Thursday, October 26, 2017

Sweat On 2017 with Izzat Zin and Hanif Shawn


Hey guyssss,

Ada yang minat berzumba tak ? Hah? Tak tahu zumba tu apa ? Mehh nak explain.

Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.

So apa yang bestnya zumba ni ?

Of coursee la bestt. Zumba dapat membakar kalori dalam badan kita. Jangan tak percaya, hanya dengan satu sesi Zumba boleh membakar 500 ke 1000 kalori pada satu masa iaitu 45-60 minit.

Jadi dengan itu, demi memberi kesedaran tentang pentingnya kesihatan kepada diri kita agar kita sentiasa sihat dan cergas untuk melakukan aktiviti-aktiviti, Pelajar-Pelajar Pengurusan Majlis Semester 5 UiTM Puncak Alam akan mengadakan satu event Zumba dipanggil Sweat On 2017.

Bila dan Di mana ?

Sweat On 2017 akan diadakan pada 11 November 2017 dari jam 8.00 malam hingga 10 malam di Kompleks Komuniti Muhibbah, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Berdekatan LRT Muhibbah) . So siapa yang tak ada transport tu boleh la naik LRT sahaja. Dekat sangat nak jalan ke dewan tu. Aktiviti Zumba ini akan berjalan selama 2 jam tanpa berhenti. Memang puas hati.

Siapa Instructor untuk Zumba Sweat On 2017 ?

Instructor untuk Zumba Sweat On 2017 ini adalah Izzat Zin dan Hanif Shawn. Korang tau tak siapa diorang ni? Mereka adalah instructor zumba yang sangat talented and movement mereka adalah sangat senang and fun untuk diikuti. Rasa macam tak nak stop bila dah start zumba dengan mereka ni.





Inilah gambar salah seorang Instructor Sweat On yang pernah viral sebelum ini kerana transformasi yang begitu ketara iaitu berjaya menurukan berat badannya. Hah! Terkejut tak ? Kalau nak tahu rahsia macam mana Izzat Zin ni boleh kurus sampai macam tu sekali, kenalah datang Zumba Sweat On 2017 dan tanya sendiri dengan dia.

Berapa bayaran nak join Zumba Sweat On 2017 ?

Untuk Zumba Sweat On 2017 ini, bayaran yang dikenakan hanyalah RM 35 sahaja. Yeah! You read it right. Hanya RM 35 sahaja.

Murahnya. Apa yang saya akan dapat dengan harga macam tu ?

Dengan RM 35, anda akan diberikan kit yang berisi T-shirt, String Bag, Glowstick dan Refreshment.


Macam mana nak daftar untuk Zumba Sweat On 2017 ni ?

Ada dua cara untuk mendaftar Zumba Sweat On 2017 ini iaitu

1. Manual

Dengan menghubungi number 0176285972 (Hanisah) ataupun boleh tinggalkan comment dan kami akan hubungi kemudian.

2. Eventbrite

Boleh juga purchase ticket through website eventbrite di

Sweat On 2017

Any inquiries boleh contact number di atas or boleh follow instagram kami di @sweat_on2017.


Sweat ON! Fit for Life. Jumpa anda di sana.


Thursday, October 1, 2015

Trip JB- USS Part Two

Now sambung my first trip aci redah ke USS. Esoknya bangun dari tidur je siap- siap terus turun breakfast. Yeah. Makan banyak sikit takut kat USS kang lapar. Dah la makanan kat sana mahal. Oh better bawak la kudap-kudap such as coklat,biskut or roti takut lapar time menunggu. Queue biasanya panjang untuk rides yang best best.

So breakfast pagi tu aku makan banyak gila. Makanan kat Aman Sari Ekspress ni serius sedap. Lepas makan terus masuk toilet membuang. Tu la akibat bila perut tak biasa breakfast then kena breakfast. Hehe. Masa nak habis makan tu sekali orang yang kitorang beli tiket USS tu datang nak hantar tiket. Patutnya hantar malam sebelum tu but kitorang keluar pegi pasar karat pulak time tu. But malam tu dia tinggalkan White Card and suruh kitorang isi. Pagi tu dia akan check betul ke tak. So masa dia check tu dia suruh betulkan sikit2 then ok. Yeahh takyah risau camne nak isi White Card. Selalu kalau pegi memana mesti umi tolong isikan. Aku tunggu sign jee. Oh passport jangan lupaa bawak. Pastikan tak expired lagi. Macam aku aritu, seminggu sebelum pegi passport expired cukup2 6 bulan. Tak boleh ye guys kena melebihi 6 bulan. Terpaksa la pegi UTC Keramat nak buat passport baru. Sekejap je siap. Tak sampai sejam pun sebab tak ramai orang. Now passport aku suci bersih je. And gambar passport tembam. Mencikkk.

Untuk pakej USS kali ni. Aku order dengan PakejUss.com . Harga dalam RM 198 inc transport, meal voucher and gift voucher. Meal voucher dia bagi SGD 5 and boleh guna kat mana2 restaurant dalam USS cuma kena tambah duit sikit la sebab makanan dalam tu mahal2 but jimat laa SGD 5 kann. Untuk gift voucher tu SGD 5 juga tapi hanya boleh digunakan untuk purchase SGD 35 ke atas dalam single receipt. So far aku memang puas hati dengan service dia ni. Cepat, mesra and handsome. Ehhhhh. HAHAHA takdelah tapi aku memang recommend laa sape nak pegi USS guna pakej dia ni. Taklah mahal sangat and tak payah risau pasal transport

Jadi pagi tu aku diberi tiket USS, meal voucher, gift voucher and map. Oh map ni penting ye. Map ni la untuk korang plan ride mana patut naik so that korang tak termiss satu pun rides. Rugi kot bayar mahal2 tapi tak main semuaa. Satu kerugian besar itu. Lepas dapat tiket semua, tunggu bas datang amik kat hotel la.



'Wefie' dulu satu kali. Time ni makeup tengah lawa lagi. Pagi lagi ni


Bas sampai je terus naik. Ok awkward sebab ramai dah atas bas tu. Diorang semua stay kat Tune Hotel, Kitorang je yang stay kat Aman Sari ni hah. Dah duduk tu kena isi nama. Kira macam kehadiran la so that takde la yang tercicir ke apa nanti. Mari bertolak. First stop kat Imigresen Malaysia dulu. Sini senang la. Tak beratur lama sebab boleh lalu ikut auto gate je. Masa ni ingat nombor plat bas. Kang ternaik bas lain naya je. Masa sampai CIQ Singapore tu, beratur panjangnyaa lahaii. Dah la sejuk situ. Aku tak bawak sweater plak tu. Hadap je la. Nak tangkap gambar tak boleh ye situ. Nanti kena denda. So after settle semua naik bas balik dan bertolak lah kita ke USS. Perjalanan mengambil masa dalam sejam lebih camtu la. Serious aku ingat dekat. Jauh rupanya. Sampai tertido aku. Bila masuk area Sentosa tu, terus excited, semangat bangun nak jadi orang pertama turun bas. Hehe. Naik2 ekskalator jee. Tadaaa


Dapat jugak. Selalu tengok orang jee



Lama betul kitorang posing depan globe ni. Orang lain semua dah masuk. Moh2 la kita masuk. Nanti beratur panjang. Masuk2 jee terus excited. Wuuuuu. Rasa macam kat tempat lain. Lawanyaa




Wow! Wow! Wow! . Terus lelaju bukak map nak tengok patut main yang mana dulu. Oh kalau takde map boleh amik kat kaunter ye. Takpun kat pintu masuk tu. Cari yang English. Kalau teramik yang cina kang pusing plak kepala otak tu nak baca.hehe. Ni map tu




Masuk2 tu korang akan melalui Hollywood dulu. Then boleh pilih nak ke kanan ke kiri. Macam aku aritu, aku pilih untuk ke kiri dulu. Menghala ke Madagascar dulu. Sebabnya game kat situ santai2. Untuk budak2. Pagi2 lagi kot, takkan nak naik roller coaster terus. Mau terbelahak dekat situ. Lagipun ramai yang menghala ke arah kanan so taknak buang masa marilah ke kiri. Oh yee masa sampai tu hujan adalah renyai2. Not good tapi nasib baik tak lebat.

Kat Madagascar ride tu, semuaa budak kecik. Fineee so aku naik la jugak. Dia macam masuk dalam gua then cerita pasal Madagascar semua. Ok best la jugak. Mudah terhibur aku ni. Next pegi kat Far Far Away. Kat sini first ride kitorang naik roller coaster but biasa je. Maybe untuk budak2. Oh ye kalau pegi dua orang camni best sebab boleh skip2 queue. Kalau group memang leceh la nak tunggu beratur panjang. And certain ride ada yang boleh untuk single rider. So kalau korang jenis yang tak suka tunggu lama and boleh berpisah dari group better beratur kat lane single rider.




Gambar atas tu depan Shrek 4D Adventure. Dekat Far Far Away jugak. Masa ni tengok ramai amik gambar kat sini. So macam nak jugak la. Beria tau aku amik gambar nak bagi nampak castle tu. Tapi still tak cantik jugak. Orang dah makin ramai so give up. Then depan tu ada macam lorong tersorok and ada patung prince frog. Bila diri kat situ baru perasan. Lawa rupanyaa bila amik gambar. Hasilnya..


Boleh la daripada takde. =P


Then kitorang masuk kat Shrek tu.Dalam ni korang akan diberi spek 4D tu. Mula2 dia cerita la sikit2 dulu. But bosan gilaaaa. Then bila dah masuk dalam hall tu baru best. Pakai spek. Lagi2 bila kena ludah dengan donkey. Damn je rasaa. Hahaha. Lepas Shrek kitorang naik pulak Puss In Boots. Ni kira rides yang agak baru gak la. Not bad la best dia. Roller coaster. Again sebab aku ni perangai macam budak2 so macam mudah terhibur la.


Puss In Boots 


 Next we proceed to The Lost World. Oh untuk first round ni kitorang decide naik main2 dulu semua. Then second round baru pusing2 amik gambar. Dekat The Lost World ni, mostly game dia adalah yang basah2. So be prepared. Bawak baju hujan kalau taknak baju basah. Kalau nak beli kat dalam mahal kot. Around SGD 4 and kalau nak keringkan baju I think aroung SGD 5. Kat sini kitorang main kat Jurassic Park Rapids Adventure je. Best kot situu. Habis basah seluar and kasut aku. Yang satu bot dengan aku tu semua pakai baju hujan. Aku je malas nak bawak. Biar lah basah pun. Cuma tak sempat naik main Canopy Flyer sebab waktu menunggu time tu 1 jam 15 minit. Tak kuasa aku.

Next adalahhh


Revenge of Mummy


Hoii best ni. Dua kali aku naik ride ni. Roller coaster dia serious best. Tak seram sangat tak bosan sangat. Sedang sedang je. Untuk naik rides ni tak boleh bawak beg or barang apa-apa ok. Barang semua simpan dalam locker. Oh jangan risau locker adalah free untuk 45 minit pertama. Lepas tu bayar la. And masa free tu berbeza mengikut tempat. Macam kat area Sci Fi, locker dia free untuk 2 Jam. Kira ok la sebab time tu waktu menunggu nak naik roller coaster dalam sejam camtu. So pastikan waiting time tu berapa lama before nak guna locker. Pandai2 la korang plan camne. Locker ni ada dua cara nak guna, pakai cap jari and pakai password. Aku pakai cap jari je. Malas nak fikir2 password ni. Cap jari jugak senang.


Yg belakang tu Treasure Hunter. Tp aku tak naik sbb macam bosan je. Kalau ada anak sesuai la kot.

Korang tengok la gambar tu. Masa tu dah second round means dah habis main semua rides. So masa bergambar. Tudung dah semacam time tu lepas dah berpusing macam2 roller coaster. So nasihat aku pakai tudung yang korang selesa and yang korang nampak cun je. Suggestion aku kalau nak gambar korang cun je, bergambar dulu baru main semua rides but I don't think you will have enough time or main semua rides dulu and redho muka korang macam mana2 pun.

Finally, yang ditunggu tunggu.


Battlestar Galactica


Aku sempat main yang kaler biru tu je. Yang merah tu waktu menunggu lama sangat. At by the time aku habis yg biru tu sekali hujan renyai so macam takut la nak naik roller coaster merah tu. Dah la outdoor. Mesti licin. Takut la pape jadi. So moh la naik yang biru. Again semua barang tak dibenarkan. Termasuklah telefon bimbit. Lama gila tunggu dalam ni. Sejam jugak la. Mengantuk.



Yang biru tu aku naik. Kaki tergantung. 

Bila dah sampai turn tu, korang actually boleh request nak duduk depan sekali. Tapi kena tunggu lagi sekali la. Aku tak sanggup. Rides ni sekejap je. Tak sampai seminit pun. Tengok2 dah sampai. Eh2 tak puas pulak rasa. Rasa nak naik lagi sekali. Duduk depan pulak. Hahaha. Eh tapi serious tak puas. Best kot walaupun rasa macam nak terkeluar jantung.

 Lepas dah main semua apa lagi cari makan laa. Lapar betul kut. Buat yang first time datang jangan risau, tempat makan halal adalah sangat banyak kat sini. Boleh refer dekat map tu. Kitorang pilih nak makan benda heavy so foodcourt kat Madagascar la apa lagi. Harga boleh tahan. Standard theme park la. Kalau convert memang rasa mahal sangat. Aku dengan At pilih makan Nasi Lemak Fried Chicken. Harga dalam SGD 11 . Nasib baik ada voucher makan SGD 5 so bayar SGD 6 je la. Dapat free ice cream orange. Yummy lama tak makan ice cream tu.


Nasi Lemak Ayam Goreng. Ayam tu sedap tak berminyak sgt. Healthy skit la




After dah habis makan, pusing pusing dekat New York pulak. Sini lawa la untuk bergambar. And yang bawak anak kecil, sini sangat sesuai sebab ada Sesame Street.



Map sentiasa di tangan.


NY National Library. Time aku post gambar ni kat Insta, kawan aku ingat aku betul2 pegi New York. Terkejut diorang. Manalah eden mampu nak ke sana. InsyaAllah one day.


Sementara tunggu At pegi surau aku pusing la sorang kat New York street ni. Skali ada orang buat show pulak. Ramai betul orang. Terpaksa la menjengket nak tengok. *oh ya surau terletak dekat area locker dekat Battlestar Galastica tu. Dia macam kebelakang sikit. In between Egypt dengan rollercoaster.





Bila At dah siap solat, kitorang just pusing pusing je dalam tu. Sebab tak tahu nak pegi mana dah. Lagipun masa pun dah suntuk. Tak banyak game boleh main. Sempat jugak la masuk kat tempat budak-budak main game meatball ape tah tu. Oklah walaupun kitorang je adult tanpa anak dalam tu. Maluuu. hahaha. Then lalu kat area Sci Fi. Tengok2 eh dah buka Transformer tu. Mula2 masa kitorang pegi sebelum tu dia tutup sekejap, nasib kitorang lalu balik area tu. Apa lagi marilah masuk sebab dengar2 tempat ni adalah wajib masuk. Beratur panjang jugak tapi takdelah lama sangat menunggu. And keputusannya..SANGAT SANGAT RECOMENDED MASUK SINI. BEST BETUL WOII. Hahahaha. Siapa pegi USS tapi tak masuk sini adalah rugi. Aku nak masuk lagi sekali tapi masa suntuk betul. So pukul 7 tu kitorang dah keluar dari USS sebab bas datang 7.30. Before balik bergambar lagi kat globe luar ni



 Yey! Berjaya jugak trip kitorang kali ni ke USS. Berapa kali tah plan. Dari mula masuk diploma sampai dah habis belajar. Nak konvo dah pun baru dapat pegi walaupun berdua je. Plan ramai2 punyalah beria. 

First time naik train JB-KL.


Oklah till then. Tata.


Saturday, September 5, 2015

Trip ke JB-USS Part 1

Hello guys,

Today I want to share with you guys about my trip to Universal Studio Singapore. Ok tiba-tiba sangat nak sharekan. Saja nak tukar angin. Ni kan blog macam2 ada. Hahaha. First of all, aku nak cakap yang trip ni, trip aci redah je. Plan pun macam ada takde je. Actually memang dah lamaaaaaa sangat plan nak ke USS. Asyik dengar orang duk bercerita je kan, so ada rasa teringin la nak pegi tapi haruslahh kena kumpul duit dulu. Gilaa koo tiket masuk saja dah beratus. 

Now let the story short, aku pegi time birthday aku aritu. Seminggu sebelum aku dah ajak Ama teman pegi cari tiket train ke JB. Ok malu nak cakap tapi aku first time naik train so agak tercangak-cangak gak la kat KL Sentral tu cari tempat nak beli tiket. Nasib jumpa. Nama je budak tourism tapi nak beli tiket train pun tak tahu kat mana :P . Dah sampai kat kaunter sekali takde pulak tiket ke JB untuk date aku nak tu. So backup plan adalah pegi JB naik bas and balik KL semula naik train. Oh yeah oh yeah. 

Dah beli tiket train, marilah kita jejak TBS pulak untuk beli tiket bas. First timee woooo sampai TBS. Lawanyaa masyaALLAH. Maju dah Malaysia. Apa lagi terus la beli tiket. Rupanya boleh beli kat mana2 kaunter je. Memang mudah sangat laa TBS ni. Now let the story short, sampai lah aku ke JB. Yeay akhirnyaaa. Terjadi lah jugak trip berdua dengan Att ni. Gilaaa laa cakap nak travel dengan coursemate, dah habis belajar baru jadi. Hahaha

Sampai2 je Terminal Bas Larkin, apa lagi cari Kacang Pool laa. Aku teringin kott nak rasaa. Serious tak pernah makan. So apa lagi..laju2 la berpusing2 cari tempat tu. Rupa2nya lintas jalan jeee. Sampai je medan selera tu terus order and tadaaa..




Kacang Pool


Hoi2..sedapnyaaaaa lahaii. Sampai sekarang teringin. Mana nak cari ni oiii kat KL ? Haha. So lepas makan2 ni..marilah kita pegi check in hotel pulak. Trip ni aku duk kat hotel Aman Sari Ekspress. Harga dia not bad laa. RM 220 untuk dua malam. Kira ok la jugak. Patutnya amik Tune Hotel, murah skit tapi tak tahu la kenapa dua2 bengong tak terpikir pulak. Fikir nak cari hotel yang dekat dengan bandar jee. So nak ke hotel, terpaksa laa menapak cari teksi. Tapi nasib baik teksi banyak kat terminal ni. Pilih je memana. Time aku pegi tu..aku baru nak cari teksi bajet skali ada pakcik teksi ni approach tanya nak pegi mana semua. Bila kitorang cakap hotel Aman Sari terus dia cakap dia tahu and boleh hantar. So kitorang naik jelaa. 

There goes the worst part of the trip. Teksi tu bukan bajet teksi rupanya. Serious tak perasan. Naik2 meter dah memang RM 6. Damn. Lepastu pakcik teksi tu terlebih peramah plak. Ok fine nak peramah tapi peramah diaa sangat menyakitkan hati. Dah laa duk kutuk2 hotel yang kitorang nak stay ni. Cakap tempat Nepal la apa lah. Serious malas nak layan. Then sibuk duk tanya2 nama jalan kat Johor ni. Helloo siapa orang Johor sekarang ni. Dah habis tu dia bukak pulak topik politik which I don't really interested. Bila cakap tak berapa minat, boleh pulak nak perli2. Fineeee. Aku pandang jee meter tu naik banyak dah. Boleh pulakkk dia salah jalan. Pegi hantar kat hotel Aman Sari area bandar tu. Pastu bila cakap salah, dia boleh cakap 'oh kalau bukan sini, Aman Sari lagi satu la ye' . Ohhh myyy tadi kat terminal beria dia cakap tahu. Att pun apa lagi, terus dia bukak waze. Pak cik dia bila tengok Att bukak waze, boleh pula dia main2 cakap dia nak ikut waze laa sebab jalan waze macam betul je. Hisshhh aku rasa nak tembak je pak cik ni.

Sampai kat hotel, ambik kauu RM 33 tuuu. Mahai benoo. Tu pun ada hati nak suruh kitorang amik contact dia. Jangan harap. Tapi aku pura2 la taip no dia. Tak save pun. Huh. After check in, masuk bilik laa. Not bad laa bilik dia. Kecik je. Muat katil double tu and ruang sikit untuk solat. Kira oklah harga tu sebab inc breakfast lagi. After dah wash up semuaa, marilahh tengok JB di waktu malam. Since hari tu birthday aku. Apa lagi pegi claim laa air Boost free. Oh yeah. Jimat duit. Turun bawah..suruh abang kaunter tu call teksi untuk ke Komtar.


Boost free uollsss



Pusing2 komtar sampai bosan. Tapi sebab nak pegi Pasar Karat so pusing je la dalam tu. Sempat laa bergambar sekeping dua. Hahaha






Around 8.30 kitorang gerak ke Pasar Karat. Jenuh gak la nak cari jalan. Tu pun terpaksa bukak waze. Dah la malam. Dua2 perempuan lak tu. So agak scary. Bila dah sampai terus excited. Tapi aku ada sedikit kecewa laa sebab Pasar Karat tu dah bezaaaa banyak gila banding dengan aku pegi time semester 2 dulu. Kedai dah tak banyak. Price is quite pricey. Sedihnyaa. Dah laaa aku dengan Att teringin nak makan kat gerai area situ tu. Yang ada jual otak2 tu. Sekali dia dah tutup kott. Kawasan tuu banyak dah berubah. Ok terus sedih. Balik tido. Hahaha . Next entry baru pasal USS. Byee.