Saturday, September 13, 2008

Cinta beg putih(part 2)

"Faz mane kita nak pegi ni dari tadi kau dok ikut mamat tu apsal? Kau minat budak tu ke? lain kali cakap la awal-awal aku leh tolong ni nak rahsia-rahsia lak,"kata Puteri dengan nada tidak puas hatinya.Dia agak bengang dengan perangai Fazrina yang hanya mendiamkan diri apabila ditanya.
"Ler Puteri kau tak tau ke? Faz ni da tangkap cintan sama mamat beg putih itu.Yela mamat tu kan muka kira ok la pastu dier ade gaya tersendiri jalan sorang-sorang dengan beg putihnya itu.I wonder la what inside his beg.Cam ade barang berharga je.Tah-tah ada gambar Faz tak..aduh!,"
Fazrina menjeling Daz yang bercakap ikut sedap hati sahaja.Itu baru pukulan sahaja kalau ikutkan hati mahu saja disepak belakang Daz itu.Dia pun berjalan mengekori mamat itu.Matanya liar memerhatikan sekeliling khuatir ada orang yang melihatnya.
"Wei Faz jom la g kantin beli air dulu.Aku haus ni.Jap lagi la kita ikut dia.Ala nanti kitorang tolong kau siasat pasal dia.OK? please la.."kata Atieqah
"Aku setuju"
"Aku pun
"Aku agak setuju juga
"Setuju tuju bertuju haha"
"Yela jom la,tau la korang ske minum air mak cik kantin tu.Bukannya sedap pun.Biasa je air dier tu lagipun da la kotor"kata Fazrina dengan nada tidak puas hati.
"Hak eleh tau la tak puas hati,banyak bunyi lak selalu dier jugak yang nak beli air kat kantin lagipun cik adik oii kitorang beli air kotak bukan air yang mak cik tu buat." kata Daz
"Sudah-sudah ape la da besar gajah pun gaduh lagi.cube la jd budak matang skit" kata Liza
"Ish3 sian Faz tak boleh ikut Hakimi da..da abis rehat..loceng sudah bunyi itu..mari kita naik ke kelas".kata Puteri
"jom"
"let's go"
"Eh jap2..mane kau tau mamat tu name Hakimi,Puteri?kau ada skandal ngan dier ke? x pe kau huhu"tanya Fazrina
"Oit mane de la..aku kan ramai kawan kat kelas 2 Efekhur tu..mesti la aku tau..lain kali tak tau tanye haha"
"Yela cik puan Puteri anak Puteri Gunung Ledang haha" sindir Fazrina
Semua orang tergelak melihat telatah Puteri dan Fazrina itu.

Kringgg!!! Loceng sekolah berbunyi dengan nyaring sekali menandakan waktu persekolahan sudah tamat.

"Terima kasih cikgu."kata semua pelajar kelas 2 Lufektif.Fazrina mengemas peralatan-peralatannya dan menyimpannya ke dalam beg.Dia menyandang begnya dan menolak kerusi ke dalam meja.Puteri di sebelahnya turut membuat demikian.

"Wei jom balik" ajak Atieqah
"Faz!! cepat!! sini woiii " kata Daz dan Kay serentak

1 comment:

aishah said...

assalamualaikum. bru first time kunjung blog ni. cita pun mcm agak kelakar je. best jugak.