Thursday, April 23, 2009

Cinta beg putih(part 34)

Pada pagi Ahad itu Faz mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan atau lebih tepat bershopping.Dia bosan duduk keseorangan di rumah.Faz bersiap-siap.Dia kemudian menelefon Eliana untuk bertanyakan jika dia ingin keluar bersama-sama.Tetapi malangnya terpaksalah Faz keluar seorang diri.Dia tidak kisah akan hal ini kerana dia sering keluar bersendirian.Ingin mengajak tunangnya Hakimi,Faz tau Hakimi mungkin penat kerana malam semalam dia telah bekerja waktu malam.Faz mengambil keputusan untuk pergi ke Midvalley.Sejak kejadian di Midvalley dulu,dia tidak lagi pergi ke sana.

Midvalley,

Faz membelek-belek pakaian yang terjual di kedai itu.Sedang asyik dia melihat tiba-tiba dia terlanggar seseorang.Faz berpusing untuk meminta maaf.Apabila saja dia berpusing,Faz terkejut melihat orangnya dilanggarnya itu adalah kawan lamanya sendiri ataupun kawan yang telah menyakiti hatinya.Balqis.

"Err..sorry"kata Faz lalu cepat-cepat dier berlalu namun langkahnya terhenti apabila Balqis memanggil namanya.Balqis kini sudah berdiri di hadapannya.

"Err..hai Faz..err..hmm..lama kita tak jumpa kan"kata Balqis.

"Hmm..kau nak ape?"kata Faz kasar.

"Err..aku ada mende nak cakap ngan kau skit.Tapi aku rasa tempat ni tak berapa sesuai.Jom aku belanja kau makan kat Sushi King."ajak Balqis.Faz berfikir sejenak lalu mengangguk.

Sushi King,Midvalley

"Hmm apa benda yang kau nak cakap?cakap la cepat.aku ade banyak lagi hal ni"kata Faz setelah pelayan tadi berlalu selepas mengambil order.

"Hmm..camni.aku nak minx maaf sebab sakitkan hati kau."kata Balqis

"Tu je? Aku da lama maafkan kau"balas Faz

"Hmm..ada lagi.Aku dengar kau akan kawin ngan Hakimi ek 2 bulan lagi?"tanya Balqis.

"Yup.kenapa?"

"Tak de pape la.aku saja tanya."

"Eh aku pelik la.camne Hakimi boleh hantar rombongan meminang aku?Bukan dulu kau cakap kau nak amik Hakimi ke? Camne kau boleh terlepas dia?"tanya Faz sinis.

"Err..Actually aku ngan Hakimi tak penah declare pape.Kitorang kawan je.Kadang-kadang je
kitorang borak.Macam-macam cara yang aku guna untuk tackle dia tapi kau tau..dia sayang sangat kat kau.Masa dia tau kau couple ngan Rizal dulu,hati dia hancur dan kau tau,dia menangis depan aku.Kesian aku tengok.Tapi hati aku lagi sakit sebab kau telah berjaya mencuri dua hati orang yang aku sayang.Sebab tu aku pura-pura menggoda Rizal di depan kau.Aku nak bagi kau sakit hati dan aku serahkan Rizal kembali kepada kau kerana aku tau Rizal menghidap penyakit barah.So aku nak Rizal happy sebelum dia mati.Pasal Hakimi lak,lepas Rizal mati aku tengok Hakimi happy gila and dia telah rancang sesuatu masa kau kat Korea lagi.Kalo kau nak tau lagi,kau tanya la Hakimi sendiri.Tu je yang aku boleh cakap.Faz lagi sekali aku nak minta maaf kat kau.So friend?"tanya Balqis sambil menghulurkan tangannya.Faz menyambut tangan Balqis itu lalu tersenyum.Mereka akhirnya tergelak sambil menjamu selera.

************************************************************************************

Faz terbaring di atas katil.Jam menunjukkan pukul 3.30 petang.Dia tertidur.Namun tidak sampai lima minit dier tertidur,handphonenya berbunyi.Faz tahu panggilan itu daripada Hakimi kerana dia telah mengsetkan nada dering khas untuk tunangnya itu.

"Hello"Faz menyapa malas.

"Hello sayang.Awak tengah buat apa tu? Kenapa suara macam malas je ni? Awak tidur ke? Saya ganggu ek?"tanya Hakimi bertubi-tubi.

"Hmm..ya saya baru nak terlelap awak da call."

"Ouh.Tak pe saya bagi awak tidur sampai pukul 4 je.Pukul 4.30 saya datang amik awak?"

"Amik saya? Nak g mane?"tanya Faz,hairan.

"Saya nak bawak awak pegi jogging.Bagi hilang sikit lemak yang berketul-ketul kat badan awak tu.Nanti time bersanding takdelah awak nampak gemuk"kata Hakimi sambil tergelak.

"Hakimi!!.Eeiii geramnya.Tak nak la pegi camni"

"Ala la sayang2 busyuk2.Jangan la merajuk.Nak abang pujuk ke?"usik Hakimi

"Eeii.geli je"

"Ye la tu geli.Padahal dalam hati suka saya cakap camtu kan?.Ok la sayang.Sayang tidur la.Ingat kul 4.30.Kalo tak saya cakap kat ayah awak yang awak ingkar cakap suami."

"Haiya..ape suami2 ni?Bila pulak saya kawin ngan awak?"tanya Faz

"Sayang2.Nak kata pekak tak.Saya cakap bakal suami,awak dengar suami.Nampak sangat awak tak sabar nak kawin ngan saya kann?"kata Hakimi.

"Rezza Hakimi!!!!!!!!!"

"Ye sayang.bye sayang.Love you sayang."kata Hakimi lalu meletakkan gagang telefon.Faz mematikan talian telefon dan berbaring dan akhirnya zzzz.

____________________________________________________________________________________

Maaf kerana terlewat mempublish part 34 ini.Perkara ini terjadi apabila mood malas telah menyerang.Oh ye ayat-ayat dalam part ini telah dibuat ketika otak sedang bercelaru dan dalam keaadaan mabok setelah menghisap dadah.hahah gurau je.papehal enjoyzz.

yang benar
Daz Dianza

2 comments:

Miss Kira said...

hehe..
apa tujuan balqis ckp mcm tu..
dia tu napa
sakit jantung ke
hehe..
cpt post n3 bru..

umar_skyscooter said...

Aslkm,ape khabar?nice blogging,nak share ler,Jom join blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni yer,ok bye