Saturday, February 14, 2009

Cinta beg putih(Part 25)

Peperiksaan akhir tahun baru sahaja berakhir.Cuti persekolahan sudah bermula.Hubungan Faz dan Rizal masih lagi dingin.Apabila Rizal ingin menjelaskan perkara sebenar Faz hanya akan memekakkan telinga atau membuat tidak tahu sahaja.Rizal kebuntuan idea.Dia akhirnya mendapat satu idea yang tak berapa bernas.

Lagu 'Laskar Pelangi' berkumandang.Faz yang baru sahaja terlelap terjaga.Jam menunjukkan pukul 5 petang.Maknanya sudah lebih dua jam dier tertido.Faz mencapai handphonenye dan menekan butang hijau

"Hello.Hospital Tanjung Rambutan.Boleh saya bantu?"

"Hello.Oitt Faz pe kau merepek ni"suara Fizlan kedengaran di talian

"Siapa ni? Anda ingin mendaftar ke?"Faz masih dalam keadaan mamai bertanya.

"Mendaftar kemendenya.Oitt Faz kau ni baru bangun tido ke ape? Wake Up!!OIIII" Faz terkejut apabila Fizlan menjerit kuat di telinganya

"Oitt mangkuk jamban suka hati kau je menjerit kat telinga aku.Kalo aku pekak camne?"

"Kalau kau pekak menangis tak berlagu la Rizal.ha ha"kata Fizlan sambil tergelak

"Ha ha ha lawaknya.Kau memang pandai wat lawak.Ni pehal kau call aku ni?"

"Hmm..saja.Aku rindu la kat kau Faz"

"Banyak la kau punye rindu"

"Haha gurau je.Ni aku nak bagitau Rizal kena ikut family dier berpindah ke oversea"

"Oversea? Pulau Pinang? ke Singapura?"

"ha ha harapan je la dier nak pindah situ.Dia nak pindah ke Korea la"

"Ouh Korea.Dekat je.eh wait2..ape tadi?? KOREA!!?? AAAAAA.TIDAKKKK!!"

"Oitt mangkuk hayun jangan la jerit kat telinga aku.Pekak nanti.TU je aku nak bagitau and flight dia esok.Pukul 2 petang.Lagi satu aku cadangkan baik kau pegi cari dia kat KLIA esok sebab lepas ni kau takkan jumpa dia lagi da"

"Eh wait2.Asal dia tak bagitau aku pun? aku kan girlfriend dia??"

"Camne nak bagitau.Kau asyik mengelak je daripada dia."

"A'ah.Bodohnya aku!!"

"Ha ha baru tau ke?"

"huhu.Wei esok aku takut takde sape leh hantar aku la g KLIA esok.Aku call je la dia nanti"

"Eh2 lupa nak bagitau simcard Rizal ade ngan aku.Yela kat Korea tu kan mane leh pakai no Malaysia.Kalau boleh pun camne nak top up.And lagi satu kalau kau nak pegi KLIA boleh je aku hantar.Aku ade lesen motor pe.Paling2 pun aku paksa la abang aku.Dia tu daripada membuta baik dia jadi driver.ha ha"

"Ok la..Kau amik aku kul 12 esok.OK la mau sembahyang asar.Bye"

"Bye"

KLIA

"Wei Fiz..mana Rizal ni? Kau punya pasal la ni.Tengok da lambat"Faz sudah ingin menangis.Matanya melilau mencari kelibat Rizal.

"Pe plak aku punya pasal.Kau salahkan abang aku la.Sape suruh dia tak isi minyak keta.Tapi nasib baik ada teksi lalu tadi.Sempat gak kau sampai"

"Sempat memang sempat.Sekarang da pukul 1.10.Da lambat kau tau!!.Rizal mesti da masuk .Sekarang aku tak kira aku nak kau pegi cari Rizal sekarang.Cepat!!"

"Kejam doe kau.CUba kau pusing belakang jap"Faz memusingkan badannya ke belakang.Dia terkejut apabila melihat Rizal betul-betul berada di belakangnya.Hanya beberapa inci sahaja memisahkan mereka.Faz terasa seperti berada dalam dakapan Rizal.

"Hai sayang.U cari I ek? Sayang juga U kat I kann"kata Rizal sambil tersenyum.Dia mengenyitkan matanya kepada Fizlan.

"Err..tak de la I saja jalan2 ngan Fizlan"

"Yeke? Sedihnya I.OK la I pegi dulu.Bye"

"Err Rizal wait.Hmm U nak pegi mana?"

"Fizlan tak bagitau U ke?"

"Err..ada"

"SO? U tak nak cakap goodbye kat I ke?"

"Rizal.Err..please jangan pergi.Jangan tinggalkan daku.Ceh jiwang pulak.Jangan tinggalkan I please.I da tak marah la kat U."

"Betul U tak marah kat I?"

"Betul.Please jangan pergi"

"Tapi I kena pegi juga"

"Takpe la sape I nak menghalang U.U pegi la.Hubungan kita tamat sampai di sini.Kita putus"kata Faz dengan linangan air mata.

"Tapi..I still sayangkan U.Please.Jangan putus ye? U still girlfriend I"

"Tapi U kan nak pindah Korea da?"

"Err..bila plak I nak pindah Korea? I nak pegi bercuti kat Korea ngan family I je la.U ni korek telinga ke tak? TU la kalau tak tau tanya"

"Tapi Fizlan cakap..."

"Dengar la lagi cakap si Fizlan tu."

"Fizlannnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!"

No comments: