Thursday, September 25, 2008

Cinta beg putih(part 5)

"Kringg" loceng sekolah berbunyi nyaring tanda tamatnya waktu persekolahan.Minggu depan mereka mulai bercuti selama 2 minggu sempena cuti penggal ke 2.Ramai di antara mereka yang mulai merancang aktiviti semasa cuti sekolah.

"Wei korang..cuti sekolah ni korang nak watpe??" tanya Liza sambil berjalan seiringan dengan Faz dan Daz.Puteri sudah pulang awal kerana sakit perut.Liza kemudian memandang ke belakang dan melihat Kay sedang berborak dengan Yana.Yana merupakan teman rapat Kay yang agak gila-gila dan suke memekak.Yana berlainan kelas dengan mereka.

"Hmm..tah la..tapi aku TAK SUKA la CUTI ni..sebab nanti aku rindu kat Hakimi lak.Nape la cuti lama sangat buat kejap-kejap cukup la..huhu"kata Faz dengan nada tidak puas hati.Dia pasti akan rindu pada Hakimi jika bercuti terlalu lama.Jika dia tinggal bersebelahan dengan rumah Hakimi ok la..tak kesah..ni..Hakimi tinggal di mana pun dia tak tahu.

"Kau pentingkan diri nampak.Apa susah on jela myspace tu tengok gambar Hakimi puas-puas.ha ha ha.Lagipun best apa cuti aku suke..tapi tak best la cikgu bagi homework byk sangat.Cikgu Botak tu pun ade ke suruh buat folio tapi tak bagitau cara camne nak wat.Apa la 'boyfriend' Atieqah ni ha ha ha"kata Daz sambil ketawa besar sehingga menyebabkan pelajar-pelajar yang lain memandang ke arahnya.Daz hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk sahaja.

"Eleh kau..tau la boyfriend kau tu slalu on kat internet..ape name..mango?? eh apa-apa je la..ha ha ha.Tu la pasal ckgu tu..tak de belas kasihan langsung.Wei ape kate cuti ni kite pegi library..g sunway lagoon..g shopping..g main ice skating and pape la..asalkan kita keluar jalan-jalan!! " cadang Faz.

"Best gak tu..nanti la kita bincang kat ym.conference.Daz jangan nak jadi halimunan lak kat ym tu kalo tak..."kata Liza sambil memberi amaran kepada Daz.Daz tergelak besar mendengarnya.

"Ha ha yela2..eh ok la blah lu..bye"kata Daz apabila melihat kereta Persona emaknya sudah sampai.

"Ok bye"kata Liza dan Faz serentak.Mereka kemudian ketawa dan berborak.




Pada malam itu mereka berbual di conference yang dibuat oleh puteri atas paksaan Liza

Daz Dianza:Ni ape kes paksa2 orang join lak ni..
Liza lala: Ish orang nak bincang pasal rancangan cuti sekolah ni la
Fazkim: korang nak wat rancangan pe?? pegi shopping ke?? ke nak g hantar rombongan meminang
Hakimi..hahaha
Pu3 Qila:Rancangan?? tak cakap pun korang buat rancangan.tak pe2..huhu camni kawan :((
Liza lala: Puteri kitorang baru nak rancang la ni..sape2 leh bagi cadangan yang bernas tak??Eh
apsal Kay tak online arini??
Daz Dianza: Kay demam..hahahha
Fazkim: Kau daz..semua orang kau cakap demam..Kay tido awal la..lepas ni dia on la kot haha.
Liza lala:ouh tak pe la..hmm pasal rancangan ni..nak g jalan mane ek??
Daz Dianza: PERAK!! SLIM RIVER!! hahahhah
Fazkim: kau Daz cakap je la nak jmpe mango.hmm pe kata lusa kita g perpustakaaan negara.kita
cari maklumat for folio geo.ok x??
Pu3 Qila: Ok gak tu..aku setuju..hmm kul bape nak jumpe kat sane??
Daz Dianza: kul 6.30 pagi!!
Liza lala: ish merepek je Daz ni..kita jumpe kat sane kul 10.00 pagi la.Ok x??
Fazkim: aku ok je..
Daz Dianza: tak kesah..on je
Pu3 Qila: 10?? ok2 leh..
Liza lala: ok la kalo camtu..jumpa kat sane lusa
Daz Dianza: wei jom nyanyi..Liza on mic tu..ko kena nyanyi first..hahah buli2
Liza lala: yela daz..hahah
Fazkim: aku nak nyanyi second tau!!!!!

No comments: