Thursday, November 20, 2008

Cinta beg putih(part 16)

Faz berjalan bersama kawan-kawannya sambil berbual-bual.Mereka menuju ke TGV di aras 3 Suria KLCC.Faz sudah berjanji untuk bertemu Hakimi di situ kerana Hakimi mempunyai hal lain menyebabkan dia tidak dapat mengikuti yang lain menaiki LRT.Dia terpaksa pergi bersendirian.

“Oitt Faz berangan lak.Cepatlah beli tiket tu.”tegur Daz apabila melihat Faz sedang asyik berangan.

“Hah?!! Yelah.Berape orang ni? Berape dewasa berape kanak-kanak?”tanya Faz

“Oitt kitorang kan da 14 tahun mestilah semua dewasa kecuali Liza ngan Kiki tu la kalau nak jadi kanak-kanak sebab diorang kan small-small.”jawab Daz

“Tau la kita pendekkan”kata Liza sambil membuat muka sedih

“Da2.9 dewasa kann?”tanya Faz sambil berjalan ke kaunter tiket.Kemudian dia berpatah balik.Mereka yang lain kehairanan memandang Faz.

“Wei nape patah balik?”tanya Belut

“Err..korang nak tengok cite ape ni?”tanya Faz.Mereka belum memilih tajuk cerita untuk ditonton lagi.Mereka ketawa mengenangkan kealpaan mereka.

“Hmm ape kate kita tengok cerita High School Musical 3?”cadang Kiki

“Ok gak tu.Tapi Hakimi ngan kengkawan dia nak ke tengok cite tu?”tanya Faz

“Lantak diorang la.Sape suruh lambat”balas Daz

“Yela2.Jap aku beli”kata Faz lalu berjalan semula ke kaunter.Setelah membeli tiket Faz berjalan kembali kea rah kawan-kawannya.

“So nak pegi mane lak ni?”tanya Faz

“Tah.Tunggu pakwe kau datang la.Lambat tol pakwe kau ni Faz”kata Daz

“Oitt kawan je.Mane de pakwe aku”balas Faz.Tiba-tiba..

“Ehemm.Assalammualaikum adik manis.Rancaknya berbual.Boleh kami join dua kaki?”tanya seorang lelaki yang tiba-tiba datang itu.Faz berpaling dan melihat Hakimi bersama rakan-rakannya sedang tersengih.

“Waalaikummussalam”jawab Faz perlahan.

Kawan-kawan Hakimi iaitu Hafiy dan Fahmi menegur mereka.Kay dan Liza yang sememangnya rapat dengan mereka terus membalas teguran mereka dan berbual mesra.Faz hanya menjeling ke arah Hakimi yang memandangnya.Dia masih lagi malu untuk berbual-bual dengan Hakimi.

“Oitt da2 la tu dok buat aksi menjeling-jeling ni.Aku da lapar ni.Tak breakfast lagi.Jom gi makan kat A&W”ajak Daz

“Jom jom.Faz kau jalan ngan Hakimi.Kay jalan ngan Hafiy.Liza ngan Fahmi.Aku jalan ngan Daz and Kiki.Baru ok”kata Belut.

“Uitt pepandai je atur-aturkan.Tak nak la”kata Faz tak setuju.

“Da2.Diam2.Ini arahan.”kata Daz sambil tergelak.Faz sudah menarik muka masam.Tapi dalam hati suka.Malu tapi Mahu.

TGV,KLCC

“Oitt mane boleh atur-atur tempat duduk.Tak adil”kata Faz tidak setuju.Daz mengatur Faz duduk di sebelah Hakimi.Liza sebelah Fahmi.Kay sebelah Hafiy.Manakala Belut dengan Kiki duduk bersama dia.’Mana boleh camni.Asyik sebelah Hakimi je.Segan la aku.Kang ade part sedih aku nangis.Kan da malu.Tak boleh jadi ni’desis hati Faz

“Faz ini adalah diatas persetujuan ramai.Majoriti setuju tempat duduk camni.So takleh nak watpe la”kata Belut.

“Biarlah wak.Kita dok sebelah-sebelah.Boleh borak-borak nanti.”kata Hakimi cuba meleraikan pertelingkahan mereka.Faz hanya diam sambil menjeling kearah Daz dan Belut.

Klcc..

"Abis baju aku penuh popcorn.Ape la korang ni ade ke pegi main baling-baling popcorn"rungut Faz.Daz tergelak kecil.Dia melihat baju Faz dan Hakimi penuh dengan popcorn.

“Ha Ha Ok la tu.Cunn pe.So sekarang nak pegi mane plak?”tanya Daz

“Hmm..aktiviti bebas.Tak kesah la nak pegi mane-mane pun.Saya ikut je”kata Hakimi sambil membuang sisa popcorn yang masih terlekat di bajunya.Daz memandang Belut dan Kiki sambil mengenyitkan mata.

“Wei aku nak pegi tandas jap la.Kiki..Belut..jom teman.aku.Wei Faz kalo kitorang lambat jangan tunggu.Aku sakit perut ni”kata Daz sambil menarik tangan Belut dan Kiki.Belut dan Kiki tersengih sahaja melihat muslihat Daz itu.Kay ngan Liza sudah lesap selepas menonton wayang tadi.Entah mane la Fahmi ngan Hafiy tu bawak diorang.

“So kita nak pegi mane ni wak?”tanya Hakimi setelah mereka lame membisu

“Entah la.Saya ikut je”balas Faz sambil memandang bawah

“Hmm..kita jalan-jalan je la.”kata Hakimi

“Ok”balas Faz sambil berjalan seiringan dengan Hakimi.Mereka berbual-bual mesra tanpa sedar mereka sudah berada di luar bangunan Klcc iaitu di taman permainan kanak-kanak.

“Eh tak sedar pula da sampai sini”kata Faz.

“Hmm..Err Faz actually saya ade mende nak cakap kat awak”kata Hakimi

“Cakap la”

“Err..tak ade ape-ape la.Lain kali la saya cakap.Hmm jom la cari diorang.Da lame kita kat sini.”ajak Hakimi.

“Ok.Jom.Eh sebelum tu jom pegi Kinokuniya jap.Saya nak cari novel.”ajak Faz

“OK.”

Kinokuniya,Klcc

Faz berjalan kea rah rak yang menempatkan novel-novel melayu.Manakala Hakimi berjalan ke rak komik.Sedang asyik Faz membaca sinopsis novel bertajuk Erti Rindu Ini terbitan Alaf21,bahunya ditepuk seseorang.Faz berpusing dan melihat Daz,Belut dan Kiki tersengih memandangnya.

“Da puas dating?”tanya Daz sambil tergelak kecil

“Ape dating2 ni.Korang ni sukahati je tinggalkan aku ngan Hakimi”marah Faz.

“Da2.Jangan gaduh.Daz jom cari komik.Da lame aku tak beli komik”ajak Belut.

“Faz jom ikut sekali”ajak Daz sambil menarik tangan Faz.Sedang Belut dan Daz membelek komik.Faz berbual-bual dengan Kiki.Tiba-tiba dia terpandang Hakimi dengan seorang perempuan sedang asyik berbual.Perempuan itu memaut lengan Hakimi.Faz seperti pernah melihat wajah perempuan itu tetapi dia sudah lupa di mane.Tiba-tiba perempuan itu mencium pipi Hakimi dan berlalu pergi.Faz terkejut melihatnya.Perasaan cemburu mula menyelinap masuk.Kiki yang turut sama memandang menggosok perlahan belakang Faz.Cuba menenangkannya.

“Wei aku rasa cam nak demam la.Aku balik dulu la.Kalo jumpa Hakimi cakap aku balik.Mak aku marah”kata Faz lalu berjalan pergi.Daz dan Belut terpinga-pinga memandang.Mereka mengejar Faz yang sudah jauh di hadapan.

“Faz rileks la.Jom kita balik sekali”kata Daz

“Tak pe la.Korang lepak la sini dulu.Aku nak balik”kata Faz perlahan.

“Hmm takpe la.Kita pun nak balik ni.Kita temankan awak ye Faz”kata Kiki.Faz tidak menjawab.Dia terus berjalan.Daz dan Belut mengikut dari belakang.Daz menghantar sms kepada Liza dan Kay memberitahu mereka balik awal.Faz tak sihat.Liza membalas dengan menjawab ‘Ok' sahaja.

LRT,

Faz mengambil phonenya di dalam poket apabila ianya berbunyi menyanyikan lagu ‘This is Me’ tanda ada panggilan masuk.Apabila melihat nama Hakimi terpampang di skrin telefonnya.Dia hanya membiarkannya.Akhirnya nyanyian itu padam.Sekali lagi phonenye menyanyikan lagu.Faz memberikan phonenya kepada Belut menyuruh Belut menjawabnya.Belut mengambil phone Faz dan menekan butang hijau

“Hello”jawab Belut

“Faz awak kat mane? Puas saya cari tak jumpa”tanya Hakimi

“Wei Hakimi ni aku Diyana.Faz tak sihat.Kitorang dalam LRT sekarang nak balik.”

“Hah?!! Faz tak sihat? Dia ok tak? Kenapa tak bagitau aku?”tanya Hakimi

“Banyak tol soalan kau tu.Esok kau tanya dia la.Jangan call.Orang demam tak leh diganggu.Ok bye”kata Belut dan terus mematikan talian.Dia memberikan phone itu kembali ke Faz.Dia dan Daz sudah mendengar cerita Kiki tentang apa yang berlaku di Kinokuniya tadi.Dalam hati dia berasa kasihan dengan Faz.Faz mengambil phonenya dan mengucapkan terima kasih kepada Belut.Belut hanya mengangguk.

"Kesian korang kan.Terpaksa ikut aku balik"kata Faz

"Eh tak pe la kitorang tak kesah pun"kata Daz

"Hmm ape kata bila sampai kat Wangsa maju nanti kita pegi Jaya Jusco.Korang beli komik kat MPH"cadang Faz

"Err..kitorang tak kesah.Tapi awak da ok ke Faz?"tanya Kiki

"Eh ape pulak tak ok.Kita ok la.Buat ape nak sedih pasal laki tu.Bukan kita ade pape pun dengan dia"kata Faz

"Yela tu"kata Daz perlahan.Faz menjeling ke arah Daz.Daz sudah mengelabah apabila dijeling begitu.Jelingan Faz sungguh tajam seperti harimau.Mereka akhirnya tergelak.

No comments: