Wednesday, September 29, 2010

Contest Sepet.

Tadi bukak blog sepet then nampak dia buat contest gambar geli2.So oleh sebab aku boring sekarang ni,aku rasa aku nak join la.Suka2.Hee~~ Jom korang join sama.

Syarat2 dia senangg je kott.Syarat2nya ialah:


1. korang mesti berumur 15 tahun ke atas.
Saya 16 tahun kak sepet.So boleh la join kann?

2. ada blogspot/fesbuk
Dua2 ada..


3. mesti meniru gaya seperti gambar di atas... (hahahaha! aku nak geli tengok korang jugak)
auww segann ok tapi aku akan cubaaa.



4. mesti membuat mata sepet! (PENTING!) kalau mata korang da sepet tu selahmat lah kau ye..kuikuikui

Part ni susah sikitt laa..

5. gambar harus di publish di blog korang dan bagi link tu kat aku, kalau tak ada blog, sila jadikan gambar tu gambar profile korang sehingga di beritahu...hahahaha! dan boleh drop kat wall aku ye...
Malu la nak publish tapi demi kak sepet,ok jeee.HAHA


Ok ini gambar Kak Sepet yang comel itu




dan ini gambar aku..hoho segan lak



Hehe sama tak? Alamak mata saya tak sepet laaa.huhu

Jomm korang joinn.For more info visit Sepet

Monday, September 27, 2010

Rehat otak

Tadi bukak page Oh Media kat fb.Then diorang letak vid ni.lawak kot.Video ni kepunyaan Teachershida.Aku tak tau la dia cikgu sekolah mana sebab tak habis lagi tengok vid dia semua.tapi lawak la.Bagus doe dia ni.Leh join Raja Lawak.Lagipun dia ni cam jenis yang tak malu.HAHA.Jom Layanzzz..





Nota Cipanzi: Dia bukan cikgu sekolah aku ek.

Friday, September 24, 2010

Fairytale



Aku adalah sangat yakin yang semua orang wanita mengidamkan perkahwinan yang sebegini.Fuhhh best kott.Aku pun nak kalau boleh.Tapi mesti mahal kannn.Agak2 berapa ratus ribu habis ek? HAHA

RayaRayo 2

Cerita pula pasal raya kedua ni..hmm tah cam tak banyak cerita pulak.Raya kedua aku pegi kubur nenek aku kat mane tah.Agak jauh la.Hmm pagi tu aku breakfast mihun goreng and sate manis.Then bertolak pegi kubur tu

Kat kubur tu lepas baca2 yassin semua..my mum jmpe pulak sape tah..tak kenal..so borak2 la kat kubur tu.orang tu polis pencen.Time kat kubor..kitorang leh gelak2 sebab polis pencen tu borak2 ngan my mum and my uncle then kaki dia dok pijak kubur orang je.Kang ada kubor yang tak..ape tah name 2..simen ek? pape la..so polis pencen ni sambil borak sambil jalan and pijak kubor orang..padahal ada batu tanda kot kat situ.

Aku and kazen aku pandang jeeeeeee.Nak tergelak pun ada.Then kazen aku cakap.."Aku nak tulis kat facebook la...hobi memijak kubur orang" then kitorang gelak2.Polis pencen tu ajak kitorang semua singgah rumah dia so ok la kan.Singgah kejap.

Kat rumah dia ada pokok rambutann.Jakunn kejap.Dia kasi kitorang petik.Ape lagi sesi memetik laaa.Tapi aku more to bergambar laaaa pe lagiii





Then2 lepas makan buah rambutan lepak2 jap then isteri polis pencen tu ajak makan.Kitorang pun pegi kat meja makan tu tengok makanan terus tergelak.Aku pandang kazen aku dia pun gelak.Makanan dia mihunn gorengg.Sorang pun tak sentuh sebab da makan tadi kat rumah.Lepas minum2 balik la pe lagii.Adik aku dapat duit raya.Kazen aku yang f3 tu tak dapat.Kakak aku dapat.Aku pun saja je jalan slow-slow kot2 la kan dia nak bagi aku.Dah nak sampai kat kereta baru dia panggil aku nak bagi duit raya.At least dapatt ok walaupun lambatt.

Rumah seterusnya adalah rumah sape ek? Ouh rumah sedara aku.Cuba teka..apa yang diorang hidang? Rendang? tett salah..nasi dagang?? tettt salah..Jawapannya ialahh































































Mihun Gorenggg

Kitorang da tergelak tengok.Apahal semua buat mihun goreng ni pakat kah? Makan jugak la mihun goreng kat rumah ni sebab da mula rasa lapar balik.Tapi air minum banyak ok.Bergelas2.Cuaca adalah sangat panas.Air adalah sangat sejuk..fuhhhhhhhh segarr.

Then rumah berikutnya adalah rumah sedara juga.Oh rumah dia ada laman yang luas and ada pelbagai jenis pokok buah.And ada banyak kucing.=.="

Aku tak suka kucing.lalala~~ oh2 cuba teka apa pulak makanan kat rumah ni? Apa? Mihun Goreng??

No! NO ! No !

Jawapannya adalah Mihun Sup and Macaroni Sup...

HAHA Mihun jugakk.Oleh sebab dah muak dengan mihun haruslah kita mengambil macaroni bersama berdegil...eh bergedil..sedapp ok..hingga menjilat suduuu.HAHA.Then lepas makan2 kitorang balik.Oh rumah ini tak dapat duit raya.Hanya diberi kepada kanak2 sahaja.

Heii!! I pun kanak2 jugakkk ok.Bagi la I jugak duit raya.HAHA

Itu saja la kot raya kedua..



Raya ketiga adalah pergi kenduri dan berehat

Raya keempat adalah pulang ke rumahku syurgaku.






Nota Cipanzi: Aku adalah sangat tidak reti menggunakan blogspot ini.Camna ek nak wat tulisan color2? Tolong tolong ajar.Pleaseeeeee

Wednesday, September 22, 2010

RayaRayo

Raya tahun ini adalah di Kelantan.Fuhh~~ perjalanan yang agak memenatkan.Balik sana lalu Perak tapi sorry gillot tak singgah rumah ko.Segann I.HA HA.Kelantan sangat ramai orang pada musim raya dan musim2 lain dan jalan adalah jam and peanut butter.HAHA.OK stop..merepek


Aku dok Kelantan selama seminggu..fuhh banyak kot idea nak buat cerita.hmm aku ingat nak buat novel bersiri la pulak.Asyik cerpen jeeeee.(padahal baru 3 cerpen buat).

Oh da lari tajuk.Berbalik kepada topik kita tadi.Eh ada topikkah? HAHA gila2.

Dah la start cerita..dari tadi melalut sahaja.

Cerita bermula pada tahun 2010 iaitu 10/9/10 (betulkah.tah tak ingat) terdapat satu family yang pulang ke Kelantan untuk beraya.Pakaian adalah serba putih.Putih itu suci.(konon).

Sampai di kampung,mereka makan2 iaitu nasi dagang berserta sate.Kemudian pergi sembahyang raya bersama2.Khutbah raya yang panjang menyebabkan beberapa orang sangat mengantuk.Tersengguk-sengguk di dalam masjid.

Sebaik sahaja keluar dari masjid,kaki melangkah melintas jalan untuk ke kubur.Surah Yassin disedekahkan kepada arwah atuk dan nenek.Kemudian berjalan kaki pulang ke rumah yang hanya beberapa meter sahaja.Sangat dekat.

Sesi bersalam-salaman dan memberi/menerima duit raya pun bermula.Duit raya yang diterima tidak sebanyak tahun sebelumnya.Entah mengapa.

Selepas menerima duit raya..acara bergambar pun bermula.Gambar dicapture oleh seorang jurugambar professional(ke?).





Selepas itu mereka pun pulang ke rumah dan berehat.Namun....Weh da la tulis gaya cam tu penat aku.

Sampai kat rumah rehat2 jap then tolong my mum masak.Roti Jala ok.HAHA.





ok dah penat nak taip da.Esok la sambung kisah raya kedua dan seterusnya.Aku nak tido skung.Badan adalah sangat tidak larat

Thursday, September 16, 2010

Story malam raya

Sebelum raya biasa la kan.Aktiviti wajib bagi semua kanak-kanak adalah...BUNGA API + MERCUN TIMEE!! Ibu2 bapa2 semua sila undur belakang.Anda bukan kanak2 lagi so tengok sajalahhhhh.HAHA.Sehari sebelum raya..bunga api sudah kehabisan.Kelam kabut kitorang mencari bunga api.Kedai ni habis.Kedai ini habis so plan B pun bermula.Namun plan B gagal.Tak pe kita ada plan C.Plan c pun gagal.No hal...plan D ade..dan success.Lihat la keseronokan mereka2 ini bermain






Namunn sesuatu buruk telah berlaku.Mereka2 ini telah membakar-hanguskan sebuah meja yang ada di situ tanpa rasa bersalah



Disebabkan ketiadaan meja dan kehilang semua bunga api..mereka2 ini mula bergambar di depan lilin bagi menghilangkan rasa bosan



Tetapi dua orang budak lelaki ini telah menyimpan beberapa mercun dan bermain seorang diri



Dan akibatnyaa....




Basikal tua yang diletakkan berhampiran hampir musnah dijilat api.


Tuntasnya semua pihak perlulah lebih peka dan berhati2 dalam bermain mercun dan bunga api agar perkara buruk tidak berlaku lagi.Main lah secara berhemah agar tidak berlaku seperti ini

Marriage

Masa on fb tadi aku nampak kawan aku post mende ni.So aku amik and aku nak share dengan korang lak.Sedih kott.




When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce.. I raised the topic calmly.

She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Dew. I didn’t love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company.

She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Dew so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Dew.

When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day.

She requested that everyday for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning.. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Dew about my wife’s divorce conditions.. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully..

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mummy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time.. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me.

On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Dew about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mum out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy.

I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Dew opened the door and I said to her, Sorry, Dew, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead.. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Dew, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other any more. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart.

Dew seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away.

At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead.

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves. So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage!

If you don’t share this, nothing will happen to you.

If you do, you just might save a marriage/a relationship.

Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

Merapu Meraban

Setiap blog yang aku pergi kebanyakannya telah memaparkan gambar-gambar dan cerita-cerita raya.Terfikir di otakku...bilakah aku akan melakukan seperti mereka.Mengapakah diri ini terlalu malas untuk berkongsi pengalaman di hari raya di blog sedangkan aku mempunyai blog.Oh tidak...tidak sanggup aku memikirkan kuku ku yang bakal rosak akibat terlalu lama menaip.Oh noooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!



PANG!!!!!!

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh



Siapakah gerangan itu yang berani-berani menampar pipi gebu ku ini.Pantang keturunan nenek moyang punya cicit ku ada orang berani berani menampar pipiku ini.Tidak sedarkah dia yang pipi gebuku ini bakal merah dek tamparan wanitanya itu..


'Aku bukanlah selemah yang kau sangka...aku tak rela di seksa...haaa! beranikah lagi bersemuka...rasakan kuasa! Tamparan Wanitaa'


Suara itu kedengaran...dan terdengar seseorang ketawa mengilai-ngilai...umpama pontianak tertelan biji durian...


Tiba-tiba.........































"Woiii gilaaaa............ko merepek apa hah? Cam baca blog orang gila je.Tak betul sudaaa" kata seorang kenalan


Erk?

Adakah aku gila sekarang?




Nota Cipanzi: Aku pun tak faham apa yang aku tulis.HAHA.Cerita tak ada kaitan dengan sesiapa.Main tulis je.

Monday, September 6, 2010

Sunday, September 5, 2010

Missing You

Hongki berlari dengan lajunya.Dia sudah terlewat.Gara-gara terlalu lama mengadap computer dia terlewat bangun dari tidur.Hanya apabila Jae Jin menelefon untuk bertanyakan di mana dia berada,kelam kabut dia bangun hingga terjatuh handphonenya.

Setibanya di Mcdonalds,Hongki mencari kelibat rakan-rakannya itu.

'Itu pun diorang' bisik hati kecil Hongki sambil berjalan laju ke arah rakan-rakannya tanpa memandang keadaan sekeliling.Matanya hanya tertumpu di hadapan.Tiba-tiba...

"Oh mak kau terbalik balik" latah Hongki sambil membuat gaya seperti orang sedang bersilat.Dia kemudian berdehem kecil dan memandang perempuan yang jatuh terduduk di hadapannya.Terdapat gelas air yang berisi air coke di atas kepala perempuan itu.Hongki menundukkan badan untuk membantu.

"Err...sorry cik.Cik tak ape-ape ke?"tanya Hongki sambil mengambil gelas di atas kepala perempuan itu.Perempuan itu memandang tajam kepada Hongki dan kemudian berdiri tegak.Hongki turut berdiri apabila perempuan itu berdiri.Senyuman terukir di bibirnya namun senyuman itu hilang apabila dia merasakan pipinya kebas akibat ditampar.

"Kau buta ke? Lain kali jalan tu pakai mata.Ni tak main redah je.Tengok baju aku ni habis kotor.Badan aku pun dah bau coke.Woi kenapa kau senyum-senyum ni.Gila ke ape?"marah Hyuna.

"Err..hah?! Tak ade ape cuma awak nampak cute bila marah" kata Hongki sambil tersenyum.

"Gila.Dah la malas aku nak layan orang gila macam kau ni"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki tersenyum-senyum dan kemudian berjalan ke arah kawannya yang sedang memerhati daripada tadi

"Oii geng! Wassupp" kata Hongki sambil bersalam dengan kawan-kawannya dan mengambil tempat di sebelah Min Hwan.

"Kau lambat Hongki.Mana kau pergi? Berjanggut kitorang tunggu kau" tanya Jonghun

"Erk..ada janggut kah? Mana? Tak ada pun" kata Hongki sambil membelek-belek muka Jonghun

"Aku dah cukur tadi.Eh tadi apa jadi? Kesian perempuan tu kau langgar.Aku tengok muka dia nak nangis dah" tanya Jonghun.

"Entah la aku tak perasan tadi dia tu yang terlanggar.Eh tapi dia tu comel gak kan?"tanya Hongki

"Memang dia comel pun.Ramai peminat tu.Orang macam kita ni dia tak pandang la"kata Seunghyun

"Eh kau kena ke dia tu?" tanya Hongki pelik.

"Mestilah kenal.Itukan Hyuna.Dia tu popular kot kat universiti kita ni.Eh dah la jom bincang lagu apa kita nak nyanyi masa prom night nanti" kata Seunghyun menutup perbincangan yang tidak berkaitan.

***

Hongki tersenyum apabila melihat Hyuna sedang leka menelaah buku.Hongki membetulkan rambutnya dan mengeluarkan spek daripada kocek bajunya.Dia memakai spek itu.Puas dengan penampilannya yang ala-ala nerd itu,dia mengatur langkah ke arah Hyuna.

"Ehemm"Hongki berdehem kecil.Hyuna mengangkat muka memandang ke arah Hongki.Hongki melemparkan senyuman namun dibalas dengan jelingan tajam daripada Hyuna.

"Err..boleh saya duduk sini? Tempat lain dah penuh la"tanya Hongki.Hyuna memandang ke arah sekeliling dan menganggukkan kepalanya.Dia kembali kepada buku di hadapannya itu.

"Hmm..Hi..nama saya Hongki.Lee Hongki and awak?"tanya Hongki sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.Hyuna memandang ke arah Hongki dan menyambut salam Hongki itu

"I'm Hyuna"kata Hyuna sambil memegang erat tangan Hongki.Hongki menarik senyum plastik apabila merasakan tangannya sedikit sakit.Hyuna tersenyum kemenangan dan melepaskan tangannya.

"Hmm..saya nak minta maaf sebab terlanggar awak kat Mcdonalds aritu.Hope awak dapat maafkan saya"kata Hongki sambil tersenyum.Hyuna memandang Hongki dan senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat" kata Hyuna.

"Syarat? Apa dia?"tanya Hongki.Hyuna tersenyum dan memberitahu syarat-syarat yang perlu Hongki lakukan.Hongki tarik senyum hambar.

"Saya akan lakukan" kata Hongki lemah.

"Bagus.Kalau macam tu kau boleh mula esok.Ni no phone and address aku.Apa-apa hal kau contact je aku.Dah la aku nak balik.Byee"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki menggaru-garukan kepalanya.

***

"WHAT??!! PEMBANTU RUMAH??!!!!! "jerit keempat-empat kawannya itu.Hongki mengurut-ngurut dadanya perlahan tanda terkejut dengan jeritan yang tidak disangka-sangka itu.

"Kau gila ke Hongki? Kau jangan buat gila.Kalau mak kau tau nanti.Mati kau" kata Jae Jin

"Agak la doe.Kau tu reti ke kemas rumah? Nak buat air pun kau panggil bibik kau.Kau jangan main gila doe" kata Min Hwan pula.Seunghyun dan Jonghun hanya mendiamkan diri.Dah masak dengan perangai Hongki yang keras kepala itu.

"Rilex ar.Tak de mendenye.Bukan rugi pun.Untung kot"kata Hongki sambil tersengih-sengih

"Banyak la kau punya untung.Aku rasa rugi banyak ada la.Cuba kau cerita sikit dengan aku apa untung kau jadi pembantu rumah ni"tanya Min Hwan

"Ada laaaaaa.Eh dah la jom practice"kata Hongki sambil membetul-betulkan kedudukan mic.

***

"Sekarang aku nak kau cuci toilet kat bilik bibik aku tu" kata Hyuna sambil tersenyum.Dia memandang ke arah Hongki yang sudah berpeluh itu.

"Erk..bilik air bibik pun nak suruh saya cuci? Biar betul? Abis tugas bibik kau tu apa?"tanya Hongki tidak percaya

"Eh kau banyak bunyi lak.Kan kau dah janji nak jadi pembantu rumah aku selama 2 minggu.So buat je la.Lagipun bibik aku tak ade sekarang.Aku dah hantar dia pegi bercuti.Dah buat kerja tu.Siap yang ni kau boleh pergi rehat kat bilik kau" kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki hanya memandang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia menyiapkan kerjanya secepat mungkin.

"Hongkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" jeritan Hyuna memecah kesunyian rumah itu.Hongki mengangkat mukanya.

'Apa lagi la tu'bisik hati kecil Hongki sambil berlari ke arah jeritan Hyuna itu


***

Hongki merebahkan badannya di atas tilam yang empuk itu.Dia kepenatan.Sejak daripada dia tiba 4 hari lepas,bermacam-macam kerja yang dilakukan.Kadang-kala bilik difikirkan macam orang tawanan pula.Yang paling hazab sekali bila dia selesai mengemas baju-baju di almari Hyuna dan dia keluar dari bilik itu tidak sampai satu jam pun dia telah dipanggil oleh Hyuna dan dimarahi kerana tidak mengemas bajunya.Dia hanya tersenyum hambar apabila melihat baju yang dilipatnya bersepah.

Hongki mencapai kertas di atas mejanya itu.Dia mula menyanyi perlahan.Tanpa disedari Hyuna berdiri di muka pintu memerhatikannya.

"Siapa yang jahat tu? Aku ke?"tanya Hyuna.Dia melangkah perlahan dan melabuhkan punggunnya di sebelah Hongki.

"Eh tak ada la.Ni lagu je.A..aw..awak bb..uat apa kat sini?"tanya Hongki pelik.Sejak dia sampai ke rumah ni belum sekali pun Hyuna bercakap lembut dengannya.Tapi hari ni..hmm petanda baikkah?

"Aku tak boleh ada kat sini ke?"tanya Hyuna

"Eh tak ada lah saya tak kisah.Lagipun ni kan rumah awak.So apa yang membuatkan awak ada kat sini" tanya Hongki sambil menggulung kertas di tangan

"Hmm..nothing.Aku boring dok sorang.Ni yang aku datang kat kau ni.Nak borak-borak.Oh ya aku nak cakap sorry sebab perangai aku teruk sikit.So friend?"tanya Hyuna sambil menghulurkan tangannya.Hongki teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu.Namun kemudian dia tersenyum dan menyambutnya

"Friend"kata Hongki sambil menggenggam erat tangan Hyuna.Akhirnya kedua-duanya tergelak apabila Hyuna menyedari Hongki membalas dendam dengan menggenggam erat tangannya.Dia menggosok-gosok tangannya perlahan.

***

Sedar tak sedar sudah dua minggu masa berlalu.Hubungan Hongki dan Hyuna semakin erat.Hyuna sering mengikuti Hongki berlatih untuk persembahan prom night.Di mana ada Hongki pasti ada Hyuna sehingga rakan-rakan yang lain menggelar mereka double H.

Hyuna mendail no telefon HongKi namun tiada jawapan.Sudah naik kebas jarinya mendail namun hanya masuk peti pesanan suara.Dia akhirnya keluar ke taman untuk menenangkan fikiran.

Namun setibanya di taman,dia berjalan ke arah tasik dan hampir terlanggar pasangan kekasih yang sedang berbual mesra.Hyuna meminta maaf dan mengangkat mukanya.Dia terkedu.Hongki.Hongki memandang lama ke arah Hyuna.Terdapat kejutan di wajahnya.Hyuna tersenyum sinis lalu berlari pergi.Hongki memandang ke arah wanita di sebelahnya dan wanita itu menganggukkan kepalanya.Hongki terus berlari mengejar langkah Hyuna.Dia mencapai tangan Hyuna dan kelihatan Hyuna sedang menangis.

"Hyuna let me explain first.There is nothing between me and her.She is my.."kata-kata Hongki terputus apabila Hyuna menutup mulutnya.

"Enough Hongki.No need to explain.Sorry.I have to go"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki yang tergamam hanya memandang dari jauh.Dia terasa hendak menangis.

"It's ok abang.Kalau ada jodoh dia akan kembali"kata Yuri sambil menggosok perlahan bahu abangnya itu.Hongki tersenyum hambar.

***

Sudah 3 bulan Hongki tidak melihat kelibat Hyuna.Namun daripada apa yang dia dengar Hyuna telah menyambung pelajaran ke luar negara.Hongki hanya mampu berdoa agar jodohnya dengan Hyuna ada.Hongki dan rakan-rakan yang lain sedang sibuk berlatih untuk prom night yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi.Dia mengharapkan kehadiran Hyuna di malam itu.Namun dia tahu itu tidak mungkin berlaku.

"Hongki kau ok ke?"tanya Seunghyun apabila melihat nyanyian Hongki semakin teruk.

"Aku ok je.cuma tah la.Sorry guys aku nak balik.Aku rasa tak sedap badan lak.Jumpa nanti" kata Hongki sambil mengambil beg sandangnya dan berlalu pergi.

"Wei aku rasa kita kena buat sesuatu la.Tak kan nak biarkan Hongki macam tu"kata Jonghun memecah kebisuan

"Agak ar.Tapi nak buat camne?"tanya Min Hwan

"Aku tau" jerit Seunghyun.Dia membisikkan rancangannya pada rakan-rakannya.Mereka mengangguk-angguk kan kepalanya da tersenyum.

"OK!!Caya lah kau Seunghyun" kata Jae Jin sambil menepuk-nepuk bahu Seunghyun

"Well..You know me"kata Seunghyun berlagak.Mereka ketawa serentak.

***

"Wei korang semua dah siap ke? Cepat la lepas ni turn kita perform"kata Hongki sambil melihatkan ke arah jamnya.

"Kejap ek.Aku nak pegi jumpa someone jap"kata Seunghyun.Seunghyun berlari ke arah orang yang menguruskan acara itu dan membisikkan sesuatu.Orang itu menganggukan kepalanya tanda bersetuju.Settle satu kes.

"Sekarang dijemput kumpulan yang tidak asing lagi pada kita iaitu FT Island"kata pengacara majlis.

Mereka masuk ke tengah pentas dan mengambil tempat masing-masing.Hongki mengetuk-ngetuk mic perlahan dan mula bersuara.

"Lagu yang akan kami bawa kali ini bertajuk 'Missing You' and lagu ini untuk seseorang yang sentiasa berada di hati saya dan untuk anda semua.Hope anda terhibur"kata Hongki dan nyanyiannya mula kedengaran.

"I’m missing you, Missing you jook·do·rok geu·ri·oon·sa·ram~~" dan tiba-tiba satu cahaya terpancar terus ke arah seseorang.Hongki yang memandang ke arah cahaya itu dan terkejut.Kelihatan Hyuna sedang berdiri dan kelihatan begitu menawan dalam dress merahnya.Hongki memandang ke arah Seunghyun.Seunghyun menganggukan kepalanya.Jae Jin mencapai tangan Hongki dan meletakkan sesuatu di situ.Hongki memandang ke arah kawannya yang lain dan tersenyum

Sambil menyanyi Hongki turun daripada pentas dan berjalan ke arah Hyuna.Dia memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Hyuna.Semua yang hadir memandang ke arah mereka tanpa bunyi.

"Won’t you return to me again? I’m missing you~~" nyanyian Hongki pun berakhir.Hongki memandang ke arah Hyuna dan melutut di hadapan Hyuna sambil menghulurkan sebuah kotak kecil

"Will you marry me? and jadi ibu kepada anak-anak saya?"lamar Hongki.Hyuna tergamam.Dewan meriah dengan jeritan yang memintanya bersetuju.

"Say Yes...Say Yes" jerit mereka yang hadir.Hyuna memandang ke arah Hongki dan tersenyum.Dia mengambil kotak itu dan..

"Yes" Hongki bangun dan memeluk Hyuna erat.Semua yang hadir menjerit melihat adegan yang tidak disangka-sangka.Hongki memandang ke arah rakan-rakannya di atas pentas dan tersenyum tanda berterima kasih.

Otak Kering






Semalam makan otak-otak.Sedapppp.Korang penah makan? Actually aku tak berapa suke mende ni tapi setakat 2 3 tak menjadi masalah.



wehhhhhh ape ko merepek ni gilaaa? sejak bila ko makan otak-otak semalam? HAHAH ok2 da2 Daz tak baik tipu tuhan marah.Kurang pahala puasa.Ngee~~ Gila




Wei aku nak cite pasal ape ni? boringnyeeee arini.Oh tadi aku pegi tengok cite Step Up 3.Ha Ha gila ketinggalan.Orang lain da lame tengok.










Tapi sumpah doeee..cite tu memangg best.Terbaek wa cakap lu.Memang terasa nak join diorang menari gak.Part diorang tak de tempat nak tinggal tu sedih.Rasa nak nangis je.Hehe aku memang sensitif sikit.



Tapi memang la cite tu aku bagi 4 out of 5.HA HA.Esok nak pegi tengok cite Cat and Dogs pulak la.Harap2 best.










Nota Cipanzi : Wah tetibe ade nota cipanzi.Cipanzi adalah nickname aku kat sekolah.Wee~~

Raya datang lagi.




Hello! Esok raya! Yay! haha teringat time kecik-kecik dulu bila time raya happy giler.time tu cousin2 ramai balik.best la.main kejar-kejar dalam rumah.rumah kat kg tu pulak besar memang puas main la kan.macam-macam permainan ada.then kutip duit raya kat uncle and auntie...fuhh kayo sekejap...



Sekarang bila nenek aku dah tak de ramai la tak balik.boring2.so aku raya kat kl je la.pegi beraya kat rumah my aunt yang paling tua.tapi tak sebest masa kecik dulu..ramai memang ramai..tapi semua da besar.bila jumpa semua malu2.segan i.HAHA..



Tapi satu benda aku rindu time raya ni bila dengar lagu 'balik kampung' nyanyian Sudirman.sebab nanti mesti aku teringat kat kawan2 aku.dulu time raya kitorang buat cf kat ym tu then macam2 cerita raya keluar.then sama2 nyanyi lagu raya.tapi lagu balik kampung tu la paling banyak nyanyi.sumpahhh rindu sekor2



Adam,Fa,Juna,Epol,Orenji,Fareez,Gillot,Mangga,Wawa...sumpah aku rindu korang sekor-sekor.HAHA.


Rindu nak nyanyi sama2..cerita apa saja..cerita hantu la ape la.sumpahh best.Paling aku rindu Adam la.Dah lama tak chat ngan dia.Dulu sumpah rapat.Sekarang tah la.Dia pun dah besarr kann aku ni budak kecik mana layak nak kawan ngan dia..


Weiiii sumpahh rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! :( :( :(



Nota Cipanzi: Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Friday, September 3, 2010

kedai mamak oh kedai mamak.

Tadi aku on facebook cam biasa la.then nampak oh media post note about kedai mamak.bile bace fuhhh...sumpah tak nak makan situ da.Ni aku share kan :



Artikel ini agak panjang. Tapi bacalah sampai habis sebab diakhir artikel, korang akan rasa apa yang aku rasa. - Khai Oh! Media

Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.

Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.

Hanief: Saya tak berapa pasti pula.

Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.

Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.

Uncle M: Tahu tak mana puncanya?

Hanief: ...

Uncle M: Kedai Mamak.

Hanief: Haha... Kedai Mamak?

Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.

Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?

Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.

Hanief: Hahahaha...

Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.

Hanief: Dah pulih ke dia?

Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.

Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?

Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!

Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.

Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?

Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.

Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?

Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.

Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?

Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?

Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.

Hanief: Logik juga ya?

Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau fikir-fikirkanlah lepas ni.

Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.

Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racun serangga dia tinggi.

Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.

Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.

Hanief: Painkiller ke?

Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant. Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.

Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.

Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.

Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?

Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?

Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang. Liana meninggal dunia akibat batuk kering ...akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam. from Kosmo! - Jan 28, 2010 2:59 AM

Amaran tibi ...jangkitan penyakit batuk kering atau tibi sekitar Lembah Klang semakin membimbangkan apabila meningkat daripada 1,253 kes pada 2007 kepada 1,387 kes sepanjang 2008 dengan tujuh kematian. from Harian Metro - Apr 4, 2009 10:28 AM

Ketua Biro Utusan Perlis meninggal dunia ...akibat penyakit batuk kering (Tibi). from Utusan Online - Jan 8, 2009 10:23 AM

Hasil kajian INFORMM diiktiraf ...taun dan batuk kering. from Harian Metro - Jun 10, 2008 11:46 AM

Kelonggaran eksport kera ditarik balik elak wabak ...batuk kering (TB) dan hepatitis. from Berita Harian - Feb 2, 2008 10:27 AM

Bekas polis derita sakit ...akibat penyakit batuk kering dihidapinya sejak enam tahun lalu menyebabkan kerosakan paru-paru. from Berita Harian - Jan 24, 2008 9:49 AM

Tiga peratus warga asing bawa penyakit ...batuk kering, sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun. from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

Tiga peratus warga asing bawa penyakit ...sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun. from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

4,000 pendatang bawa sifilis ...kelamin jenis sifilis apabila diperiksa semula dalam saringan kesihatan selepas sebulan berada di negara ini, sepanjang tahun lalu. from Harian Metro - Nov 14, 2007 9:40 AM

2,571 mati dalam penjara, pusat tahanan ...depoh tahanan pendatang tanpa izin, meninggal dunia akibat pelbagai penyakit sejak 1999 sehingga tahun lalu. from Berita Harian - Mar 24, 2009 9:04 AM

Pendatang hidap HIV dihantar pulang ...menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk HIV selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di negara ini. from Harian Metro - Nov 23, 2007 10:01 AM


Renung-renungkan….


Kesimpulannye kurang-kurangkan la makan kat kedai mamak dan tak semestinye kedai mamak je even kedai melayu pun ade je pendatang.

P/s: Masak sendiri kat rumah lagi sedapp dan jimat.Dijamin bersih.

Thursday, September 2, 2010

Baju Raya Murahh!!



Tadi aku pegi Jakel kat Shah Alam.First time kot pegi.Fuh murah2 kot.Promosi raya.Diorang nak habiskan stok semua.Memang murahh laa.Korang patut pegi.Tapi lebih afdal pegi malam la.Sebab malam diorang bagi harga yang melampau-terlampau-lampau murah.Kualiti kain sangat bagusss.Wa cakap lu ar...tarak tipu punya.Harga murah-murah belaka woooo.

Ok bayangkan korean silk dier bagi harga mula2 400++ then dier kurang lagi.Menjunammm jatuhh Rm 150.Murahhhhh weiiii.Sapo nak bagi harga murah camtu? Diorang nak habiskan stok memang murahhh weii.Pekerja kat situ pun semua ok.Peramah dan sentiasa senyumm.Kitorang minta diskaun yang cam tak masuk akal pun diorang still senyum and bagi.Cuba pegi tempat lain..fuhh minta diskaun je confirm muka masamm jee.

Oh ada satu mamat ni annoying kot.Supervisor kot.Dia la yang bagi diskaun murah2 tu.Nama dier Putra.Ha HA.opss harap dier tak bace blog ni.Ha HA.Kalo korang pegi sana (dalam bulan puasa ni je la) korang nampak mamat yang jerit2 cakap harga menjunam tu sume dier la tu.Kecohh kot mamat tuu.Da la pegi menjerit2 sebelah telinga aku.Pekak jap gi memang aku failkan saman terus.HA HA

Oh baju kurung memang banyak yang lawaaaa gleee.I loike.Baju melayu pun ade.Memang harga terbaekkkk.Kalo tak puas hati dengan harga tu korang panggil je mamat kecoh tadi tanya leh minta diskaun lagi tak or korang tanya terus kat bos diorang.Oh ya karpet pun murah-murah.So sape nak membeli baju raya or karpet yang lawa-lawa tapi menjimatkann bolehlah pegi ke Wisma Jakel ini.Promosi ini hanya pada bulan puasa sahajaa.Kalau korang pegi sehari sebelum raya mungkin dapat lagi murah.Tah2 Rm 50 je untuk baju melayu.Berbaloi-baloi

Ok itu ajalah.Oh aku bukan dibayar ye untuk promote di sini.Aku cuma jakunn sebab first time datang sini.Poyoyoyo pocoyoo.HA HA.




P/s: Gambar tidak ada kerana penulis blog ini sangat malas untuk bergambar.Oh terserempak ngan Mila Af kat depan Jakel tu.Tak kesah pun.Lain la kalo Fizo Omar or Shahir ke.HAHA

Kahwin?


Ok aku tak ade idea sebenarnya.tak tau nak tulis ape tapi tangan ni gatal je nak menaip.haip2.HA HA.aku kan bile fikir-fikir balik ape tujuan sebenar aku ber blog ek? dulu sebab aku nak letak cerpen/novel aku.tapi sekarang tah cam da lama tak buat cerita.sumpahhh doee idea banyakk gile.



Aku ingat aku nak hantar cerpen kat e-pop la.cite sal artis korea.amacam? ok tak.hmmmm
oh2 tadi ade cite lawak glee kat sekolah.sumpah cam bile ingat balik rasa nak gelak guling-guling.cam tak nak caya lak.HA HA.



Ok cite dier camni.tadi time rehat cam biasa la lepak kelas Lyna and Shima dengan Hid and Min then Min bagitau la.ehemm




Min: Korang nak tau ark? Mak kte suruh kte kawin dengan imam kat rumah kte tu!
Lain2: What?! HA HA (semua bantai gelak)
Daz: Abis la lepas ni Yasmin.No more korea2 la.Byee Lucifer
Hid: A'ah bye onew
Daz: Imam tu hensem tak? Umo berapa?
Min: Tah mak kte cakap putih2.Umo dier 23
Daz: Ok la tu 23
Lyna: Eeii tak ok la.jarak jauh glee
Daz: OK la 7 tahun je pun beza.Abis la Yasmin.Tak leh la pegi korea nanti.Pegi Mekah
je la.HA HA
Min: Itulah jap gi dengar lagu nasyid je la kte.Tak de la lagu korea

Semua tergelak.lawak ok mak Min.Min SPM pun tak lepas lagi.Aduhhh~~


P/s : Cuti sekolah hampir tiba!! YAHOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!