Sunday, April 12, 2009

Cinta beg putih(Part 33)

Faz sudah selamat menjejakkan kakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Sudah 8 tahun 6 bulan sejak kematian Rizal,dia berada di Korea.Kini di kembali semula ke negara kelahirannya.'Waa!rindunya Malaysia.'jerit hati kecil Faz.Faz mengambil beg nya dan berjalan keluar.Matanya mencari-cari kelibat ayah dan ibunya.Dia tersenyum apabila terlihat kelibat ibu dan ayahnya.Dia menolak troli yang dipenuhi beg dan barang-barangnya ke arah En.Fauzi dan Pn.Azizah yang telah lama menunggu.

"Assalammualaikum mama.mama ngan papa sihat?"tanya Faz sambil menyalami tangan ibu dan ayahnya.Pn.Azizah memeluk anaknya itu.

"Papa dengan mama sihat sayang.Kenapa anak mama ni cam da kurus je sekarang?Faz tak makan ke kat sana?"tanya Pn.Azizah.

"Makan la mama.Faz rasa Faz banyak makan sekarang ni.Tapi tu la badan Faz ni tak nak naik.haish."

"Eh jom la.Kita sambung cite kat umah.Papa ngan mama de something mau bagitau Faz.Harap Faz sabar ek"kata En.Fauzi sambil menolak troli anaknya itu.Faz hanya memandang kekeliruan.Dia berjalan mengikut ayah dan ibunya ke tempat parking.

******************************************************************************

"Faz tambah lagi nasi ni sayang.Makan banyak sikit.Faz ni mama tengok cam orang tak cukup makan je"kata Pn.Azizah sambil menghulurkan mangkuk nasi kepada Faz.Faz mengambil mangkuk nasi itu dan meletakkannya di tepi.

"Mama,perut Faz ni da full la.Takleh nak masuk da"kata Faz sambil tersengih.

Selepas menjamu selera,Faz membantu Pn.Azizah mengemas meja.Dia kemudian duduk di ruang tamu bersama ayahnya.Pn Azizah datang sambil membawa puding caramel yang dibuatnya tengahari tadi.

"Faz,papa ngan mama ada bende sikit nak cakap ngan Faz ni."kata En Fauzi memulakan bicara.Faz menyuap sedikit puding caramel kedalam mulutnya.

"Ye papa.Ada ape?"

"Macam ni.Umur Faz kan da 28 tahun.Jadi kami ingat eloklah kalo Faz mendirikan rumahtangga."

"Tapi papa,Faz tak sedia lagi la"bantah Faz.

"Sayang,mama rasa cadangan papa tu elok.Lagipun dua minggu lepas ada rombongan datang meminang Faz dan kami telah pun menerimanya.Minggu depan majlis pertunangan dan 3 bulan lagi kamu akan berkahwin."terang Pn.Azizah

"Tapi mama.."

"Takde tapi-tapi lagi.Keputusan kami adalah muktamad"kata En Fauzi lalu bangun dan masuk ke biliknya.

"Mama pasti kamu akan berterima kasih ngan kami nanti.Nah ni no telefon dan gambar bakal tunang kamu tu"kata Pn.Azizah sambil tersenyum.Dia kemudian berlalu meninggalkan Faz sendirian di ruang tamu.

********************************************************************************

Faz termenung di biliknya.Dia masih tidak bersedia lagi hendak kawin.Faz bangun dan menuju ke bilik air.Dia kemudian menunaikan solat istikharah.Usai menunaikan solat.Faz tertido.Di dalam tidurnya dier terlihat satu cahaya yang terang dan dia melihat arwah Rizal tersenyum kepadanya.Faz terkejut dan terjaga daripada tidurnya.Dia memandang ke sekeliling sambil beristighfar.Dia kemudian kertas dan gambar yang diberi ibunya tadi.Dia melihat nombor yang tertera di kertas itu.'haish macam penah tengok je nombor ni.kat mane ek?argh kebetulan je kot.Dia melihat pula gambar yang diberikan oleh ibunya itu.What the..? Biar betul?.Faz mengosok-gosokkan matanya untuk memastikan matanya ok.

Faz mencapai phonenya yang terletak di atas meja.Dia mengerling jam di meja itu.4 pagi.Dia tidak peduli.Dia mesti menelefon bakal tunangnya itu untuk meminta penjelasan.Selepas tiga deringan suara bakal tunangnya kedengaran di phonenya.

"Hello.Ye Fazrina.Kenapa awak call saya pagi-pagi buta ni?"tanya bakal tunangnya itu.

"Rezza Hakimi!!! Apa yang awak da buat ni hah?! Kenapa awak tak bagitau saya?"

"Bagitau ape ni Faz?"

"Yang awak hantar rombongan meminang ni kenapa? Kenapa tak bagitau saya awal-awal?"marah Faz.Hakimi tergelak besar mendengar kata Faz itu.

"Sorry la sayang.Saya nak suprisekan awak.Saya ingat awak suke.Tak sangka lak awak marah."

"Saya tak marah cuma terkejut je.lain kali bagitau la saya siap2.Ni tak sampai2 je rumah mama ngan papa cakap pasal ni.Mana tak terkejut."

"Sorry sangat2 ye sayang.Saya janji takkan wat lagi camtu.Erm sayang jom keluar esok.Saya rindu la kat awak."

"Don't call me sayang la.Esok? erm tak boleh la.Saya ade hal.Next week boleh?Eh nak pegi kursus kawin bila?"

"Haish awak tanya ni cam tak sabar je nak kawin ngan saya.Ha ha.Next month kursus kawin.Saya dah daftarkan.Tugas awak sekarang just beli barang-barang hantaran untuk kawin je.Untuk majlis pertunangan mama awak da siapkan right?"

"Hah?! Cepatnya awak daftar and plan semua-semua ni"

"Mestilah cepat.Mana tau awak berubah fikiran kang nanti"

"Haish.yela2.Eh minggu ni awak jangan cari saya tau.Saya ada banyak bende nak diselesaikan.Eh da kul 6.00 la.Da azan.Saya nak pegi solat subuh.Bye.Ingat jangan call saya sepanjang minggu ni."Faz mematikan talian.Dia kemudian menutup phonenya.Saja nak buat gempak.Faz tersenyum kecil sambil berjalan menuju ke bilik air.

2 comments:

~zuE_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

hu.h.u.u..

besh2x

cepat sambung ehh!

Anonymous said...

cepatla publish!