Thursday, October 2, 2008

Cinta beg putih(part 6)

"Wei jom tengok wayang.Dari tadi jalan je.penat la"ajak Faz.Kakinya sudah lenguh apabila berdiri terlalu lama.Sekolah masih lagi cuti jadi mereka mengambil keputusan untuk keluar shopping di One Utama.
"Kau..baru jalan sikit da penat..padahal kita baru je sampai..eh tapi best jugak kalo pegi tengok wayang pun ok gak.Aku teringin nak tengok cite Wall E..ha ha ha"kata Daz sambil membuat mulut ketika menyebut perkataan Wall E.
"yela2..jom la tengok Wall E tu..eh panggung wayang kat tingkat berape?"tanye Puteri sambil memandang ke arah rakan2 nye.
"Hmm...tah jom tengok directory"ajak Kay sambil berjalan ke arah directory.Namun kemudian dia terhenti apabila melihat sesuatu yang laju berlari daripada belakangnye.Dia mengangkat wajah dan melihat Daz dan Faz sudah pun berade di directory tersebut sambil tersengih-sengih.
"Oitt korang..kat sini pun nak main lumba lari ke? memalukan je "marah Kay.
"Ala..rilex ar Kay..eh korang nak tengok wayang katne ni?? Golden Screen Cinemas(gsc) atau Tanjung Golden Village(Tgv)??"tanya Daz
"Err..rasenye baik pegi GSC sebab da dekat je ngan kawasan kita ni..jom la cepat kang tiket xde lak"kata Liza.

"Waa!! panjangnye beratur.Eh Liza ngan Puteri korang beratur la biar kitorang g beli popcorn.Err korang nak air ape??"tanye Faz
"Coke"
"Ice lemon tea"
"Ok..jom korang.."kata Faz sambil menarik tangan Kay dan Daz.

2 jam kemudian..

"Waa!! bestnye cite Wall E..rase nak tengok lagi je."kata Daz sambil memandang ke sekeliling complex One Utama tersebut.Tiba-tiba dier terpandang seseorang yang amat dikenalinye.Dia menggosok-gosokkan matenye beberape kali.Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Dia kemudian berjalan perlahan-lahan ke arah pasangan yang dilihatnya itu.'Eh Hakimi ke tu? Yela betul la.Sape lak pompuan sebelah dia tu ek? Nak bagitau Faz ke tak? Kalau bagitau kang Faz merajuk lak,cemburu..arghh bagitau je la' desis hati Daz.

"Oitt Daz kau buat ape tu?? Mengintai sape?? aiyokk"tegur Puteri sambil memukul perlahan belakang Daz.
"Oh mak kau terpelanting dalam longkang" latah Daz akibat terkejut.Dia mengurut dadanya perlahan.Kemudian dier memandang ke arah rakan-rakannya yang sibuk tergelak.
"Ha ha ha Daz kesian mak lembu terpelanting dalam longkang" kata Faz sambil tergelak kuat
"Ish kau Faz..wei Faz cube kau tengok ni"kata Daz sambil menarik tangan Faz.Dia menunjuk ke arah pasangan di hadapannya itu kepada Faz.
"Eh Hakimi la tu eh tapi pompuan mane lak sebelah dia tu ek? Girlfriend dia ke?? Ala..hmm tak pe la biar la bukan aku suke kat dia pun"kata Faz untuk menutup kekecewaan di hati.Dia tidak menyangka yang Hakimi sudah mempunyai girlfriend.Malah perempuan itu lebih cantik daripada dia.
"Err...kawan dia je kot..da la jom kite g makan sushi kat sushi king!! " ajak Daz untuk menceriakan suasana.Mereka semua sememangnya gemar makan sushi.Daz terasa menyesal pula kerana menunjukkan kepada Faz pasangan itu.
"Jom la..aku pun da lapar ni..pegi mampos la ngan laki tu asal aku happy!! ha ha ha"kata Faz sambil tergelak kecil.Gelak yang sengaja dibuat-buat.
"Hmm..jom la"kata Puteri dan Liza sambil berjalan mendahului mereka.

No comments: