Saturday, January 10, 2009

Cinta beg putih(part 20)

'New school,new friend,new teacher..waa!! semuanya baru.Ape yang lamenye?'bisik hati kecil Faz.Tahun ini dia berada di tingkatan 4.Fazrina membetulkan baju dan tudungnya.Kemudian dia mencapai beg sekolahnya dan terus turun ke bawah untuk bersarapan.

"Morning mama,papa"ucap Faz.Dia mencium pipi mama dan papanya.Dia kemudian menarik kerusi dan duduk di sebelah mamanya.

"Morning sayang"kata mama dan papanya serentak.Faz tersenyum.Dia mencapai sandwich di hadapannya dan terus mengunyah sandwich itu.

"Bibi boleh daftar sendiri kan sekolah?"tanya En.Fauzi,papa Faz.

"Hmm..boleh"kata Faz pendek.

"Kalau ade ape-ape call mama"

"Hmm..ok"kata Faz.

'huh cam la boleh bawak phone pegi skola'kata faz dlm hati.

"Ok jom bibi..papa hantar bibi pegi sekolah"Faz hanya mengangguk.Dia mencapai beg sekolahnya dan berjalan mengekori papanya.


Sekolah


"Err..tumpang tanya pejabat kat mana"tanya Faz kepada seorang pelajar perempuan.

"Awak jalan terus and don't belok-belok.Nampak bangunan merah kat depan tu.Naik tingkat dua.Kat situ la pejabat.Err awak pelajar baru ke?"tanya pelajar perempuan itu.

"Ouh.Yup saya pelajar baru.Form 4.Saya Fazrina.Panggil Faz je"kata Faz memperkenalkan diri.

"Ouh.Saya pun form 4 gak.Saya Farisha Balqis.Panggil Qis je"kata Balqis.

"Ouh.Thnxx ek sebab tunjukan pejabat kat mane kalo tak mesti saya sesat"kata Faz.

"Takpe.Ok la saya masuk kelas dulu.Jumpa lain kali."kata Balqis sambil berlalu pergi.


Faz menuju ke meja kerani di pejabat itu.

"Err..maaf.Saya pelajar baru kat sini.Kat mane nak daftar?"tanya Faz kepada kerani itu.

"Siapa nama awak?"tanya kerani itu.

"Nur Fazrina bt Mohd Fauzi"

"Ouh awak la Fazrina.Hmm..ayah awak da daftarkan awak.Sekarang awak jumpa cikgu Linda di bilik guru.Dia akan bagitau awak masuk kelas mane."

"Ouh.Terima Kasih ek.Hmm boleh tanya.Bilik guru kat mane?"

"Awak turun tangga..jalan terus,belok kanan nanti awak nampak blok warna biru.Awak naik tingkat dua."

"Ouh.Terima kasih."

"Sama-sama"


Bilik Guru


'Aduss sape la pulak cikgu Linda ni?Kerani tu pun satu.Cakap cam aku penah pelajar lama je kat sekolah ni.Argh gasak la.Tanya je la sape-sape'kata Faz dalam hati.

"Err..assalammualaikum cikgu.Tumpang tanya.Leh saya tau cikgu Linda yang mane satu?"tanya Faz kepada seorang wanita yang berada di bilik guru itu.

"Cikgu Linda?Hmm..awak siapa?"

"Saya Fazrina.Pelajar baru.Kerani kat pejabat tu suruh saya jumpa cikgu Linda"

"Ouh.Awak Fazrina ek?Nur Fazrina bt Mohd Fauzi?"

"Err..ye saya"

"OK awak masuk kelas 4 Cyber"kata cikgu itu sambil meneliti list nama.

"Err..cikgu ni cikgu Linda ke?"tanya Faz.

"Ye saya cikgu Linda,guru kelas awak"

"Ouh.Cikgu, kelas saya kat mane?"

"Hmm..awak tunggu sekejap saya siapkan kerja ni.Nanti saya bawa awak pergi kelas 4 Cyber."

"Ouh OK"


4 Cyber


"Bangun Semua.Selamat Pagi Cikgu"kata ketua kelas 4 Cyber sambil diikuti pelajar lain.

"Selamat Pagi duduk.Kelas arini kita ada pelajar baru.Fazrina.Dia daripada sekolah Taman Melawati."kata cikgu Linda.

"Umur dier berape?"tanya seorang pelajar paling nakal dalam kelas,Rizal.

"Oii pandai gila soalan kau.Kalo da masuk kelas ni tak kan la dier umur 4 tahun"sampuk satu suara.

"Da2.Diam semua.Waktu rehat nanti awak semua boleh interview Fazrina ni.Fazrina awak duduk kat tempat kosong sebelah Balqis tu."kata Cikgu Linda.

"Terima Kasih Cikgu"Faz berjalan menuju ke mejanya.Tiba-tiba dia ternampak Rizal mengeluarkan kakinya.Menghalang perjalanannya.Jika dia tak perasan pasti dia akan terjatuh.Faz teringat kata Daz apabila ada orang menghulurkan kaki untuk menjatuhkannya pijak kaki orang itu dan buat muka selamba.Apabila hampir dengan kaki itu Faz membaca bismillah dan memijak kaki Rizal perlahan dan kemudian berjalan menuju ke mejanya.

"Oii pompuan.Kau saje je kan pijak kaki aku?"marah Rizal kepada Faz.Faz membuat muka tak bersalah dan kemudian duduk di tempatnya.

"Rizal,kenapa kamu ni..marah2 pulak ni? Fazrina bukan sengaja nak pijak kaki kamu tu dan jangan ingat cikgu tak tau kamu sengaja hulurkan kaki kamu nak bagi Fazrina terjatuh kann?Dah sekarang buka buku teks Geografi muka surat 3.Rizal kamu bace."kata cikgu Linda.


"Hey kita sama kelas la.Tak sangka jumpa lagi"bisik Balqis perlahan ketika sedang membuat latihan.

"Tu la tak sangka ek.Hmm awak dari form 1 lagi ke sekolah sini?"tanya Faz

"Tak de la.Saya pun baru f3 masuk sekolah ni.Dulu saya sekolah kat Kelantan."

"Ouh.Eh boleh tak saya nak jadi kawan awak?"tanya Faz

"Boleh je.Awak memang kawan saya pun.Lagipun saya pun tak ramai kawan"

"Ouh.Thanks.Eh nak tanya Rizal tu memang nakal ek? Nasib saya tak jatuh tadi"tanya Faz

"Entah la saya pun tak pasti tapi dengar cite tu la cara dia nak tackle pompuan.Bila pompuan tu jatuh dia akan tolong pompuan tu and mintak maaf.Pastu lama2 rapat la.Rizal tu playboy."

"Ouh yeke?Nasib saya tak jatuh.Tapi dia tu hensem gak kann?"kata Faz sambil tersengih

"Haha..bagus la sepadan ngan awak"

"Ish tak nak la.Baik saya amik tukang kebun sekolah je"

"Ape la.Awak jangan cakap camtu kang lama-lama awak kawin ngan dia baru tau"

"Wekk"kata Faz sambil menjelirkan lidah

No comments: