Thursday, September 2, 2010
Baju Raya Murahh!!
Tadi aku pegi Jakel kat Shah Alam.First time kot pegi.Fuh murah2 kot.Promosi raya.Diorang nak habiskan stok semua.Memang murahh laa.Korang patut pegi.Tapi lebih afdal pegi malam la.Sebab malam diorang bagi harga yang melampau-terlampau-lampau murah.Kualiti kain sangat bagusss.Wa cakap lu ar...tarak tipu punya.Harga murah-murah belaka woooo.
Ok bayangkan korean silk dier bagi harga mula2 400++ then dier kurang lagi.Menjunammm jatuhh Rm 150.Murahhhhh weiiii.Sapo nak bagi harga murah camtu? Diorang nak habiskan stok memang murahhh weii.Pekerja kat situ pun semua ok.Peramah dan sentiasa senyumm.Kitorang minta diskaun yang cam tak masuk akal pun diorang still senyum and bagi.Cuba pegi tempat lain..fuhh minta diskaun je confirm muka masamm jee.
Oh ada satu mamat ni annoying kot.Supervisor kot.Dia la yang bagi diskaun murah2 tu.Nama dier Putra.Ha HA.opss harap dier tak bace blog ni.Ha HA.Kalo korang pegi sana (dalam bulan puasa ni je la) korang nampak mamat yang jerit2 cakap harga menjunam tu sume dier la tu.Kecohh kot mamat tuu.Da la pegi menjerit2 sebelah telinga aku.Pekak jap gi memang aku failkan saman terus.HA HA
Oh baju kurung memang banyak yang lawaaaa gleee.I loike.Baju melayu pun ade.Memang harga terbaekkkk.Kalo tak puas hati dengan harga tu korang panggil je mamat kecoh tadi tanya leh minta diskaun lagi tak or korang tanya terus kat bos diorang.Oh ya karpet pun murah-murah.So sape nak membeli baju raya or karpet yang lawa-lawa tapi menjimatkann bolehlah pegi ke Wisma Jakel ini.Promosi ini hanya pada bulan puasa sahajaa.Kalau korang pegi sehari sebelum raya mungkin dapat lagi murah.Tah2 Rm 50 je untuk baju melayu.Berbaloi-baloi
Ok itu ajalah.Oh aku bukan dibayar ye untuk promote di sini.Aku cuma jakunn sebab first time datang sini.Poyoyoyo pocoyoo.HA HA.
P/s: Gambar tidak ada kerana penulis blog ini sangat malas untuk bergambar.Oh terserempak ngan Mila Af kat depan Jakel tu.Tak kesah pun.Lain la kalo Fizo Omar or Shahir ke.HAHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment