Tuesday, September 16, 2008

Cinta beg putih(part 3)

Faz berlari ke arah Daz dan Kay yang berada di tepi pintu itu.Apabila melihat Fazrina berada di situ Daz menarik tangan Faz dan menunjukkan ke arah seseorang.Kay cuba mengambil gambar seseorang menggunakan telefon bimbitnya.'Pelik betul kawan-kawan aku ni'kata Faz dalam hati
Faz mengintai keluar dan melihat..ya-ALLAH..Dia sungguh terkejut..Hakimi berada di depannya.Tiba-tiba Daz menolak Faz dan Faz terjatuh lalu terlanggar Hakimi yang berada di depannya itu.Dua-dua jatuh ke lantai dan saling berpandangan.Tiba-tiba...

"Klik..." bunyi daripada handphone Kay berbunyi lalu mengeluarkan flash membuatkan Faz terkejut.Dia bangun dengan muka yang kemerah-merahan.Faz menjeling ke arah Daz dan Puteri yang sedang tergelak itu

"Sorry..tak sengaja" kata Faz kepada Hakimi.Hakimi bangun lalu membetulkan bajunya yang kotor itu akibat jatuh di atas lantai.Dia kemudian menjeling ke arah Faz dan terus pergi tanpa berkata apa-apa.

"Gila sombong punya 'mamat'.Orang da cakap sorry pun nak marah lagi.Ni kau punya pasal la Daz gi tolak aku..memalukan betul la.

"Ala rilex la..bukannya sengaja pun..TAK SENGAJA la..haha.Wei Kay amacam gambar tu dapat tak?? aku nak letak dalam myspace ni."tanya Daz kepada Kay yang sedang asyik membelek phonenye itu.

"Ok cunn la..sweet je tadi time aksi pandang-pandang tu..rasa cam tengok wayang je..tol tak Puteri?" tanya Kay.

"Haha betul-betul aku setuju..cam filem hindustan pun ada.Rugi tol Amiera dengan Liza balik awal tadi kalau tak dapat tengok drama 10 saat ini.haha" kata Puteri sambil tergelak kecil.

"Dah la..tak cite pasal ni da memalukan betul..eh wei..blok ni da kosong la cepat la jom blah."kata Faz.

"Tah-tah pak guard da kunci grill tangga..aiyok..tak tahu..haha"kata Daz dengan celuparnya.

"Oi mulut..takde insuran langsung.."
"Eh wei btl la da tutup..mulut ko masin sangat la Daz..aduh ape kita nak wat ni..takde orang da mase ni..weii!! macam mana ni?"kata Kay agak ketakutan
"Eh wei tu pak cik guard jap tunggu sini aku nak kejar dia.."kata Faz
"Eh nak ikut gakkk
"Oitt jangan tinggalkan aku!!
"woii aku nak ikut jugak!!

Mereka berempat berlari ke arah pak cik guard yang berada di kawasan tangga lelaki itu.Mereka menjerit memanggil pak cik guard tersebut.Pak cik guard tersebut berpusing dan mereka pun meminta lelaki itu membuka grill pagar tersebut.

"Eh macam mana kamu boleh terkunci kat dalam ni..hai nasib baik la pak cik dengar jeritan kamu kalau tidak..."kata guard tersebut sambil membuka grill pagar.

"Terima kasih pak cik" kata mereka berempat lalu berlari ke pagar utama takut ketinggalan van.

Keesokkannya di sekolah..

No comments: