Thursday, March 19, 2009

Cinta beg putih(Part 29)

Sudah beribu kali Fazrina mendial no Rizal.Namun tiada siapa yang menjawab.Dia akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Rizal.Dan kini dia sudah berada di hadapan rumah Rizal.Faz menekan loceng rumah itu dan menunggu beberapa ketika.Pintu rumah itu dikuak dari dalam.Seorang wanita terjenguk-jenguk ke luar.Terpandangkan Faz di depan pagar,bibir wanita itu mengukir senyuman nipis.Dia keluar menuju ke pagar dan membuka pintu pagar itu.

"Hmm kamu Fazrina.Auntie ingat sape la tadi.Kenape datang tak bagitau ni? Kalau tak boleh auntie sediakan makanan kegemaran Fazrina."kata Auntie Ros.Faz menyalami tangan Auntie Ros dan mengekori wanita itu ke dalam rumah.

"Eh takpela auntie.Saya saje je datang nak melawat auntie.Da lama tak berborak ngan auntie.Auntie sihat?"tanya Faz sambil matanya memandang ke sekeliling rumah mencari kelibat Rizal.Kalo ade.

"Hmm..camni la auntie.Da tua-tua ni banyak penyakit yang datang.Eh
kamu pegi la naik atas tengok Rizal tu.Da seminggu dia demam.Tak tau sebab ape."

"Hah?! Rizal demam? Teruk ke auntie? Saya nak tengok dia.Eh tak pe ke saya masuk bilik dier tu? Macam tak manis je anak dara masuk bilik anak teruna."

"Ha ha macam tak biasa.Masuk je la.Auntie ade kat sini.Tak pe jangan risau.Eh auntie nak pegi buat air jap.Kamu tau kan mana bilik Rizal?Takkan sesat punye la."kata Auntie Ros mengusik Faz.Faz berjalan menuju ke bilik Rizal.Setibanya dier di hadapan pintu yang bertulis 'Ini bilik Rizal(dan Fazrina satu hari nnti).Kawasan larangan.Penceroboh akan didenda',Faz mengetuk pintu itu perlahan.Kedengaran satu suara menyuruhnya masuk.

Faz melangkah masuk ke bilik itu.'Hmm..bilik orang laki..bersepah cam kandang lembu.'desis hati kecil Faz.Faz terlihat sesusuk tubuh terbaring di atas katil.(Eh tubuh sesusuk ke? taram aja la...ngee~~.)Faz berjalan ke katil itu dan berdiri betul-betul di sebelah tubuh itu.Rizal.

"Ehem-ehem"Faz berdehem dengan agak kuatnya.Rizal berpaling memandang siapakah yang berdehem itu.Rizal memandang ke arah Fazrina.Dia tersenyum.Terlupa segala sengketa di Midvalley dulu.

"Hai Faz.U okey ke?"tanya Rizal sambil memegang erat tangan Faz seperti tidak mahu melepaskannya.

"Ha ha lawak la u ni.u yang demam bukan i.yang u tanye i ok ke tak ni apsal? terencat ke hapa?patut i la tye u"

"ye tak ye gak kan.apela i ni.hmm Faz I nak mintak something daripada U leh tak?"

"Apenye?"

"Hmm..kalo I mati..Please jangan sedih sangat tau and carilah pengganti I yang U rase sesuai untuk U.Kalo U tak reti pilih U suruh mak I pilihkan.Please janji ngan I jangan sedih kalau I mati.Kalo nak nangis tu boleh tapi janganlah lama sangat and lagi satu..U...nampak......BURUK SANGAT KALAU NANGIS.!ha ha ha"

"Rizal!! ape cite pasal mati2 ni?I tak suka la"

"Ok2 sayang I gurau je.Ala jangan la marah.Eh Faz I teringin nak pegi taman tasik ngan U.Da lama kite tak pegi.Jom temankan I."

"Rizal U kan tak baik lagi.Esok la kita pegi OK?"kata Faz.Rizal sudah memuncungkan bibir macam kanak-kanak yang dilarang tom tom bak.Rizal memalingkan mukenya.'aduss orang tua merajuk camne nak pujuk ni?'hati kecil Faz berbisik.

"Rizal.Jangan la marah I.Hmm..I janji esok petang I bawak U pegi taman tasik ye.Please Rizal"pujuk Faz.Rizal tersenyum seraya menggangguk.Dia kemudian mencapai gitar kapoknya.

"Faz I nak nyanyikan satu lagu untuk U.Khas untuk U.I tau U ske gile lagu ni"kata Rizal sambil perlahan-lahan memetik gitar kapoknya itu.

Intro : G Bm A


G D
Deras hati ku berdetar
Bm A
Di langit aku terlihatkanmu
G D
Terang malam.... teman kita
Bm A
Dengan angin meniup sayu

G Bm A

G D
Ku petik gitar akustik ini
Bm A
Dengan harapan dia mendengar
G D
Melodi indah yang ku cipta
Bm A
Hanya untuk luahkan rinduku padanya


Korus :

G
Dan aku terus...
A D
Menyanyi lagu ini untukmu
Bm G
Walau berjuta mendengar
A D
Lagu ini hanya untukmu

A G
Arah hidup kita
A D
Digambar bintang di angkasa
Bm G
Berkelip melukis cinta
A D
Terciptalah lagu kita

F# Bm G Gm
Aaaaaaa woooo
F# Bm G A
Aaaaaaa woooo

G D
Melodi indah yang ku cipta
Bm A
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

** Repeat Korus


Bm A


G Gm D
Terciptalah ...lagu kita


Faz terkedu mendengar nyanyi Rizal itu.Dengan petikan gitarnya.Sangat romantik.Entah mengapa dier merasakan seperti ini kali terakhir dia akan bertemu dengan Rizal.Hatinya berdebar-debar kencang sekali.Rizal memegang tangan Faz erat sekali.Dia kemudian mencium tangan Faz berkali-kali seperti tidak mahu melepaskannya.Dia kemudian mencapai gitar kapoknya yang diletakkan di tepi katil ketika habis menyanyi tadi.Dia kemudian memberi gitar itu kepada Faz.

"Faz..U jaga gitar ni elok2 tau.Ni la satu-satunya nyawa I."Faz memegang gitar itu perlahan-lahan.Di badan gitar itu terdapat bermacam jenis tandatangan.Faz kembali memandang Rizal.

"Err..kenapa U bagi I gitar ni?"

"I rase I akan mati je.Tu yang I bagi U.I tau U boleh jaga bende alah ni.Dia ibarat isteri I.I sayang gila kat gitar ni.Ha ha pe I merepek ni.Jangan layan I..demam2 pun leh merepek lagi.Sayang U nangis ke?Ya-ALLAH buruknya muke U bila nangis."kata Rizal sambil mencubit perlahan pipi Faz.

"Rizal!!!!!!!" Rizal tergelak terbahak-bahak.Auntie Ros yang berada di belakang pintu sejak dari tadi mengesat air matanya perlahan-lahan.Dia reda' kalau itu sudah ditakdirkan.

No comments: