Thursday, April 23, 2009

Cinta beg putih(part 34)

Pada pagi Ahad itu Faz mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan atau lebih tepat bershopping.Dia bosan duduk keseorangan di rumah.Faz bersiap-siap.Dia kemudian menelefon Eliana untuk bertanyakan jika dia ingin keluar bersama-sama.Tetapi malangnya terpaksalah Faz keluar seorang diri.Dia tidak kisah akan hal ini kerana dia sering keluar bersendirian.Ingin mengajak tunangnya Hakimi,Faz tau Hakimi mungkin penat kerana malam semalam dia telah bekerja waktu malam.Faz mengambil keputusan untuk pergi ke Midvalley.Sejak kejadian di Midvalley dulu,dia tidak lagi pergi ke sana.

Midvalley,

Faz membelek-belek pakaian yang terjual di kedai itu.Sedang asyik dia melihat tiba-tiba dia terlanggar seseorang.Faz berpusing untuk meminta maaf.Apabila saja dia berpusing,Faz terkejut melihat orangnya dilanggarnya itu adalah kawan lamanya sendiri ataupun kawan yang telah menyakiti hatinya.Balqis.

"Err..sorry"kata Faz lalu cepat-cepat dier berlalu namun langkahnya terhenti apabila Balqis memanggil namanya.Balqis kini sudah berdiri di hadapannya.

"Err..hai Faz..err..hmm..lama kita tak jumpa kan"kata Balqis.

"Hmm..kau nak ape?"kata Faz kasar.

"Err..aku ada mende nak cakap ngan kau skit.Tapi aku rasa tempat ni tak berapa sesuai.Jom aku belanja kau makan kat Sushi King."ajak Balqis.Faz berfikir sejenak lalu mengangguk.

Sushi King,Midvalley

"Hmm apa benda yang kau nak cakap?cakap la cepat.aku ade banyak lagi hal ni"kata Faz setelah pelayan tadi berlalu selepas mengambil order.

"Hmm..camni.aku nak minx maaf sebab sakitkan hati kau."kata Balqis

"Tu je? Aku da lama maafkan kau"balas Faz

"Hmm..ada lagi.Aku dengar kau akan kawin ngan Hakimi ek 2 bulan lagi?"tanya Balqis.

"Yup.kenapa?"

"Tak de pape la.aku saja tanya."

"Eh aku pelik la.camne Hakimi boleh hantar rombongan meminang aku?Bukan dulu kau cakap kau nak amik Hakimi ke? Camne kau boleh terlepas dia?"tanya Faz sinis.

"Err..Actually aku ngan Hakimi tak penah declare pape.Kitorang kawan je.Kadang-kadang je
kitorang borak.Macam-macam cara yang aku guna untuk tackle dia tapi kau tau..dia sayang sangat kat kau.Masa dia tau kau couple ngan Rizal dulu,hati dia hancur dan kau tau,dia menangis depan aku.Kesian aku tengok.Tapi hati aku lagi sakit sebab kau telah berjaya mencuri dua hati orang yang aku sayang.Sebab tu aku pura-pura menggoda Rizal di depan kau.Aku nak bagi kau sakit hati dan aku serahkan Rizal kembali kepada kau kerana aku tau Rizal menghidap penyakit barah.So aku nak Rizal happy sebelum dia mati.Pasal Hakimi lak,lepas Rizal mati aku tengok Hakimi happy gila and dia telah rancang sesuatu masa kau kat Korea lagi.Kalo kau nak tau lagi,kau tanya la Hakimi sendiri.Tu je yang aku boleh cakap.Faz lagi sekali aku nak minta maaf kat kau.So friend?"tanya Balqis sambil menghulurkan tangannya.Faz menyambut tangan Balqis itu lalu tersenyum.Mereka akhirnya tergelak sambil menjamu selera.

************************************************************************************

Faz terbaring di atas katil.Jam menunjukkan pukul 3.30 petang.Dia tertidur.Namun tidak sampai lima minit dier tertidur,handphonenya berbunyi.Faz tahu panggilan itu daripada Hakimi kerana dia telah mengsetkan nada dering khas untuk tunangnya itu.

"Hello"Faz menyapa malas.

"Hello sayang.Awak tengah buat apa tu? Kenapa suara macam malas je ni? Awak tidur ke? Saya ganggu ek?"tanya Hakimi bertubi-tubi.

"Hmm..ya saya baru nak terlelap awak da call."

"Ouh.Tak pe saya bagi awak tidur sampai pukul 4 je.Pukul 4.30 saya datang amik awak?"

"Amik saya? Nak g mane?"tanya Faz,hairan.

"Saya nak bawak awak pegi jogging.Bagi hilang sikit lemak yang berketul-ketul kat badan awak tu.Nanti time bersanding takdelah awak nampak gemuk"kata Hakimi sambil tergelak.

"Hakimi!!.Eeiii geramnya.Tak nak la pegi camni"

"Ala la sayang2 busyuk2.Jangan la merajuk.Nak abang pujuk ke?"usik Hakimi

"Eeii.geli je"

"Ye la tu geli.Padahal dalam hati suka saya cakap camtu kan?.Ok la sayang.Sayang tidur la.Ingat kul 4.30.Kalo tak saya cakap kat ayah awak yang awak ingkar cakap suami."

"Haiya..ape suami2 ni?Bila pulak saya kawin ngan awak?"tanya Faz

"Sayang2.Nak kata pekak tak.Saya cakap bakal suami,awak dengar suami.Nampak sangat awak tak sabar nak kawin ngan saya kann?"kata Hakimi.

"Rezza Hakimi!!!!!!!!!"

"Ye sayang.bye sayang.Love you sayang."kata Hakimi lalu meletakkan gagang telefon.Faz mematikan talian telefon dan berbaring dan akhirnya zzzz.

____________________________________________________________________________________

Maaf kerana terlewat mempublish part 34 ini.Perkara ini terjadi apabila mood malas telah menyerang.Oh ye ayat-ayat dalam part ini telah dibuat ketika otak sedang bercelaru dan dalam keaadaan mabok setelah menghisap dadah.hahah gurau je.papehal enjoyzz.

yang benar
Daz Dianza

Sunday, April 12, 2009

Cinta beg putih(Part 33)

Faz sudah selamat menjejakkan kakinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Sudah 8 tahun 6 bulan sejak kematian Rizal,dia berada di Korea.Kini di kembali semula ke negara kelahirannya.'Waa!rindunya Malaysia.'jerit hati kecil Faz.Faz mengambil beg nya dan berjalan keluar.Matanya mencari-cari kelibat ayah dan ibunya.Dia tersenyum apabila terlihat kelibat ibu dan ayahnya.Dia menolak troli yang dipenuhi beg dan barang-barangnya ke arah En.Fauzi dan Pn.Azizah yang telah lama menunggu.

"Assalammualaikum mama.mama ngan papa sihat?"tanya Faz sambil menyalami tangan ibu dan ayahnya.Pn.Azizah memeluk anaknya itu.

"Papa dengan mama sihat sayang.Kenapa anak mama ni cam da kurus je sekarang?Faz tak makan ke kat sana?"tanya Pn.Azizah.

"Makan la mama.Faz rasa Faz banyak makan sekarang ni.Tapi tu la badan Faz ni tak nak naik.haish."

"Eh jom la.Kita sambung cite kat umah.Papa ngan mama de something mau bagitau Faz.Harap Faz sabar ek"kata En.Fauzi sambil menolak troli anaknya itu.Faz hanya memandang kekeliruan.Dia berjalan mengikut ayah dan ibunya ke tempat parking.

******************************************************************************

"Faz tambah lagi nasi ni sayang.Makan banyak sikit.Faz ni mama tengok cam orang tak cukup makan je"kata Pn.Azizah sambil menghulurkan mangkuk nasi kepada Faz.Faz mengambil mangkuk nasi itu dan meletakkannya di tepi.

"Mama,perut Faz ni da full la.Takleh nak masuk da"kata Faz sambil tersengih.

Selepas menjamu selera,Faz membantu Pn.Azizah mengemas meja.Dia kemudian duduk di ruang tamu bersama ayahnya.Pn Azizah datang sambil membawa puding caramel yang dibuatnya tengahari tadi.

"Faz,papa ngan mama ada bende sikit nak cakap ngan Faz ni."kata En Fauzi memulakan bicara.Faz menyuap sedikit puding caramel kedalam mulutnya.

"Ye papa.Ada ape?"

"Macam ni.Umur Faz kan da 28 tahun.Jadi kami ingat eloklah kalo Faz mendirikan rumahtangga."

"Tapi papa,Faz tak sedia lagi la"bantah Faz.

"Sayang,mama rasa cadangan papa tu elok.Lagipun dua minggu lepas ada rombongan datang meminang Faz dan kami telah pun menerimanya.Minggu depan majlis pertunangan dan 3 bulan lagi kamu akan berkahwin."terang Pn.Azizah

"Tapi mama.."

"Takde tapi-tapi lagi.Keputusan kami adalah muktamad"kata En Fauzi lalu bangun dan masuk ke biliknya.

"Mama pasti kamu akan berterima kasih ngan kami nanti.Nah ni no telefon dan gambar bakal tunang kamu tu"kata Pn.Azizah sambil tersenyum.Dia kemudian berlalu meninggalkan Faz sendirian di ruang tamu.

********************************************************************************

Faz termenung di biliknya.Dia masih tidak bersedia lagi hendak kawin.Faz bangun dan menuju ke bilik air.Dia kemudian menunaikan solat istikharah.Usai menunaikan solat.Faz tertido.Di dalam tidurnya dier terlihat satu cahaya yang terang dan dia melihat arwah Rizal tersenyum kepadanya.Faz terkejut dan terjaga daripada tidurnya.Dia memandang ke sekeliling sambil beristighfar.Dia kemudian kertas dan gambar yang diberi ibunya tadi.Dia melihat nombor yang tertera di kertas itu.'haish macam penah tengok je nombor ni.kat mane ek?argh kebetulan je kot.Dia melihat pula gambar yang diberikan oleh ibunya itu.What the..? Biar betul?.Faz mengosok-gosokkan matanya untuk memastikan matanya ok.

Faz mencapai phonenya yang terletak di atas meja.Dia mengerling jam di meja itu.4 pagi.Dia tidak peduli.Dia mesti menelefon bakal tunangnya itu untuk meminta penjelasan.Selepas tiga deringan suara bakal tunangnya kedengaran di phonenya.

"Hello.Ye Fazrina.Kenapa awak call saya pagi-pagi buta ni?"tanya bakal tunangnya itu.

"Rezza Hakimi!!! Apa yang awak da buat ni hah?! Kenapa awak tak bagitau saya?"

"Bagitau ape ni Faz?"

"Yang awak hantar rombongan meminang ni kenapa? Kenapa tak bagitau saya awal-awal?"marah Faz.Hakimi tergelak besar mendengar kata Faz itu.

"Sorry la sayang.Saya nak suprisekan awak.Saya ingat awak suke.Tak sangka lak awak marah."

"Saya tak marah cuma terkejut je.lain kali bagitau la saya siap2.Ni tak sampai2 je rumah mama ngan papa cakap pasal ni.Mana tak terkejut."

"Sorry sangat2 ye sayang.Saya janji takkan wat lagi camtu.Erm sayang jom keluar esok.Saya rindu la kat awak."

"Don't call me sayang la.Esok? erm tak boleh la.Saya ade hal.Next week boleh?Eh nak pegi kursus kawin bila?"

"Haish awak tanya ni cam tak sabar je nak kawin ngan saya.Ha ha.Next month kursus kawin.Saya dah daftarkan.Tugas awak sekarang just beli barang-barang hantaran untuk kawin je.Untuk majlis pertunangan mama awak da siapkan right?"

"Hah?! Cepatnya awak daftar and plan semua-semua ni"

"Mestilah cepat.Mana tau awak berubah fikiran kang nanti"

"Haish.yela2.Eh minggu ni awak jangan cari saya tau.Saya ada banyak bende nak diselesaikan.Eh da kul 6.00 la.Da azan.Saya nak pegi solat subuh.Bye.Ingat jangan call saya sepanjang minggu ni."Faz mematikan talian.Dia kemudian menutup phonenya.Saja nak buat gempak.Faz tersenyum kecil sambil berjalan menuju ke bilik air.

Sunday, April 5, 2009

Cinta beg putih(Part 32)

Hubungan Faz dan Hakimi semakin akrab.Mereka sering berhubung walaupun mereka berada di dua negara yang berbeza.Pada suatu malam Faz menghidupkan laptopnya dan membuka yahoo messengernya yang telah lama tidak dibuka.Dia terlihat Hakimi sedang online.Dia klik pada name Hakimi itu dan membuzznya.

Fazrina:BUZZ!
Fazrina:Assalammualaikum.ni wak datang ni ade pesanan.da ready ke? haha
Kimy_F94:Waalaikummussalam wak.haha ape la awak ni faz.saya ingatkan pak mat tempe yg
tiap-tiap pagi muncul kat sinar fm tu.
Fazrina:haha amacam? ok ark.doktor ape khabar arini?
Kimy_F94:doktor mestilah sihat cam biasa.Awak apa khabar?
Fazrina:Saya tak sihat la doktor.Pening.Brape kali tah saya muntah tadi.
Kimy_F94:Hah?! awak ok ke? da pegi jumpa doktor?
Fazrina: da.doktor suruh sangat pegi bercuti.tenangkan fikiran.dia cakap saya stress
tu yang pening.
Kimy_F94:tu la awak.kok ye pun rajin bekerja jagalah kesihatan.

'Huwaa!! ape kes tah mamat ni bagi ceramah panjang lebar lak malam ni.layanzz je la'bisik hati kecil Faz

Fazrina: Saya bukan stress sebab keje tapi sebab ade orang melamar saya semalam.
Mamat korea.Handsome.Saya tak tau nak trima ke tak.
Kimy_F94:Hah?!! melamar awak?!! abis awak kata ape kat dia?
Fazrina:tak cakap ape.saya cakap saya akan fikirkan je.awak rase saya patut terima
tak??
Kimy_F94:Entah la keputusan di tangan awak.Siapalah saya mau bagi cadangan.Eh saya
out dulu.Esok kerja.Bye.

Kimy_F94 is now offline.

'Eh ape kes lak mamat ni? tetibe je off.jealous ke ape.best tol kenakan dia.nak kacau lagi la'kata hati Faz.Faz mencapai telefon bimbitnya dan mendial no malaysia iaitu no Hakimi.Walaupun dia tau bil nya akan melambung naik dia tak kisah.Setelah deringan ke tiga barulah Hakimi mengangkat phonenya

"Hello.Assalammualaikum"kata Faz memberi salam.

"Waalaikumussalam.Ye Faz ade ape?"balas Hakimi

"Hmm..tak de la awak out awal tadi.Tak sempat nak bagitu."

"Bagitau ape tu Faz? Cepat skit la.Saya dah nak tido ni."

"Saya nak bagitau next month saya balik Malaysia."

"Oh yeke? Tu je ke?"

"Awak kenapa ni Hakimi? Tetibe dingin je ngan saya.Awak marah saya ke?"

"Hmm takde la.Ade pape lagi?Saya nak tido da ni."

"Hmm awak pegi la tido.Oh ye lagi satu nak bagitau.Yang mamat korea tu dia melamar saya untuk bekerja di syarikat dier.Bukan melamar saya jadi isteri dier.tu je la.Bye."kata Faz sambil mematikan phonenya.Dia tergelak kecil seorang diri.

*******************************************************************************

Maaf kerana terlewat mengupdate blog ini.Busy skit ngan exam and homework.Entri kali ni pun main bantai je wat last minute.tu yang skit.Akan sambung esok or lusa.Insya-ALLAH.