCC


"Awak sihat Faz?"tanya Hakimi setelah mereka lama mendiamkan diri.

"Ok je"

"OK je? cam tak ok je bunyinya"

"Saya ok la"

"Ouh.Eh awak da lame tak on ym.Kenapa ek? saya mesej pun awak jarang balas"

"Ouh.Saya busy.Maklumla da masuk skola baru.Eh Meera sihat?"

"Meera?tah sihat kot"

"Eh takkan girlfriend sendiri pun tak tau sihat ke tak?"

"Ble plak dia jadi girfriend saya?"

"Bukan awak kapel ngan dia ke dulu?"

"Hah?! bila plak saya kapel ngan dia?"

"Tahun lepas.Saya terdengar korang berbual.Meera tanya awak yang awak cintakan dier ke tak dan awak jawab cinta kann??"

"Err tahun lepas?Awak salah dengar tak?"

"Yela tu.Saya salah dengar"

"OUh yang tu saya ingat da.Awak jealous ke?"

"Tak kuasa eh saya nak jealous.So betul la awak kapel ngan dier?"

"Ha ha ha mane de saya kapel ngan dia.Mase tu Meera tanya saya,Haiman tu suka and cintakan dia ke? sebab Meera de terima surat daripada Haiman.Kebetulan saya ngan Haiman kan kawan baik tu yang dier tanya saya.Saya tak tau la Haiman tu suke kat Meera ke tak so saya cakap la cinta kot.Tu je.Tapi lepas tu saya betul-betul terkejut bila Meera tiba-tiba luahkan perasaan kat saya.Tapi saya tak boleh terima Meera sebab saya da ade orang lain dalam hati saya.Hanya dia je dalam hati saya"jelas Hakimi panjang lebar.

"ouh yeke?habis sape yang telah mencuri hati awak tu?"

"Perempuan yang telah mencuri hati saya itu ialah.."

"Eh sekejap ek.Ni mesti Daz yang call.Lama sangat kita berbual.Awak beli la tiket dulu.Cite hantu ke ok gak."

"Ouh ok."

Saturday, January 17, 2009

Cinta beg putih(part 21)

"Ok pelajar.Sila hantar buku karangan awak pada ketua kelas.Fizlan nanti awak letak atas meja saya ek?"arah Cikgu Fazura sambil mengemas barang-barangnya.

"Bangun semua.Terima kasih cikgu"kata Fizlan diikuti pelajar-pelajar lain.

"Qis tolong hantarkan.Malas la nak bangun"pinta Faz.

"Pemalas punya anak dara"

"Ala malas sekali sekala je.Please! Nanti saya belanja awak mase rehat nanti"

"Wah! awak nak belanja? bagus ni.Ok la bak sini buku tu saya hantarkan"

"Nah.Thanks Qis.Sayang awak"

"Ehem saya tak sayang ke?"tanya Rizal sambil duduk di tempat Balqis,sebelah Faz.

"Eiii..sibuk je la awak ni.Sape nak sayang awak?Baik saya sayang monyet dalam hutan
tu je"kata Faz

"Oh sejak bila pulak awak kawan ngan monyet ni? patut la muka ade iras-iras monyet je"

"Eii...geramnya.Biarla muka saya cam monyet pun.Awak susah ke?"

"Susah la sebab nanti awak kena ejek kesian je.Saya la kena tolong"

"Pape je la.Malas nak layan awak"

"Malas nak layan pun awak layan gak"kata Rizal sambil tergelak kecil.Faz menarik muka masam

"Faz awak cantik sangat tapi malangnya awak telah menutup kecantikan awak tu dengan berkawan dengan monyet-monyet di hutan"bisik Rizal perlahan sambil tergelak kecil dan berlalu ke tempat duduknya.

"Faz.ecece malas nak hantar buku..rupanya dok sembang ngan Rizal.Kata tak suka"usik Balqis.

"Eii tolonglah.Sape borak ngan Rizal tu? Dia yang menyemak.Eh Balqis sabtu ni awak ade pape plan tak? Saya nak ajak awak pegi KLCC.Nak jumpa member lama.Jum la.Please."tanya Faz

"Hmm..sabtu ni? boleh la tapi nak pegi naik ape?"

"My mum hantarkan.boleh ek? Sayang awak"

"Sayang awak gak Faz"sampuk Rizal daripada belakang.

"Eii sibuk la.Gi main jauh-jauh"kata Faz sambil menolak Rizal.Rizal tergelak.Seronok kerana dapat mengusik Fazrina,gadis yang berjaya mencuri hatinya dalam diam.


RUMAH

'Alamak banyaknya homework tak siap lagi.Ish mampus kena marah ngan cikgu nanti.Hmm wat homework dulu lah baru on9.Da lama tak chat ngan pu3,daz,kay,atieqah,liza,belut..rindu je kat diorang.Eh amende ni dalam beg aku? surat? bila pulak ade surat dalam beg aku ni.ya-ALLAH wangi gila.berapa botol minyak wangi la dier spray ni'kata Faz dalam hati sambil membuka perlahan surat itu.Dia terbersin akibat bau surat yang terlalu wangi itu.

Dear Fazrina,

I'm writing this and leaving it where you'll find it. It's not that I wouldn't like you to know who your secret admirer is, it's just that I'm really, really shy. I'm also afraid that if I tell you who I am, you'll reject me or laugh at me. So for now, I'd just like to admire you from afar. Admiring you isn't hard to do. You're the most attractive woman I know and no one in world can hold a candle to you.

You're the bright spot in my day, Faz. I think I could almost say that I love you. Yes! I will say it. But I'm still not brave enough to tell you. Maybe, after I've worked up the courage, I'll ask you out for a drink or a meal. We could meet at Mcdonalds and get to know each other over a long, leisurely dinner. Maybe if we were sitting across the table from each other, I wouldn't be so shy and would be able to tell you how I feel. And you could tell me all about your life -- your hopes, your dreams, your goals.

If we could meet, I'd be able to tell you all the things I love about you.I love the way the light shines on your black hair.You're perfect and I'd love to be the lucky guy who wins your love. If only I had the courage to tell you how I feel.

Until then, I'll just have to stay,
Your Secret Admirer


'Fuh ayat.Sah curi dalam internet atau buku ni.Ade ke leh tau rambut aku warna hitam.Hello aku pakai tudung ok.sah ciplak.anak sape la baru belajar buat surat cinta ni.Ingat aku bodoh ke ape.Aku tau mesti dia curi dalam internet ni.Nak testing hantar surat cinta pun jangan la hantar kat aku.membazir je.Masuk tong sampah la jawabnya.Huh baik aku wat homework.'desis hati faz.




Malam itu

"Hoho akhirnya dapat gak on.Eh tak ramainya on.Daz tak on? pelik tol minah ni.Semalam paksa aku on"kata Faz sendirian.Tiba-tiba

BUZZ!!

Ira Daz: Oitt Faz lambat on.Jumpa bf ke?

Fazrinaa:Oitt waalaikummussalam.Mane de bf

Ira Daz: opss perli nampak.Assalammualaikum

Fazrinaa:hahahah mane de perli.Eh Daz amacam sabtu ni? Jadi tak nak gerak KL?

Ira Daz:Jadi2.Aku da ajak semua member-member kita.Kau jangan tak datang lak.Aku bunuh kau nanti

Fazrinaa:insya-ALLAH aku tak datang

Ira Daz: oitt memain je.Eh kau takde cite best ke? boring la

Fazrinaa:cite pe kau nak?action?romantik?komedi?

Ira Daz:Cerita cinta.hahah

Fazrinaa:hah ade de s'thing nak cite kat kau.Tadi kat skola mamat yang playboy aku cite kat kau aritu,saje je nak kasi aku sakit hati.Ade ke dier cakap muke aku cam monyet.Kejam tol.

Ira Daz:hahahha dia suke kau la tu.Bagusla

Fazrinaa:banyakla.menyampah tol aku.then tadi balik skolah aku dapat surat cinta.entah sape la bagi.Ayat copy dalam internet.anak sape la hantar tu.Nak bagi surat tapi tak reti nak tulis sendiri.

Ira Daz:waa!! Faz ade secret admirer la.Cerita panas ni.Marah Hakimi nanti

Fazrinaa:Eh tolong skit.Hakimi bukan aku punya ok.Dia kan da kapel ngan budak f3 tu

Ira Daz:Hello...da putus ok

Fazrinaa:Hahaha bila diorang putus? mane kau tau?

Ira Daz:entah la.Aku main cakap je.hahah

Fazrinaa:Tah hape hape la kau ni.EH k la mau out.nak tido ngantuk.Jumpa sabtu ni

Ira Daz: GI la ko tido.MIMPIKAN RIZAL MALAM NI!! hahahah

Fazrinaa:Jangan harap.bye.

Faz menutup laptopnya.Dia memandang ke arah surat yang telah dibuang di dalam tong sampah.'Ish sape la yang bagi surat tu' Faz sibuk memikir dan akhirnya tertido.



Saturday, January 10, 2009

Cinta beg putih(part 20)

'New school,new friend,new teacher..waa!! semuanya baru.Ape yang lamenye?'bisik hati kecil Faz.Tahun ini dia berada di tingkatan 4.Fazrina membetulkan baju dan tudungnya.Kemudian dia mencapai beg sekolahnya dan terus turun ke bawah untuk bersarapan.

"Morning mama,papa"ucap Faz.Dia mencium pipi mama dan papanya.Dia kemudian menarik kerusi dan duduk di sebelah mamanya.

"Morning sayang"kata mama dan papanya serentak.Faz tersenyum.Dia mencapai sandwich di hadapannya dan terus mengunyah sandwich itu.

"Bibi boleh daftar sendiri kan sekolah?"tanya En.Fauzi,papa Faz.

"Hmm..boleh"kata Faz pendek.

"Kalau ade ape-ape call mama"

"Hmm..ok"kata Faz.

'huh cam la boleh bawak phone pegi skola'kata faz dlm hati.

"Ok jom bibi..papa hantar bibi pegi sekolah"Faz hanya mengangguk.Dia mencapai beg sekolahnya dan berjalan mengekori papanya.


Sekolah


"Err..tumpang tanya pejabat kat mana"tanya Faz kepada seorang pelajar perempuan.

"Awak jalan terus and don't belok-belok.Nampak bangunan merah kat depan tu.Naik tingkat dua.Kat situ la pejabat.Err awak pelajar baru ke?"tanya pelajar perempuan itu.

"Ouh.Yup saya pelajar baru.Form 4.Saya Fazrina.Panggil Faz je"kata Faz memperkenalkan diri.

"Ouh.Saya pun form 4 gak.Saya Farisha Balqis.Panggil Qis je"kata Balqis.

"Ouh.Thnxx ek sebab tunjukan pejabat kat mane kalo tak mesti saya sesat"kata Faz.

"Takpe.Ok la saya masuk kelas dulu.Jumpa lain kali."kata Balqis sambil berlalu pergi.


Faz menuju ke meja kerani di pejabat itu.

"Err..maaf.Saya pelajar baru kat sini.Kat mane nak daftar?"tanya Faz kepada kerani itu.

"Siapa nama awak?"tanya kerani itu.

"Nur Fazrina bt Mohd Fauzi"

"Ouh awak la Fazrina.Hmm..ayah awak da daftarkan awak.Sekarang awak jumpa cikgu Linda di bilik guru.Dia akan bagitau awak masuk kelas mane."

"Ouh.Terima Kasih ek.Hmm boleh tanya.Bilik guru kat mane?"

"Awak turun tangga..jalan terus,belok kanan nanti awak nampak blok warna biru.Awak naik tingkat dua."

"Ouh.Terima kasih."

"Sama-sama"


Bilik Guru


'Aduss sape la pulak cikgu Linda ni?Kerani tu pun satu.Cakap cam aku penah pelajar lama je kat sekolah ni.Argh gasak la.Tanya je la sape-sape'kata Faz dalam hati.

"Err..assalammualaikum cikgu.Tumpang tanya.Leh saya tau cikgu Linda yang mane satu?"tanya Faz kepada seorang wanita yang berada di bilik guru itu.

"Cikgu Linda?Hmm..awak siapa?"

"Saya Fazrina.Pelajar baru.Kerani kat pejabat tu suruh saya jumpa cikgu Linda"

"Ouh.Awak Fazrina ek?Nur Fazrina bt Mohd Fauzi?"

"Err..ye saya"

"OK awak masuk kelas 4 Cyber"kata cikgu itu sambil meneliti list nama.

"Err..cikgu ni cikgu Linda ke?"tanya Faz.

"Ye saya cikgu Linda,guru kelas awak"

"Ouh.Cikgu, kelas saya kat mane?"

"Hmm..awak tunggu sekejap saya siapkan kerja ni.Nanti saya bawa awak pergi kelas 4 Cyber."

"Ouh OK"


4 Cyber


"Bangun Semua.Selamat Pagi Cikgu"kata ketua kelas 4 Cyber sambil diikuti pelajar lain.

"Selamat Pagi duduk.Kelas arini kita ada pelajar baru.Fazrina.Dia daripada sekolah Taman Melawati."kata cikgu Linda.

"Umur dier berape?"tanya seorang pelajar paling nakal dalam kelas,Rizal.

"Oii pandai gila soalan kau.Kalo da masuk kelas ni tak kan la dier umur 4 tahun"sampuk satu suara.

"Da2.Diam semua.Waktu rehat nanti awak semua boleh interview Fazrina ni.Fazrina awak duduk kat tempat kosong sebelah Balqis tu."kata Cikgu Linda.

"Terima Kasih Cikgu"Faz berjalan menuju ke mejanya.Tiba-tiba dia ternampak Rizal mengeluarkan kakinya.Menghalang perjalanannya.Jika dia tak perasan pasti dia akan terjatuh.Faz teringat kata Daz apabila ada orang menghulurkan kaki untuk menjatuhkannya pijak kaki orang itu dan buat muka selamba.Apabila hampir dengan kaki itu Faz membaca bismillah dan memijak kaki Rizal perlahan dan kemudian berjalan menuju ke mejanya.

"Oii pompuan.Kau saje je kan pijak kaki aku?"marah Rizal kepada Faz.Faz membuat muka tak bersalah dan kemudian duduk di tempatnya.

"Rizal,kenapa kamu ni..marah2 pulak ni? Fazrina bukan sengaja nak pijak kaki kamu tu dan jangan ingat cikgu tak tau kamu sengaja hulurkan kaki kamu nak bagi Fazrina terjatuh kann?Dah sekarang buka buku teks Geografi muka surat 3.Rizal kamu bace."kata cikgu Linda.


"Hey kita sama kelas la.Tak sangka jumpa lagi"bisik Balqis perlahan ketika sedang membuat latihan.

"Tu la tak sangka ek.Hmm awak dari form 1 lagi ke sekolah sini?"tanya Faz

"Tak de la.Saya pun baru f3 masuk sekolah ni.Dulu saya sekolah kat Kelantan."

"Ouh.Eh boleh tak saya nak jadi kawan awak?"tanya Faz

"Boleh je.Awak memang kawan saya pun.Lagipun saya pun tak ramai kawan"

"Ouh.Thanks.Eh nak tanya Rizal tu memang nakal ek? Nasib saya tak jatuh tadi"tanya Faz

"Entah la saya pun tak pasti tapi dengar cite tu la cara dia nak tackle pompuan.Bila pompuan tu jatuh dia akan tolong pompuan tu and mintak maaf.Pastu lama2 rapat la.Rizal tu playboy."

"Ouh yeke?Nasib saya tak jatuh.Tapi dia tu hensem gak kann?"kata Faz sambil tersengih

"Haha..bagus la sepadan ngan awak"

"Ish tak nak la.Baik saya amik tukang kebun sekolah je"

"Ape la.Awak jangan cakap camtu kang lama-lama awak kawin ngan dia baru tau"

"Wekk"kata Faz sambil menjelirkan lidah