Saturday, February 28, 2009

Cinta beg putih(Part 27)

Peperiksaan SPM sudah setahun berlalu.Fazrina mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPMnya.Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.Faz kini mununtut di Uitm Shah Alam dalam jurusan architecture.Manakala Rizal juga di universiti yang sama namun Rizal mengambil jurusan mechanical engineering.Kedua-dua mereka sibuk dalam pengajian masing-masing namun hubungan Faz dan Rizal masih lagi utuh.Sesekali Faz akan keluar bersama Rizal namun dia perasan Rizal sudah makin berubah sejak kebelakangan ini.Ada juga dia bertanya namun Rizal hanya mendiamkan diri.Dia akhirnya menganggap Rizal sibuk dengan pengajiannya.Tiba-tiba lagu 'Laskar Pelangi' berkumandang.Faz mencapai handphonenya.Dia menekan punat hijau di handphonenye dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello"

"Err..hello.Ni Fazrina ke?"

"Err ye saya Fazrina.Boleh saya tau siapa ni?"

"Fazrina.Auntie ni mak Rizal.Fazrina boleh panggil Auntie Ros aja"

"Ouh.Ada ape ye auntie call saya ni?"

"Maaf la ye Fazrina kalau auntie mengganggu.Auntie call ni nak bagitau .Err..sebenarnya Rizal..sekarang ni..hmm..Rizal sekarang ni berada di hospital.Keadaan dia teruk juga.Dia tak abis-abis dok sebut name Fazrina.Sebab tu la auntie call Fazrina ni"

"Hah?!! Rizal masuk hospital? kenape auntie?Dia sakit ape? kenapa saya tak tau?Bila auntie?"tanya Faz bertubi-tubi.

"Err..auntie rasa baik Faz datang hospital sekarang.Nanti auntie cerita."

"Ok auntie.saya datang sekarang"Faz menekan butang merah di handphonenye.Dia kemudian mendial no Puteri.

"Err..hello Puteri.Awak busy tak sekarang?Boleh teman kita tak?"

"Kita tak busy sangat.Teman g mana?"

"Gi hospital.Rizal masuk hospital.Kita tak tau sebab apa"

"Oh yeke?Ok2..awak amik kita la.boleh?"

"OK."


Di Hospital


"Oitt Faz sinilah"panggil Fizlan.Dia memang berada di situ menemani mak Rizal yang sedang dalam kesedihan.Faz yang tercari-cari wad Rizal terpandangkan Fizlan,dia terus menuju ke arah Fizlan sambil diikuti Puteri.

"Fizlan camne RIzal?Dia ok? camne dier leh masuk hospital?"

"Faz rilex la satu-satu.Apa kata kita masuk dulu."Fizlan pun berjalan masuk ke wad yang menempatkan Rizal.Faz mengikutnya daripada belakang.Faz mengucapkan salam ketika masuk ke dalam wad tersebut.Kelihatan Rizal sedang tidur di atas katil manakala terdapat seorang wanita di sebelahnya.Wanita itu bangun apabila dikejutkan Fizlan.Dia memandang ke arah Fazrina dan kemudian tersenyum.

"Ini la Fazrina ye?Sorry la auntie tertido tadi.Penat sangat.Meh la tengok Rizal ni.Lan kejutkan Rizal tu"arah Auntie Ros.

"Eh takpe la Fizlan.Tak payah kejutkan Rizal.Kesian dia.Biar la dia tido.Hmm auntie camne Rizal boleh masuk hospital ni?"

"Kamu tak tau lagi ke?Apa kamu ni Lan.Bukan auntie suruh kamu bagitau ke tadi?"

"Sorry auntie.Saya lupa.Lawak sangat tengok muka Faz time tu.Risau gila."kata FIzlan sambil tersengih.

"Ada2 je kamu ni.Tak de ape la Fazrina.Rizal ni accident je.Kena langgar kereta.Sampai patah kaki ngan tangan dia.Tapi koma juga dia 3 hari.Bangun2 terus sebut nama kamu.Terkejut auntie ble dia sebut nama kamu.Ingat sape la.Nasib si Lan ni bagitau kamu ni girlfriend Rizal.Kalau tak sampai sekarang auntie tak tau.Tak sangka auntie Rizal ni pandai pilih girlfriend.Cantik."puji Auntie Ros.

"Ouh.Accident.Ingatkan ape la tadi.Eh Rizal da bangun la tu"kata Faz sambil berjalan menuju ke katil Rizal.Rizal membuka matanya dan memandang ke arah Faz.Dia tersenyum.Rizal memandang ke arah maknya pula.Mengisyaratkan supaya meninggalkannya bersendirian bersama Faz.Maknya yang agak sporting itu menarik Puteri dan Fizlan meninggalkan bilik itu.Rizal kembali memandang ke arah Faz.

"Hai sayang.Apa khabar"

"Rizal!!Awak ni menakutkan saya je.Camne boleh accident ni?Saya hampir nak nangis tau tadi ble mak awak bagitau awak masuk hospital"kata Faz sambil memukul perlahan tangan Rizal.Dia kemudian menggenggam tangan Rizal erat.Rizal membalas genggaman tangannya itu.

"Sorry ek sayang.I janji tak buat lagi.I rindu sangat kat U sayang.Bila I sedar dari koma ari 2 I tengok U takde.I sedih sangat"

"Sorry.I tak tau U masuk hospital"

"It's ok.I faham.Sayang kenapa I tengok U makin gemuk ek sekarang?"usik Rizal

"Rizal!!!"kata Faz sambil mencubit tangan Rizal kuat.Rizal hanya ketawa.Di luar pintu wad itu,terdapat sepasang mata memandang ke arah mereka dengan penuh dendam.'Aku akan buat kau menderita Faz.Sekarang ketawa la kau puas-puas.Lepas ni jangan harap kau akan ketawa'.

2 comments:

Miss Kira said...

hmmm..i rsa kan yg jahat tu balqis kan..i x suka dia..menyampah..hmmm..i suka rizal..xp i suka hakimi gak..camna ni..hahaha

yasmin said...

tp kan miss kira...balqis takde kat situ...fizlan kot????
teka je...hihii