Wednesday, December 31, 2008

Cinta beg putih(part 19)

Faz mengemas barang-barangnya dan memasukkan di dalam kotak.Barang yang tidak diperlukan lagi dimasukkan ke dalam plastik sampah yang berwarna hitam.Dia akan berpindah ke Putrajaya.Lagu ‘This is me’ kedengaran di biliknya menandakan ada panggilan masuk.Faz mencapai telefon bimbitnya.Hakimi.Faz mencampakkan phonnye kembali ke atas katil dan meneruskan kembali kerjanya.Tiba-tiba

‘Ding Dong’ Loceng berbunyi.Faz dengan malasnya berjalan ke pintu untuk membukanya.Dia berada seorang diri di rumah kerana keluarganya yang lain keluar ke Giant membeli barang.

“Faz!!”Jerit Liza apabila Faz membuka pintu rumahnya

“Oitt ramainya.Ape kes ni?”tanya Faz terkejut apabila melihat rakan-rakannya berada di depan pintu rumahnya.

“Saje je datang nak melawat kau.Kau kan da nak pindah.”

“Ouh.Jemput masuk.Sorry la bersepah gila rumah.”

“Tak pe.Kitorang datang ni nak tolong ko kemas”

“Ouh yeke? Baiknya korang”

“Well..biasa la kitorang memang baik pun”

“Tah ape ape la kau ni Daz.Baru puji sikit”

“Pape je la.Wei Faz dengar cite Hakimi da kapel ek ngan dakk form 2 tu?”

“Hmm..tah tak amik tau.Mane kau dengar cite ni Daz?”

“Ala..biasa la.Kat myspace tu.Fuhh minah tu tulis ‘i love u hakimi’ siap letak Hakimi kat top dier lagi tu.Hakimi pun letak minah tu kat first top friend dia tapi tak de la tulis i love u pun kat minah tu”

“Ouh.Biar la.Malas mau amik tau”

“Eh Faz ni gambar awak mase kecik ek? Comelnya”tanya Liza.Tukar topik.

“Well biasa la.Kita memang comel pun.”

“Poyo ar.Puji diri sendiri kau ni”kata Daz.Mereka tergelak bersama-sama.


“Wei Faz nanti sampai jangan lupa kitorang ek?”kata Kay

“Yela.Tak lupa punya.Korang kan sahabat aku”

“Mane tau ko jumpa kawan baru terus lupa kitorang”

“Faz..nanti jangan lupa call kita ek.huhu sedih la”kata Liza sambil memeluk Faz.

“Tah ape ape la korang ni.Wat drama Hindustan lak kat sini.Memalukan je.”

“Ape nak malu.Bukan ade sesiapa pun kat sini.”

“Yela2.Tah ape ape je”

“Eh Faz,Hakimi tau tak awak nak pindah?”

“Kalau korang tak bagitau dia tak tau la”

“Ouh ye? Nak bagitau dia la.Faz pinjam com jap nak on”

“Takde internet.Da potong.”

“Ala.Kedekut la ko ni”

“Tak yah la bagitau dia”

“Yela2.Nanti lama2 dia tau gak”

“Tu lama lagi”

“Degil”

“Pape je la”



Putrajaya


“Waa! Mama besarnya rumah ni” kata Faz.Mama Faz hanya tersenyum melihat gelagat Faz.

“Hmm..nanti esok kena bangun awal.Bibi kena pegi sekolah sendiri esok.Daftar sendiri ek? Mama tak boleh temankan.Bibi kan da besar.Kena buat sendiri la.Mama nak uruskan sekolah adik ni.”

“OK mama.Mama takutla nak masuk sekolah baru.Kang takde kawan lak.”

“Ala..mesti adanye kawan.Takkan takde pulak.Ke Bibi nak mohon pergi asrama? Result PMR Bibi aritu pun ok.Leh mohon”

“Tak nak la mama.Bibi tak suka la pegi sekolah asrama”

“Hmm..kalo camtu masuk sekolah biasa je la.”

“Mama,sekolah Bibi tu jauh tak?”

“Tak jauh sayang,dekat je.Nanti Bibi pegi sekolah naik bas ek?”

“Jauh la tu.Sampai kena naik bas.Abis esok nak g sekolah naik bas la ek mama?”

“Esok Bibi pegi sekolah mama hantar.Lusa baru naik bas”

“Ouh macam tu.”

No comments: