Wednesday, November 12, 2008

Cinta beg putih(part 14)

“Ching Ching.Oit Faz termenung tak ajak aku pun”tegur Daz tiba-tiba.Faz yang sedang mengelamun agak terkejut.Dia memandang sekeliling.Kay dengan Puteri sudah tergelak-gelak.

“Ape la kau ni Daz ade ke termenung leh ajak-ajak lagi tu.Agak pelik la kan”kata Puteri sambil tergelak kecil.
“Boleh pe.Kan Faz?.Wei Faz kau dok fikir pasal pe tu? Rempit 2 E tu ke?”tanya Daz
“Mane de dia rempit.Suka hati je kau cakap dia rempitkan”balas Faz
“mane kau tau hati aku ngah suke sekarang ni? Ha ha “kata Daz sambil tergelak
“eee sakit hati la cakap ngan kau ni.Da la baik aku buat math”kata Faz sambil mengeluarkan buku math dan terus membuat latihan tanpa menghiraukan rakan-rakannya.

Rehat..

“Wei jom gi bilik UBK.Aku nak beli air tin la.Mak cik kantin tu miskin jual air kosong je”kata Daz dengan kuatnya.
“Oitt kau mulut.Kang makcik tu dengar aku tak tau”balas Atieqah
“Biar la dia dengar sape suruh tak jual air lain”kata Daz ngan selambanya
“Faz awak kenapa senyap je daripada tadi?Ade masalah ke?”tanya Atieqah kepada Faz.Faz mengangkat mukanya mamandang ke arah Atieqah.Kemudian memandang ke hadapan semula.
“Mane ade kita ok je la”balas Faz sambil berjalan ke bilik UBK.Semasa memanjat tangga Faz ternampak kelibat Hakimi di bilik guru.Dia pun berjalan pantas ke bilik UBK dan terus masuk meninggalkan Atieqah dan Daz yang terpinga-pinga memandang.

Unit Bimbingan & Kaunseling..

“Wei Faz suka hati je kau tinggalkan kitorang tadi.Ingat kitorang lembu ke?”marah Daz
“Oit lembu-lembu jangan sebut”balas Atieqah
“Ha ha sorry la korang.Tadi kte ternampak Hakimi kat bilik guru tu yang cepat-cepat datang sini”
“Suka suki je.Kau gaduh dengan Hakimi ke?”
“Tak gaduh tapi segan la nak jumpa dia”
“Tah pape la.Da la aku nak beli air la”
“Nak gak!!”
Malam itu,
‘Nak on ke tak.Nak tak nak tak nak tak.Arghh..on jela tapi kang dia tegur? Buat selamba je la.’kata Faz dalam hati.Dia tidak tahu sama ada mahu online malam ini ataupun tidak.Faz berjalan ke arah komputernya dan terus membukanya.Dia sign in ym tetapi membuat dirinya invisible.’Eh dia on la.Nasib aku buat invisible.Bijak gak aku ni’kata Faz dalam hati.Faz membuka myspacenya dan menyemak emailnya.Tiba-tiba dia terpandang di sebelah kanan komputernya.

Kimy_F94 is now offline

'Yess!! Dia da offline.Faz terus menukar statusnya kepada available.TIba-tiba

Kimy_F94:BUZZ!!!
Kimy_F94: Salam
Kimy_F94:Hello kucing kesayanganku

Faz terkejut.’Alamak kantoii.Lupe.Bodonya aku pegi on myspace mesti la dia boleh agak.Camne ni nak reply ke tak? Buat tak tau je la’

Kimy_F94:Faz jangan nak wat tak wat tak tau plak.Saye tau awak ade tu

‘Alamak2.’

Fazrina:Err wslm.Hi
Kimy_F94: Balas pun.Nape awak cam tak nak chat ngan saye je?
Fazrina: Err mane ade
Kimy_F94: ye la tu.Pape la.Eh Faz saye nak ajak awak tengok wayang sabtu ni nak tak?
Fazrina: Tengok wayang? Cite ape?
Kimy_F94: Ape-ape je la.Ajak la kawan-kawan awak tu sekali
Fazrina: Err..tak tau la boleh ke tak kena tanya mak saya dulu.
Kimy_F94: Kalau mak awak kasi bagitau tau.Hmm..ni no saya papehal call or mesej saya tau
Kimy_F94: 012*******
Fazrina:Ouh ok. Eh k la saya nak off.Ayah saya da marah tu
Fazrina:Bye.Salam
Kimy_F94: Ok bye.wslm.

Faz terus menutup komputernya.Dia menatap kembali no Hakimi yang sudah disavenya di dalam phone.’Hmm nak pegi ke tak ek tengok wayang tu.Tanya yang lain la dulu’

No comments: