Hongki berlari dengan lajunya.Dia sudah terlewat.Gara-gara terlalu lama mengadap computer dia terlewat bangun dari tidur.Hanya apabila Jae Jin menelefon untuk bertanyakan di mana dia berada,kelam kabut dia bangun hingga terjatuh handphonenya.
Setibanya di Mcdonalds,Hongki mencari kelibat rakan-rakannya itu.
'Itu pun diorang' bisik hati kecil Hongki sambil berjalan laju ke arah rakan-rakannya tanpa memandang keadaan sekeliling.Matanya hanya tertumpu di hadapan.Tiba-tiba...
"Oh mak kau terbalik balik" latah Hongki sambil membuat gaya seperti orang sedang bersilat.Dia kemudian berdehem kecil dan memandang perempuan yang jatuh terduduk di hadapannya.Terdapat gelas air yang berisi air coke di atas kepala perempuan itu.Hongki menundukkan badan untuk membantu.
"Err...sorry cik.Cik tak ape-ape ke?"tanya Hongki sambil mengambil gelas di atas kepala perempuan itu.Perempuan itu memandang tajam kepada Hongki dan kemudian berdiri tegak.Hongki turut berdiri apabila perempuan itu berdiri.Senyuman terukir di bibirnya namun senyuman itu hilang apabila dia merasakan pipinya kebas akibat ditampar.
"Kau buta ke? Lain kali jalan tu pakai mata.Ni tak main redah je.Tengok baju aku ni habis kotor.Badan aku pun dah bau coke.Woi kenapa kau senyum-senyum ni.Gila ke ape?"marah Hyuna.
"Err..hah?! Tak ade ape cuma awak nampak cute bila marah" kata Hongki sambil tersenyum.
"Gila.Dah la malas aku nak layan orang gila macam kau ni"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki tersenyum-senyum dan kemudian berjalan ke arah kawannya yang sedang memerhati daripada tadi
"Oii geng! Wassupp" kata Hongki sambil bersalam dengan kawan-kawannya dan mengambil tempat di sebelah Min Hwan.
"Kau lambat Hongki.Mana kau pergi? Berjanggut kitorang tunggu kau" tanya Jonghun
"Erk..ada janggut kah? Mana? Tak ada pun" kata Hongki sambil membelek-belek muka Jonghun
"Aku dah cukur tadi.Eh tadi apa jadi? Kesian perempuan tu kau langgar.Aku tengok muka dia nak nangis dah" tanya Jonghun.
"Entah la aku tak perasan tadi dia tu yang terlanggar.Eh tapi dia tu comel gak kan?"tanya Hongki
"Memang dia comel pun.Ramai peminat tu.Orang macam kita ni dia tak pandang la"kata Seunghyun
"Eh kau kena ke dia tu?" tanya Hongki pelik.
"Mestilah kenal.Itukan Hyuna.Dia tu popular kot kat universiti kita ni.Eh dah la jom bincang lagu apa kita nak nyanyi masa prom night nanti" kata Seunghyun menutup perbincangan yang tidak berkaitan.
***
Hongki tersenyum apabila melihat Hyuna sedang leka menelaah buku.Hongki membetulkan rambutnya dan mengeluarkan spek daripada kocek bajunya.Dia memakai spek itu.Puas dengan penampilannya yang ala-ala nerd itu,dia mengatur langkah ke arah Hyuna.
"Ehemm"Hongki berdehem kecil.Hyuna mengangkat muka memandang ke arah Hongki.Hongki melemparkan senyuman namun dibalas dengan jelingan tajam daripada Hyuna.
"Err..boleh saya duduk sini? Tempat lain dah penuh la"tanya Hongki.Hyuna memandang ke arah sekeliling dan menganggukkan kepalanya.Dia kembali kepada buku di hadapannya itu.
"Hmm..Hi..nama saya Hongki.Lee Hongki and awak?"tanya Hongki sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.Hyuna memandang ke arah Hongki dan menyambut salam Hongki itu
"I'm Hyuna"kata Hyuna sambil memegang erat tangan Hongki.Hongki menarik senyum plastik apabila merasakan tangannya sedikit sakit.Hyuna tersenyum kemenangan dan melepaskan tangannya.
"Hmm..saya nak minta maaf sebab terlanggar awak kat Mcdonalds aritu.Hope awak dapat maafkan saya"kata Hongki sambil tersenyum.Hyuna memandang Hongki dan senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat" kata Hyuna.
"Syarat? Apa dia?"tanya Hongki.Hyuna tersenyum dan memberitahu syarat-syarat yang perlu Hongki lakukan.Hongki tarik senyum hambar.
"Saya akan lakukan" kata Hongki lemah.
"Bagus.Kalau macam tu kau boleh mula esok.Ni no phone and address aku.Apa-apa hal kau contact je aku.Dah la aku nak balik.Byee"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki menggaru-garukan kepalanya.
***
"WHAT??!! PEMBANTU RUMAH??!!!!! "jerit keempat-empat kawannya itu.Hongki mengurut-ngurut dadanya perlahan tanda terkejut dengan jeritan yang tidak disangka-sangka itu.
"Kau gila ke Hongki? Kau jangan buat gila.Kalau mak kau tau nanti.Mati kau" kata Jae Jin
"Agak la doe.Kau tu reti ke kemas rumah? Nak buat air pun kau panggil bibik kau.Kau jangan main gila doe" kata Min Hwan pula.Seunghyun dan Jonghun hanya mendiamkan diri.Dah masak dengan perangai Hongki yang keras kepala itu.
"Rilex ar.Tak de mendenye.Bukan rugi pun.Untung kot"kata Hongki sambil tersengih-sengih
"Banyak la kau punya untung.Aku rasa rugi banyak ada la.Cuba kau cerita sikit dengan aku apa untung kau jadi pembantu rumah ni"tanya Min Hwan
"Ada laaaaaa.Eh dah la jom practice"kata Hongki sambil membetul-betulkan kedudukan mic.
***
"Sekarang aku nak kau cuci toilet kat bilik bibik aku tu" kata Hyuna sambil tersenyum.Dia memandang ke arah Hongki yang sudah berpeluh itu.
"Erk..bilik air bibik pun nak suruh saya cuci? Biar betul? Abis tugas bibik kau tu apa?"tanya Hongki tidak percaya
"Eh kau banyak bunyi lak.Kan kau dah janji nak jadi pembantu rumah aku selama 2 minggu.So buat je la.Lagipun bibik aku tak ade sekarang.Aku dah hantar dia pegi bercuti.Dah buat kerja tu.Siap yang ni kau boleh pergi rehat kat bilik kau" kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki hanya memandang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia menyiapkan kerjanya secepat mungkin.
"Hongkiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii" jeritan Hyuna memecah kesunyian rumah itu.Hongki mengangkat mukanya.
'Apa lagi la tu'bisik hati kecil Hongki sambil berlari ke arah jeritan Hyuna itu
***
Hongki merebahkan badannya di atas tilam yang empuk itu.Dia kepenatan.Sejak daripada dia tiba 4 hari lepas,bermacam-macam kerja yang dilakukan.Kadang-kala bilik difikirkan macam orang tawanan pula.Yang paling hazab sekali bila dia selesai mengemas baju-baju di almari Hyuna dan dia keluar dari bilik itu tidak sampai satu jam pun dia telah dipanggil oleh Hyuna dan dimarahi kerana tidak mengemas bajunya.Dia hanya tersenyum hambar apabila melihat baju yang dilipatnya bersepah.
Hongki mencapai kertas di atas mejanya itu.Dia mula menyanyi perlahan.Tanpa disedari Hyuna berdiri di muka pintu memerhatikannya.
"Siapa yang jahat tu? Aku ke?"tanya Hyuna.Dia melangkah perlahan dan melabuhkan punggunnya di sebelah Hongki.
"Eh tak ada la.Ni lagu je.A..aw..awak bb..uat apa kat sini?"tanya Hongki pelik.Sejak dia sampai ke rumah ni belum sekali pun Hyuna bercakap lembut dengannya.Tapi hari ni..hmm petanda baikkah?
"Aku tak boleh ada kat sini ke?"tanya Hyuna
"Eh tak ada lah saya tak kisah.Lagipun ni kan rumah awak.So apa yang membuatkan awak ada kat sini" tanya Hongki sambil menggulung kertas di tangan
"Hmm..nothing.Aku boring dok sorang.Ni yang aku datang kat kau ni.Nak borak-borak.Oh ya aku nak cakap sorry sebab perangai aku teruk sikit.So friend?"tanya Hyuna sambil menghulurkan tangannya.Hongki teragak-agak untuk menyambut huluran tangan itu.Namun kemudian dia tersenyum dan menyambutnya
"Friend"kata Hongki sambil menggenggam erat tangan Hyuna.Akhirnya kedua-duanya tergelak apabila Hyuna menyedari Hongki membalas dendam dengan menggenggam erat tangannya.Dia menggosok-gosok tangannya perlahan.
***
Sedar tak sedar sudah dua minggu masa berlalu.Hubungan Hongki dan Hyuna semakin erat.Hyuna sering mengikuti Hongki berlatih untuk persembahan prom night.Di mana ada Hongki pasti ada Hyuna sehingga rakan-rakan yang lain menggelar mereka double H.
Hyuna mendail no telefon HongKi namun tiada jawapan.Sudah naik kebas jarinya mendail namun hanya masuk peti pesanan suara.Dia akhirnya keluar ke taman untuk menenangkan fikiran.
Namun setibanya di taman,dia berjalan ke arah tasik dan hampir terlanggar pasangan kekasih yang sedang berbual mesra.Hyuna meminta maaf dan mengangkat mukanya.Dia terkedu.Hongki.Hongki memandang lama ke arah Hyuna.Terdapat kejutan di wajahnya.Hyuna tersenyum sinis lalu berlari pergi.Hongki memandang ke arah wanita di sebelahnya dan wanita itu menganggukkan kepalanya.Hongki terus berlari mengejar langkah Hyuna.Dia mencapai tangan Hyuna dan kelihatan Hyuna sedang menangis.
"Hyuna let me explain first.There is nothing between me and her.She is my.."kata-kata Hongki terputus apabila Hyuna menutup mulutnya.
"Enough Hongki.No need to explain.Sorry.I have to go"kata Hyuna sambil berlalu pergi.Hongki yang tergamam hanya memandang dari jauh.Dia terasa hendak menangis.
"It's ok abang.Kalau ada jodoh dia akan kembali"kata Yuri sambil menggosok perlahan bahu abangnya itu.Hongki tersenyum hambar.
***
Sudah 3 bulan Hongki tidak melihat kelibat Hyuna.Namun daripada apa yang dia dengar Hyuna telah menyambung pelajaran ke luar negara.Hongki hanya mampu berdoa agar jodohnya dengan Hyuna ada.Hongki dan rakan-rakan yang lain sedang sibuk berlatih untuk prom night yang akan menjelang tiba beberapa hari lagi.Dia mengharapkan kehadiran Hyuna di malam itu.Namun dia tahu itu tidak mungkin berlaku.
"Hongki kau ok ke?"tanya Seunghyun apabila melihat nyanyian Hongki semakin teruk.
"Aku ok je.cuma tah la.Sorry guys aku nak balik.Aku rasa tak sedap badan lak.Jumpa nanti" kata Hongki sambil mengambil beg sandangnya dan berlalu pergi.
"Wei aku rasa kita kena buat sesuatu la.Tak kan nak biarkan Hongki macam tu"kata Jonghun memecah kebisuan
"Agak ar.Tapi nak buat camne?"tanya Min Hwan
"Aku tau" jerit Seunghyun.Dia membisikkan rancangannya pada rakan-rakannya.Mereka mengangguk-angguk kan kepalanya da tersenyum.
"OK!!Caya lah kau Seunghyun" kata Jae Jin sambil menepuk-nepuk bahu Seunghyun
"Well..You know me"kata Seunghyun berlagak.Mereka ketawa serentak.
***
"Wei korang semua dah siap ke? Cepat la lepas ni turn kita perform"kata Hongki sambil melihatkan ke arah jamnya.
"Kejap ek.Aku nak pegi jumpa someone jap"kata Seunghyun.Seunghyun berlari ke arah orang yang menguruskan acara itu dan membisikkan sesuatu.Orang itu menganggukan kepalanya tanda bersetuju.Settle satu kes.
"Sekarang dijemput kumpulan yang tidak asing lagi pada kita iaitu FT Island"kata pengacara majlis.
Mereka masuk ke tengah pentas dan mengambil tempat masing-masing.Hongki mengetuk-ngetuk mic perlahan dan mula bersuara.
"Lagu yang akan kami bawa kali ini bertajuk 'Missing You' and lagu ini untuk seseorang yang sentiasa berada di hati saya dan untuk anda semua.Hope anda terhibur"kata Hongki dan nyanyiannya mula kedengaran.
"I’m missing you, Missing you jook·do·rok geu·ri·oon·sa·ram~~" dan tiba-tiba satu cahaya terpancar terus ke arah seseorang.Hongki yang memandang ke arah cahaya itu dan terkejut.Kelihatan Hyuna sedang berdiri dan kelihatan begitu menawan dalam dress merahnya.Hongki memandang ke arah Seunghyun.Seunghyun menganggukan kepalanya.Jae Jin mencapai tangan Hongki dan meletakkan sesuatu di situ.Hongki memandang ke arah kawannya yang lain dan tersenyum
Sambil menyanyi Hongki turun daripada pentas dan berjalan ke arah Hyuna.Dia memberhentikan langkahnya betul-betul di hadapan Hyuna.Semua yang hadir memandang ke arah mereka tanpa bunyi.
"Won’t you return to me again? I’m missing you~~" nyanyian Hongki pun berakhir.Hongki memandang ke arah Hyuna dan melutut di hadapan Hyuna sambil menghulurkan sebuah kotak kecil
"Will you marry me? and jadi ibu kepada anak-anak saya?"lamar Hongki.Hyuna tergamam.Dewan meriah dengan jeritan yang memintanya bersetuju.
"Say Yes...Say Yes" jerit mereka yang hadir.Hyuna memandang ke arah Hongki dan tersenyum.Dia mengambil kotak itu dan..
"Yes" Hongki bangun dan memeluk Hyuna erat.Semua yang hadir menjerit melihat adegan yang tidak disangka-sangka.Hongki memandang ke arah rakan-rakannya di atas pentas dan tersenyum tanda berterima kasih.
2 comments:
FT Island..minat giler ngan dorang...
hee~~ sama la
Post a Comment