Saturday, September 20, 2008

Cinta beg putih(part 4)

"Lalala.."nyanyi Faz dengan sungguh girang sekali.Entah mengapa hatinya ketika itu lapang dan tentaram.Mungkin kejadian semalam menyebabkan dier berasa gembira? Entah hanya dia seorang sahaja yang tahu.

"Oitt budak..happy semacam je kau..ade pape ke?? Ke Hakimi minta couple ngan kau??"tanya Liza sambil ketawa kecil.Dia dan Atieqah telah mendengar dengan teliti cerita yang diberitahu oleh Daz dan Kay ketika sampai ke sekolah tadi.Dia berasa menyesal pulak pulang awal ke rumah jika tidak mungkin dia dapat melihat sendiri kejadian yang berlaku semalam.

"Haha!Hakimi minta couple??kau tunggu alien datang kat bumi ni la baru Hakimi tu nak minta couple ngan aku.Dia tu da la pendiam.Nak cakap bisu tak pula.Lagipun aku ni mane la cantik takde sape nak pun."balas Faz.Namun dalam hati dier mengharapkan supaya Hakimi mintak couple dengannya.

"Oitt pe cite ni?? ape couple-couple ni?? tak bagitau aku pn.backhand skali kang." tanya Daz sambil ketawa.

"Ni hah Faz ni..happy semacam..ingatkan Hakimi mintak couple ngan dier tapi dier tak nak mengaku lak siap cakap alien datang bumi baru Hakimi tu mintak.tak logik langsung kan wak.?? kata Liza sambil membetulkan ikatan rambut arnabnye itu.

"Alien?? haha teringat lak kat mangga..opss..kau ni Faz cakap camtu lak..cam la aku tak tahu dalam hati berbunga-bunga kalo Hakimi mintak kapel.Meh aku pegi cakap kat Hakimi tu kau suka dier.."

"Oitt mane de..TAK SUKA la.."kata Faz
"lalala..tak dengar..hah tu pun Puteri ngan Atieqah.Jap ek aku nak bagitau diorang Hakimi mintak kapel ngan kau tapi kau tolak.." kata Daz sambil berlari ke arah Puteri meninggalkan Faz dan Liza dalam keadaan terpinga-pinga.

"OITT MANA ADE LA..FITNAH TOL KAU NI DAZ!!!DAZ OITT TUNGGU LA JAP " jerit Faz dengan begitu kuat sekali sehingga menyebabkan semua orang memandang ke arahnya.

"Oii kalau nak menjerit pegi jauh2 la wei..bising doe..kang cikgu sebelah datang aku sepak kau!!"kata salah seorang pelajar lelaki yang agak nakal.

"Opss..sorry tak sengaja"balas Faz sambil berlalu ke tempat duduknya.

"Faz!! asal kau tak bagitau kitorang" tanya Puteri tiba2.
"Hah?? bagitau ape??" Faz kebingungan apabila diterpa begitu
"Ala kau ni..malu-malu lak..asal tak bagitau kitorang..camni kawan..takpe2..huhu"kata Atieqah pula

"Oitt pe ni?? tetiba je..tak faham la..pening"balas Faz sambil memandang rakan2nya iaitu Puteri,Atieqah,Liza,Kay dan Daz yang berada di depannya.Dia bingung memikirkan apa yang berlaku.Namun apabila terpandang sengihan Daz yang seakan-akan mengandungi sesuatu muslihat membuatkannya tersedar.

"Daz!!!!!!!!!!!!!Kau cakap ape kat diorang hah?? Dazz..oiitt" panggil Faz sambil
mengejar Daz yang sudah berlari.Faz mengejar Daz sambil dilihat oleh pelajar-pelajar lain.Ada yang menggeleng kepala melihat telatah mereka berdua yang tidak ubah seperti kanak-kanak tadika itu.

Puteri,Kay,Atieqah dan Liza terpinga-pinga memandang Daz dan Faz yang sudah 'tawaf' kelas itu sebanyak 2 kali.Mereka tidak faham apa yang berlaku.Namun apabila teringat cerita Daz tentang Hakimi yang meminta kapel dengan Faz dan melihat Faz sedang mengejar Daz dalam keadaan marah itu.Mereka tahu..Daz hanya me'reka' cerita yang tidak benar.

"Daz2..ske sangat sakitkan hati orang.."kata mereka semua di dalam hati.

No comments: