Sunday, March 29, 2009

Cinta beg putih(Part 31)

8 tahun kemudian,

Faz berjalan keluar daripada pejabatnya iaitu Nelly Architecture Firms di Seoul,Korea.Sudah 2 tahun dia bekerja di syarikat itu setelah menamatkan pelajarannya di salah sebuah universiti di Korea.Dia sudah berjaya melupakan bayangan arwah Rizal dari ingatannya tapi nama Rizal itu akan sentiasa terpahat di hatinya.Phonenya berbunyi menandakan ade mesej masuk.Faz mengambil phonenye itu di dalam beg tangannya.Dia membaca mesej tersebut.Dia tersenyum.Mesej daripada rakannya Eliana dibalasnya.Eliana ingin datang ke Korea dan memintanya menjadi tourist guide.Faz menyimpan kembali phonenya itu.

Dia berjalan kaki ke rumahnya yang hanya beberapa km sahaja daripada pejabatnya.Faz teringat ketika kematian Rizal,Eliana sentiasa berada di sisinya menenangkanya.Sekarang juga begitu.Puteri sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya.Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.Hanya Daz sahaja yang masih single sepertinya.Daz tu kalau tanya bila dia nak kawin mesti dia akan berkata 'tunggu Ryo masuk meminang.Faz tersenyum sendiri memikirkan kawan-kawannya itu sehingga tidak sedar dia sudah berada di hadapan rumahnya.

Nami Island,

Faz tersenyum melihat gelagat Eliana yang agak teruja untuk ke Nami Island.Nami Island kebiasaannya dikunjungi oleh pasangan-pasangan kekasih yang berdating buat pertama kalinya.Di sini jugalah dimana pengambaran drama bersiri 'Winter Sonata' yang popular di Korea dilakukan.Hinggakan terdapat satu galeri dimana terdapat gambar-gambar pelakon Winter Sonata itu.

Faz memandang ke arah Puteri,Daz dan Atieqah.Puteri dan Atieqah sedang berbual bersama suami masing2.Daz pula sedang berborak bersama Eliana.Faz hairan dengan sikap Daz itu.Dulu jika diajak ke Nami Island pasti dia akan menolak tapi kali ni laju je mahu ikut.

"Oiitt Faz...da2 la tu termenung.Jom dok kat luar.Sini panas la.Aku nak rase angin laut lak.Dok dalam ni tak nampak sangat pemandangan laut."kata Daz

"Oii..ko gilak ke ape?Ni musim sejuk la.Winter Time.Gila kau nak dok kat luar.Beku la weii!!"bantah Faz

"Takdenye nak beku.Jom la.Sekali seumur hidup je ni"

"Yela tu.Ok la jom."Mereka berdiri di luar feri itu sambil menikmati udara sejuk.

"Weii da nak sampai la.Jom masuk.Kita cepat2 keluar"kata Eliana.Mereka berjalan bertiga di Nami Island itu.Puteri dan Atieqah sudah hilang bersama pasangan masing-masing.

"Wei jom pegi kat Winter Sonata First Kiss ni nak?? Aku nak tengok ade ape kat sana.Jom"kata Daz sambil mengenyitkan matanya kepada Eliana.Eliana tersengih.Dia tahu rancangan Daz itu.Eliana menarik tangan Faz agar berjalan laju sikit.

"Waa!! takde bende best pn.Eh Faz cube tengok belakang kau.Ade ape tu?"kata Daz separuh menjerit.Faz cepat-cepat memusingkan kepalanya ke belakang.Tiba-tiba bibirnya tersentuh bibir seorang lelaki.Dia tercium bibir seorang lelaki.Faz terkejut.Cepat-cepat dia undur ke belakang dan meminta maaf kepada lelaki itu.Faz mengangkat mukanya memandang lelaki itu.Dia terkejut.Hakimi!.Faz cepat-cepat berpusing dan ingin berlalu pergi namun alangkah terkejutnya dia apabila Daz dan Eliana sudah tiada di situ.'Kureng punye kawan.'kata Faz dalam hati.

"Fazrina Fauzi?"tegur Hakimi.Faz memandang kembali ke arah Hakimi dan dia tersenyum tawar.

"Yup.Hakimi kan ni?"

"Awak ingat lagi saya? Saya ingat awak da lupakan saya."

"Mana bleh lupe.Awak buat ape kat sini?"

"Takde wat pape saje jalan-jalan"

"Sorang?"

"Yup.Sorang."Faz kehairanan.Pelik tol mamat ni.GIla ke ape jalan sorang-sorang dalam sejuk ni.

"Eh Faz jom g kat kafe sana.Sejuk la kat sini."ajak Hakimi.Faz mengangguk dan mereka berjalan ke kafe tersebut.

"So..camne awak sekarang Faz? I mean kehidupan awak sekarang?"tanya Hakimi ketika mengacau coffee yang dibelinya tadi.Faz menyisip perlahan hot chocolatenye.

"Biasa je.Cam orang lain la.Kerja kerja kerja."kata Faz sambil tersenyum

"Oh.Awak kerja kat Korea ek?Tak teringin nak balik Malaysia?"

"Yup kat Korea.Mane tau ni? Malaysia? teringin gak tapi tah la tunggu dulu la.Awak la kerja pe sekarang? Kat mane?"tanya Faz pula

"Hmm?Saya kerja kat Malaysia la.Doktor kat Hospital Ampang Putri"

"Ouh.Doktor la ye.Doktor hensem.Mesti ramai jururawat kat hospital tu terpikat ngan awak kan"kata Faz sambil tersenyum.

"Mungkin.Tapi diorang jela terpikat ngan saya.Saya terpikat ngan awak je"balas Hakimi sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun.Dada Faz berdebar tiba-tiba

"Ish ade2 je la awak ni.Eh jom naik basikal.Da lame tak main basikal"ajak Faz

"Cam budak-budak la awak ni"

"Biar la.Awak tak nak naik sudah.Biar saya naik sorang"kata Faz sambil berlalu.Hakimi hanya tersenyum.

No comments: