Saturday, March 28, 2009

Cinta beg putih(Part 30)

Faz cuba menumpukan perhatiannya di dalam kelas Pn.Nadia tetapi dia tidak boleh.Hatinya tiba-tiba berdebar.Dia tidak tahu mengapa.Dia merasakan sesuatu telah berlaku.Akhirnya kelas Pn.Nadia berakhir.Faz mengemas barang-barangnya.Tiba-tiba lagu 'Laskar Pelangi' berkumandang.Faz memandang ke skrin telefonnya.Fizlan.Dia menekan butang hijau dan menjawab panggilan itu.

"Hello.Assalammualaikum"Faz memberi salam

"Waalaikumussalam.Wei Faz kau kat mane?"tanya Fizlan

"Hmm..aku cam biasa la.Ade kelas.Kenapa kau call?Nak belanja makan ke?"

"Banyak la kau punye belanja makan.Wei kau datang hospital sekarang."

"Hospital? Kenapa?"

"Jangan banyak tanya la datang je.Eliana ade situ? Pass phone ni kat dia.Aku nak ckp something ngan dia jap"

"Kau nak ngorat dia ke?haha ok2."Faz memberi phonenye kepada Eliana dan terus mengemas kembali barangnya.Dia memandang sekilas ke arah Eliana.Muke Eliana berkerut-kerut mendengar apa yang Fizlan katakan.'Apaper je la budak dua ekor ni borakkan.'Eliana sudah menamatkan perbualannya.DIa memberikan kembali phone Faz itu.Mukenya serius semacam.

"Oii Faz jom g hospital"

"Kenapa serius sangat ni? sape sakit?"

"Jangan banyak tanya la.Jom je."Faz kehairanan namun dia tidak membantah.Dia mengekori langkah Eliana ke hospital.

Hospital,


"Hello.Wei Fizlan kau katne ni?"tanya Eliana.Dia memegang erat phonenye itu.Faz hanya memandang daripada belakang.

"Hah?! Tingkat 3? ok2 aku cari nanti"Eliana berjalan laju ke lif yg berdekatan.Faz hanya memandang pelik.Dia hanya membisu.'mesti ade sesuatu berlaku ni'.Mereka akhirnya sampai ke sebuah bilik.Kelihatan beberapa orang sedang membaca yasin termasuk la Auntie Ros.Faz terlihat seseorang berada di atas katil dan mukanya ditutup dengan selimut.Hati Faz tergerak untuk melihat siapakah yang terbaring itu.Saat terpandangkan Fazrina,Auntie Ros menghentikan bacaannya.Dia berjalan ke arah Faz sambil tersenyum tawar.Dia menarik Faz keluar dari bilik itu.Faz hanya mengekori.Dia tidak tahu apa-apa.Auntie Ros memegang erat tangan Faz dan tiba-tiba wanita itu menangis.Faz terpaku.

"Err..auntie? kenape ni? Auntie ok ke?"tanya Faz

"Hmm..tak de ape-ape la Faz auntie ok je.cuma.."

"Cuma ape auntie?"

"Auntie harap Faz bersabar la dengan apa yang auntie akan katakan ini"

"Cakap je la auntie."

"Hmm..sebenarnya..Rizal dah pergi meninggalkan kita.Dia dilanggar lori ketika hendak menyelamatkan seorang kanak-kanak.Auntie tak sangka dia pergi secepat itu.Auntie tau dia akan meninggalkan kita semua akibat tumor otak yang dialaminya tapi tak sangka dia 'pergi' disebabkan ingin menyelamatkan nyawa seorang budak kecil."cerita Auntie Ros panjang lebar.Faz tergamam.Otaknya tidak boleh berfungsi.Rizal?Mati?Tumor otak?Selamatkan budak?Pandangan Faz tiba-tiba berubah menjadi gelap.Dia tidak tahu apa yang terjadi seterusnya.Dia berdoa agar ini semua hanya mimpi.

***********************************************************************************

Faz membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang sekeliling.'kat mane aq ni?'.Tiba-tiba pintu bilik dibuka.Faz memandang ke arah pintu itu.Auntie Ros.Auntie Ros berjalan ke arah Faz dan duduk di sebelahnya.

"Faz da ok ke?"tanya Auntie Ros.Faz memandang ke arah auntie Ros.

"Auntie..Rizal mane??"

"Faz bawak bersabar ni semua dugaan Allah."Faz menggeleng-gelengkan kepalanya.Dia menangis teresak-esak.

"Auntie..Rizal da dikebumikan belum?Saya nak tengok dia"pinta Faz.Auntie Ros tersenyum dan mengangguk.Dia bangun dan memimpin Faz ke bawah.Di bawah terdapat ramai orang sedang membaca yasin.Auntie Ros memimpin Faz ke tengah dimana Rizal terbaring kaku di situ.Faz terduduk di sebelah Rizal.Dia memandang ke arah Rizal.Air mata mengalir perlahan-lahan.Dia berpaling memandang ke arah Auntie Ros dan dia pengsan sekali lagi.

**********************************************************************************

Sejak kematian Rizal,perangai Faz terus berubah.Dia menjadi seorang yang pendiam.Ibu dan Ayahnya sudah tidak tahu apa yang ingin dilakukan bagi membuat Faz menjadi seperti sediakala.Ibu Faz teringat akan kawan-kawan lama anaknya itu.Mungkin mereka dapat membantu.Tetapi kebanyakan rakan lama Faz berada di luar negara menyambung pelajaran.

Faz termenung di meja studynya sambil membelek album gambarnya dengan arwah Rizal.Dia tidak sangka begitu cepat Rizal meninggalkannya.Rasa macam baru semalam mereka berkenalan.Pintu biliknya diketuk bertalu-talu.Faz terkejut.Dia cepat-cepat mengesat air matanya.Dia tidak mahu ibunya perasan dier sedang menangis.

"Masuk"kata Faz memberi kebenaran orang yang mengetuk pintunya itu masuk.Faz berpusing dan memandang ke pintu biliknya.Dia terkejut.

"SUPRISE!!"kata Daz,Puteri,Atieqah,Liza dan Kay serentak.

"Oiit korang!!! Bila sampai Malaysia??"tanya Faz terkejut.

"Baru je.Mak kau paksa kitorang balik.DIa cakap kau sedang dalam kesedihan.Kitorang pun tumpang sedih gak.Sorry."

"Ha ha ape la wat cite sedih la kat sini.SO Daz camne Jepun best??"

"Ok je Jepun.Ramai mamat hensem"

"Eleh Korea lagi best.Ade Rain"kata Puteri tidak mahu mengaku kalah.

"Ala..mane2 pun best la.Puteri cerita la pasal Korea.Ish kite minat tol la Korea ni.Dulu kite ngan Rizal rancang kalo kawin nak g honeymoon kat Korea tapi tu la dia...."

"Faz sabar ok.Jangan cite la kalau awak sedih.Kitorang faham"kata Liza sambil menggosok belakang Faz.Menenangkannya.Faz tersenyum.

"Wei Faz ape kate awak ikut kita sambung study kat Korea?Sekurang-kurangnya awak leh happy skit"

"Hmm..tengok la.Nanti kita fikirkan.Tapi kesian Auntie Ros kan.Tinggal seorang je anak dia.Uncle Zakuan tu pun asyik busy je ngan kerja.Mesti Auntie Ros sunyi.Tapi tengok la dulu.Nanti kite fikirkan.Eh jom main PS2.Bosan la"

"Pe la kau ni.Umo da 20 still main PS2 lagi."ejek Kay.

"Eh..Suka hati la.."mereka tergelak bersama-sama.En Fauzi dan Pn Azizah tersenyum melihat kegembiran anaknya itu.

No comments: