Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

my boyfriend's birthday.

Hai!Hai!Hari ini aku sangat sangat sangat excited sebab hari ini adalah birthday my boyfriend
iaitu Choi Jonghun.Dia ni sangat popular tau.Tak caya? Pegi google sekarang.Mesti keluar detail
and gambar dia.Tgk betapa popularnya boyfriend aku tu.

Birthday dia adalah pada 7 March 1990.Muda kan dier.Dia tu sgt hensem,pandai main gitar,pandai
buat lagu,pandai tulis lirik and semuanya pandai la.Oppa I Love You So Much.hee~ tergedik pula.
Kalo korang nk tau detail sal diei google je la.Ouh2 dia ni sgt syg akan binatang.Dia ade 2 ekor
kura-kura.Auww kita mmg sehati dan sejiwa.Ok pnt la taip lyn je la gmbr ni.































Ok enough nanti korang jatuh cinta pulak kat bf aku ni kalau tgk lama2.hee~~ Jangan nak rampas.Kalau nak rampas amik snyp2...jangan sampai aku tau..seee betapa baiknya aku kann.HAHA.Baik memang baik...ko tengok ape aku buat nanti...merana jap gi.muahahahahahha <------------(gelak setan).Takde lah aku memang baik...lalalalala ~ ~ ~ ~


Nota Cipanzi : Sape ade twitter tu meh follow aku.Kita borak2 kat twitter. ouh2 jom trend #JonghunnieDay
                       hee~~ okie byeeeeeeee.

Thursday, October 21, 2010

Sebab bercinta?



Ada orang share mende ni kat facebook.Agak menarik kot.Aku kongsi dengan korang ek?


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”


Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,


“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.




Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”


Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 






Nota Cipanzi: Aku ni tak habis2 amik dari facebook.Dah kata takde idea tapi tangan gatal.Ini lah akibatnyaa.Hee~~

Wednesday, October 20, 2010

Jatuh cintaa lagii

HAHA ngek je Tyra ni asyik jatuh cinta.well ko fikir aku suka fizo je ke.Aku suke jugak la artis lain.Paling suka adalah









Choi Jonghunn


Ni paling2 suka.Kalau borak2 dengan kengkawan aku..tak sah kalau tak sebut nama Jonghun.Nama dier adalah wajib.Bila lah dier nak datang Malaysia.Kalau dier datang confirm aku pegi.Ticket mahal pun kesah ape.Demi cintaku padanya,lautan api pun sanggup ku renangi.Ceh hiperbola sungguh.Geli geli geli.

Weh camne tak jatuh cinta.Sikit punyaa hensem tu.Comel lote lagi.Tapi sebab tak nak dikatakan tidak menyokong artis Malaysia,maka haruslah aku cari sorang untuk dijadikan minat.Mula2 dulu aku ingat nak amik Shahir then cam tak best lak last2 minat Fizo sebab banyak drama dier berlakon cam best.


ni group dier.Ft Island.Dari depan Jonghun,Hongki,Min Hwan,Jaejin and Seunghyun


Sorang2 comel kan? Tapi Jonghun paling comel.Hee~~ tau dah.Tak yah cakap.Aku tak tau la aku punya suka kat Jonghun ni tahap mana.Tapi bila dier kena fitnah aritu (pasal Thai rumours tu) aku adalah sangat marah.Marah glee2.Marah macam aku ni bini dier tapi dapat tau suami aku curang.Itulah tahap marah aku.Hee~~

Hari2 aku akan on twitter.Kalau dier update twitter terus aku translate ayat dier tu.Yelaa aku kan tak reti korea.Then lepas translate aku akan reply tweet dier dengan harapan dier akan balas.Tapi harammmmmm.Aku rasa sampai aku tua pun dier takkan balas tweet aku.



Sesetengah artis Malaysia bagi aku la,kengkadang tu perangai diorang cam teruk sikit laa.Bukan nak kata tapi memang tengah berkata-kata ni.Tah laa.Aku malas nak cerita tapi kalau korang perhatikan betul2 korang akan tau.Tapi Fizo,aku tak rasa dier cam sesetengah artis tu.Ok apsal tetibe masuk Fizo balik ni.Eh suami aku sekarang Jonghun laa..

Suami aku adalah berubah2 mengikut mood.Hee~~.Aku tak tau la lepas ni aku nak minat sape untuk dijadikan suami.Mungkin Shin Dong (Super junior).Eh tu tak boleh nanti awek dier marah.Cehh takut awek dier marah lak.Yang ko pegi gedik2 nak kat Fizo and Jonghun tu tak pe pulak? Awek diorang tak marah pulak? Blah la ko Tyra.Hee~~ sorry.Lepas ni tak nak la minat sesiapa dah.

Aku sebenarnya tak faham jugak motif entry ni tapi bantai je laa.Tangan gatal nak menaip.Hee~~.Itu aja dari budak gedik arini.






Yang Gedik
    Tyra


Nota Cipanzi: Apa lagu melayu yang baru ek? dah lama tak dengar malay song.Tyra2...memang lupa daratan kan ko sekarang.Hee~~