Wednesday, December 14, 2011

The One (part 1)

Yasmin berjalan perlahan menuju ke kantin di mana rakannya sedang menunggu.Dia melihat rakannya sudah pun menjamu selera.Dia mengeluh memikirkan yang hanya dia seorang tercampak berlainan blok dengan rakan-rakannya.

"Oitt makan tak tunggu kite pun.Ape punya kawan la ni" kata Yasmin sambil mengambil tempat di sebelah 'kembarnya',Shima.Yasmin dan Shima seringkali bersama dan susah untuk berpisah.Ke mana Yasmin pergi pasti ada Shima di sebelahnya.

"Awak lambat sangat kot.Lama kitorang tunggu kot.Kenapa lambat?"tanya Lyna sambil mengunyah roti.

"Biasalah tadi subject account kot.Cikgu Lee tu memang selalu lambat bagi keluar.Ada je dia membebel.Tak faham kite" kata Yasmin

"Cikgu Lee tu memang.Merepek banyak daripada mengajar.Eh Dayah,Nurul mana? Tak turun rehat ke?"tanya Lyna

"Dia bertugas la.Dia kan pengawas berdedikasi la sangat kan.Nanti kejap lagi muncul la muka dia tu" kata Dayah.

"Hah tu pun minah sorang tu.Memang berdedikasi pengawas sorang ni.Rehat tak habis lagi dah muncul" bebel Lyna.Lyna memang seperti mak dalam kalangan rakannya kerana dia sering membebel.

"Apa2 mengumpat la tu.Macam tak tau jee" kata Nurul sambil mengambil tempat di sebelah Lyna

"Perasann sapa nak mengumpat awak? Bukan best pun.Kitorang tengah cakap pasal Super Junior la.Diorang kan nak datang Malaysia 3 bulan lagi"kata Yasmin

"Tak ek? Ok2.Eh Min awak jadi pegi kan lawatan pegi rumah anak yatim 2 minggu lagi? Awak dah order t-shirt?"tanya Nurul,memandang ke arah Yasmin

"Hmm pegi tapi t-shirt tak order lagi.Balik sekolah karang la.Ada meeting kan harini?"tanya Yasmin.Dia,Nurul dan Dayah merupakah ahli kelab kebajikan namun Dayah tidak dapat mengikuti lawatan itu.Lyna dan Shima pula merupakan ahli kelab pencinta alam.

"A'ah laa ade meeting.Lupa pulak.Ok2 eh loceng dah bunyi la.Pegi masuk kelas cepat.Pengawas nak rehat pula ni.Lapar"arah Nurul kepada rakan-rakannya

"Ish pengawas sorang ni.Memang berdedikasi sungguh.Time makan laju jee"bebel Lyna sambil bangun.Nurul hanya menarik sengih sambil menjelirkan lidahnyaa. =P

No comments: