Saturday, February 21, 2009

Cinta beg putih(Part 26)

"Qis..cepatkan waktu berlalu.Saya rasa cam baru semalam je saya masuk sekolah ni dan berkenalan ngan awak.Tak sangka kita akan menduduki SPM minggu depan.Rase cam sekejap je."kata Fazrina.Mereka sedang mengulangkaji pelajaran di rumah Fazrina

"A'ah kan.Sekejap sangat.Awak ngan Rizal pun da lama jadi pasangan kekasih.Rasenye awak la girlfriend Rizal yang paling lama bertahan.Selalu Rizal tak sampai 2 bulan ngan girlfriend dia mesti putus."

"ha ha awak ngan Fizlan pun sama.Da la couple senyap-senyap.Sikit pun tak bagitau saya."

"Fizlan tu.Hmm entah lah.Dia cam tak amik kesah sangat pasal saya.Saya call pun cam nak tak nak je angkat.Eh Faz kawan awak yang kita jumpa time pegi KLCC tahun lepas tu hensem gak.Dia da de girlfriend blom?"

"Kawan mane satu ni?"

"Ala..yang time pegi jumpa Daz,Puteri and yang lain-lain tu.Kan dia ade skali.Awak ngan dia kan pegi beli tiket wayang sesame"

"Oh Hakimi ke? Entah la.Rasenye dier takde girlfriend kot.Kenape awak berminat ke?

"Minat la gak.Bila la boleh jumpa dia lagi"

"Ha ha ha saya bagitau Fizlan kang awak minat kat Hakimi.Tapi kalo awak betul-betul minat kat Hakimi saya boleh tolong"kata Faz sambil mengangkat sebelah keningnya ala ala Ziana Zain.

"Bagitau la Fizlan tu.Biar dier jealous.Padan muka.EH betul ke awak nak tolong ni? Thankss.Sayang awak"kata Balqis sambil memeluk Faz sambil menjerit keseronokan.Faz hanya tersenyum hambar.Di hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

Malam itu,

"Faz kau ni gila ke ape? NO aku tak setuju.Kau ingat Hakimi tu bola ke? Weii fikir la Hakimi tu suka kat kau.Mane boleh kau bagi Hakimi tu suka-suka je kat Balqis tu.Lagipun aku tak berapa suka ngan Balqis tu.Tengok perangai dia macam jahat je"kata Daz apabila Faz menelefonnya malam itu.

"Tapi Daz kau kena ingat aku ngan Hakimi bukan ade ape-ape.Aku tak boleh pentingkan diri.Aku dah ada Rizal sekarang"

"Faz aku nak tanya.Kau ni betul-betul cintakan Rizal or kau frust dengan Hakimi dulu sampai kau terima cinta Rizal."

"Aku..aku..err..entah la aku pun tak sure"

"Tengok.Kau sendiri pun tak sure camne kau bleh terima Rizal."

"Daz please.Aku sayangkan Rizal.Ya memang dulu aku terima Rizal sebab aku kecewa dengan Hakimi tapi sekarang aku da mula sayang kat Rizal"

"Ko sayang je kat Rizal bukan cintakan dia pun"

"Sayang dan cinta tu kan sama"

"Tak sayang dan cinta adalah dua perkara yang berbeza.Weii kau ni tak sekolah ke ape?OK kalau kau nak aku tolong jodohkan Balqis ngan Hakimi boleh.Tapi kau jangan menyesal lak nanti."

"Tak aku takkan menyesal"kata Faz.


Sehari sebelum SPM


"Faz..saya saya..err"Balqis tergagap-gagap untuk memberitahu sesuatu kepada Faz.Dia tahu Faz begitu pantang apabila ade orang mengganggunya ketika dia sedang belajar.Tetapi dia harus memberitahu juga kepada Faz.Dia ingin berkongsi kegembiraan dengan Faz.

"Hmm..ada ape?"tanya Faz.Faz pelik apabila melihat Balqis tergagap-gagap.'bukan aku nak makan dia pun'kata Faz dalam hati.

"Saya da putus ngan FIzlan"

"Oh yeke?? Takziah"kata Faz selamba.Dia sudah tahu perkara itu semalam apabila dia berbual dengan Rizal di telefon.Rizal ade memberitahunya.

"Dan saya dah couple dengan Hakimi"zupp! bagai ada satu tamparan mengenai muka Faz.Faz berpusing memandang Balqis.

"Err..bila?cepatnya korang couple.Hakimi setuju?Sape mintak dulu?Awak ke Hakimi?"tanya Faz bertubi-tubi seperti polis pencen.

"Err..semalam saya keluar dengan dia.Kebetulan mak saya ada hal kat Wangsa maju jadi saya ajak la Daz keluar.Tak sangka lak saya Daz suruh Hakimi datang.Then kitorang borak-borak la.TIba-tiba Hakimi mintak saya jadi girlfriend dier.Saya pun ape lagi kecik tapak tangan Stadium Selayang saya persembahkan."cerita Balqis sambil tergelak kecil.

"OH yeke? Tahniah.EH da la saya nak sambung study.Tengok Rizal tu da pandang.Dia kalo nampak saya tak study mesti nak borak ngan saya.Tak reti-reti lagi.Esok da la nak SPM."Faz membuka kembali buku Matematik Tambahannya itu.Dia mula membuat latihan di buku itu.Hatinya bagai dihiris pisau.Tak tau kenapa.Sakit sangat.Moodnya sudah hilang.

No comments: