Wednesday, November 26, 2008

Cinta beg putih(part 17)

"Waa bosan tol arini.Oitt Puteri pe kes asyik study je.Exam lame lagi la"rungut Faz.Dia sudah bosan berada di dalam kelas.Sekarang waktu Matematik.Cikgu Matematik mereka tidak dapat masuk ke kelas kerana ada urusan di luar.

"Ape la awak ni Faz.Mane ade exam lame lagi.Lagi 3 weeks tau."balas Puteri

"Ala 3 minggu je.Lambat lagi.Lagipun sekarang baru lepas raya.So enjoy-enjoy la dulu"kata Faz

"Hah! nak enjoy pegi mana? tak ajak kita pun"Liza menyampuk perbualan mereka.

"Nak enjoy pegi toilet.Nak ikut?"tanya Faz sambil tergelak.Puteri ikut tergelak sama.Liza menjeling dan akhirnya tergelak juga.

"Oitt study2.Exam nak dekat da ni.Mengumpat je keje"kata Daz dengan tiba-tiba.Dia baru sahaja masuk ke kelas kerana menemani Kay ke bilik guru.

"Mane ade mengumpat.Mengutuk je"balas Faz sambil tergelak
"
Sama la tu"

"Wei Faz ni ada surat ada mamat mana tah bagi tadi.Dia cakap kau da lama tak on ym.Dia call kau tak angkat dia sms kau tak balas ni yang dia bagi surat kat kau ni"kata Daz lagi sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Faz.Faz mengambil surat itu dengan berat hati sekali.Dia menyimpan surat itu di dalam beg.

"Oit tak nak bukak ke? Segan kalo orang tengok? Mana tau dia tulis 'I love You' ke? 'I miss You' ke?"usik Daz sambil tergelak.Liza,Puteri,Kay dan Atieqah ikut tergelak sekali.Muka Faz sudah kemerahan menahan malu.

"Mane de.Aku malas la nak bace surat dia tu.Menyakitkan hati je."balas Faz

"Eh kau tau ke sape bagi surat tu? Aku rasa tadi aku tak sebut pun nama sesiapa.Lagipun kau tak tengok lagi surat tu kan?"tanya Daz

"Err..aku tau la mesti daripada budak beg putih tu.Da la tutup topik ni bukak topik lain lak"kata Faz

"Mengelak"

"Yela2.Eh Faz dengar cite kau nak pindah skola betul ke?"tanya Daz .

"Hah?! awak nak pindah skola Faz"tanya Liza,Puteri,Kay dan Atieqah serentak.

"Err..mana ada.Jangan caya cakap Daz ni.Menipu je keje"balas Faz tidak mengaku

"Ala Faz jangan nak tipu la.Aku tau la.Syed Fazwan cakap.Ko tak tau ke? Syed Fazwan tu pakwe aku yang ke 86 tau"kata Daz

"Eh sejak bila kau couple ngan abang sedara aku tu? tak bagitau pun"tanya Faz

"Sejak azali.Oitt jangan nak tuka topik"marah Daz

"Da2 jangan gado.Eh Faz betul ke awak nak pindah skola? Ala tak bestnya"rungut Puteri

"Hmm...memang kita nak pindah tapi tak confirm lagi bila.Mungkin mase f4 nanti or f5 nanti"kata Faz

"Ouh lambat lagi la.Tahun depan awak ada lagi la.Yey bestnya"jerit Liza sambil memeluk Faz

"Oitt lesbian ke?"usik Daz

"Banyak la.Aku sepak kau jap lagi kang"kata Faz sambil mengangkat kakinya berkira-kira untuk menyepak Daz.

"Bangun semua"jerit Aiman tiba-tiba.Faz memandang ke hadapan.Rupanya sekarang da waktu Bm.Cikgu Nat sudah masuk ke kelas.Mereka memberi salam dan memulakan pelajaran seperti biasa.


Malam itu

"Waa!! busannya malam ni.Nak tido tak leh lak.Nak bace buku malas lak.Nak Online malas nak on computer.Apa aku ni semua malas.Apa yang aku rajin? Hmm nak watpe ni?Sekarang pukul berapa?Ouh baru pukul 10.30.Awal lagi.Eh lupa.Surat tadi.Tak bace lagi.Hmm nak baca ke tak? Baca je la"bebel Faz seorang diri.Faz mengambil surat yang diberi oleh Daz tadi di dalam beg.Dia kemudian mengoyakkan sampul surat dan mengeluarkan sepucuk surat.'Uitt wanginya.Bape botal minyak wangi ni.Cam love letter je.Sape lak bagi ni.Sakit hidung aku wangi sangat'desis Faz dalam hati.

Faz,

Maaf jika kehadiran surat ini mengganggu awak.Sudah berpuluh kali saya call awak tapi tak ada sapa yang jawab.Sudah beratus sms saya hantar tapi awak masih tak balas.Saya cuma hendak tahu apa kesalahan saya?Saya mintak maaf kalau saya ada buat kesalahan.Oh ye kawan awak,Daz ada cite kat saya.Awak nampak ade girl kiss pipi saya kat klcc aritu kan? Sebab tu la awak tinggalkan saya?Awak jealous ek? ha ha girl tu bukan girlfriend saya la.Saya mana ada girlfriend.Eh salah girlfriend saya ramai tapi yang special takde lagi.Study comes first.Ha ha.Lawak la awak ni sampai jealous2.Saya tau awak sayang saya.Saya pun sayang awak sebagai kawan je la or mungkin kita leh jadi bestfriend.Ha ha Oh lupe lak nak bagitau sape girl tu.Girl tu sebenarnya orang yang paling saya sayang.Sayang gila-gila.Haha awak marah ek? jangan nak tipu.Tengok dah konyok surat ni.Ha ha actually girl tu my sister la.Dia pun keluar ngan kawan-kawan dia.Umur dia baru 12 tahun.Ha ha best la tengok orang jealous ni.Ha ha ok la.Saya nak stop la tulis surat ni.Pen nak abis dakwat.Ok bye sayannnggg ha ha


Your crazy bestfriend
Hakimi


Faz tersenyum membaca surat yang dikirim Hakimi ' hmm bestfriend.Ingatkan dia nak mintak couple ke ape ke.tapi ok gak jadi bestfriend je.Ape la aku ni kecik-kecik lagi da nak bercinta.Study dulu la.Pmr tahun depan je.huhu.Mulai harini aku tak nak ade feeling2 kat Hakimi da.Aku nak study study and study'azam Faz dalam hati.Faz menyimpan surat Hakimi di dalam laci dan terus masuk tidur.



P/S: Err..sorry lambat update.Busy skit ngan Spm.wakakkaka gurau je.Hmm MUNGKIN entri
selepas ni lambat gak update KOT.nak g cuti-cuti malaysia la.hahahha.Kalo idea datang
daripada langit terus masuk otak aku ni mungkin aku akan update banyak2.Tapi skung
tak banyak idea la.Hahahahah.Ok bye.

No comments: