Sunday, February 8, 2009

Cinta beg putih(Part 23)

Lagu 'Just Dance' nyanyian Lady Gaga berkumandang memenuhi ruang bilik yang sunyi itu.Faz merebahkan badannya di atas katil.Dia teringat peristiwa di KLCC tadi.

Selepas Daz dan kawan-kawannya balik,Faz dan Balqis duduk berbual di hadapan bangunan KLCC itu sementara menunggu ibu Faz datang menjemput tiba-tiba Rizal duduk di sebelah Faz dan berkata kepada Balqis yang dia ingin berbual berdua sebentar dengan Faz.Faz tidak menyangka selepas Balqis berlalu meninggalkannya sebentar Rizal meluahkan perasaan kepadanya dan melamarnya menjadi pasangan kekasih dan Faz tidak tahu bagaimana dia boleh bersetuju untuk menjadi kekasih Rizal.Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata padan muka la.Peribahasa yang diubah oleh Daz itu sentiasa bermain di mindanya.Tiba-tiba lagu 'Laskar Pelangi' berkumandang.Faz mencapai handphonenya.Dia mengangkatnya tanpa melihat nama pemanggil di skrin.

"Hello"

"Hai sayang.Tengah buat apa tu?"Mata Faz terbuka luas bila mendengar suara Rizal di talian.

"Err..hai.Tak ada buat ape ape la.Dok rehat-rehat je."

"Ouh.I ganggu U rehat la ni?"Faz mengetap bibir.'mmg pun menyemak je call aku'

"Err..tak ada la.Mana de U ganggu.Kenapa U call I ni?"

"Takkan nak call girlfriend sendiri pun tak boleh?I rindu la kat U"

"Err..Rizal sebenarnyakan..err tak pe la nanti la I bagitau U kat sekolah.Eh my mum panggil.Bye."Faz cepat-cepat mematikan handphonenya.Lagu 'Laskar Pelangi' berkumandang lagi.Faz memandang ke skrin handphonenye.Daz.Faz menjawab panggilan itu.

"Oitt Faz tengah buat ape tu?"

"Hmm..takde wat pape"

"Hah ni pe kes kau ngan Rizal ni.Dengar cite kau couple ngan dia tadi"

"Entah betul la kot.Eh sape bagitau kau?"

"Oitt pe kes ni.Sape suruh kau couple ngan Rizal.Aku tak setuju.Hakimi camne?"

"Nape ngan Hakimi? Dia ok je.Lagipun tah la aku da tak suka kot kat Hakimi.tah biar la .Oitt kau tak jawab lagi soalan aku.Mana kau tau aku couple ngan Rizal?"

"hoho tadi mase kau pegi beli tiket wayang ngan Hakimi..aku mintak no phone Fizlan ngan Rizal.Rizal bagitau aku tadi korang couple.Sumpah aku susah gila nak percaya."

"Kalau susah nak percaya kau nyanyi la lagu 'Percayalah' haha"

"Ha ha lawak sunguh la kau ini.Aku sepak masuk longkang kang baru menangis tak berlagu Rizal kau tu."

"Hmm..biarla dia."


Keesokannya,

"Good morning mama,papa"kata Faz sambil mencium pipi mamanya.Dia kemudian duduk di sebelah mamanya.

"Morning sayang.Wah! berseri-seri muka anak mama pagi ini.Apa rahsia? Ada teman baru ke?"

"Mama!! Mane de teman baru.Muka bibi memang sentiasa berseri la."kata Faz sambil menyuap nasi lemak ke mulut.

"Yeke ni?Papa dengar ada orang itu baru ade kekasih.Sapa name boyfriend anak kita ni mama? Rizal?"usik En Fauzi.Faz tersedak.Dia tidak tahu bagaimana mama dan papanya boleh tahu.Faz cepat-cepat meneguk air teh di hadapannya itu.

"Makan tu slow la sikit bibi.Bukan nak pegi mana pun.Kang mati tercekik menangis tak berlagu Rizal kamu tu"

"Mmmana mama nngann ppapa ttaau pasal Rizal ni??"

"Tu la berahsia lagi ngan mama.Mama ade pasang spy tau"

"ssppyy??Sape??"

"Tu la kamu.Tak mengambil tahu hal kawan-kawan.Eh mane boleh bagitau sape spy mama.Kang bocor abis rahsia."

"Hmm..Err Faz nak naik atas dulu la nak siapkan homework."Faz menolak kerusi ke belakang dan berjalan menuju ke tangga.

"Bibi nanti jap.Petang nanti papa dengan mama nak pegi Alamanda.Bibi nak ikut tak?"

"Hmm..boleh la"

No comments: