Wednesday, May 13, 2009

Cinta Beg Putih(part 35) END

4 tahun kemudian..

Faz sedang asyik menyiapkan lukisan kerjanya apabila seseorang mengetuk pintu.Faz memandang ke arah pintu dan tersenyum.Anaknya Rizal Hakim berjalan terkedek-kedek ke arahnya.Faz mendukung anaknya itu dan mencium pipi anaknya bertalu-lalu.

"Sayang mama ni comot sangat la.Makan ape tadi?"tanya Faz sambil mengelap pipi anaknya yang comot itu.

"Akan olat"jawab anaknya,pelat.

"Hah??!! makan ulat??!! Abangg!!!!"Faz menjerit terkejut.Anaknya pun turut sama terkejut mendengar jeritan ibunya itu.Hakimi pantas berlari masuk ke dalam bilik
apabila mendengar jeritan isterinya itu.

"Hah2!! ade ape menjerit-jerit ni?cicak masuk dalam baju ke?"tanya Hakimi

"Abang..anak kita ni.Dia makan ulat."kata Faz.

"Hah?!! makan ulat?Bile pulak dia makan ulatnya?"tanya Hakimi kehairanan

"Ni hah..mulut dier comot-comot then saya tanya la nape mulut dia comot,dia cakap dia makan olat."kata Faz.Hakimi terpinga sebentar dan kemudian tergelak kuat.Faz kehairanan melihat suaminya tergelak.

"Ish gelak pulak dia? Perkara serius camni pun abang boleh gelak ke?"tanya Faz.Hakimi menggeleng-gelengkan kepalanya bersama ketawa yang masih bersisa.Dia kemudian duduk di sisi Faz.

"Sayang..anak kita tu baru 3 tahun.Cakap pun pelat.Sebenarnya tadi abang bagi dia makan coklat.Tu yang comot.Lain kali dengar la betul-betul anak kita cakap tu.Ni tak ade ke cakap anak kita makan ulat.lawak-lawak.Leh join Raja Lawak la sayang."kata Hakimi sambil tergelak.Faz mencubit lengan Hakimi.

"Eleh..cakap orang dia pun sama.Sape la mase akad nikah dulu tu..orang suruh mengucap dier ke beristighfar.Malu je."ejek Faz sambil tergelak.Muka Hakimi sudah kemerahan menahan malu.

"Haish orang nervous la time tu.Tu yang salah cakap.Sayang ni..tak baik tau gelakkan abang"kata Hakimi.Merajuk.

"Eleh..dier gelakkan orang takpe plak.Kuat lak tu dia gelak tadi.Ala la jangan la merajuk abang sayang oii.Hakim tengok papa tu.Kuat merajukkan.Hakim ble besar nanti jangan kuat merajuk macam papa tau.Susah mama nak pujuk nanti kalo dua-dua merajuk."Faz berbicara bersama anaknya seolah-olah anaknya itu faham.Hakimi tergelak melihat telatah Faz.Dia memeluk Faz dan anaknya dan menghadiahkan kucupan di pipi Faz.Hakim memandang mama dan papanya dan tergelak-gelak sambil bertepuk tangan.

*************************************************************************************

Hakimi memarkir keretanya di hadapan rumah Atieqah dan memandang ke arah isterinya.Faz tersenyum dan membuka pintu kereta.Dia melangkah turun daripada kereta sambil membetul-betulkan bajuknya.Dia dan Hakimi kemudian berjalan masuk bersama ke rumah Atieqah.Faz tersenyum apabila terlihat kelibat Atieqah.Dia melambai-lambai ke arah Atieqah dan berjalan pantas.

"Hallop Atieqah.Nah hadiah.Happy Anniversary.Waa!! Atieqah cantik la.Patutlah Hasbullah ske.Sampai sanggup tunggu bertahun-tahun tu!!"kata Faz.

"Haha awak pun sama.Bersama gak ngan Hakimi.Dulu selalu tengok beg dia je.Beg Putih!.Apa jadi ngan beg putih dia sekarang? Awak tak tanya dier ke?"

"A'ah la.Asal nampak beg putih je mesti ingat dia.Tah la..pegi mana tah beg tu.Dalam tong sampah kot.Tah tak tanya."kata Faz sambil tergelak.Hakimi di belakangnya tersenyum-senyum.Faz berbual-bual dengan rakan-rakannya yang telah agak lama tidak berjumpa.Puteri kini sudah bertunang dengan kekasih hatinya.Daz pula kini bekerja sebagai graphic designer yang berjaya.Kawan-kawannya yang lain juga masing-masing sudah berjaya dan ade juga yang sudah berkahwin.

********************************************************************************

"Hakim..meh kat papa jap"panggil Hakimi.Hakim terkedek-kedek berjalan ke arah papanya.Hakimi mengangkat Hakim dan meletakkannya di atas katil.Faz yang duduk di atas katil mengambil Hakim lalu diribanya.Dia kehairanan apabila Hakimi mengambil sesuatu dari bawah katil.Kelihatan seperti sebuah beg.

"Hakim..papa nak bagi hadiah kat Hakim.Nah..ni beg yang paling papa sayang.Ni juga beg yang membuatkan mama kamu jatuh cinta pada papa.Kan mama kan?"tanya Hakimi sambil mengenyitkan matanya.Hakim mencapai beg itu dan menepuk-nepuk beg itu.Dia kemudian memandang mama dan papanya kemudian mengambil beg itu dan memberinya kepada mamanya.Faz mengambil beg itu sambil tersenyum

"Beg ni banyak kenangan kan sayang."kata Hakimi.Faz hanya tersenyum.'Cinta Beg Putih' hati Faz berbisik.Faz kemudian mencium pipi Hakimi dan kembali memandang beg itu sambil tersenyum.

THE END

P/S:SORRY LAMBAT PUBLISH KERANA SEDIKIT BUSY DENGAN STUDY.CBP NI DA THE END.MUNGKIN LEPAS NI AKAN ADA CITA BARU.TAPI TAK JANJI LA.TQ KERANA SUDI BACA CERITA NI.JIKA TAK BEST SILA KOMEN KERANA KOMEN ANDA MUNGKIN DAPAT MEMBANTU SAYA MEMBUAT KARYA YANG LEBIH BAIK.KALO BEST PUN KOMEN GAK LA.HAHA.TQ.