Thursday, September 11, 2008

Cinta beg putih(part 1)

Suasana di kelas 2 lufektif itu cukup bising sekali.Pelajar-pelajar sekolah itu sibuk bercerita tentang pengalaman mereka ketika cuti sekolah yang lepas.Ada yang mengikut ibubapa pergi bercuti ke luar negara dan ada juga yang bercuti dalam Malaysia sahaja.Tiba-tiba seorang pelajar berlari masuk sambil menjerit memanggil nama kawannya.

“Daz!!” jerit Fazrina tanpa rasa malu walaupun sedar dirinya berada di khalayak ramai.Dia berasa cukup teruja dan gembira dengan apa yang dilihatnya tadi.Sungguh tidak disangka-sangka.Hatinya berdegup dengan kencang sekali namun senyuman di bibir tidak sedikit pun pudar.

“Oit ape jerit-jerit ni..tak belajar sivik ke?? Lain kali bagi la salam dulu”kata Daz dengan selamba beruknya.Fazrina hanya tersengih mendengar kata Daz itu.Diakui memang itu salahnya.

"Wei Daz ade mamat hensem baru masuk doe kat kelas 2 efekhur.waa!! gempak doe.Tapi mamat tu cam pendiam je and cam dak gengster lak hahaha"kata Fazrina sambil ketawa.

"Ye ke wei? nnti kau tunjuk kat aku la mamat tu.Eh kau da siasat ke nama budak tu? kalo belum boleh aku siasat,tapi kena ajak la yang lain.nanti kecik lak hati diorang tu" ujar Daz.

"Ok set je,aku tak kesah,eh mane yang lain? tanya Fazrina kepada Daz."Kurang hajar tol dok kat belakang x ajak aku..siap la korang haha" sambung Fazrina lagi sambil ketawa.

Fazrina berjalan ke belakang kelas dan menghampiri rakan-rakannya iaitu Puteri,Atieqah,Kay dan Liza.Dia duduk di sebelah Puteri sambil menepuk-nepuk bahu Puteri dengan kuat.

"Lepak tak ajak aku,apa punya kawan la ni"kata Fazrina.Dia hanya membuat muka selamba apabila Puteri menjelingnya.

"Camne nak ajak kau tu baru masuk kelas.Apa la ponteng je tau haha"kata Atieqah sambil mendengar lagu.

"Wei,masa rehat kang korang nak ikut aku ngan Daz tak? kitorang ada misi penting ni.Nak kemana jangan ditanya yang penting korang nak ikut ataupun tidak?"tanya Fazrina dengan wajah yang sengaja di seriuskan.

"Hak eleh,kerek doe kau cakap je la pe dia bukan apa pun.Tak payah la rahsia sangat berat sama dipikul ringan sama dijinjing eh betul ke peribahasa aku ni " kata Kay

"Eleh ! banyak bunyi lak kau Kay,nak ikut ke tak? kalo tak nak aku pegi ngan Daz je.Ala nanti sampai sana korang tau la.So korang nak pegi tak ni.Cakap ya atau tidak je " ujar Fazrina.Dia tidak sabar menunggu waktu rehat nanti.Hatinya semakin kuat berdebar apabila terbayangkan wajah 'mamat' itu

"ya.."

"ok je.."

"nak ikut.."

"tidak...eh salah ya nak ikut ! "

"Ok set..masa rehat kang ikut aku" kata Fazrina lalu beredar meninggalkan kawannya yang tercengang-cengang melihat perangainya.

3 comments:

milo lilo said...

first time bace cite kamu :)

Anonymous said...

2 lufektif,2efekhur, uniq gila nama kls.bkn efektif dgn luhur ke?

bidadari cinta said...

salam ziarah..first time rasenya masuk blog daz..nama kelas pun dh saintifik..maybe citer nye unik??apepun nice story for me to follow..