Saturday, October 25, 2008

Cinta beg putih(part 10)

Bilik guru..

"Kay cepat la letak buku tu atas meja teacher"arah Daz.
"Jap la pandai..sabar-sabar la skit bukan kau nak g makan pun"balas Kay
"Ala Kay Daz tu nak pegi mengintai cikgu Farhan kat bilik guru sebelah,apa lagi"kata Faz sambil tergelak
"Oit mane ade..aku nak gi jumpe cikgu Nat jap.Nak tanye kot2 kena amik buku ke ape ke"kata Daz membela diri.
"Yela2..percaye.Kay yang penolong ni pun tak kecoh2.Mengaku je la Daz"usik Faz
"Banyak la.Sebenarnya tadi aku nampak Hakimi masuk dalam bilik guru tu.Tu yang aku ajak korang"kata Daz
"Yeke Daz?? Jom la.Aku nak tanye cikgu Nat,Bm arini blaja ape"kata Kay sambil menarik tangan kawan-kawannya itu.
"Tak nak la.Aku nak gi makan.Lapar.Bye"kata Faz sambil berjalan.Tiba-tiba..

"Fazrina,Daz,Kay sini sekejap"panggil cikgu Nat apabila terpandang mereka bertiga.'Aduss malang tol' desis hati Faz.
"Kau punya pasal la ni Daz.Tengok cikgu da panggil.Siap kau jap lagi.Aku bunuh kau"bisik Faz kepada Daz.
"Apa kamu bisik-bisik tu.Tak nak share ngan cikgu ke?Daz kamu mengintai ape tu?"tanya cikgu Nat.
"Err..tak de pape la cikgu.Saje tengok2 kat bilik guru ni.da lame tak masuk sini"kata Daz sambil tersengih.
"Ala cikgu,Daz ni dok ngintai cikgu Farhan tu.Daz ni semua orang dia suke"kata Faz.Daz menjeling ke arah Faz.
"Iya ke? kamu suka cikgu Farhan, Daz? macam2 la kamu ni"kata cikgu Nat sambil menggeleng2kan kepalanya.
"Ala cikgu mane de saya suke.Faz ni suke Hakimi.Dia nak usha Hakimi cakap saya suke cikgu Farhan lak"balas Daz membela diri.
"Hakimi mane ni?"tanya cikgu Nat
"Ala budak kelas 2 Efekhur tu.hmm..hah cikgu nampak tak budak laki yang ngan cikgu Mad tu?yang ngan beg putih dier tu?"tanya Kay
"Hah nampak.kenapa ngan budak tu?"tanya cikgu Nat
"Itu la Hakimi cikgu."kata Daz sambil tergelak.Kay dan cikgu Nat turut sama tergelak.Hanya Faz sahaja yang sudah masam mukanya.Macam buah mangga busuk.
"Ada-ada je kamu ni.Hmm nah Daz kamu amik buku latihan ni.Bagi balik kat diorang.Kay ngan Faz kamu pergi bilik sebelah,amik buku latihan bm dalam almari panitia bahasa melayu.Kamu tau kan?"tanya cikgu Nat.
"Tau2"
"Ok pegi amik sekarang"arah cikgu Nat
"OK"

Di kelas..

"Eh Faz ada 2 buku latihan ni budak kelas Efekhur punya.Ko tolong bagi kat diorang.Aku nak g toilet da ni.Tak tahan.Tolong ek.Thankxx.Atieqah teman jap"kata Daz sambil berlari keluar diikuti Atieqah dari belakang

"Aduss Daz ni.Buku sape la plak ni.Asal dia tak bagi je.Nak g toilet kan lalu kat depan kelas Efekhur tu"bebel Faz sendirian.'Camne nak pegi ni,da la kelas Hakimi tu malunya nak pegi.Ajak Kay la'
"Kay teman aku hantar buku ni kat kelas Efekhur jap"ajak Faz
"Faz kau pegi la ngan orang lain.Aku tak siap homework math lagi ni.sorry ek"kata Kay sambil sibuk membuat homeworknya itu
"Hmm takpe la.Puteri teman aku leh tak?"tanya Faz
"Err..aku pun tak siap lagi math ni.Nasib baik Kay cakap.Sorry tau"balas Puteri dan kemudian mengeluarkan buku math nya.
"Liza?Kiki?Mary? Sesape je la.temankan aku leh tak?"tanya Faz
"Hmm sorry la kitorang busy.Awak pegi sendiri leh kan?"balas Liza.Faz tidak menjawab.Dia terus keluar daripada kelas.

"Tak leh harapnye kawan.Bukan nak teman.Camni kawan.Ape la.Buat sakit hati je"bebel Faz sorang2 sambil menuruni tangga.
"Ehem..cakap ngan sape tu?? tak baik merungut sorang2"tegur satu suara.Faz berpaling dan melihat Hakimi bersama rakannya.'alamak.jatuh maruah aku.dia dengar la aku cakap sensorang.malunya'
"Err..hai Hakimi"tegur Faz sambil tersenyum.
"Hai Faz.Awak nak pegi mane tu?"tanya Hakimi
"Err..nak pegi kelas 2 Efekhur.Nak bagi balik buku latihan ni.Cikgu Nat terbagi buku budak kelas Efekhur pulak kat kitorang tu yang nak pulangkan"jelas Faz
"Oh yeke?? Hmm awak nak suruh saya hantarkan pun boleh.Saya kan kelas efekhur."kata Hakimi
"Oh..lupe.Awak ade cakap aritu.Tapi saya lupe pulak.Hmm..nah.Thanks tau.Saya balik kelas dulu"kata Faz sambil menghulurkan buku latihan kepada Hakimi.Tiba-tiba seseorang menolaknya daripada belakang menyebabkan dia terjatuh ke atas Hakimi.Mereka saling berpandangan seketika.
"Ehem2.Waa!! macam drama hindustan pulak.Jom Atieqah blah.Kang mati plak dok lame2 kat sini"kata Daz sambil berlari menaiki tangga.Diikuti Atieqah yang sudah tergelak2.Faz bangun perlahan2 dengan muka yang sudah mula memerah.

"Err..sorry"kata Faz sambil berlari naik ke atas.Hakimi hanya memandang.Perlahan2 satu senyuman terukir di bibir Hakimi.

"Tak guna kau Daz.Buat malu aku je tadi.Nasib tak tercium muke Hakimi tu"marah Faz kepada Daz apabila masuk ke dalam kelas.'Opss ade cikgu.Alamak malunya.Semua orang pandang la.Cikgu Nat tak masuk ke? Asal cikgu botak ni plak yang masuk.Aduss malunya.Setan kau Daz!!'

"Err..sorry cikgu.Tak perasan."kata Faz sambil tersengih.
"Hmm..takpe.Awak boleh duduk tempat awak"kata cikgu botak sambil tersenyum.'cute la plak cikgu botak ni'
" Terima kasih cikgu"kata Faz sambil berlalu ke tempat duduknya.Dia sempat menjeling ke arah Daz yang tersengih2 itu.'Tengok la kau Daz.Siap kau jap lagi Daz' kata Faz dalam hati.

No comments: