Wednesday, November 30, 2011

Bye SPM




Aku mengerling ke arah jam.3 minit lagi.Aku memandang ke sekeliling.Semua sedang tekun membelek kertas soalan.Ada juga yang telah keluar terlebih awal.Pengawas peperiksaan berjalan ke hulu ke hilir memandang sekiranya ada pelajar yang inginkan helaian tambahan ataupun benang.

Aku memandang kembali ke pentas.Ketua pengawas memandang ke arah jam di dinding.Tangannya memegang microphone.Mic di on kan.The moment bila suara ketua pengawas menyatakan

"Masa dah tamat.Letakkan pen anda.Semak angka giliran dan kad pengenalan.Pengawas boleh kutip sekarang"

Hatiku melonjak kegembiraan.Kakiku digoyang tidak sabar.Dewan mula riuh.Suara ketua pengawas meminta calon-calon diam tidak diendahkan.Semua kelihatan begitu teruja.Pengawas berhenti di mejaku.Aku menghulur laju kertas jawapan sambil menarik sengih.Pengawas itu tersenyum padaku.

Kedengaran suara ketua pengawas yang berkata sesuatu tidak aku endahkan.Di fikiran ku mula terbayang novel yang memanggil-manggil untuk dibaca,Running Man,drama korea and yang penting sekali Twitter.
Suara calon-calon lain memekik kegembiraan tidak aku endahkan.

Kakiku melangkah laju keluar dari dewan peperiksaan setelah dibenarkan.Terdapat ramai rakanku yang berbincang mengenai experiment Bio yang dirasakan begitu susah itu.Aku tidak hiraukan lagi.Bagiku yang lepas itu lepas.Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan mula menaip sesuatu di Twitter.

Akhirnyaa tamat sudah persekolahanku pada tahun ini.Aku mula berasa rindu akan sekolahku.Banyak kenangan manis dan pahit di sini.Guru-guruku terima kasih kerana telah banyak mengajarku.Aku berharap agar aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM ini.Doakan aku ek?




P/S: Bye SPM!!!!

2 comments: