Wednesday, October 15, 2008

Cinta beg putih(part 8)

"Wei korang...cikgu Saidi tak masuk arini.Dia ade keje nak buat.Dia cakap korang leh wat kerja sendiri tapi jangan bising sangat."kata Kay.Sebagai penolong ketua kelas dia sentiasa ke hulu ke hilir menjalankan tugasnya dengan penuh amanah.
"Yey!! wei korang jom lepak kat belakang.Buat bising.ha ha"ajak Daz sambil menarik tangan Kay.Dia berlari ke belakang kelas dan duduk di atas lantai.Betul-betul di bawah kipas.Kemudian kawan-kawannya datang dan membuat 1 bulatan.
"Ok..sekarang nak borak pasal pe?? busan kot"kata Liza.
"Hmm...tu la asal sekejap sangat cuti sekolah aritu..rase cam dua hari je..folio geo pun tak siap lagi..lantak la cikgu botak tu.opss sorry Atieqah terkutuk boyfriend kau plak"kata Daz sambil tergelak.Atieqah menjeling ke arah Daz.Malas nak layan.
"Wei korang jom cite hantu!!"ajak Faz
"Hah!! kite ade cite hantu..cite dier camni"kata Kiki.Kiki merupakan pelajar kelas 2 Lufektif juga.Seorang yang agak kecil.Tapi kuat merapu.Agak pandai juga.
"Cite la cepat Kiki"gesa Faz tidak sabar
"sabar la skit.hmm camni..pada suatu hari kite balik umah skali nampak ade orang baju putih.lutut kita da terketar-ketar.da la tgh malam.skali...lembaga putih tu berpusing...kita pun terkejut la..rupa-rupanya lembaga putih tu..mak kite baru habis solat..ha ha ha"cerita Kiki dan kemudian tergelak
"Ceh buang masa aku je.."kata Daz
"Tu la..kau ni Kiki merapu je keje.sakit hati aku"marah Faz sambil tergelak-gelak.Mereka pun berbual-bual sambil menyanyi-nyanyi.Loceng berbunyi menandakan waktu rehat
"Wei jom turun rehat..lapar la..haus"ajak Faz
"Ehem...lapar ke nak jumpa Hakimi ni??"tanya Daz sambil mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain.
"Aku lapar la..Hakimi?? Takde maknenye nak jumpa dia.bukan leh kenyang pun"kata Faz sambil tergelak kecil.

Di kantin sekolah...

"Waa arini ade plak nugget selalu takde...budak f1 makan banyak sampai habis."kata Daz sambil mencapai satu paket nugget dan membayarnya.Faz pun turut membuat demikian
"Wei jom beli air..aduhh sakitnya bahu aku"kata Faz sambil menggosok bahunya yang dilanggar seseorang.Daz tersengih-sengih dan menjauhkan diri perlahan-lahan sambil membuat isyarat mata agar rakan-rakannya yang lain turut berudur dan memerhatikan drama di hadapan.Jarang-jarang dapat tengok tu.
"Err...sorry ek.tak sengaja"kata Hakimi kepada Faz.Faz terkedu.'Alamak asal asyik langgar dier je.Daz ni pun satu asal dier tinggalkan aku.mama!! help me!!' jerit Faz dalam hati
"Err...it's ok."kata Faz
"hmm..i'm Hakimi from 2 Efekhur and you??"
"Err...i'm Fazrina from 2 Lufektif"
"Ouh.eh awak yang saya langgar kat Giant aritu kan??"
"Err..yela.hehe tak sangka awak langgar saya lagi arini"
"haha sorry la.kita ni kan asal jumpa je mesti langgar kan"
"Hmm..eh saya pegi dulu la.kawan-kawan saya da tunggu.jumpa lagi nanti"
"hmm ok!"

Faz berlari ke arah rakan-rakannya.

"Woitt pe kes korang tinggalkan aku tadi?? memalukan je.jadi gagap aku tadi.waa!! huhu pe la korang ni memalukan aku je.Kau tau tak?? Aku rase muka aku da merah gila da ni.cam kambing kena panggang je.Oitt aku cakap ngan korang ni.Asal diam je!! oit!!"bebel Faz
"Err...Faz camne kitorang nak jawab.Kau tu cakap tak berhenti.Kalau Hakimi tengok kang kurang lak duit hantaran kau tu.hahah"balas Daz sambil tergelak.Disambut lak dengan gelak ketawa kawan-kawan yang lain.Gamat suasana di kantin seketika dengan gelakan mereka.
"Ala Faz..jarang tau dapat tengok drama camtu.setahun tak tau berape kali dapat tengok"kata Liza
"Betul tu kite setuju"sokong Kay
"Kite pun"kata Kiki
"Ish korang ni!! camni kawan takpe2"kata Faz sambil berjalan pergi ke kelas.
"Wei Faz merajuk la.Pegi pujuk cepat"kata Puteri
"Takpe suruh Hakimi pujukkan jela"kata Daz pula
Mereka semua tergelak kuat dan memerhatikan gelagat Faz yang sudah berpatah balik dan berjalan ke arah mereka.

No comments: